CARI BAHAN

Monday, June 18, 2012

Calon suami seorang ustaz?

Calon suami dicari. Mengitu sering aku mendengar iklan-iklan secara tidak langsung mengenainya. Iklan itu diungkapkan oleh yang empunya diri atau oleh teman-teman kepada yang mencari calon suami. Begitu perubahan sikap yang berlaku dewasa ini. Orang perempuan tidak lagi ditakutkan dengan istilah perigi mencari timba. Sekarang ini, siapa lambat dia melepas. Realiti yang terjadi, mencari suami lebih sukar dari mencari isteri. Lebih-lebih lagi suami yang mempunyai ciri-ciri soleh dengan tambahan yang dikehendaki.

Dalam masa terdekat ini, ada beberapa orang yang menyampaikan hasrat kepadaku agar mencarikan suami untuknya. Suami untuk perempuan yang baik-baik. Menjadi masalah ialah mencari lelaki yang terbaik untuk mereka. Ada orang mahu suaminya seorang ustaz. Macam Abby Abadi, bekas pelajun siri Gerak Khas, umumkan dalam satu program bersama Pemuda Pas di Kerdau, Pahang. Katanya agar menjadi pembimbingnya setelah hijrahnya.

Memang sukar mencari ustaz untuk wanita-wanita seperti ini. Wanita-wanita manapun yang mengimpikan istaz dalam kehidupan mereka. Ramai ustaz telah berkahwin. Masyarakat kita belum bersedia mengamalkan corak perkahwinan poligami. Ia masih menjadi msuh bagi kebanyakan wanita.  Justeru, terpaksalah mencari ustaz yang baru mahu start.  Akhirnya, gelaran ustaz menjadi tidka penting pula. Asalkan lelaki itu baik, memadailah.

Mencari yang baik itu juga bukan mudah. Kita tidak tahu menilai seseorang secara pasti, sejauh mana kebaikannya.

No comments: