CARI BAHAN

Monday, May 14, 2018

BN BERPECAH, SIAPA RAKAN BARU UMNO?

BN mengalami perpecahan. Tidak dapat dipastikan sedahsyat mana perpecahan itu. Di bumi Sabah dan Sarawak, kedaan BN nampak kritikal  Kesetiaan parti komponen BN berada pada landasan yang sangat rapuh. MP dan Adun UMNO-Bn sekarang ini dalam keadaan tak menentu. Alasan-alasan yang naif mula keluar untuk mendekati Pakatan Harapan.

"Kami masi BN tetapi menyokong Pakatan Harapan!".

Ayat ini merupakan tapak awal dalam rangkaian tapak memurtadkan diri. Ahli-ahli bawahan jangan ceritalah. Di kampung-kampung, orang UMNO mula bertempiaran panik. Mereka itu pada bila-bila masa akan lari meninggalkan Umno-BN.

Kepada siapa mereka akan pergi? Siapa pula yang akan kekal istiqamah? Inilah persoalan-persoalan yang masih menjadi tandatanya pasca PRU14 ini. Sedikit masa lagi, sebahagian persoalan ini akan makin jelas.

Mari kita buat andaian liar. Andaian pertama ialah mereka akan lompat ke PH. Parti-parti dalam PH akan diuji integriti mereka. Apakah mereka akan terima bulat-bulat atau membuat tapisan ala tazkiyyah untuk menerima mereka? Ini tergantung kepada sikap dan cara parti masing-masing. Antara yang bakal meyusup itu ada yang merupakan koruptor, oppurunis dan sebagainya.

Andaian lain yang boleh dibuat ialah, mereka akan semakin mendekati PAS. Sebagai pembangkang kerajaan PH dengan pegangan kecil atas sisa kerajaan negeri yang masih memilih BN, rakan kongsi yang kuat diperlukan. Para pemimpin UMNO-BN mungkin tidak nampak yang lain kecuali Pas. Dengan itu, mereka akan menawarkan permuafakatan dengan Pas bagi membentuk barisan pembangkang baru atau sekadar menambahkan lagi kekuatan Gagasan Sejahtera yang dipimpin oleh Pas. Dengan kata lain, BN bubar dan UMNO akan menjadi komponen Gagasan Sejahtera.

Apakah ini mungkin terjadi? Ya..dalam politik serba mungkin. 

Kebijaksanaan politik pimpinan Pas akan diuji di sini. Untung rugi percaturan politik akan dinilai sepenuhnya. Gagal membaca keadaan akan membuatkan  sesebuah parti tercorot dan berdepan resiko hilang sokongan akar umbi.

Kita tidak tahu apa akan jadi dalam politik ini esok hari. Semua andaian adalah serba mungkin. Bijak politik sentiasa mempersiapkan akanl untuk berubah. Dari semasa ke semasa dan merujuk kepada tuntutan keadaan serta perubahan ijtihad. Dalam politik, kontennya adalah perkara-perkara ijtihadi dan bukan usuli. Ia terbuka kepada koreksi, anjakan dan pembetulan.

Sekianlah pandangan saya untuk kali ini.


Sunday, May 13, 2018

TAKUT PADA NAMA

Apa yang orang takut sebenarnya? Apakah mereka takut kepada hakikat sesuatu? Atau mereka hanya takut kepada apa yang digambarkan kepada mereka melalui gambaran luar dan nama-nama yang diberi?

Rakyat takut kepada raja, hormat dan sanjung. Kenapa? Kerana batang tubu raja itukah? Tidak. Kalau seorang raja hilang kuasa, namanya bukan raja lagi. Rakyat sudah tidak takut kepadanya. Silap-silap dihormat pun tidak, malah dihina lagi. 

Perdana menteri, sewaktu dia di atas puncak kuasa, orang panggil dia Datok Seri. Para pengikut sekeliling tidak berani membantah. Nak cakap "tidak" pun takut.  Hormat, sanjung dan sayang bagai. Tapi, bila Perdana Menteri jatuh, hilang kuasa, apa yang tinggal? Tinggal hanya namanya, Najib. Orang sudah tidak takut lagi.Orang yang dulunya sanjung dia pun sudah pula mengkritik dan menghalaunya dari jemaah parti. Rakyat lagilah. Ada yang tak sabar-sabar kalau dia ditangkap dan disumbat ke penjara. Selama ini, yang mereka takut, hormat itu apa? Cuma nama jawatan iaitu Perdana Menteri. 

Hari itu, siapapun tak takut kepada Tun Mahathir. Dia pernah ditakuti dulu masa jadi PM. Bila berhenti, orang UMNO sendiri sudha tak heran kepadanya. Pembangkang jangan katalah. Dia melalui tempoh beberapa tahun diperleceh, dinafikan dan dipersendakan oleh orang-orang yang pernah di bawahnya dan takut kepadanya. Sekarang, bila dia naik balik ke posisi PM kali kedua, orang-orang itu kembali takut kepadanya. Kita cakap pasal takut sahaja. Bukan pasal kasih sayang atau cinta. Jadi mereka takut sebab apa? Sebab Jawatan PM itulah. Itu cuma nama.

Yang Dipertuan Agong...siapa berani kata macam-macam. Ada tindakan undnag-undang yang menanti bagi yang celupar. Orang pun takut. Takut kepada siapa? Kepada batang tubuh YDPA itukah? Tidak...mereka cuma takut kepada namanya. Hilang nama, hilanglah takut...

ADUN BN PERAK TIDAK LOMPAT PARTI


Kami masih bersama BN, kata dua ADUN Perak

Itulah...kita mesti bertenang dan fahami masalah dulu sebelum bereaksi tentang satu-satu isu. Insya Allah kita selamat daripada tanggapan buruk yang dicela agama. Mengenai Adun melompat parti yang hebat diperkatakan oleh para "netizen" akhir-akhir ini, ia perlu dicermati. Dalam Kes Sabah, nampaknya memang celaru. Ada kemungkinan jelas bahawa kegiatan lompat parti untuk kepentingan peribadi berlaku. Tertubuhnya kerajaan BN pimpinan DS Musa Aman kerana ada orang lompat masuk BN dan meninggalkan regunya. Kemudian lompat pula Adun BN meninggalkan partinya masuk ke regu DSSA. 

Namun dalam kes Kedah dan Perak, tidak jelas duduk perkaranya di kalangan kebanyakan netizen yang bereaksi. Kebanyakan mendakwa telah berlaku aktiviti lompat parti sehingga dapat ditubuhkan kerajaan Pakatan Harapan di kedua-dua negeri tersebut. Istilah yang digunakan dalam sistem demokrasi di Malaysia ini ada yang kabur dan gagal difahami.

Kerajaan PH Kedah dapat ditubuhkan tanpa banyak omelan. Ia nampak agak jelas kerana PH ada kelebihan undi berbanding Pas. Cuma perlukan sokongan tambahan mojoriti mudah 19. Sokongan Adun BN menyebabkan pihak istana meluluskan dan mengesahkan majlis angkat sumpah dapat dijalankan. Itu bukan lompat tinggalkan parti. Cuma sokongan.

Di Perak pula, keadaan lebih rumit. Cadangan awal Pas untuk buat kerajaan campuran melibatkan tiga parti tidak dilayan. Idea itu tidak diterima oleh para pengobar demokrasi. Antara Bn dan PH, berlumba-lumba tunjuk kelebihan sokongan untuk tubuh kerajaan. Pas dengan tiga Adun, ada di tengah-tengah. Bak seorang gadis pinggitan yang tiada saingan dalam kampung di nkaki gunung.

Tiba-tiba PH kata ia sudah dapat undi majoriti untuk bina kerajaan. Waktu orang bertanya. Macam mana boleh jadi begitu? PH ada 29, BN 27 dan Pas 3. Macam mana boleh bina kerajaan kerana syarat nak bina kerajaan PH kena dapat mojoriti mudah yang disyaratkan iaitu 30. 1 Kurang. Siapa yang menambah satu itu? Pas? Tidak mungkin. BNlah! Siapa lagi. Mestu sudah ada satu orang melompat dari BN ke PH.

Sebelum ini BN dakwa ia juga sudah dapat mojoriti mudah nak tubuh kerajaan. Heboh orang menduga. Macam mana BN yang 27 dapat tambahan 3 lagi untuk tubuh kerajaan. Orang pun menduga, Pas sudah join BN tubuh kerajaan. Hirup pikuk kalangan pembenci Pas dan juga penyokong Pas sendiri. Akhirnya, keluar cadangan kerajaan capuran. Satu escapisme daripada polimik hangat itu. 

