Masih ada jalan untuk kembali ke pangkal selagi mana anda mahu kembali. Jika anda sendiri memilih untuk tidak kembali dan menamatkan riwayat anda dengan apa yang anda fikirkan, apa yang anda lakukan, maka itulah khatimah yang anda lakar. Telah kita saksikan tokoh-tokoh hebat dalam negara mencari jalan pulang. Alhamdulillah, kita tidak pernah mengatakan tidak kepada setiap hamba yang menginsafi kesilapan masa lalu. KIta menjulang tinggi konsep Islam sebagai rahmatan lil 'alamin. Apabila sinar hidayah telah menyentuh hati seseorang, maka tidak ada sesiapa yang punya hak untuk mengekalkan orang itu dalam gelap kesesatan.
Kata-kata ini aku nukilkan buat Tun Dr. Mahathir Muhammad yang masih gencar menyerang para pendokong perjuangan Islam baik yang telah meninggal maupun yang masih hidup berjuang di hari ini. Apa yang disifatkannya mengenai penubuhan Pas sebagai hasil kedengkian golongan agamawan terhadap golongan berpendidikan sekular adalah pekat dendam kepada perjuangan Islam yang amat memalangkan diri sendiri. Datuk On Jaafar telah membuat pusingan setelah beliau sendiri menubuhkan UMNO. Demikian juga Tunku Abd Rahman sendiri sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir. Tan Sri Muhammad Taib baru-baru ini juga mencari pas sebagi wadah menggapai hidayahnya dan petanda kembali ke pangkal jalan.
Para pendokong gerakan Islam tidak pernah menutup jalan. Tun Dr. Mahathir, jika ingin kembali dan mengikis buang segala dosa berkaratnya buat perjuangan Islam, jalan kembalinya masih terbuka. Semoga janganlah dia menemui Khaliq dengan beban berat permusuhan yang menyusahkan dirinya di akhirat kelak.Kita sentiasa berdoa agar hidayah diberikan kepadanya.
Masa masih ada wahai Tun. Jika pilihanmu baik, maka tuamu bermakna. Jika tidak, tuamu hanya seperti tuanya dunia yang sarat dengan tidpudaya. Tua tanpa makna, kelak nama terkubur bersama lipatan sejarah.
No comments:
Post a Comment