Berhentilah bercakap soal bangsa. Aku benar-benar bosan mendengarnya. Kenyataan Dr. Mahathir sejak dulu hingga kini masih tetap berbau pesimis. Beliau justeru menyifatkan kemerosotan BN dalam PRU 13 kali ini sebagai petanda Cina yang menolak untuk bersahabat dengan Melayu. Cina yang berusaha menjatuhkan Melayu. Apakah ini boleh dikatakan chauvinis Melayu?
Orang Melayu telah lama menapak meninggalkan watak kemelayuan melampau yang sedemikian. Namun, negarawan tua tersebut masih lagi membawa nada yang sama. Dia bukan lagi pembentuk negara yang bersatu tetapi pemecah belah kesatuan bangsa. Hanya demi mempertahankan UBN, beliau sanggup mengapi-apikan sentimen bangsa.
Biarlah UBN berkubur asal kerukunan hidup pelbagai bangsa di Malaysia terpelihara.
No comments:
Post a Comment