Cadangan tersebut tidak menarik minat parti lain. Akhirnya PH tubuh kerajaan. Menteri Besar PH bernama Mohd Faizal Asmuni sudah angkat sumpah. Netizen bercakap soal lompat parti sebagai fenomena. Ada seorang calon BN bernama Zainol Fadzi Paharuddin, Adun Sungai Manik tampil menafikan  bahawa dia lompat parti. Jadi sebelum ini, orang fitnah nista dia sebagai katak, tidak betullah. Katanya dia cuma berikan sokongan kepada Mohd Faizal sebagai MB Perak. Tujuannya murni, kerana tidak mahu keadaan ketidaktentuan berpanjangan. Baguslah niatnya. Demi negeri dan rakyat. Dia menyatakan kesediaannya diambil tindakan disiplin oleh parti. Adun BN ini ada prinsipnya dan dia tidaklah sekeji yang dikatakan. Mereka yang mengata keji kepadanya, bawalah dosa itu ke hari muka, depan Tuhan Rabul Jalil.

Tidak ada tindakan lompat parti. Cuma pernyataan sokongan. Itu yang dituntut untuk memuaskan dan meyakinkan pihak istana. Adun BN kekal dalam BN dan hanya sokongannya sahaja kepada individu bernama Mohd Faizal Asmuni jadi MB. Itulah .Titik.

Apa Sesudah Pilihanraya

Rupanya
ombak kebencian yang mendebur
tebing-tebing pahala
pada hari kelmarin
sebelum sayembara pilihanraya ini
belum juga memberhentikan hakisannya.

Telah berapa banyak timbunan pahala tersimpan
menjadi dagangan rugi hari kemudian
kerana kita terlanjur ucap
dijelma dalam tulisan di sini
mencipta ramai tokoh bankrapsi
di hari perhitungan

Hari itu
sebelum pesta memilih
banyak sudah kita berselisih
menuduh orang lain hitam sedang kita mengaku putih
banyak orang yang ditajrih
pahala-pahala enam purnama habis disapih.

Kini
pihak menang dan kalah telah dipilih
tapi lidah-lidah masih bertasbih
mengucap zikir-zikir pedih
mengundang debat panjang tapi pahala meleleh.

Peristiwa kelmarin
cukuplah sekadar ambil ibrah
berilah peringatan untuk esok.

Yang sudah menggapai kuasa
percayalah mereka
biarkan mereka melakar masa depan
tanpa ada keji nista
tidak perlu menebar syak wasangka
sebelum benar-benar nyata.

Semua yang bersayembara
dalam perebutan kuasa
tidak pernah bertukar menjadi malaikat mulia
tetaplah mereka manusia juga
silap langkah jatuh hina berdosa

Semua yang bersayembara
bukan gerombolan para wali suci
yang hidup persis nabi
putih hati tiada hasrat durjana tersembunyi
manusia terlihat mulia hari ini
esok boleh jadi
berubah lagi
dari sayang jadi benci.

Mereka telah mendapat pamrih dunia
biarkan mereka meladanginya
untuk dibawa sebagai pahala atau dosa

Kita rakyat biasa
yang telah membuat pilihan
dengan sangka berat atau keyakinan
bahawa mereka mampu manggalas amanah
tidak menanggung dosa mereka yang berpaling tadah

Janganlah kita di dunia tidak dapat seberapa
di akhirat pula lebih muflis daripada mereka.

Percayalah...tidak memilih untuk kejahatan
kecuali manusia-manusia jelmaan setan
sedang rakyat yang membuat pilihan
banyaknya yang mengharap kebaikan
mereka diberi ganjaran
atas niat mulia yang disimpan.

Kita berhenti bertikam lidah
kita berganding bina negara indah
kita hiasi negeri diberkati Allah
kita maafkan segala yang sudah
kita basuh segala ludah
kita tinggalkan lingkungan bedebah
berpaculah ke depan tanpa mengunjing orang sebelah
biar hati kita jangan berbarah
merebak benci berbaur amarah
sampai ke mati tak tahu lelah
untung tiada rugi yang ditadah.
biar demam pilihanraya jadi kebah

walau ada musuh jahat mencelah
umpan musuh usah dikesah
siasat jahat  mereka  akan kalah
mereka melempar rasa gundah
mereka menanam bimbang gelabah
mereka mengarang banyak madah
menelah ke depan barang yang dalam ilmu Allah
agar hati kita dihantui resah
racun hasutan jangan dijamah
jangan diangkat untuk ditelaah
jangan disebar kepada ummah
biarkan ia terselit  di bahagian bawah
lama-lama mereput dalam air kumbah.

Negara ini di ambang musnah
hutang bertimbun dilangsai payah
biar pakar yang mengolah
jalan keluar dari musibah
usah diganggu dengan masalah
sorak bising teriak jerkah
gaduh tengkar  hobi berbalah

Jangan kerana coklat gula getah
dibiar rosak  nasi sekawah
negara ini bisa rebah
kerana ekonomi yang kian parah
kerana sistem dijangkiti rasuah
di situlah kita membulatkan wehdah
menumpukan fokus menjalin ukhuwah
menyingkir segala punca balah
tentang soal yang bukan hidup mati sebuah daulah
jika rebah ini negara bertuah
semua citra  tersungkur  musnah
negara yang  diredhai Allah
tidak dapat lagi dicanang megah
punca kuasa telah punah
tolak bahagi dikira payah

Marilah kita berfikir dengan otak yang hikmah.







TEBING PAHALA MASIH DIHAKIS

Banyak yang ingin aku tulis dan catat dalam musim-musim pasca pilihanraya ini. Pilihanraya telah berlalu dan pihak yang menang dan kalah telah ditentukan. Berlaku sedikit konflik selepas kememangan , itu adalah lumrah. Banyak orang memperdebatkan mengenai pengisian sesudah kemanangan. Tidak kurang juga yang masih berbaur pertikaian.

Masih ada perlecehan, persendaan dan penghinaan. Aku terfikir juga untuk terjun sama dalam acara tersebut. Tapi, dengan rahmat Allah , aku masih teringat tentang kerugian yang bakal aku tanggung di akhirat. Menulis dan mengata orang memang seronak. Menyebar fitnah dan adu domba pun seronak juga.  Namun, ia mengundang resiko rugi di hari kemudian. Hari-hari yang ebrlalu, pahala dikikis, sedangkan pahalaku bukan banyak pun. Tahajjud pun tidak sehebat Muhammad Al-Fatih sang penakluk Kota Kostantinopel. 

Justeru, aku menahan diri dan meminimakan aktiviti posting di FB, sebuah medan yang sangat bising dan meriah dengan umpat keji dan cela mencela. Aku cuba pos yang sederhana dan tidka beresiko mengundang tindak balas  negatif. Pios ayat Quran, nasihat-nasihat yang bersifat umum dna petikan-petikan yang mengandungi maklumat baru. Itupun kekadang mengundang trek ke arah umpat keji. 

Aku beristighfar. Ya Allah, aku mohon ampun. Peliharalah aku dan tambahkan keampuhan kota pengawal diriku dalam medan penuh penghakisan dosa ini.

Wednesday, May 09, 2018

Penyemberangan dalam politik.

Menjelang PRU 14 ini, betambah lagi koleksi anak pimpinan PAS meninggalkan Pas. Ahmad Faiq, anak DS Azizan Abd Razak, bekas MB Kedah mengumumkan kemasukannya ke UMNO. Keputusannya itu dibuat pada saat akhir sebelum PRU 14 berlangsung hari ini, 9 Mei 2018. Tindakannya meninggalkan Pas dan masuk UMNO menunjukkan bahawa fenomena anak meninggalkan wadah perjuangan ayah sudah menular dan ia menjadi satu fenomena menggambarkan kebebasan berfikir dan memilih wadah perjuangan.

Terdahulu, Mohd Faiz, anak Ust Fadzil Noor telah masuk Amanah. Mujahid Yusuf Rawa juga masuk Amanah. Terbaru, anak kedua Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar masuk Amanah dan menjadi calon Pakatan Harapan di Dun Chempaka untuk PRU kali ini.  Itu yang masuk berita. Sebenarnya banyak lagi anak tokoh pimpinan Pas yang berhijrah masuk ke wadah yang lain tetapi tidak masuk berita. 

Sebeliknya, ada pula anak tokoh UMNO atau pejuang tegar parti itu masuk Pas. Bekas UMNO masuk Pas pun ada, seperti bekas Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia iaitu, Datuk Kamilia Ibrahim. Dulu DS Muhammad Taib masuk Pas, lepas tu keluar dan masuk UMNO balik. Tamrin Ghafar masuk Pas dan keluar. Penyanyi dan personaliti TV  seperti Aisyah, Abby Abadi dan Wardina pernah menyokong Pas kemudian keluar dan menyokong PH pula.

Dunia politik memang rencam.

Di kampungku, ada veteran Pas, pengasas Pas kawasan dan menubuhkan banyak cawangan, kemudian hilang kepercayaan kepada Pas dan menghasut orang agar sokong PH. Ada bekas UMNO pula sertai Bersatu. Ada ustaz sertai DAP. Ada cina DAP keluar parti  masuk MCA. Ada PKR keluar parti masuk UMNO.Lepas masuk UMNO, jadi Senator, kemudian masuk Bersatu. Musim pilihanraya ini bertanding pula lambang PKR. Ada juga pimpinan PAS masuk Bersatu macam Dato' Ir Amiruddin Hamzah. 

