Secara mudahnya, aku tegaskan bahawa kalaulah sambutan "haul" bagi sesetengah syeikh terutamanya berketurunan habib itu wajar dan perlu, sudah tentu kita lebih patut memnyambut "haul" bagi Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman bin Affan dan juga Ali bin Abi Talib. Demikian pula "haul" bagi sederetan sahabat besar yang lain yang sangat berjasa untuk Islam. Malah, kalau hendak dibandingkan dengan ulama-ulama mujtahid mutlak seperti imam mazhabh yang empat, "haul" mereka lebih layak diraikan berbanding "haul" mana-mana ulama Habaib yang disambut oleh sesetengah orang. Sekalipun, kalau hendak dibandingkan dengan para mujtahid fil mazahib, keutamaan lebih buat mereka kerana jasa mereka menyebarkan ilmu Islam kepada masyarakat.
Ini tidak. "Haul" para habaib itu juga yang dirayakan. Apa ertinya semua ini? Apakah para habaib itu lebih mulia daripada sahabat-sahabat Rasulullah yang tidak pernah disambut "haul" mereka? Lebih muliakah juga para habaib itu berbanding para ulama mazhab yang menyumbang tamadun ilmu untuk ummat?
Dalam sambutan "haul" para habaib yang dibuat, ada ungkapan syair yang dinyanyikan. Ratha' dan Ghazal bercampur sebagai tandai sedih kehilangan dan kecintaan kepada para syeikh dan habaib. Gugusan syair yang dikarang mengandungi pujian berlebihan buat syeikh dan habaib.
Tidak cukupkah dengan mendendangkan bacaan Al-Quran dan zikir ma'thurat yang nabi SAW warisi?
Sesungguhnya ini adalah khayalan yang nyata. Islam tidak punya kaitan dengan sambutan "haul" yang direka-reka ini. Menyambut "haul" itu sendiri bukan tradisi Islam. Dalam tradisi kristian memang ada sambutan "haul". Kita biasa mendengar sambutan Krismas yang dikaitkan dengan kelahiran Isa. Jangan pula dikatakan kita biasa dengan maulid nabi kerana dalam tradisi Islam, tidak ada maulid. Ia cuma perkara yang didatangkan kemudian. Maka, terlebihlah haul bagi masyayeikh!
Siapa yang cintakan ketulinan Islam, pilihlah yang berisi daripada yang antah!
No comments:
Post a Comment