Hat Yai... Aku menjejaki kaki ke sana buat pertama kali dalam hidupku pada 25 Disember 2011. Waktu itu, suasana Hat Yai sedang di warnai dengan sambutan Krismas. Pada pemerhatianku, Hat Yai memang bandar yang sibuk. Kata Pak Ngah Hussin, Hat Yai bolehlah dikatakan bandar yang terbesar di sebelah Selatan Thailand.
Perjalanan dari Balor di Yala sejauh 168km. Jarak itu lebih sekali ganda jauh berbading ke pekan Sadou berhampiran Bukit Kayu Hitam yang mana jaraknya hanya sekitar 52km. Namun, kebetulan kami sudah menjejaki Thailand dan bermusafir ke Yala, ada pula saudara mara yang sudi membawa ke Hat Yai, maka lebih eloklah kalau kami sekeluarga pergi Hat Yai dari Yala. Lagipun, di kalangan kami bukan ada yang pandai cakap Siam.
Aku bertanya Pak Ngah Husin mengenai di mana tempat yang dikatakan syurga dunia oleh pengunjung Hat Yai. Ketika menaiki bas yang membawa kami, Pak Ngah Husin menunjukkan lorong yang mana banyak wanita pelacur berkeliaran. Dengan mudah para pelacur yang cantik dan muda boleh dilihat membonceng motosikal para pelanggan mereka. Mereka dapat dikenali dari corak pakaian mereka. Demikian Pak Ngah Husin mencirikan.
Susah kalau datang Hat Yai berkereta. Hendak cari paking di lokasi pusat bandar memang sukar. Aku berkira-kira satu masa nanti akan aku datang mengunjungi Hat Yai dengan motosikal. Bukan mencari syurga dunianya. Nauzubillah. Hanya kerana aku melihat barangan di pusat bandar sangat jenuh tetapi sukar untuk hampir ke sana dengan kereta.
No comments:
Post a Comment