Lihatlah rencamnya arah haluan politik yang diambil. Ini menjadikan kisah penyemberangan dalam politik adalah kisah sebuah pilihan. Ia bukan satu pertukaran akidah  dan ia bukan menukar kepercayaan agama. Setiap orang bebas memilih wadah dan cara perjuangan masing-masing. Masing-masing bawa niat mengadap Allah SWT. Niat itu akan menentukan duduk perkara mereka.

Tidak mustahil. Satu hari, tiba-tiba kita dengar ada anak TGHH masuk Amanah. Sudah pun ada anak saudaranya masuk Amanah, iaitu Ust. Miqdad Zakaria. Juga tidak mustahil jika kita dengar tiba-tiba anak Tn Ibrahim Tn Man istihar masuk UMNO lepas Tn. Ibrahim Tn Man meninggal. Siapa boleh mustahilkan? Mungkin, satu hari nanti dengar khabar pula anak Nasaruddin Daud masuk DAP? Anak Nasruddin Tontawi tiba-tiba masuk PKR. Anak Datuk Bentara Kanan Ahmad Yaakob keluar pas tubuh parti baru.

Bukan mustahil, lepas ini ada pula pimpinan Amanah kembali bersama PAS. Salehuddin Ayob tiba-tiba balik ke Pas. Tapi Zuhdi Marzuki pula masuk UMNO. Nik Abduh tiba-tiba dilantik jadi pengarah MKN dan masuk UMNO.

Semuanya serba mungkin! Tidak perlu mencela yang menyemberang dan bertindak matang dalam menanggapi kisah-kisah penyemberangan.

Tuesday, May 08, 2018

Jangan Politik Memberantakkan Usrah

Saya baru sempat membaca catatan seorang anak muda bernama Taqiuddin Cheman yang menjadi calon mewakili Parti Amanah Negara di Dun N51 Pulai Sebatang. Beliau merupakan anak kepada Cheman Yusoh, calon Pas di Dun N16 sungai Balang. Dua beranak ini, anak dan bapa berbeza wadah perjuangan. Namun, kedua-duanya boleh saling meraikan dan menjaga hubungan kekeluargaan. Si bapa masih boleh menghargai pilihan anak dan perbezaan pahaman politik mereka tidak menjejaskan sedikitpun hubungan mereka.

Link: Biar Berbeza Parti, Keluarga Usah Berbalah.

Inilah wajah sebenar Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). Politik tidak menjadi sebab pecah belah dalam keluarga. Hal ini dapat dipraktikkan kalau nawaitu masuk politik itu betul. Sesorang yang menjadikan politik sebagai metod memperjuangkan cita-cita dan harapannya tidak akan menafikan metod orang lain. Dalam dunia yang penuh dengan kepelbagaian, seorang yang rasional akan terima kepelbagaian metod dan cara bekerja.

Malangnya, ada segolongan orang yang tidak sudi menerima perbezaan dalam politik. Hatta menganggap pilihan dalam politik adalah pilihan yang menentukan duduknya akidah seseorang, ia sangat keterlaluan. 

Pilihlah wadah apapun, ia tergantung kepada niat masing-masing. Allah akan menilai berdasarkan niat tersebut. Jika seseorang memilih wadah A, niatnya untuk kepentingan diri, habuan dunia atau menegakkan kemungkaran, sudah tentulah dia mendapat dosa. Jika niatnya kerana mahu membela kebenaran, membantu orang tertindas, menghalang kejahatan orang yang merosakkan, dia dapat pahala. Pahala itu berguna di akhirat buat seorang muslim.

Janganlah menyempitkan rahmat Allah. Allah tidak pernah turunkan hak memberi rahmat itu kepada siapapun kecuali DIA sahaja yang memilikinya.

Sunday, May 06, 2018

KEBENCIAN BUKAN WATAK AHLI SYURGA.

Nanti, ketika orang-orang beriman mahu masuk ke syurga, Allah buangkan dari dalam dada mereka rasa benci kepada orang lain. Benci itu merupakan sifat mazmumah yang tidak layak untuk para ahli syurga. Saat mereka masuk ke dalam syurga, hati mereka penuh kasih sayang dan rasa bersaudara satu sama lain.

Allah berfirman:


وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِم مِّنْ غِلٍّ إِخْوَانًا عَلَىٰ سُرُرٍ مُّتَقَابِلِينَ

Dan kami cabutkan daripada dalam dada mereka perasaan benci membenci lalu mereka jadi orang yang bersaudara duduk di atas katil-kati sambil berhadapan satu sama lain.
Surah Al-Hijr: Ayat 47



Watak gambaran ahli syurga ini bukan sahaja nanti ada di syurga. Dalam kehidupan dunia, calon-calon syurga sudah perlu mengamalkannya. Mereka perlu buangkan pengaruh benci itu kerana kerana sifat itu bukan sifat ahli syurga. Perlu banyak memaafkan dan tanamkan kasih sayang. Lebih-lebih lagi jika sesama Islam. Terhadap orang kafir pun kena ada perasaan kasih sayang atas nama kemanusiaan. Jika ia jiran, sekampung, senegeri atau senegara, perlu ada kasih sayang atas nama kemanusiaan dan kesamaan melalui kejiranan dan kebersamaan wilayah tempat tinggal.

Kebencian ini menjadi makanan sesetengah orang. Kerana dendam masa lalu, kebencian bersemadi di kalbu. Kerana faktor-faktor semasa yang remeh atau masih boleh dimaafkan, kebencian dikobarkan. Kerana bebeza cara hidup, matlamat, kaedah, wadah dan citra, kebencian dibiarkan membara. Semua ini tidak layak dimiliki bakal-bakal ahli syurga. Jika kebencian bersenandung dalam hati, maka ketahuilah bahawa itu bukan watak ahli syurga.

Allah ceritakan perangai ahli syurga agar kita dapat meniru dan mengaplikasikannya dalam kehidupan di dunia. Sekalipun mustahil kita mencakup semua watak ahli syurga, kita masih perlu mengamalkan sedaya yang mungkin. Kita perlu himpunkan semaksima yang dapat watak-watak ahli syurga dalam diri kita.

Tuesday, May 01, 2018

BILA PENZALIM KELUAR DARI PERSEKITARANNYA.

Firaun jadi zalim, sombong dan melawan nabi Musa  kerana dorongan persekitarannya. Beliau ada partinya dan kabinet menteri yang di ketuai Haman. Mereka inilah yang menjadi lengkaran jahat yang membelit Firaun dalam gelap kesesatan dan kemurkaan Tuhan.

Kalaulah seandainya Firaun itu dapat keluar daripada lingkaran jahat itu, apakah tidak mungkin dia tidak jadi seperti Firaun yang dikutuk Allah dalam Quran?

Iya...itulah satu pertanyaan tentang sebuah kemungkinan. Hakikatnya, Firaun mati kafir dan dia serta pengikutnya akan masuk neraka. Al-Quran telah menjelaskan dan menegaskan tentang kekafiran Firaun ini.

Cuma,  mari kita berfikir sebentar mengenai persekitaran orang yang berbuat zalim ini. Sebahagian kezalimannya itu bukan terbit daripada kemahuannya berbuat zalim. Ia adalah pengaruh persekitaran.

Terus kepada bahan renungan kita dalam tulisan ringkas ini. Tun Dr. Mahathir Muhammad, dia seorang Perdana Menteri yang dilihat melakukan kezaliman dan berbagai kepincangan semasa dia berkuasa. Tidak perlu disenaraikan perkara-perkara yang salah dibuatnya sepanjang beliau jadi ketua eksekutif kerajaan sepanjang 22 tahun beliau berkuasa. Dia disokong dengan kuat oleh partinya UMNO dan Barisan Nasional.

Dengan persekitaran yang dia ada itu, dia pun bertindak sebagaimana yang telah dia bertindak. Ada orang ditangkap dan dipenjara. Ada mati kena bunuh. Ada tanah kena rampas. Ada yang difitnah dan dimalukan. Ada harta negara yang digelapkan.  Macam-macam. Itulah yang disebut orang mengenai sejarah masa lepasnya. Allah maha mengetahui yang tersembunyi.

Kemudian, takdir Allah, umurnya pun panjang. Sekarang sudah 93 tahun. Dia telah letak jawatan dan kemudian keluar UMNO lebih 15 tahun lalu. Dia berkrisis dengan pemimpin ramai UMNO dan akhirnya kini berpatah arang. Ironi sekali, beliau orang besar dalam UMNO kemudian dimusuhi oleh UMNO sendiri. Dia benar-benar total telah terkeluar daripada persekitaran jahatnya dulu. 

Tun Mahathir yang sudah lanjut usia itu pun kembali beraksi dalam arena  politik. Bertanding untuk menang pilihanraya. Diangkat oleh parti baru dalam kumpulan Pakatan Harapan sebagai calon Perdana Menteri. Dalam keadaan ini, ada orang pro dan kon. Antara mereka, ada yang mengungkit kejahatan Mahathir selama 22 tahun menjadi pemerintah. Tragedi kelmarin tidak dapat dilupa. Miskipun Tun Dr. Mahathir telah terkeluar dari lingkungan jahat masa lalunya, dia masih tidak boleh dimaafkan oleh sesetengah orang.

