Banyak jalan raya di negeri Kedah dalam proses pembaikan. Sebahagiannya oenyrapan semula dan sebahagiannya rancak di tampal di sana sini. Jalan raya pintas dari Pokok Sena ke Alor Setar sudah siap. Kini, seseornag yang mahu ke Alor Setar, tidak perlu lagu masuk ke pekan Langgar yang menyesakkan.
Dengan nada separa bergurau, aku katakan kepada ibuku.
"Lihatlah mak, berkat pemerintahan kerajaan PR di Kedah, jalan raya baru...",
Ibuku membalas.
"Ini pun BN yang buat",
"Semasa BN memerintah, mana dibuatnya, ini semua berkat kita mendapat kerajaan baru, kalau sudah PR memerintah Malaysia, tentu kita akan dapat lebih baik dari ini", balasku.
Ibuku terdiam. Ibuku sememangnya penyokong parti Islam, tetapi apa yang disaksikan di kampung, melibatkan para pemimpin UMNO, mengajarnya untuk mendifinisikan pembangunan kepada BN. Sungguhpun dia mengerti bahawa di sana banyak main sulap mata.
No comments:
Post a Comment