CARI BAHAN

Saturday, June 30, 2012

Rahsia kekalahan

Usrah semalam ada dibincangkan mengenai sunah Allah mengadakan proses kemenangan dan kekalahan yang bersilih ganti. Ia telah dinyatakan dalam ayat 140 surah Ali Imran. Dalam ayat tersebut, dinyatakan bahawa para pejuang agama Allah hendaklah mengerti bahawa kekalahan dan kemenangan adalah anugerah Allah SWT yang digilirkan antara Islam dan penentangnya. Tidak akan berlaku kemenangan berterusan tanpa kekalahan. Pada saat pejuang Islam menderita kekalahan, maka ingatlah bahawa penentang Islam juga akan menderita kekalahan.

Namun, kekalahan bagi perjuangan Islam merupakan rahmat dari Allah SWT. Ia adalah cara Allah untuk menapis orang-orang yang berada dalam perjuangan, apakah ada pejuang-pejuang palsu yang menangguk di air keruh. Dengan kekalahan, para oppurtunis akan terpelanting keluar dan yang kekal hanyalah mereka yang ikhlas. Perjuangan Islam tidak memerlukan jumlah pejuang yang ramai tetapi ia memerlukan para pejuang yang ikhlas. Justeru, proses pembersihan sangat perlu.

Itulah kenapa ada kekalahan  setelah kemenangan.

Friday, June 29, 2012

Debu di kaki sahabat lebih mulia dari sultan.

"Demi Allah, debu yang berada tapak kaki sahabat itu lebih mulia daripada sultan-sultan yang ada!", Tegas Dr. Asri Zainal Abidin. Ia cukup jelas. Janganlah para Sultan merasa megah dengan sepotong gelaran yang didendangkan orang. Di mata orang yang berilmu, para sultan tidak ada lebihnya. Tambahan pula jika para sultan itu bukan kalangan yang bertakwa. 

Jiwa feudal melayu yang melampau menyebabkan mereka seolah-olah menganggap Sultan sebagai makhluk suci yang tidak boleh dikritik. Melayu yang sebegini adalah Melayu bodoh. Melayu bodoh tidak wajar tinggal di zaman ini. Melayu bodoh hanya sesuai berada di zaman Hang Tuah yang sanggup menjilap najis Sultan.

Jika debu di kaki sahabat lebih mulia daripada para sultan, maka untuk apa Melayu menyanjung sultan? Kerana bodoh tak berilmu!





Thursday, June 28, 2012

Lebih keji dari Abu Jahal

Media Massa perdana kita dikuasai penuh oleh kerajaan. Apa yang keluar dari media massa perdana tersebut  hanya yang membodek kerajaan sahaja. Pihak kerajaan menghalang dengan segala daya upaya daripada suara pembangkang sampai ke pendengaran rakyat. Sudahlah suara pembangkang tidak boleh dipancarkan melalui media massa perdana, media-media lain juga cuba dihalang. Ceramah umu dipersulitkan dengan syarat permit yang sukar. Kalaulah mungkin, internet pun akan cuba dikuasai. Tetapi, oleh kerana sifatnya yang glabalisasi, maka tidaklah dapat dikuasai media yang satu ini.

Aku teringat kisah Israk Mikraj. Ketika nabi pulang daripada perjalanan bersejarahnya itu, Abu Jahal datang kepada nabi dan bertanya mengenai berita baru yang akan dibawanya pada hari itu. Nabi pun menceritakan tentang pengalamannya pada malam sebelumnya. Sebelum nabi melanjutkan ceritanya, Abu Jahal suruh nabi tunggu kerana dia mahu mengunpulkan orang Makkah untuk mendengar kisah nabi yang luasr biasa itu. 

Abu Jahal berusaha mengumpulkan orang untuk dengar ceramah nabi. Nabi tidak perlu pasang poster atau edar pamplet untuk maklumkan ada ceramahnya. Cukup dengan Abu Jahal sahaja yang menjadi tukang kumpul orang.

Sejahat-jahat Abu Jahal, dia tidak halang orang daripada datang dengar ceramah nabi. Malah dia kempen orang untuk berkumpul dengar ceramah nabi kerana dia mahu orang dengar cerita luar biasa nabi yang dirasakannya akan membuatkan mereka hilang kepercayaan kepada nabi SAW. 

