Ibrahim Ali ucap tahniah kepada Hasan Ali kerana akhirnya telah dikeluarkan dari neraka. Dia kata parti Pas itu neraka. Setara mana Ibrahim Ali untuk menilai parti Pas begitu?Dia itu ulama yang ada ilmu makrifatkah? Kasyafkah? Sebut nama Ibraim Ali, ramai orang kenal siapa dia. Penyokongnya cuma insan-insan kecewa dan putus wayar.
Ibrahim Ali antara orang yang datang ke Sidang Media di rumah Hasan Ali setelah pemecatannya. Gembira sangat Ibrahim Ali kalau dapat melihat Pas menanggung musibah. Tetapi, sebenarnya pemecatan Hasan Ali bukan musibah buat Pas. Ibrahim Ali tohor penilaian kalau dia sifatkan ia sebagai musibah. Pas tidak terjejas sedikitpun dengan penyingkiran Hasan Ali.
Mungkin Hasan Ali pernah jadi nama besar dalam Pas. Tetapi dia juga telah jadi melukut tepian gantang sejak dia menentang arus utama Pas. Sebenarnya Pas lebih kuat tanpa Hasan Ali. Demikian komen prof Aziz Bari dalam mengalukan pemecatan Hasan Ali.
Aku percaya, sedikit sahaja yang melatah bersama Hasan Ali. Hasan Ali tidak ada pengkagum yang sanggup berdemo deminya. Dia akan sirna dalam pusaran arus kerana ia cuma batang buruk kini.
No comments:
Post a Comment