Nampaknya kemenangan UBN dalam PRU13 baru-bari ini tidak bergaya. Selain daripada kemerosotan kerusi parlimen yang diperolehi dari 140 kepada 133, UBN juga mengalami masalah pemikiran yang dijangkita rasis yang kronik. Kaum Cina diserang bertalu-talu dan digambarkan sebagai anti Melayu. Undi kaum Cina yang beralih kepada Pakatan Rakyat ditafsirkan sebagai anti Melayu. Utusan Malaysia dan pemimpin UMNO menyebut kenyataan-kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.
Bukan sahaja kalangan pemimpin UMNO, pemimpin-pemimpin NGO menyokong UMNO juga menyatakan kenyataan panas. Ada bekas hakim yang dengan pedas mengkritik orang Cina. Ada orang dari PPIM yang menyerus pemboikotan barangan keluaran orang Cina. Semua ini menybabkan timbul ketegangan perasaan antara kaum Melayu dan Cina.
Namun, mujurlah masyarakat Melayu sudah meninggalkan jaunh minda ta'asub Melayu sebagaimana zaman 16 Mei 1969. Kebanyakan Melayu hari ini sudah menganjak paradigm untuk lebih terbuka dan tidak lagi bercakap soal kebangsaan Melayu. Mereka yang bercakap soal kebangsaan Melayu adalah mereka yang ketinggalan dan "Out iof date".
No comments:
Post a Comment