Usrah semalam ada dibincangkan mengenai sunah Allah mengadakan proses kemenangan dan kekalahan yang bersilih ganti. Ia telah dinyatakan dalam ayat 140 surah Ali Imran. Dalam ayat tersebut, dinyatakan bahawa para pejuang agama Allah hendaklah mengerti bahawa kekalahan dan kemenangan adalah anugerah Allah SWT yang digilirkan antara Islam dan penentangnya. Tidak akan berlaku kemenangan berterusan tanpa kekalahan. Pada saat pejuang Islam menderita kekalahan, maka ingatlah bahawa penentang Islam juga akan menderita kekalahan.
Namun, kekalahan bagi perjuangan Islam merupakan rahmat dari Allah SWT. Ia adalah cara Allah untuk menapis orang-orang yang berada dalam perjuangan, apakah ada pejuang-pejuang palsu yang menangguk di air keruh. Dengan kekalahan, para oppurtunis akan terpelanting keluar dan yang kekal hanyalah mereka yang ikhlas. Perjuangan Islam tidak memerlukan jumlah pejuang yang ramai tetapi ia memerlukan para pejuang yang ikhlas. Justeru, proses pembersihan sangat perlu.
Itulah kenapa ada kekalahan setelah kemenangan.
No comments:
Post a Comment