Pecah berita, Ibrahim Ali mengumumkan perletakan jawatannya sebagai presiden Perkasa serta merta. Namun, ADT (Ahli Dewan Tertinggi) pertubuhan tersebut menolak perletakan jawatan tersebut dan meminta Ibrahim Ali terus memimpin pertubuhan ultra Melayu tersebut. Perletakan jawatan oleh Ibrahim Ali tersebut mungkin ada kaitan dengan kekalahannya sebagai calom parlimen Pasir Mas di tangan Ust Mohd Abduh, anak TGNA. Kekalahan tersebut tentulah melemahkan semangatnya kerana berbanding dengan Ust. Mohd Abduh, dia adalah veteran politik dan disankanya lebih berpengaruh. Lagi pula, telah banyak dia lakukan melalui Perkasa sepanjang tempoh lima tahun selepas kemenangannya dengan lambang Pas pada pilihanraya ke 12 terdahulu.
Ibrahim Ali merasa aib dan terperosok ke penjuru dengan kekalahan tersebut. Kerjaya politiknya telah menjadi hitam gelap. Bagaimana Perkasa mahu maju ke depan tampa dokongan politik kerana agenda Perkasa itu sendiri adalah agenda politik.
Kalau Ibrahim ALi letak jawatan sebagai presiden Perkasa, alamatnya berkuburlah Perkasa. Masih memimpin perkasa pun belum tentu menjadikan pertubuhan itu mampu bertahan hidup. Ibrahim Ali tidak ada apa-apa kelebihan lagi untuk memimpin Perkasa. Kalau dulu sedaplah, boleh melaung suara Perkasa dalam parlimen. Sekarang nak jeritkan suara Perkasa di mana? SIlap-silap, akhbar dan Tv pun tidak lagi berminat memetik pandangan dan komennya sebagaimana rancak sebelum ini.
Untuk diharapkan Zulkifli Nordin memimpin Perkasa, beliau juga tewas di Syah Alam, miski sebelum PRU 13 beliau dengan keyakinan ekstremnya menegaskan akan menang dan peratus kemenangannya adalah 101%. Aku ingat dua insan ini akan menjadi politikus yang dilupakan. Karam berkubur di dasar sungai politik dan tidak lagi timbul di permukaannya untuk bersuara sumbang sebagaimana biasa.
No comments:
Post a Comment