Nampaknya Pas ketandusan pemimpin muda yang berkaliber. Parti-parti lain aku tidak tahulah. Aku hanya nak tegur Pas. Dalam dunia media sosial makin rancak dan terbuka ini, hakikat bahawa pemimpin muda Pas hilang kaliber makin terserlah. Ini dapat dilihat daripada tulisan-tulisan mereka yang meluah perasaan di FB dan Whatsup. Luahan perasaan mereka itu pada akhirnya mendedahkan kekerdilan jiwa para pemimpin muda tersebut. Sekaligus menunjukkan kepada warga maya kedungguan politik mereka.
Aku tidak perlu sebut siapa.Para pengembara alam maya akan dapat melihat perangai kelakuan mereka yang merenggek dan menangis tidak berlagu di dunia FB dan Whatsup melalui tulisan-tulisan mereka. Tulisan mereka tidak punya nilai untuk membangunkan citra politik bijaksana malah lebih kepada racau fikiran yang tumpul dan naif politik. Barangkali kerana gila menulis atau mungkin kerana hilang tempat mengadu.
Para pemimpin muda Pas yang sedemikian tidka akan mampu menapak tangga kepimpinan yang berkesan. Akhirnya mereka akan balik jadi jaguh-jaguh kampungan yang bersorak di tepi tali air sawah yang tidak pun mampu menghentikan air yang mengalir. Malangnya, sebuah gerakan Islam hanya melahirkan " Zuriatun Dhi'af".
Kebetulan pula, para pemimpin muda itu mencelupkan diri sebagai ulama-ulama yang sinonim dengan gerakan Pas. Mengapa susah sangat mahu mencari kebijaksanaan di kalangan para ustaz?
Huh! aku pun seornag ustaz.