Perjuangan Dr. Hasan Ali menegakkan Islam, bangsa Melayu dan raja-raja Melayu dikatakan bukan perjuangan peribadi. Ia perjuangan kebanyakan ahli Pas. Demikianlah dakwaan para simpatisan kepada Dr. Hasan Ali berikutan pemecatannya. Nampaknya juga, Dr. Hasan Ali dilihat berada pada landasan yang betul dalam perjuangannya.
Sebagaimana yang telah aku tegaskan sebelum ini, perjuangan sendirian yang menyalahi jemaah adalah salah biarpun betul. Perjuangan jemaah adalah betul walaupun ia salah. Inilah perinsip perjuangan dalam jemaah. Sekelompok orang yang yang berjuang dalam Islam dan menjalankannya secara jemaah adalah betul miski ada individu yang melihatnya salah.
Soal betul dan salah berkait rapat dengan redha Allah. Redha Allah bersama jemaah. Akal nipis manusia sering tersalah dalam membuat penilaian. Siapapun dia, sekalipun bergelar Prof Dr. seperti Hasan Ali, ia bukan jaminan bahawa dia betul. Dia akan betul jika perjuangan bersama jemaah. Jika menyalahi jemaah, dia sentiasa salah!
Maka, tidak harus dikatakan bahawa perjuangannya bukan perjuangan peribadi. Bila dia menyalahi keputusan syura, jadilah ia soal peribadi.
Hal inilah yang gagal diladeni oleh Dr. Hasan Ali.
Siapalah Dr. Hasan Ali untuk membersihkan dirinya dari khilaf? Bal'am bin Ba'ura, ulama besar Bani Israil yang khilaf dan mati kufur itu lebih hebat bertingkat-tingkat kalau hendak dibandingkan dengan Dr. hasan Ali. Dia tergelincir kerana memisahkan diri dari jemaah.
Jika Dr. Hasan Ali sayangkan dirinya, letakkan dirinya di belakang ulama yang memimpin jemaah. Bukan bergentayangan di depan mereka. Jangan pula ulama UMNO di depannya kerana yang namanya ulama UMNO itu bukan pemimpin Jemaah. Ulama-ulama tidak berjemaah juga tidak boleh diwalikan dalam perjuangan.
No comments:
Post a Comment