Masihkah ada lagi kedengaran suara dalam PAS untuk menubuhkan UG? Biarpun sudah berkali-kali ditegaskan oleh Majlis Syura Pas bahawa Pas istiqamah dengan Pakatan Rakyat, para penyebar fikrah masjid dirar itu terus tidak berputus asa. Kini, dalam isu siapa yang akan dilantik sebagai MB Selangor, ada suara agar Pas diberikan peluang berdasarkan kelebihan kerusi yang dicapainya. Jika tidak, Pas akan buat UG dengan UMNO. Siapa Adun Pas yang celaka itu yang akan merencanakan sesuatu yang di luar perencanaan Syura Ulama.
Kononnya di Terengganu pun ada usaha itu. Tanpa Pas pun UMNO-BN sudah dapat tubuhkan kerajaan di Terengganu. Namun, bagi membina kerajaan yang kuat, penggabungan dengan Pas amat perlu. Maka Terengganu akan memulakan jalan ke arah UG. Ini teori-teori songsang yang aku minta perlindungan dengan Allah daripadanya. Jangan sampai ada pimpinan Pas yang termakan racun teori politik busuk seperti ini. Sebagaimana sering ditegaskan, perjuangan Pas tidak akan pernah memulakan pengkhianatan. Jika sudah mula mengkhianat, maka ucapkan selamat tinggal buat perjuangan Islam.
Di Selangor sentimen agar Pas memimpin kerajaan Selangor dikobarkan. UG menjadi ugutan dan jalan pilihan. Ini bukan citra perjuangan Islam Pas dan bukan juga "furu' "dari tahalluf siyasi. Bukan seharusnya menjadi ketamakan Pas untuk merangkul jawatan MB sebagaimana pernah menjadi igauan seorang pemimpin Pas Selangor yang tersingkir.
Rakyat terbanyak khasnya di Selangor dan amnya di Malaysia bukan peduli siapa jadi MB di Selangor. Asalkan MB tersebut dari Pakatan Rakyat serta amanah dan kuat membela rakyat, rakyat boleh terima. Jika diteruskan perkhidmatan Tan Sri Khalid Ibrahim, pun tidak ada masalah di kalangan rakyat. Jika Pas menuntut dan menyebabkan berlaku keretakan hubungan dalam Pakatan Rakyat Selangor, Pas akan dicela dan dicemuh. Pemimpin Pas bukan orang gila kuasa tetapi adalah orang yang membela hak rakyat. Jika hak rakyat berjaya dibela, barulah hak Allah mampu dibela.
Pemimpin yang tamak jawatan MB tidak layak bersenandung dalam Pas!
Pemimpin yang tamak jawatan MB tidak layak bersenandung dalam Pas!
No comments:
Post a Comment