Malangya, pihak pemerintah hari ini tidak mahu rakyat dengar ceramah selain ceramah mereka. Apakah hendak dikatakan kepada yang bersikap sebegini. Bagaimana jika dikatakan ini adalah lebih jahat dari Abu Jahal?

Otoriti berfatwa.

Sesetengah orang berkata, hanya Majlis Fatwa sahaja yang punya otoriti untuk memutuskan sesuatu masalah hukum yang diperselisihkan. Pendapat orang berbagai-bagai. Tetapi hanya pendapat mufti sahaja yang boleh disandarkan. Demikian tanggapan sesetengah orang.

Aku, sebelum ini berpendirian, antara mufti rakyat dengan mufti penguasa, aku memilih mufti rakyat. Mufti penguasa, itulah yang kita namakan sebagai majlis fatwa atau Jawatankuasa Fatwa. Bagaimana hendak disandarkan keyakinan kepada fatwa mereka sedangkan mereka bekerja dengan kerajaan. Fatwa yang digazetkan itu perlu melalui proses kelulusan yang bersifat pentadbiran. Apatah lagi kalau hukum dan masalah yang diputuskan melibatkan kerajaan. 

Maka tidak menghairankan kalau baru-baru ini Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menfatwakan bahawa demonstrasi adalah haram. Nanti, mungkin beberapa hari lagi, akan terbit pula fatwa bahawa haji hendaklah diutamakan berbanding mengundi dalam pilihanraya. Fatwa-fatwa yang dikeluarkan pakai mata sebelah ( mengambil pelebelan yang dibuat oleh TG Nik Abd Aziz). Isu utama dalam masalah demontrasi adalah kezaliman penguasa. Ia tidak difatwakan. Apa yang difatwakan adalah hukum berdemo menentang penguasa! Isu penting dalam masalah pertembungan antara mengundi dan haji adalah melaksanakan pilihanraya pada musim haji. Ia tidak pula difatwakanm Sebab itu memang mufti menggunakan mata sebelah.

Mereka bukan mufti dan tidak layak diangap mufti. Mereka adalah mufta iaitu pihak yang wajar difatwakan mengenai siapa mereka.

Rupanya demikianlah sebabnya kenapa ulama besar dalam Islam enggan menerima jawatan mufti kerajaan. Syukurlah kerana Allah menjauhkan aku dari jalan menjadi muti kerajaan. Aku ingin jadi mufti rakyat. Itu lebih bermakna.
 

Wednesday, June 27, 2012

Melakar kerajaan baru Mesir

Tidak dapat dinafikan, kemenangan Muhammad Mursi sebagai calon Presiden Mesir sangat mengujakan ramai pihak. Dalam pertarungan antara Ahmad Syafik yang merupakan talibarut kerajaan  Hosni Mubarak yang telah runtuh dengan Muhammad Mursi yang merupakan calon tajaan Ikhwanul Muslimin, ia mendebarkan. Kemenangan yang dicapai oleh Muhammad Mursi bukanlah kemenangan selesa. Rupanya masih ramai rakyat Mesir yang kematu oraknya. Begitu lama di bawah pemerintahan Hosni Mubarak yang makar, mereka masih tidak takut untuk kembali kepada pemerintahan lama itu. Sebab itu kita melihat undi yang diperolehi Ahmad Syafik agak lumayan.

Bagi yang bergembira atas kemenangan Muhammad Mursi, hendaklah mengerta bahawa mengubah Mesir bukan tugas mudah. Hendaknya, jangan ada suara-suara gelojoh yang mahu agar undang-undang hudud segera ditegakkan. Atau, segera menghantar ketumbukan tentera membebaskan Palestin. Mesir Baru perlu dibina dengan penuh kebijaksanaan. Ia akan berdepan dengan ancaman yang bukan sedikit, bukan sahaja dari dalam mahupun di luar.

Pihak yang anti kepada Ikhwanul Muslimin akan sentiasa mencari wajah buruk dari kerajaan baru ini. 

Friday, June 22, 2012

Ulasan Khutbah: Orang Bodoh dalam masyarakat.

