Mula pulang bercuti hari itu,emak beritahuku bahawa Pak Di mee rebus terkena santau. Dia yang selama ini sihat dan berniaga mee rebus di Pekan Naka, tiba-tiba satu hari rebah muntah darah. Ramai orang mengatakan dia disantau pesaing perniagaan.
Sempat juga aku bersama ibu melawatnya di Hospital Sultanah Bahyah, Langgar. Waktu itu dia koma. Sungguh kasihan kalau benar dia disantau. Sungguh kejam pula si penyantau itu. Terdetik dalam hatiku, inilah sebabnya kenapa Allah mencipta neraka. Dalam dunia ini, ada manusia yang busuk hati dan kotor jiwa. Kebususkan dan kekotoran itu terjelma pula dalam kelakuan seharian.
Kemudian, tiba-tiba terdengar pula khabar menantu Pak Da disantau. Malam Jumuat minggu lepas, Pak Da jemput orang baca Yasin di rumahnya. Cerita yang kudengar berbagai-bagai. Khabarnya dia mendapat santau itu setelah makan di Pokok Sena. Ibuku keberatan amat ketika dalam satu perjalanan pulang dari Alor Setar, aku berhenti di sebuah restoran di Pokok Sena.
Nampaknya kejadian santau semakin menjadi-jadi di kampung-kampung daerahku.
Musibah apa menimpa iman warganya? Mencari jalan syaitan untuk melerai permusuhan dunia. Bukankah Allah menawarkan ganjaran besar buat mereka yang dapat mengawal kemarahan dan kebencian serta bersabar menghadapi tekanan perasaan?
No comments:
Post a Comment