Semakin dekat kepada Pilihanraya Umum ke 13, semakin gempita mainan politik para juru tandingnya. Sesetengan pemainnya memperlihatkan kegelisahan yang ketara dan degup gabra. Pelbagai caci nista dan bermacam-macam siasat muslihat dibongkar untuk digunapakai agar dapat dimenangi dalam percaturan politik yang akan datang.
Keadaan politik jadi caca marba. Dulu, beberapa MP Pakatan Rakyat melompat sempadan dan menjadi lawan kepada Pakatan Rakyat. Siri tekanan pelbagai kepada Anwar Ibrahim sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat jangan diceritakan lagilah. Habis sekejap perbicaraan kes liwat kerana kemenangannya di peringkat mahkamah tinggi, datang pula kes kenyataan sokongan Anwar Ibrahim ke tas Israil. Lalu timbul cerita surat-surat mantan PM Dr. Mahathir yang menjalinkan hubungan dengan Israel sehingga Wisma Putera terpaksa memaparkan isi kandungan surat tersebut.
Pemimpin UMNO-BN sudah sampai ketahap gaban. Nazri Aziz kata Anwar macam Iblis. Habis dah lah gelaran yang boleh diberikan kepadanya. Peliwat, agen Amerika, sokong Yahudi, pengkhianat Melayu dan kini sudah sampai kepada Iblis. Memang dan maksima. Lepas iblis tak ada sudah yang lebih jahat.
Haha...
Pas pun dikacau habis-habis sampai Hasan Ali tersingkir keluar daripada Pas dan menjadi talibarut UMNO-BN. Dulu kerajaan Perak berjaya ditumbangkan dengan muslihat licik. Percuabaan dibuat di Selangor. Untuk menumbangkannya sama seperti di Perak nampaknya tiada jalan. Pelbagai isu dimainkan. Dari isu Pasir sehinggalah Isu gerakan Kristianisasi. Bersimpang siur isunya. Centang peranang orang. Tangkap muat semuanya. Asalkan kepercayaan rakyat tidak kepada selain UMNO-BN.
Sekarang kerajaan Kedah sedang digoncang. Agak malang juga sebab ada orang Pas yang bodoh politik sehingga menari mengikut rentak yang dimainkan para pecundang yang tengah gila talak pangkat. Semua ini merupakan kesan tiupan angin kencang PRU ke 13 yang mungkin akan menjadi PRU bersejarah. Jika semua ribut taufan ini dapat dilepas dengan gagah dan istiqamah, insya Allah, fajar baru akan menyingsing.
No comments:
Post a Comment