Mari berfikir...jika dakwah Musa itu bukan mengislahkan Firaun, apa guna Musa  berdakwah. Sudah tentu harapan Musa adalah agar Firaun jadi baik. Namun itu tidak berlaku. Sampai mati Firaun tertambat dan terperangkap dalam pusaran jahat partinya.  Maka tujuan dakwah adalah mengislahkan orang. Cara berlakunya islah itu, Allah yang menentukan. Para pendakwah mesti terima cara Allah yang telah digariskan dalam takdir.

Lain hal dengan Tun Dr. Mahathir. Orang kata doa Ust. Fadhil Nor, gemulah Presiden Pas, telah dimakbulkan. Doanya agar umurnya panjang dan melihat kerosakannya, telah makbul. Umur Tun Dr. Mahathir panjang dan dia sedang menyaksikan kerosakannya. Namun doa Ust Fadhil Noor itu jangan dilihat dan ditafsir dengan kacamata pendendam. Mungkin di sebalik doa Ust Fahil itu, ada harapan di sanubarinya agar Tun Dr. Mahathir akhirnya menyesal dan bertaubat. Inilah sebenarnya objektif dakwah nabi dan para ulama ke atas orang-orang yang jauh dari hidayah samada orang kafir, ahli maksiat,  penzalim atau selainnya.

Mereka sempat bertaubat dan kemudian mati serta dimasukkan ke syurga. Inilah matlamat dakwah. Matlamat dakwah bukan mengasing-asingkan manusia. Satu kelompok dibariskan bakal-bakal calon syurga. Satu kelompok lagi diputusharapkan dan dijerumuskan ke neraka kerana dosa mereka. Itu bukan tujuan dakwah para nabi. Syukur, jika ada orang berdosa bertaubat. Ada orang zalim berhenti buat zalim dan kembali membuat islah. Syurga yang Allah janjikan tidak sempit jika mereka tumpang sekaki masuk syurga. Lagipun, syurga itu bukan milik sesiapa kecuali ia kepunyaan Allah belaka.

Hari ini kita lihat dan pelajari bagaimana Allah menyusun perjalanan peristiwa sekitar sosok Tun Dr. Mahathir ini. Renung dan berfikirlah. Jangan jumud dengan pengaruh dendam masa lalu. Betapa besar kezaliman seseorang, kita masih perlu menaruh harapan agar orang itu menemui husnul khatimah. Tun Dr. Mahathir sedang menapak jalan ke arah itu. Dia sedang melakukan kerja pemulihan atas kerosakan yang dia lakukan. Kalau berjaya Alhamdulillah. Kalaupun gagal, niat dan kerjanya itu sudah ada nilai di sisi Allah.

Saya selalu sebut, taubat seekor semut tak sama dengan taubat seekor gajah. Kekadang orang salah faham soal ini. Waktu Tun Dr. Mahathir mula bergiat dalam politik semula, ada suara-suara orang kurang faqih menyarankan agar dia tumpukan kepada akhirat. Balik ke atas sejadah dan bertaubat. Apakah dia sangka taubat bekas perdana menteri yang berbuat zalim itu dengan cara itu? Sekali-kali tidak. Taubatnya adalah dengan menyesal dan berbuat islah. Pulihkan kerosakannya sedaya mungkin. 

Siapa tahu...Allah sengaja panjangkan usia Tun Dr. Mahathir agar dia dapat menabur khidmat pemulihan negara ini sebagai sarana taubatnya. Tidaklah Allah memanjangkan usia seseorang dengan sia-sia. Tentu ada tujuannya. Bukan tujuan Allah yang Maha bijaksana memanjangkan usia hanya sekadar melihat dan terseksa perasaan kerana kerosakan akibat tangan sendiri di masa lalu.

Orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh melupakan luka tusukan musuh sendiri dan memaafkannya. Orang berjiwa besar jugalah yang mampu melihat cahaya di balik kabut  kelam kelibut. Orang berjiwa besar sahaja sanggup tahan sakit hati demi manfaat besar yang diharap untuk ummat.

Ahli politik yang aku tidak suka

Aku tidak suka ahli politik yang pemarah
aku tidak suka ahli politik yang banyak jerkah
aku tidak suka ahli politik yang gelabah
aku tidak suka ahli politik mudah menyerah
aku tidak suka ahli politik acah-acah
aku tidka suka ahli politik serakah
aku tidak suka ahli politik lupa orang bawah
aku tidak suka ahli politik menjelir lidah
aku tidak suka ahli politik menjilat ludah

Aku tidak suka ahli politik tiada tasamuh
aku tidak suka ahli politik banyak mencemuh
aku tidak suka ahli politik  yang suka mengeluh
aku tidka suka ahli politik yang bodoh
aku tidak suka ahli politik yang tidak pandai buang yang keruh

Aku tidak suka ahli politik penuh dendam
aku tidak suka ahli politik banyak bercerita kisah silam
aku tidak suka ahli politik ada masa tenggelam
aku tidak suka ahli politik berhati kejam
aku tidak suka ahli piltik yang suka merejam
aku tidak suka ahli politik  bermuka masam

Ahli politik kalau malas tak usah menggalas
ahli politik kalau culas letak jawatan balik tidur pulas
ahli politik hendaklah santun jangan ganas
ahli politik hendaklah orang paling pemaaf

Ahli politik yang rasa dirinya tuan
lebih baik mereka ditolak dan dihumban
dalam pilihanraya usah dibuat pilihan
walau dia anak bangsawan
walau ulama besar serban
walau kaya duit dihamburkan

Ahli politik hanya khadam
mereka bukan khairul anam
rakyat jelata hendaklah faham

Kalau berpolitik biarlah cerdik
rakyat yang salah jangan diherdik
selalu mengalah itulah yang terbaik


Ahli politik jangan banyak bermain firman
kurang menaqal sabda junjungan
takut ia jadi mainan
demi menang dalam persaingan
agama suci jadi taruhan
kesucian agama jadi cercaan.

Ahli politik gunakan ijtihad
dalam menentukan pesan taujihat
selak dan rujuk nas serta kata hikmat
buat diri sendiri bukan untuk diiqamat




Saturday, April 28, 2018

BERITA HANGAT HARI PENCALUNAN

Berita hangat hari pencalunan untuk PRU 14 hari ini ialah:

1) Tian Chua gagal mencalunkan diri di Parlimen Batu. Puncanya kerana kes mahkamah.
2) Calun PKR Wangsa Maju hampir gagal mencalunkan dari gara-gara lupa IC.Isy...isy...
3) Muhammad Hasan menang percuma di Rantau , Negeri 9 gara-gara gagalnya calun PKR, Dr. S. Streram menyerahkan borang pencalunan.
4) Puad Zarkasyi, bekas KP JASA tak jadi bertanding sebagai calun Bebas.
5) DUN Bukit Pasir di Johor gagal ditandingi oleh calon PH dari Bersatu, Pizi Jihat, gara-gara nama ada masalah dengan Jabatan Insolvensi,
6) Calon Bersatu, Yaakob Osman juga gagal mencalunkan diri di DUN Penaga kerana masalah yang sama iaitu dengan Jabatan Insolvensi.
7) Dun Tawang, kelantan, calon PKR Mohd Azihan Che Seman gagal dicalunkan kerana IC tidak beralamat Kelantan.
8) Mohd Hafidz Rizal Amran, calun PKR di Kuala Balah pula gagal dicalunkan kerana didapati bankrap.
9) Nik Omar Nik Abd Aziz tiba-tiba muncul sebagai calun PH di Pengkalan Chepa.
10) Raja Bomoh tak jadi calunkan diri sebagai calon bebas. Rupanya dia muflis.Isy..isy..tak sangka.
11) Azwan Ali berjaya mencalunkan diri di DUN Bukit Antarabangsa. Lawan abangnya Azmin Ali. Dia guna logo gajah.


Nampaknya berita-berita hangat itu banyak berkisar tentang PH dan sedikit tentang UMNO. Calun-calun Pas berjaya dicalunkan tanpa banyak masalah. Pengalaman dan persediaan menghadapi pilihanraya menngajar Pas untuk bergerak lancar. Tahniah.

MEREKA BERIJTIHAD LALU BERBEZA

Pilihanraya Umum ke -14 ini memperlihatkan kecenderungan dan penglibatan berbeza ramai para asatizah.  Ada yang memilih untuk menyokong Pas dan ada pula yang memilih untuk menyokong Pakatan Harapan. Tidak terkecuali yang menyokong UMNO-BN. Kepelbagaian kecenderungan dan penglibatan ini menunjukkan bahawa memilih wadah politik untuk berjuang atau disokong adalah satu perkara yang bersifat ijtihadi. 

