Entah kenapa aku sudah mula merasa jemu berada di Sandakan. Sejak sampai semula di Sandakan, selepas pulang bercuti di kampung selama dua minggu, aku merasakan Sandakan tidak menjadi tempat indah buatku lagi. Aku menginginkan sekali penghijrahan. Hijrah akan membuatkan aku menjadi baru kembali setelah kini merasakan diri semakin usang.
Masjid Al-Fajar yang kubanggakan sebagai medan semarak perkembangan ilmu agama di Sandakan ini semakin sukar digerakkan. Dulunya, setiap malam akan ada ceramah dan kuliah. Kini, ia semakin sepi. fungsinya hanya untuk solat Jemaah lima waktu. Aku memang terkilan apabila dua tiga malam lepas apabila aku cuba bawakan seorang penceramah untuk menyampaikan kuliah mengenai teknik membaca Al-Quran mengikut kaedah Baghdadi gagal. Aku dikehendaki menyatakan nama dan asal penceramah yang sememangnya aku tidak tahu. Lantas, aku pun batalkan rancangan untuk menampilkannya.
Keputusan agar aku merujuk kepada pengerusi setiap ada penceramah yang mahu dibawakan membuatkan aku tawar hati untuk membawakan mana-mana penceraqmah atau pengkuliah. Tanpa aktiviti agama sedemikian yang boleh aku gerakkan, keberadaan di Sandakan tidak menjadi menarik lagi buatku. Apalah gunakanya aku berada di satu tempat yang menyukarkan gerakerjaku.
Dunia ini luas. Aku perlu pergi dan seseorang lain akan menggantikan aku dengan peranan yang lebih berkesan.
Semoga Allah permudahkan....lapangkan hatiku.
No comments:
Post a Comment