Khutbah Jumuat yang kusampaikan hari ini menyebutkan tentang satu peristiwa penting yang telah terjadi di bulan Syaaban pada zaman Rasulullah. Peristiwa tersebut adalah perubahan arah Qiblat dari Baitul Maqdis ke Masjidl Haram. Peristiwa itu merupakan satu perlambangan ketaatan orang Islam terhadap ketetapan Islam dan keengkaran orang-orang bodoh dalam masyarakat terhadap Islam.

Allah SWT menggelarkan orang yang mempertikaikan perubahan arah kiblat tersebut sebagai orang bodoh. Mereka mempertikaikan kewajaran pemindahan arah kiblat tersebut sedangkan selama ini mereka tidak  menerima Islam.

Apabila dikaitkan dengan keadaan sekarang, ia samalah dengan keadaan sesetengah orang yang mengaku Islam tetapi mereka enggan patuh kepada ketetapan Islam. Kononnya mereka memperjuangkan Islam dan mereka suka membuat bising dalam masyarakat dengan menimbulkan soal titik bengik sedangkan soal prinsip mereka abaikan.

Justeru, para pencinta Islam hendaklah mengenal siapa mereka. Perwatakan mereka sama seperti Yahudi yang tidak mahu menerima Islam tetapi melatah bila arah kiblat ditukarkan dari Baitul maqdis ke Baitullahil haram!

Thursday, June 21, 2012

Debar menanti pengumuman rasmi PRU Mesir.

Aku memang tidak percaya dengan ketelusan pihak SPR Mesir. Biarpun Ikhwanul Muslimin telah mengumumkan calon pilihan mereka Muhammad Mursi telah memenangi kerusi Presiden Mesir dengan kelebihan lebih sejuta undian berbanding Ahmad Syafiq, calon "Fulul" dari saki baki pemerintahan Hosni Mubarak, SPR Mesir itu akan membuat makarnya. Mereka yang benci kipada Islam akan terus mencari uapaya untuk memalapkan cahaya kebangkitan.

Perjuangan masih panjang dan berliku. Muhammad Mursi belum dapat dipastikan sebagai Presiden Mesir. Khabarnya hari ini akan diumumkan secara rasmi, tetapi kemudiannya ditunda kepada esok. Sementara pihak Ahmad Syafiq mendakwa bahawa Ahmad Syafiq yang memenangi pilihanraya dan menyifatkan Ikhawanul Muslimin mengelirukan rakyat.

Ya Allah...Kau hancurkan tipudaya orang yang memusuhi agamaMU. Menangkan Islam dan hancurkanlah nifaq!

Wednesday, June 20, 2012

Institusi Raja, sampai bila bertahan?

Kes YB Nizar dan Sultan Johor menyedarkan kita betapa masih wujud keangkuhan sekelompok bangsawan dalam masyarakat. Bangsawan yang diberi gelaran Sultan tidak boleh ditegur dan teguran ke atas mereka dibalas pula dengan cemuhan dengan mengatakan ia sebagai perbuatan derhaka. Situasi ini meletakkan sebilangan bangsa Melayu di dalam lingkaran otak feudal yang mengaibkan bangsa Melayu itu sendiri.

Seharusnya, pada zaman yang disifatkan globalisasi ini, tidak harus ada lagi orang yang merasakan dirinya sentiasa betul dan pantang ditegur. Masyarakat pula tidak perlu melatah bila seorang Sultan ditegur. zMalah, Sultanlah orang yang patut paling banyak ditegur. Jika tidak rela ditegur, maka jawatan Sultan itu boleh diberikan kepada orang lain yang sudi ditegur.

Dalam pemikiran generasi Melayu baru kini, tidak ada lagi yang menghantui mereka apa yang dinamakan daulat. Titah raja adalah perintah. Perkataannya bukan pula sabda yang perlu dijunjung. Masih bolehkah dicari generasi Melayu yang berkata "ampun patik beribu ampun"? Menyebut "tuanku" dan " "patik" pun tidak lagi sanggup oleh generasi Melayu baru, apatah lagi merelakan diri diperhambakan.

Kesedaran atas perubahan ini dan bertindak sesuai dengan perubahan itu akan meletakkan institusi raja dihargai dan dipanjangkan hayatnya. Sebaliknya, jika kesombongan menjadi syiar sistem beraja, maka tunggulah saat kemusnahannya.

Bijak pandai masuk PAS.

