Sesetengah orang berkata, hanya Majlis Fatwa sahaja yang punya otoriti untuk memutuskan sesuatu masalah hukum yang diperselisihkan. Pendapat orang berbagai-bagai. Tetapi hanya pendapat mufti sahaja yang boleh disandarkan. Demikian tanggapan sesetengah orang.
Aku, sebelum ini berpendirian, antara mufti rakyat dengan mufti penguasa, aku memilih mufti rakyat. Mufti penguasa, itulah yang kita namakan sebagai majlis fatwa atau Jawatankuasa Fatwa. Bagaimana hendak disandarkan keyakinan kepada fatwa mereka sedangkan mereka bekerja dengan kerajaan. Fatwa yang digazetkan itu perlu melalui proses kelulusan yang bersifat pentadbiran. Apatah lagi kalau hukum dan masalah yang diputuskan melibatkan kerajaan.
Maka tidak menghairankan kalau baru-baru ini Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menfatwakan bahawa demonstrasi adalah haram. Nanti, mungkin beberapa hari lagi, akan terbit pula fatwa bahawa haji hendaklah diutamakan berbanding mengundi dalam pilihanraya. Fatwa-fatwa yang dikeluarkan pakai mata sebelah ( mengambil pelebelan yang dibuat oleh TG Nik Abd Aziz). Isu utama dalam masalah demontrasi adalah kezaliman penguasa. Ia tidak difatwakan. Apa yang difatwakan adalah hukum berdemo menentang penguasa! Isu penting dalam masalah pertembungan antara mengundi dan haji adalah melaksanakan pilihanraya pada musim haji. Ia tidak pula difatwakanm Sebab itu memang mufti menggunakan mata sebelah.
Mereka bukan mufti dan tidak layak diangap mufti. Mereka adalah mufta iaitu pihak yang wajar difatwakan mengenai siapa mereka.
Rupanya demikianlah sebabnya kenapa ulama besar dalam Islam enggan menerima jawatan mufti kerajaan. Syukurlah kerana Allah menjauhkan aku dari jalan menjadi muti kerajaan. Aku ingin jadi mufti rakyat. Itu lebih bermakna.
No comments:
Post a Comment