Dalam ceramah semalam, kepada adik-adik pelajar yang menyertai program KRIS (Kem Remaja Islam Sandakan), aku mengingatkan agar jangan mengambil minda jalan pintas yang ada dalam diri kebanyakan orang melayu dulu sebagai amalan.Di antara minda jalan pintas orang Melayu ialah:
a) Untuk pandaikan anak dalam pelajaran, pergi minta air penawar kepada Tok Guru. Malah ada yang sampai minta dijampikan pada pen dan pensil yang mahu digunakan menjawab soalan peperiksaan. Orang Melayu suka sangat beli buah kismis dan pelbagai produk minda yang dikatakan boleh melahirkan anak pelajar yang bijak. Ini adalah minda jalan pintas Melayu. Kalau hendak pandai, kenapa tak ambil jalan panjang yang menjadi tradisi pasti orang-orang yang telah berjaya, iaitu belajar dengan bersungguh-sungguh.
b)Minda jalan pintas ini mempengaruhi hatta dalam soal amalan agama. Sebab itu ada Melayu yang suka ambil jalan bersuluk untuk sampai kepada Allah SWT. Padahal amalan seperti itu bukan jalan yang nabi tunjukkan. Akhirnya kepada Allah tidak sampai, tetapi sampai kepada kekeliruan syaitan.
c) Hendak jadi wali Allah pun ada jalan pintas. Kisah bagaimana Sunan Kalijaga menjadi wali jadi dambaan orang Melayu. Sunan kalijaga bertapa di tepi sungai selama bertahun sebelum diangkat jadi wali oleh gurunya. Inilah minda Melayu silam.
Aku menggesa murid agar meninggal minda santai begini. Generasi baru tidak perlu meneruskan ketempangan itu.
No comments:
Post a Comment