Kini, semakin ramai orang ternama dan berpangkat dalam kerajaan masuk PAS. Sekurnag-kurangnya pangkat besar dan nama hebat itu merupakan kisah masa lalu mereka. Mereka telah meninggalkan zaman bekhidmat dalam kerajaan  yang penuh glamor itu dan kini masuk PAS. Apa makna semua ini? Untuk tidak memperbanyakkan soal, kita boleh simpulkan perkembangan ini sebagai kecenderungan baru orang bijak pandai di Malaysia menyertai perjuangan PAS.

Artis-arti yang pernah melakar nama di dada seni juga memilih menyertai PAS. Bersama penyertaan mereka ke dalam PAS, mereka menampilkan perubahan menjadi insan muslim yang lebih baik. Tidak dinafikan bahawa masi ada ramai insan seni yang kekal sebagai penyokong totok UMNO-BN. Tetapi, bersama dengan kesetiaan mereka kepada parti pemerintah itu, mereka gagal menunjukkan perubahan dalam penampilan diri mereka, khususnya dalam aspek keagamaan.

Sememangnya boleh dramalkan apa akan berlaku kepada dunia politik di masa depan. Kekuasaan akan berada pada kelompok orang-orang yang bijak pandai. Demikianlah sejarah memberitahu kita. Hanya kebangkitan orang bijak pandai itu, kekadangnya memakan masa yang lebih lama daripada apa yang kita jangka dan harapkan.

Monday, June 18, 2012

Rakyat Mesir yang menghairankan.

Sungguh sukar difahami, mengapa calon presiden Mesir Ahmad Syafiq yang jelas merupakan bekas kakitangan Hosni Mubarak itu masih lagi dipilih oleh kebanyakan rakyat Mesir. Ia masih memberi tentangan kepada calon perjuangan rakyat Dr. Muhammad Mursi yang ditampilkan oleh Ikhwanul Muslimun. Lebih memnghairankan adalah sokongan terbuka yang di lahirkan oleh kelompok Sufi terhadap Ahmad Syafiq.

Pemikiran rakyat Mesir itu memang sukar difahami. Aku boleh sahaja melebelkan buat rakyat Mesir yang masih mengundi untuk Ahmad Syafiq itu sebagai bahalul. Lebih 30 tahun ditindas pemerintahan Hosni Mubarak belum cukuo menyedarkan mereka yang masih menggilai Ahmad Syafiq.

Sejurus, aku meragui tahap celik huruf majoriti rakyat Mesir.

Calon suami seorang ustaz?

Calon suami dicari. Mengitu sering aku mendengar iklan-iklan secara tidak langsung mengenainya. Iklan itu diungkapkan oleh yang empunya diri atau oleh teman-teman kepada yang mencari calon suami. Begitu perubahan sikap yang berlaku dewasa ini. Orang perempuan tidak lagi ditakutkan dengan istilah perigi mencari timba. Sekarang ini, siapa lambat dia melepas. Realiti yang terjadi, mencari suami lebih sukar dari mencari isteri. Lebih-lebih lagi suami yang mempunyai ciri-ciri soleh dengan tambahan yang dikehendaki.

Dalam masa terdekat ini, ada beberapa orang yang menyampaikan hasrat kepadaku agar mencarikan suami untuknya. Suami untuk perempuan yang baik-baik. Menjadi masalah ialah mencari lelaki yang terbaik untuk mereka. Ada orang mahu suaminya seorang ustaz. Macam Abby Abadi, bekas pelajun siri Gerak Khas, umumkan dalam satu program bersama Pemuda Pas di Kerdau, Pahang. Katanya agar menjadi pembimbingnya setelah hijrahnya.

Memang sukar mencari ustaz untuk wanita-wanita seperti ini. Wanita-wanita manapun yang mengimpikan istaz dalam kehidupan mereka. Ramai ustaz telah berkahwin. Masyarakat kita belum bersedia mengamalkan corak perkahwinan poligami. Ia masih menjadi msuh bagi kebanyakan wanita.  Justeru, terpaksalah mencari ustaz yang baru mahu start.  Akhirnya, gelaran ustaz menjadi tidka penting pula. Asalkan lelaki itu baik, memadailah.

Mencari yang baik itu juga bukan mudah. Kita tidak tahu menilai seseorang secara pasti, sejauh mana kebaikannya.

