Media Massa perdana kita dikuasai penuh oleh kerajaan. Apa yang keluar dari media massa perdana tersebut hanya yang membodek kerajaan sahaja. Pihak kerajaan menghalang dengan segala daya upaya daripada suara pembangkang sampai ke pendengaran rakyat. Sudahlah suara pembangkang tidak boleh dipancarkan melalui media massa perdana, media-media lain juga cuba dihalang. Ceramah umu dipersulitkan dengan syarat permit yang sukar. Kalaulah mungkin, internet pun akan cuba dikuasai. Tetapi, oleh kerana sifatnya yang glabalisasi, maka tidaklah dapat dikuasai media yang satu ini.
Aku teringat kisah Israk Mikraj. Ketika nabi pulang daripada perjalanan bersejarahnya itu, Abu Jahal datang kepada nabi dan bertanya mengenai berita baru yang akan dibawanya pada hari itu. Nabi pun menceritakan tentang pengalamannya pada malam sebelumnya. Sebelum nabi melanjutkan ceritanya, Abu Jahal suruh nabi tunggu kerana dia mahu mengunpulkan orang Makkah untuk mendengar kisah nabi yang luasr biasa itu.
Abu Jahal berusaha mengumpulkan orang untuk dengar ceramah nabi. Nabi tidak perlu pasang poster atau edar pamplet untuk maklumkan ada ceramahnya. Cukup dengan Abu Jahal sahaja yang menjadi tukang kumpul orang.
Sejahat-jahat Abu Jahal, dia tidak halang orang daripada datang dengar ceramah nabi. Malah dia kempen orang untuk berkumpul dengar ceramah nabi kerana dia mahu orang dengar cerita luar biasa nabi yang dirasakannya akan membuatkan mereka hilang kepercayaan kepada nabi SAW.
Malangya, pihak pemerintah hari ini tidak mahu rakyat dengar ceramah selain ceramah mereka. Apakah hendak dikatakan kepada yang bersikap sebegini. Bagaimana jika dikatakan ini adalah lebih jahat dari Abu Jahal?
No comments:
Post a Comment