Kita tidak patut mempergunakan masjid untuk mengemukakan idea politik kita. Begitukah idelisma rata-rata pemimpin UMNO di pelbagai peringkat. Mereka menerankan idealisma tersebut sebagai menzahirkan betapa murninya mereka dalam berpolitik. Apa yang dibicarakan kepadaku oleh seorang pemimpin politik tempatan, demikianlah bunyinya. Kelihatannya dia begitu profesional ketika membicarakan bagaimana bergaul dengan masjid.
Namun, perlu diketahui bahawa para pemimpin UMNO buat masa ini berada pada tahap desperado. Aku katakan hampir semuanya, demikianlah wataknya. Dengan kata lain, mereka tidak tanggup untuk berlawan di padang yang sama rata. Ketika mereka menghalang orang lain menceritakan idea politiknya di masjid, mereka dengan galak sekali membuat program di masjid dan menjemput pimpinan atasan mereka dan ketika itu melantunlah bicara politik mereka tanpa dapat ditahan-tahan lagi.
Seharusnya, bukan sahaja masjid sahaja yang perlu dijauhkan daripada persengketaan politik. Apa maknanya bercakap soal mensucikan masjid daripada sengketa politik kalau dalam masa yang sama institusi lain yang sepatunya menjadi medan damai terbuka dan seimbang dijadikan hak senndiri untuk melonjakkan kerahan politiknya.
Umpamanya PIBG sekolah, ia bukan badan politik. Namun, kenapa ada pengerusi PIBG yang buta hati menjadikan PIBG sebagai wadah politiknya. Inilah yang terjadi ke atas seorang pemimpin kecil di sebuah negeri.
No comments:
Post a Comment