Dr. Johari Mat, dulu pensyarah di API Universiti Malaya, dipilih oleh Pas untuk jadi calon Parlimen Tanah Merah. Satu video yang memaparkan beliau berceramah  dalam satu program memperlihatkan sikap kerasnya dalam politik. Katanya, kalau seseorang itu paham Islam, dia tidak akan pilih selain Pas dan UMNO sudah lama lenyap dari bumi Malaysia jika rakyat Malaysia faham Islam. Sementara jika ada ustaz dan ulama yang memilih UMNO sebagai wadah perjuangannya, itu menunjukkan dia tidak faham Islam. Kenyataan sebegini, yang bersifat melakarkan kanvas politik hanya berwarna dua, adalah satu yang ekstrem dna mengeluarkan sifat politik sebagai sebuah perkara ijtihadi. Saya menghormati beliau sebagai seorang tokoh sunnah( orang ASWAJA kata Wahabi) merangkap bekas guru saya di UM. Namun, dalam hal ini saya tidak mengambil sikap sepertinya.

Lawan kepada Dr. Johari Mat adalah seorang tokoh agamawan sepertinya juga iaitu Dr. Fauzi Zakaria. Aku tidak kenal sangat siapa dia dan tidak pernah berguru dengannya. Khabarnya dia pernah jadi Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan.

Ustaz Dr. Ahmad Jailani mengambil jalan menyokong Pas dan naik atas pentas ceramah Pas dalam PRU kali ini. Ust, Khairul Ikhwan juga mengambil langkah yang sama. Dr. Maza kekal sebagai pengkritik Pas yang cenderung kepada PH. Ust . Dr. Roizami nampaknya seperti cenderung kepada PH, dan banyak mengkritik PAS. Namun kekadang mengkritik juga PH. Beberapa tokoh dari aliran lain juga mengambil pendekatan politik yang rencam. Ust Abu Syafiq, ornag kuat ASWAJA pula nampaknya seperti tidak menyokong PAS dan banyak memuatkan status mengkritik PAS serta pemimpinnya.

Saya kenal Dr. Mohd Kamil, pensyarah saya di UM dulu. Dia rajin memuatnaikkan statusnya di FB. Pada hematku dia menyokong PH dan tidak sejalur dengan Pas. Ust Dr Lukman Ibrahim, sahabat sebilik dengan saya di asrama Pantai Puri dulu, kelihatan agak berminat dengan politik dan selalu membuat status politik. Dulu, dia  cenderung ke arah Tabligh dan biasanya ornag tabligh jarang peduli tentang politik kepartian. Beliau mempertahankan Pas. 

Macam-macam sikap orang. Aku tidka dapat sebut semuanya. Aku sendiri pun ada sikap politik Sikap aku biar orang lain nilai seperti aku menilai sikap politik  nama-nama yang kusebutkan itu. Kerencaman sikap ini, satu dalil bahawa politik bukan dharuri. Politik adalah ijtihadi.

Setiap orang bebas menetapkan pendirian politik berdasarkan kadar maklumat, ilmu dan pengalamannya. Dia tidak boleh dicela atas pendiriannya yang lahir daripada ijtihad politiknya. Sebesar perselisihan politik Ali dan Mu'awiyah, yang mengorbankan ribuan nyawa kaum muslimin, kita boleh harmonikan dengan kesimpulan bahawa mereka telah berijtihad. Apalah sangat perselisihan kita dalam politik Malaysia ini. Belum pun ada kejadian pembunuhan  massal akibat perselisihan politik kita.

Ali berijtihad. Mua'wiyah juga berijtihad. Maka berlaku perselisihan politik. Bawa kepada peperangan. Salah satu ada yang betul dalam ijtihadnya. Dapat dua pahala. Yang salah dalam ijtihad, dapat satu pahala. Inilah kaedah ahli sunnah agar tidak mencemarkan lidah kita mencela para sahabat yang mulia.  Selama ini pun, perkara politik ini dilihat oleh para ulama besar dunia Sunni sebagai "amrun ijtihadi". Hanya Kalangan Syiah Rafidhah sahaja yang meletakkan soal politik khususnya dallam memilih pemimpin sebagai "amrun Dharuri".

Kita bukan Syiah.

Thursday, April 26, 2018

USAH MENDEWAKAN AHLI POLITIK.

Sebenarnya, ahli politik bukan Rasul utusan Tuhan. Mereka bukan datang membawa ayat-ayat dan firman suci dari langit.  Mereka bukan pendekar tangguh yang lahir dari pertapaan keras penuh makrifat dalam gua puncak gunung.  Mereka bukan barisan pohon rendang di gurun sahara buat teduhan para musafir penat dan lelah. Bukan...bukan. Jauh sekali menjadi malaikat langit yang turun menyebar rahmat buat sejagat.

Dalam gerombolan manusia seperti domba ternak, ahli politik lebih hampir tamsilannya seumpama rubah-rubah menjelir yang kelaparan. Menampilkan diri sebagai anjing pengawal domba yang berbudi, saat "cow boy" tiada, mereka boleh bertukar menjadi serigala haus darah.

Jangan pandang mereka sebagai ubat mujarab anda. Sekalipun anda sakit, jangan terlalu percaya celoteh penjual ubat penyembuh seribu sakit. Mereka mengambil kesempatan atas keterdesakan rakyat. Rakyat memang terdesak sekarang. Kalau ibarat orang yang sedang tenggelam timbul dalam arus ganas, sebarang benda timbul akan digapai buat berpaut. Sekalipun yang timbul itu tahi lembu kering yang dihanyutkan air.

Jangan menaruh harapan menggunung. Janji hari ini memang fasih, tetapi perlaksanaan esok hari akan bertatih. Akan ada yang matanya berputih. Menjelang pemilu berikutnya pun janji yang sama masih akan ditasbih. Rakyat akan terus menagih sementara ahli politik akan kembali terhengeh-hengeh.

Kepentingan Peribadi

Berjuang dalam politik dikatakan demi membela rakyat. Begitulah bahasa rata-rata orang yang menceburkan diri dalam perlumbaan politik pilihanraya. Sungguh indah didengar. Mereka umpama Arjuna yang dipercayai orang hindu yang muncul menegakkan keadilan untuk massa.

Sebenarnya, mereka tidak lebih dari haiwan-haiwan politik. Kambing lembu bertegkar demi merebuti rerumput hijau. Matlamat akhirnya adalah perut. Tidak ada beza juga dengan haiwan politik. Perebutan adalah pada kerusi  dan tujuan akhir adalah untuk perut juga. Jika menang hidup selesa dan cukup makan. Kalau kalah alamatnya hidup susah dan tidak cukup makan.

Mencari ahli politik yang benar-benar jujur dalam arus pusaran politik ananiyyah masa kini amat susah. Menampakkan wajah kesuma dewa tetapi sebenarnya menyimpan racun ular berbisa. Hadir menyebar kasturi malaikat, tetapi menyimpan busuk bangkai berulat.

Kepentingan diri adalah asas perjuangan. Bukan demi rakyat. Hakikat ini terlihat apabila diri tidak terpilih. Tidak terpilih sebagai pemimpin kawasan, tidak dapat jadi calon bertanding dalam pilihanraya, maka memberontak. Watak ini merentas semua parti. Orang-orang yang benar-benar ikhlas memang ada tetapi yang ramainya adalah telunjuk lurus kelingkin berkait. 

Allah maha mengetahui apa yang tersemat dalam hati!

Tuesday, April 24, 2018

Calon PRU jadi imam solat Jemaah

Larangan mufti Perlis ke atas calon-calon pilihanraya serta orang yang berkaitan dengan calon itu daripada menjadi imam di masjid seluruh Perlis hendaklah dilihat dari sudut yang positif. Sementelahan, larangan tersebut hanyalah berkuatkuasa sepanjang tempoh berkempen. Ini kerana dibimbangi kalau calon menjadi imam untuk solat jemaah, ia akan dijadikan sebagai bahan kempen pilihanraya. Agar semua pihak mendapat hak yang adil dalam peluang berkempen, maka wajarlah  dilarang mana-mana calon daripada mengimamkan solat di masjid.

Ada pihak yang mempertikaikan hal ini. Seorang bakal pemimpin, kata pihak ini, hendaklah mampu menjadi imam dalam solat. Orang yang sebeginilah layak jadi pemimpin. Perlantikan Abu Bakar As-Siddiq sendiri sebagai khalifah Rasululah diisyaratkan dengan mengimamkan solat. Dari situ, para sahabat yang lain tahu keutamaan Abu Bakar  dan kelayakan sebagai pemimpin sesudah Rasulullah SAW.

Lantas, mengapa mufti Perlis membuat larangan tersebut?

Menetapkan sesuatu peraturan tidak boleh hanya dilihat kepada nas. Hal ini telah pun dipraktiskan oleh generasi sahabat. Kita ambil satu misal. Pada zaman Umar sebagai khalifah, beliau telah membatalkan hak mendapat hartanah ghanimah bagi tentera-tentera. Perkara tersebut dibaantah oleh sesetengah sahabat. Namun Umar, selaku amirulmukminin bertegas dengan sikapnya. Belia melihat kemaslahatan yang lebih besar dan tanah-tanah wilayah yang dibuka oleh tentera muslimin dikembalikan kepada pemiliknya dan mereka dikenakan jizyah. Inilah cara yang dipakai Umar.

