Dah lama orang memperkatakan tentang siapa yang akan jadi Perdana Menteri Malaysia jika PR berjaya menawan Putrajaya. Kenyataan bersama para Pemimpin Pakatan Rakyat memperakukan bahawa calon tunggalnya adalah DS Anwar Ibrahim. Sehingga terakhir ini, apabila DS Anwar Ibraim berdepan dengan kemungkinan dihukum penjara setelah melalui perbicaraan yang bersimpangsiur, orang mempertanyakan tentang siapa yang bakal jadi Perdana Menteri jika PR memenangi pilihanraya.
DS Anwar kata akan ada Perdana Menteri sementara. Jawapan tersebut adalah untuk meleraikan kemusykilan yang mungkin jika tidak dileraikan, akan membuka ruang kepada musuh PR untuk mencucuk keraguan di hati para pengundi.
Kekadang, terlalu banyak sangat berfikir tentang siapa calon Perdana Menteri menjadikan PR dilihat syok sendiri. Maka, TG Haji Hadi memperingatkan agar tawan dahulu Putra Jaya barulah bincang tentang siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri. Katanya lagi, soal siapa yang akan jadi Perdana Menteri adalah ketentuan Allah.
Sememangnya setiap orang Islam yang berakidah betul wajiblah meyakini bahawa siapa yang akan naik menjadi Perdana Menteri sudah termaktub dalam jadual Allah SWT. Dengan meyakini hal sedemikian. akan menjadikan kita tenang dalam politik. Perjuangan politik tidak akan digabrakan dengan kegagalan mencapai apa yang diinginkan.
Demikianlah bezanya antara merekan yang berjuang bersendikan agama dengan mereka yang berjuang demi mencapai target kuasa!.
No comments:
Post a Comment