Khutbah Jumuat yang kusampaikan hari ini menyebutkan tentang satu peristiwa penting yang telah terjadi di bulan Syaaban pada zaman Rasulullah. Peristiwa tersebut adalah perubahan arah Qiblat dari Baitul Maqdis ke Masjidl Haram. Peristiwa itu merupakan satu perlambangan ketaatan orang Islam terhadap ketetapan Islam dan keengkaran orang-orang bodoh dalam masyarakat terhadap Islam.
Allah SWT menggelarkan orang yang mempertikaikan perubahan arah kiblat tersebut sebagai orang bodoh. Mereka mempertikaikan kewajaran pemindahan arah kiblat tersebut sedangkan selama ini mereka tidak menerima Islam.
Apabila dikaitkan dengan keadaan sekarang, ia samalah dengan keadaan sesetengah orang yang mengaku Islam tetapi mereka enggan patuh kepada ketetapan Islam. Kononnya mereka memperjuangkan Islam dan mereka suka membuat bising dalam masyarakat dengan menimbulkan soal titik bengik sedangkan soal prinsip mereka abaikan.
Justeru, para pencinta Islam hendaklah mengenal siapa mereka. Perwatakan mereka sama seperti Yahudi yang tidak mahu menerima Islam tetapi melatah bila arah kiblat ditukarkan dari Baitul maqdis ke Baitullahil haram!
No comments:
Post a Comment