Dalam pentadbiran sesebuah negeri, kemasalahatan rakyat dilihat dengan pandangan yang lebih utama.  Jika seorang calon tampil menjadi imam, bayangkan jika di belakangnya ada makmum yang berbeza fahaman politik dengannya. Jika yang jadi imam itu orang calun Pas, apakah makmum UMNO dan Pakatan Harapan dapat solat dengan hati yang lapang? Mungkin boleh mereka terima. Biasanya imam-imam banyak orang Pas. Tetapi lain halnya jika imam itu calon Amanah atau PKR. Apakah makmum-makmum PAS boleh solat dengan lapang dada?

Keadaan ini boleh mengundang fitnah. Rlok sahaja dielakkan. Kerana itu, kalau mahu jadi imam solat, datanglah kemudian. Pimpinlah jemaah setelah menang atau setelah kalah. Tidak ada siapa yang menghalang jika dia benar-benar layak. Bagi menerima arahan sang mufti ini, perlu menila dari aspek yang berbagai-bagai. Jangan hanya menilai dari lingkungan sendiri.

Kleptokrasi

Kelptokrasi itu apa? Aku tak pernah mendengar istilah itu sebelum ini. Baru aku dengar istilah ini pada zaman pemerintahan DS Najib sebagai perdana menteri. Kerajaannya dipanggil sebagai kerajaan Kleptokrasi. Kleptokrasi diertikan sebagai pemimpin yang mencuri wang negara dan rakyat. Pemimpin mencuri duit rakyat ini bukan perkara baru. Ia sudah berlaku sejak zaman dulu-dulu lagi. Tetapi kenapa baru kali ini dipakai kepada DS Najib? Mungkin kerana jumlah kecurian itu amat besar. Kerana itu dia dinamakan sebagai Kleptokrasi.

Perkara ini adalah perkara politik yang rumit. Saya tidak mahu terlalu meluncur laju dalam membuat dakwaan. Membaca dakwaan orang cukuplah. Selebihnya, aku berfikir dan pertimbangkan. Percaya sepenuhnya tidaklah. Tidak percaya langsung, dunggulah pula.

Wallahu a'lam.

Monday, April 23, 2018

IJTIHAD DALAM PRU

Pemilu kali ini aku berlepas diri. Aku tidak berkempen untuk mana-mana parti. Ambil sikap berdiri di luar gelanggang politik sambil memerhati. Kurang membuat komentar terhadap gelagat para politikus dan pendekatan parti-parti. Cuma ada selit dalam kuliah di masjid tentang keperluan mengundi sebagai satu tanggungjawab rakyat sebuah negara dalam memilih memimpin dan menolak hujah dan dakwaan pihak yang menghukumkan demokrasi sebagai sitem kufur. Terpulanglah kepada khalayak untuk membuat pilihan.

Aku hilang minat untuk berkecimpung dalam pergelutan politik. Sebahagian sahabatku yang telah lama bernafas dengan dengusan politik mengambil jalan masing-masing. Antara fastaqim dan beralih. Dalam kesantunan berlumba posting dalam FB, kekadang ada yang membawa kepada kepanasan berhujah. Seperti biasa,  isu-isu agama, iman dan akhirat kekadang dibabitkan. Aku kurang cenderung untuk terlibat dalam suasana demikian.

Aku ingin sekali jika politik kekal sebagai satu perlumbaan seni mempengaruhi orang yang tidak didogmatik dengan unsur agama berlebihan yang kelihatan memaksa. Agar orang bebas membuat pilihan, aku suka kalau orang membuat pilihan berdasarkan kewarasan dan logik akal. Ini kerana politik itu urusan yang menuntut ijtihad dan jangkaan masa depan. Tidaklah tepat sepenuhnya. Apa yang disangka malaikat, boleh menjadi iblis, demikian sebaliknya.

Baik saya berdiri di luar gelanggang dan mengamati serta mempelajari. Namun, pada hari mengundi, saya pasti akan mengundi. Itu satu tanggungjawab rakyat sebuah negera. Memilih pemimpin adalah kewajipan. Siapa dipilih terpulanglah. Saya akan beijtihad dengan kadar pengetahuan dan maklumat yang saya ada. Jika saya pilih dengan tepat, Allah akan ganjari saya 2 pahala. Jika salah pilih setelah saya menimbangtara dengan panduan maklumat dan pengetahuan, Insya Allah, Allah berikan satu pahala.

Kesalahan memilih pemimpin bukan satu yang abnormal dan haram di sisi agama. Kesalahan ini telah juga berlakusejak zaman silam. Zaman Ali dan Muawiyah, generasi mereka telah membuat pilihan masing-masing. Mereka tidak juga sepakat. Ada pilih Ali dan ada sokong Mu'awiyah. Ulama Ahli Sunnah mengharmonikan krisis antara mereka dengan mengatakan bahawa mereka telah berijtihad dan sama ada betul atau salah, Allah memaafkan. Cuma kalangan Syiah sahaja yang menghampar dua kanvas dalam soal pemilihan pemimpin. Hitam dan juga putih. Pilih Ahli Bait atau menjadi Nasibah. Mereka meletakkan imamah sebagai satu cabang akidah.

Kita, dalam dunia Sunni seharusnya mengekalkan sikap para pendahulu kita yang melihat soal memilih pemimpin ini sebagai perkara ijtihadi. Kesilapan atau berbetulan dengan kebenaran sering bersilih ganti sepanjang hamparan sejarah.

Allahumma ameen...Nahnu nahkum biz zawahir...wallahu yatawallas sarair.

Sunday, April 22, 2018

JALUR BERCANGGAH

Antara dua aliran, nampak jalur fikir yang berbeza. Bagi yang memerhati gelagat, akan tahu membezakan. Satu aliran bernuansa khawariji manakala satu lagi mengambil gaya salafi lateralis. Disebutkan juga ekstremis Wahabi.  Rupanya ada sifat ekstremis pada Wahabi. Barangkali ekstremis itu bukan lumut yang hanya tahu melekat kepada Wahabi, tetapi  juga kepada Khawariji, Syiah bahkan Ahli Sunnah. Penyakit kemelempauan merentas aliran dan fahaman.

Antara jalan yang bersimpang siur itu, kita perlu cermat mengambil satu jalan. Aku lebih cenderung memilih jalan sederhana. Bersederhana dalam semua hal adalah lebih selamat, sekalipun dalam menegakkan sunnah Rasulullah. Pada saat tertentu, baru kita akan nampak faedah di sebalik kesederhanaan itu.

SEJARAH BUKAN MESTI DIIMANI

Satu peristiwa yang berlaku dalam sejarah, tidak semestinya akan berulang serupa pada masa sekarang. Orang selalu kata, lihatlah pada sejarah. Ya...kita perlu selalu lihat sejarah. Tetapi janganlah dihantui sejarah. Kadang-kadang, sejarah yang kalah akan berganti dengan kemenangan. Sejarah diperdaya orang akan berganti dengan kesetiaan. siapa tahu? Manusia adalah makhluk yang selalu dipengaruhi oleh angkubah.

Kita saksikan sahaja permainan masa.

Di belakangnya ada Tuhan yang mengatur segala-galanya.

Saturday, April 21, 2018

SIEGED MENTALITY


"Sieged Mentality" ditafsirkan dalam kamus sebagai:

a feeling that makes you frightened of people around you, and causes you not to trust them

Satu perasaan ketakutan  terhadap orang sekeliling yang menyebabkan hilang percaya kepada mereka. 

Contoh ayat:


Berada dalam pengasingan bertahun-tahun dalam masyarakat antarabangsa meneybabkan negeri itu tumbuh menjadi "siege mentality"

Jadi, bagaimana mahu terjemahkan Siege mentality ini?

Mentaliti dalam kurungan!
Pemikiran terkepung dan selalu negatif kepada orang. Anggap orang lain sebagai musuh dan tidka boleh dipercayai. Tidak berfikiran terbuka dan apapun yang orang lain buat untuk kita dilihat sebagai ancaman.

Inilah watak mentaliti dalam kurungan. 

Tak baik untuk orang yang berkehendakkan kemajuan. Hidup tidka boleh dihantui ketakutan. Kita perlu posotif dan hadapi segala kemungkinan. Perlu ingat bahawa menang kalah itu rutin dalam hidup. Perlu relistik bahawa hidup dalam dunia bukan syurgawi dan bukan juga neraka. Hari-hari bersilih dan kisah orang tidak berjalan di atas garis mendatar.

Mentaliti ini melanda ramai pejuang Islam juga. Kerana bermentaliti dalam kurungan, keluar sikap menkafirkan lawan. Menghalalkan darah musuh dan melihat lawan sebagai cikal bakal neraka. Keadaan ini pernah melanda pemuda Ikhwanul Muslimin pada satu masa saat mereka ditindas kerajaan Mesir yang menggerogoti mereka. 

