Setakat ini, kita patut menghargai kesabaran Azmin Ali menunggu takdirnya menjabat jawatan sebagai menteri besar Selangor. Dalam riuh rendah orang merebutkannya, dia mengambil jalan mendiamkan diri. Dari sudut itu, beliau telah menunjukkan akhlak yang baik dalam berorganisasi. Ketika saat dia turut menggoncang Khalid Ibrahim beberapa tahun lalu, apabila Khalid Ibrahim teguh berkapuk di dahan menteri besar, dia pun berhenti menjoloknya. Ketika Pakatan rakyat riuh membicarakan siapa pengganti Khalid Ibrahim, dia tidak becok membuat kenyataan.
Begitulah, Allah telah susun, siapa yang akan menjabat kedudukan di kerusi terpanas di Selangor itu. Dia adalah Azmin Ali. Rakan-rakan seangkatannya ramai yang telah terpeliot dalam langkah panjang pendakian menggapai kedudukan dalam parti. Dia terpilih untuk terus mara dan bertahan menghadapi badai gelora buas politik dan rencam adu dombanya.Dia juga terpalit dengan gambaran nista yang dibawa oleh musuh-musuh politiknya.
Semua mehnah yang dihadapi seseorang ada harganya. Seorang yang banyak diuji dan dicuba, memang layak mendapat anugerah dalam hidupnya. Siapapun orang itu, dia layak mendapat buah setelah jerih menanam benih. Orang yang berada dalam hembusan angin sepoi bahasa nan damai, tidaklah wajar bangkit sebagai pendekar merebut panji di akhir jerih.
Saya tidak menyanjung Azmin Ali dan bukan pembodeknya. Namun saya suka melihat kepemudaannya yang menongkah badai mehnah politik. Dia menunjukkan contoh untuk para pemuda lain agar tabah, sabar dan bertahan dalam arena yang diceburi. Saya masih seorang pemuda dan saya suka pemuda yang berpencak di pentas politik.
Saya mengharapkan dia bakal menjadi "sidi" yang terbaik buat rakyat, khasnya yang bernaung di bawah payung kerajaan Selangor. Hingga ke tahap ini, kita perlu memberikannya kepercayaan dan mendoakannya.
Kecuali jika dia mengkhianatinya!

No comments:
Post a Comment