Friday, June 15, 2012

Perihal murka seorang raja.

Tersebut kisah, maka seorang raja dari negeri Antah Berantah telah murka. Maka kerana murkanya, dia pun berkurunglah dalam biliknya dan enggan berjumpa dengan sesiapapun. Makan minum dan pakai semuanya dalam biliknya sahajalah. Biapun berapa kali dipanggil keluar oleh para pelayan istananya, tidaklah mahu dia keluar.  Dia tetap berkurung dalam biliknya dan tidaklah dapat dipastikan apa yang dibuatnya dalam biliknya itu. Mengikut riwayat sesetengah orang, dia bermain dam aji. Namun, tidak pula dapat dipastikan bagaimana dia boleh bermain dam aji seorang diri.

Adapun yang membuat murkanya sang raja itu perkataan seorang jua. Orang itu adalah seorang anak kepada seorang menterinya yang baru pulang dari luar negeri. Kerana pelajaran di luar negeri telah menjadikannya cerdik, serta akal bebas telah mencanai perilakunya yang baru, maka dikritiknya sang raja. Mengenai hal yang dikritiknya itu sememangnya adalah benarnya. Seluruh hamba rakyat jelata yang punya akal fikirian yang waras tentu akan bersetuju dengan apa yang dibuahbicarakan dalam kritikan anak pak menteri itu.

Oleh sang raja itu, kerana hobinya membela kuda, maka pada satu ketika dia telah membeli kuda baru. Kuda baru itu tidaklah lebih istimewa daripada kuda yang lain. Harganya pun samalah seperti kdua-kuda yang pernah dibelinya sebelum ini. Tetapi, apa yang membuatkan anak Pak Menteri marah adalah kerana dia membeli pakaian untuk kuda tersebut. Pakaian itu pula dibuat daripada sutera yang mahal. Tidak ada seorang pun rakyat dalam negeri itu berpakaian lebih mahal daripada kuda tersebut. 

"Negeri ini kuda lebih mulia daripada manusia?", demikian anak Pak Menteri menyindir.

Maka terasalah sang raja kerana hobinya dipertikaikan. Itulah asal kenapa sang raja merajuk dan berkurung dalam biliknya. 

Bagi kebanyakan hamba rakyat, perihal raja merajuk dan duduk berkurung dalam bilik itu tidaklah diendahkan kerana selama ini pun mereka tidak pula tahu raja itu di dalam bilikkah atau di luar bilik.

Thursday, June 14, 2012

Bila medan dakwah sudah sempit...dunia masih luas.

Entah kenapa aku sudah mula merasa jemu berada di Sandakan. Sejak sampai semula di Sandakan, selepas pulang bercuti di kampung selama dua minggu, aku merasakan Sandakan tidak menjadi tempat indah buatku lagi. Aku menginginkan sekali penghijrahan. Hijrah akan membuatkan aku menjadi baru kembali setelah kini merasakan diri semakin usang.

Masjid Al-Fajar yang kubanggakan sebagai medan semarak perkembangan ilmu agama di Sandakan ini semakin sukar digerakkan. Dulunya, setiap malam akan ada ceramah dan kuliah. Kini, ia semakin sepi. fungsinya hanya untuk solat Jemaah lima waktu. Aku memang terkilan apabila dua tiga malam lepas apabila aku cuba bawakan seorang penceramah untuk menyampaikan kuliah mengenai teknik membaca Al-Quran mengikut kaedah Baghdadi gagal.  Aku dikehendaki menyatakan nama dan asal penceramah yang sememangnya aku tidak tahu. Lantas, aku pun batalkan rancangan untuk menampilkannya.

Keputusan agar aku merujuk kepada pengerusi setiap ada penceramah yang mahu dibawakan membuatkan aku tawar hati untuk membawakan mana-mana penceraqmah atau pengkuliah. Tanpa aktiviti agama sedemikian yang boleh aku gerakkan, keberadaan di Sandakan tidak menjadi menarik lagi buatku. Apalah gunakanya aku berada di satu tempat yang menyukarkan gerakerjaku.

Dunia ini luas. Aku perlu pergi dan seseorang lain akan menggantikan aku dengan peranan yang lebih berkesan. 

Semoga Allah permudahkan....lapangkan hatiku.