DS Najib dalam budget terbarunya mengumumkan BRIM pusingan kedua. Rakyat yang layak akan diberikan RM500.00 sebagaimana sebelum ini. Maka, para penjilatnya segera bertepuk tangan dan memujinya sebagai tindakan yang mesra rakyat.
Inilah sahaja yang mampu difikirkan oleh kerajaan yang ada sekarang tentang bagaimana cara membela rakyat. Pada hemat kerajaan, rakyat boleh bergembira dengan wang sebanyak RM500.00. Perasaan bahawa rakyat gembira dengan sejumlah duit itu adalah perasaan orang kaya yang membahagi-bahagikan duit kepada orang miskin. Dengan membuat yang sedemikian, kerajaan perasaan bahawa rakyat sangat senang hati.
Zaman sudah berlalu. Rakyat bukan lagi berwatak seperti dulu.
No comments:
Post a Comment