Kaum Syiah dalam sejarah tinggal dalam "siege mentality" kurun demi kurun. Akibatnya mereka membina batu bata kukuh untuk melindungi mereka dalam kurungan bikinan sindiri. Mereka tunjangkan akidah mereka terhadap imamah dan menanam keyakinan bahawa akan munculnya Mahdi Muntazar yang memimpin mereka. Mahdi Muntazor yang bakal keluar dan menetepkan hukuman pada fasa Raj'ah. 

Berapa banyak golongan sesat dalam dunia, mereka berada dalam "sieged mentality". Al-Arqam yang disesatkan oleh kepercayaan menimpangnya pernah ditanamkan keyakinan oleh "ummu Jama'ah" mereka bahawa Abu Ya tidak mati, sebaliknya hanya naik ke langit sebagaimana nabi Isa.

Sahabat Umar Al-Khattab,  juga pernah dihasut oleh "sieged mentality" ketika mendakwa nabi tidak mati dan hanya pergi menemui Tuhannya sebagaimana Isa diangkat naik ke langit. Namun, berkat keluasan fikiran Abu Bakar dan realistiknya beliau, Umar Al-Khattab cepat disedarkan. Kemudian, para sahabat menjadi golongan yang hidup di luar kurungan dan mereka telah berjaya menakluk dunia.

Justeru, keluarlah dari kurungan dan berfikir di luar kotak! Langkahlah maju ke depan dan usah dibayangi kisah tragis masa lalu.

Wednesday, April 11, 2018

Wahai Orang Muda

Wahai orang muda
satu hari kau akan jadi tua
tubuhmu yang perkasa
akan susut daya
kau yang handsome bergaya
akan jadi renta
kau yang kononnya bijak laksana
juga akan jadi nyanyuk dan pelupa

kau akan lalui kitaran hidup manusia
kau bukan selamanya muda belia
bukan bertenaga sepanjang masa
bukan bergaya selamanya

Jangan dikata kepada orang tua itu
wahai si tua diamlah sahaja kau
kau sudah tua
berikan sahaja urusan ini pada kami semua
belum tentu pada saat ketuaan menyapamu
kau masih mampu sepertinya

Wahai orang muda
hormati orang tua
kerana usianya
jika kau mahu saat tuamu
kau dihormati orang pula

Thursday, April 05, 2018

Tuan bukan apa-apa

Tuan itu memang berpangkat tinggi. Kalau dia datang, orang sambut sambl membongkokkan badan dan menundukkan kepala. Orang memanggilnya membahasakan Datuk, Tan Sri dan sebagainya. Orang mengharapkan kuasanya dan dalam banyak keadaan beristighasah kepadanya secara langsung atau tidak langsung.  Tuan itu memang ada gaya. Hidupnya dijulang dan disanjung. Orang tidak berani kata yang bukan-bukan tentangnya. Dalam majlis, biodatanya berderet-deret dibaca dan sarat dengan pujian. Kalau malaikat di langit turun, malaikat pun terperangah , terkesima dan takjub dengan taraf muqaddas yang dipamirkan dalam sirah si tuan itu.

Tapi, umur muda dan berkerjaya tidak lama. Kemudian, tuan itu pun pencenlah. Kerjanya yang selama ini jadi sebab orang sanjung dia, beralih ke tangan orang lain. Tuan itu pun disebut sebagai "bekas". Ketika tuan dijumpai dijalanan, dia tidak lagi dilayan macam dulu. Tuan itu lama kelamaan jadi orang yang tidka dikenali.

Sewaktu-waktu tuan itu rasa rugi hidupnya disia-siakan dalam jalur mencari akhirat. Mujur tuan sempat insaf. Sugguhpun ada tuan-tuan yang tidak menemui jalan akhirat hingga dipanggil kembali. Bila tuan itu jumpa jalan balik kepada akhirat, mementingkan akhirat dalam hidupnya, tuan pun cari jalan di masjid. Tua datang masjid tidak lagi macam tuan itu datang ke dewan konvensyen dulu, saat merasmikan acara. Tuan solat dihujung saf dan orang sebelah bersalaman dengannya lepas solat tanpa tundukkan muka. Juga tidak ditanya siapa namanya. 

Tuan sudah jadi biasa-biasa. Keagungan tuan entah ke mana hilangnya. 

Inilah perjalanan sebenarnya manusia yang hina dan tidak ada apa-apa lebihnya sesama mereka. Hendaklah kita insaf sebelum kita balik menemui Tuan dari segala tuan.

Thursday, March 15, 2018

LUPA ITU FITRAH

Ketika Allah ciptakan Adam dan keluarkan Seluruh zuriatnya untuk dilihat Adam, Adam lihat ada satu zuriatnya yang bersinar di dahinya. Adam tanya siapa dia. Allah beritahunya bahawa itulah Daud. Adam tanya berapa umurnya, Allah beritahu 60 tahun. Adam tanya umurnya berapa. Allah beritahunya 1000 tahun. Adam kata sikit sekali umur Daud, Kasihan. Adam minta tambahkan umur Daud. Allah perkenankan dengan syarat diambil daripada umur Adam. Lalu umur Adam pun dicabut 40 tahun dan diberikana kepada Daud menjadikan umur Daud seratus tahun. Umur Adam akan jadi 960 tahun.


Bila sampai masa, Adam pun sampai ajalnya, dia pun mahu dicabut nyawa oleh malaikat Maut. Tetapi Adam berhujah bahawa dia masih punya baki umur 40 tahun. Adam sudah lupa bahawa dia telah memberikan umurnya sebanyak 40 tahun itu kepada Daud.

Adam pelupa dan kerana itu Zuriatnya juga menjadi pelupa.

Cerita ini terdapat dalam Sunan Turmizi dan dirumuskan saheh oleh Albani.

Lupa adalah fitrah manusia. Semua orang boleh terlupa. Kerana lupa, tiada hukum syarak harus dijatuhkan atasnya. Dalam Hadis nabi katakan bahawa catatan malaikat diangkat, yakni tidak ditulis dalam tiga keadaan, salah satunya pada saat terlupa.

Kita berasa sedih dan simpati kepada seorang ibu yang terlupa anaknya dalam kereta sehingga anaknya itu mati sesak nafas dan kepanasan dalam kereta. Ini satu musibah yang tragis. Kata ibu itu, dia terlupa. Apa boleh buat. Lupa adalah watak fitrah manusia. Sesiapa sahaja boleh terlupa bila Allah kehendaki dia terlupa.

Justeru, dalam kita mensesali kejadian tersebut, kita perlu ingat bahawa kelupaan juga boleh menimpa kita pada bila-bila masa. Janganlah kita merasakan kecuaian ibu itu satu dosa dan menambahkan tekanan ke atasnya dengan cemuhan kita.

Satu Saat...kita pun mungkin terlupa anak kita. Antara kita, ada yang lupa insan yang lebih penting dari anak kita, iaitu ibu bapa kita. Jika benar kita terlupa, semoga Allah maafkan kita.

Semoga Allah berikan kesabaran kepada ibu malang itu.

Sunday, March 11, 2018

Sekilas

Penglibatan dalam satu-satu parti politik adalah pilihan sendiri. Seseorang itu bebas memilih parti politik mana yang dia mahu bersama.Orang lain tidak boleh salahkannya. Oleh itu, bila Dr. Mazlee Malik memilih untuk bersama parti BERSATU, ia adaslah pilihannya dan ia harus dihormati. Sebuah parti ditentukan oleh manusia di dalamnya. Jika di dalamnya orang baik, parti akan jadi baik. Jika sebaliknya, parti akan jadi sebaliknya.

Dasar sebuah parti pula adalah bikinan manusia. Manusia yang menentukan sama ada untuk mematuhi dan menegakkan dasarnya atau tidak.

Thursday, March 01, 2018

Tudung muslimah apa begitu!

Orang heboh memperkatakan acara sumbang oleh Neelofa lancarkan tudung terbarunya di kelab malam Zouk. Sudahlah lancar di kelab malam, cara pelancaran itu pula tidak menggambarkan tuntutan agama langsung. Di Kelab malam satu hal. Cara persembahan itu satu hal.

Aku sejak dulu ntak percaya dengan fesyen bertudung ini. Mencipta fesyen tudung bukan menjalanlankan kehendak Tuhan yang memerintahkan berhijak bagi wanita. Ia lebih kepada menjalankan kehendak perniagaan.

Para artis bukan manusia yang boleh diandalkan untuk membawa suara agama. Banyak topengnya. Maafkan aku. Aku tak percaya golongan artis boleh bawa agama dengan selamat. Sebab itu, jangan dakwa bahawa mereka nak berdakwah melalui tudung.

Tudung muslimah apa kalau dah ketat dan menampakkan bentuk tubuh. ISlam tidak memerlukan gaya sedemikian. Tidak ada gunanga bertudung kalau setakat membalut. Pembalut buah cemedak lagi baik daripada tudung yang membalut batang tubuh wanita yang diperagakan oleh pereka fesyen pada hari ini.


Thursday, January 11, 2018

Isteri Donald Trump.

