Dasar sekular adalah memisahkan urusan dunia dari agama. Ia menjadi ideologi yang tumbuh di dunia Barat hasil daripada pencerobohan golongan agama di gereja yang mengganngu urusan pemerintahan dan juga penindasan terhadap kebangkitan golongan cendikiawan. Dalam keadaan dunia Barat yang ditindas oleh gereja atas nama agama, ideologi ini menjadi jalan penyelesaian buat mereka. Agama adalah urusan gereja dan soal pemerintahan dan dunia tidak ada kaitan dengan agama. Hasil daripada pemisahan ini, negara-negara Barat telah berjaya bangkit dan mencapai kemajuan sepertimana yang terlihat hari ini.
Di dunia Barat, pemisahan ini memang membawa implikasi yang baik. Demikian itu kerana sifat agama kristian yang tidak boleh menerima perubahan dan tidak melayani tajdid dalam pemikiran. Agama kristian tidak melunaskan tuntutan dunia yang sentiasa berubah. Maka, memang selayaknya ia disingkirkan oleh ummat Barat sendiri dari kehidupan duniawi mereka.
Namun, agama Islam bukan seperti agama Kristian. Islam tidak bertentangan dengan pemerintahan. Ia juga tidak bertentangan dengan sains. Sebab itu, Islam dan dunia bergerak seiring. Sekular tidak dikenali dalam dunia Islam.
Walau bagaimanapun, watak sekular itu telah dimasukkan ke dalam dunia Islam dan tidak diamalkan seutuhnya sebagaimana tempat ia dilahirkan. Di negara Islam yang mengamalkan sistem sekular, agama dihalang daripada dipraktiskan. Islam tidak dapat dilaksanakan secara bebas. Untuk membina masjid dalam sebuah negara Islam sekular lebih sukar daripada membina masjid dalam sebuah negara sekular Barat!
Sebab itu, apabila parti berhaluan Islam pimpinan Edorgan di Turki dapat mengambil alih sokongan rakyat, sekular di Turki tidak digugat. Sekular yang diamalkan secara ideal dalam negara yang pesimis kepada Islam seperti Turki sebenarnya mengntungkan Islam. Islam dapat dikembangkan dan kefahaman mengenai Islam yang sempurna dapat diterapka dalam masyarakat.
Biarkan kerangka sekular itu melingkar. Apa yang perlu kita buat ialah menyemai Islam dalam kerangka itu sehingga kelak kerangka itu dengan sendirinya akan patah berantakan.
No comments:
Post a Comment