Saja nak kongsi kisah kelas masa akhir tadi di 6 Jayyid. Saya mengajar Al-Quran dengan ustaz Yahaya. Dah habis baca Quran, masa ada berbaki sekitar 15 minit. Saya buat kuiz, tanya soalan. Siapa dapat jawab bagi hadiah RM1.00. Dah habis empat soalan ditanya, semua dapat dijawab. Mereka minta soalan satu lagi pada masa-masa lonceng balik dah nak bunyi. Macam terpaksa, aku lontarkan soalan...

" Apa nama isteri Donald Trump?"


Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu jawapannya. Manalah aku nak hafaz nama isteri samseng Amerika itu. Baik aku ambil tahu nama isteri Ahmad Maslan ke atau nama girl friend lama GB sekolah kita, paling kurang. Hehe...Tuan GB jangan marah. Tapi dah terpacul soalan berkaitan orang seberang benua.

Murid-murid ternganga.Soalan tak tersangka agaknya.

"Aduss ustaz...mana kami tahu!", Suara memprotes.

Wafi anak cikgu Nazrol yang tak mahu menyerah percuma, menebak...

" Fatimah ustaz!",

"Hah!",

Murid-murid lain ketawa. Seorang murid perempuan bersuara.

" Ustaz, Akma nak jawab!", dia bersuara bagi pihak kawannya, Akma Nafeesa. Aku persilakan Akma Nafeesa mencuba.

" Malania Trump..", jawab Akma.

Aku terdiam. Betul ke jawapan ni? Ada HP di tangan. Ada akses internet masih berbaki hasil top up 3 hari lepas. Aku segera google.

Memang betul. Isteri Donald Trump bernama Melania Trump. Akma memenangi hadia RM1.00 untuk soalan terakhir itu. Budak ini menunjukkan kelebihannya dalam pengetahuan Am yang banyak rakan sebaya tidak mengendahkannya.

Itulah cerita nak kongsi. Murid-murid kita, bijak-bijak belaka.

Tuesday, January 09, 2018

Pembahagian Kerusi Parlimen PRU14

Sehari dua ni orang politik heboh bercerita pasal pembahagian kerusi Pakatan Harapan yang memperlihatkan tercorotnya parti Amanah. Hanya 27 kerusi Parlimen yang diperuntukkan. Secara sinis, Amanah dianggap sebagai kucing kurap dan melukut tepian gantang. Mungkin ada beberapa bidalan lain yang sesuai dilemparkan kepada Amanah.

Aku tidaklah penyokong Amanah. Bukan juga penyokong mana-mana parti lain. Stattuku sekarang adalah pemerhati gelagat ornag politik. 

Sebenarnya, aku sudah bosan dengan culaan politik sebelum ini. kekuatan sesebuah parti dilihat kepada banyaknya kawasan yang ditandingi. Namun, kalah di banyak kawasan yang ditandingi. Mungkin boleh dicuba satu ramuan baru dalam politik. Bertanding walau satu kerusi lebih baik daripada menimbulkan balah yang meletihkan rakyat.

banyak kerusi dipertandingi bermakna banyak wang deposit yang perlu dikorbankan. Banyak harga untuk jentera yang perlu disalurkan. Parti kaya sahaja yang boleh buat hal demikian. Antara keempat-empat parti dalam Pakatan Harapan, boleh dikatakan Amanahlah yang paling miskin. PBBM walaupun baru ditubuhkan, para pendirinya adalah veteran politik yang banyak daya sumbernya.

Siapa meragui kemampuan kewangan Mahathir?

Mungkin Allah ingin mengatrurkan sesuatu. Kita belum tahu natijahnya.

Friday, January 05, 2018

BERKHAYAL PENCAKNYA ORANG

Jika anda berfikir gaya anda
jangan dikatakan anda berfikir gaya dia
anda mengandaikan putar alam
lalu anda kata orang lain akan karam

Sungguh tidak akan berbuah masam
jika benihnya bukan asam

Ini bukan pencak si fulan
khayalanmu dari watakmu

Thursday, December 07, 2017

Ragam orang berpolitik.

Politik itu bukan sirotal mustaqim
Hari ini berkata lalu kekal fastaqim
Hari ini bangkit menentang penguasa zalim
Esok boleh jadi menompang reputnya regim


Aku tahu politik itu seni serba serbi
Ia bukan mengikut firman ilahi
Bukan menurut sabda kanjeng nabi
Ia mengikut luahan cinta berahi
Mengikut apa cenderungnya hati.

Telah aku saksikan
Dua sahabat seperguruan
bersumpah hidup satu perjuangan
Dicandui politik mereka berantakan
Jadi musuh saling berli’an.

Juga telah kusaksikan
Simpang siur aneka tokoh
Kemarin seperti tegak kukuh
Kemudian rebah sujud bersimpuh.

Aku memberi nasihat
Agar sentiasa beringat
Si penjahat bukan kekal bejat
Si soleh bukan selamanya taat.

Hendak percaya biar berpada
Hendak curiga sekadar waspada
Memberi hati janganlah semua
Simpan buat di hari muka.

Hari ini usah mendabik dada
Kerana esok mungkin menjilat noda

AL-QUDS BAKAL JADI IBU KOTA ISRAIL?

Trump, Presiden US mengisytiharkan Jurusalem sebagai Ibu Kota Negara Israil. Jurusalem adalah Baitul Maqdis dan di sana terletaknya Masjid Al-Aqsa. Ia merupakan masjid ketiga dalam snarai keutamaan masjid dalam Islam. Selain untuk kaum Muslimin, Baitul Maqdis juga merupakan kota suci bagi orang Kristian dan Yahudi. Sejarahnya penuh dengan perebutan dan bertukar tangan antara Kristian, Islam dan Yahudi.

Pengistiharan Trump perpindahan Ibu Kota Negara Haram Israil dari Tel Aviv ke Baitul Maqdis mendedahkan kepada kita bahawa selama ini Baitul Maqdis sudahpun menjadi tawanan Israil. Kalau tidak , bagaimana ia dapat dijadikan ibu Kota negera bangsat itu. Kedengaran dahsyat untuk kaum Muslimin walaupun kedahsyatan tertawannya Baitul Maqdis itu tidaklah terasa. 

Ini merupakan sebahagian daripada perjalanan episod masa depan dalam gubungan Yahudi dan kaum Muslimin. Apa yang telah menjadi suratan tidak akan dapat diubah. Tinggal lagi kita menjalaninya. Cuma bagaimana caranya, ia bukan ilmu kita. Ilmu Allah menyimpan rahsianya. Kita perlu berusaha dalam ruang lingkup kudrat kita.

Wednesday, December 06, 2017

SOLAT BERJEMAAH AMALAN BODOH

Banyak orang menaqalkan "printscreen" yang mengandungi kenyataan sedemikian. Zaid Ibrahim yang dulunya seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri dan kini merupakan ahli DAP digambarkan telah mengeluarkan kenyataan tersebut. Ia berhubung tindakan Pegawai PPD Kuantan,  Mohd razali Mustafar yang mengarahkan sekolah-sekolah dalam daerah Kuantan mewajibkan para pelajar solat berjemaah sebelum pulang.

Langkah tersebut mendapat bantahan beberapa individu yang melihatnya sebagai langkah pemaksaan agama di sekolah. Agama dilihat sebagai amalan peribadi dan usaha memaksakan amalan agama dilihat sebagai merampas kebebasan dan hak. Inilah jalur di antara jalur pemikiran yang bersarang dalam sekian banyak pemikiran orang telah teranut fahaman leberalisma agama.

Seorang muslim yang cintakan agama, terlebih lagi yang cintakan sunnah Rasulullah akan panas hati jika satu sunnah Rasulullah yang penting iaitu solat berjemaah dilebelkan sebagai amalan bodoh. Siapa yang menghina satu sunnah Rasulullah SAW, perlu disoalkan tentang agamanya.

Bekenaan dengan Zaid Ibrahim ini, secara peribadi saya tidak sukakannya. Banyak kenyataannya yang mencabar kepercayaanku sebagai muslim. Perasaan suka dan tidak suka itu adalah pemberian Allah SWT dalam hati kita. Namun, ketidaksukaan kepada seseorang janganlah menjadikan kita tidak dapat berlaku adil.

Kita perlu adil kepada semua orang. Adil kepada orang kafir, aties, leberalis bahkan kepada munafiq yang membuat kacau ganggu dalam masyarakat Islam. Salah satu keadilan adalah tidak menzaliminya dengan membuat aniaya ke atasnya.

Dalam printscreen yang tersebar, Zaid Ibrahim dipetik sebagai berkata" Solat Berjemaah Amalan Bodoh". Aku mencari sumber kenyataannya. Portal yang cenderung kepada orang seperti Zaid Ibrahim, Free Malaysiatoday memetik kenyataan Zaid Ibrahim sebagai berkata:

    “Mewajibkan sesi sembahyang ini ke atas pelajar hanyalah satu lagi daripada banyak perkara bodoh pendidik kita lakukan kepada pelajar kita.

    “Ritual agama diamalkan setiap hari di sekolah kita adalah satu kegagalan dan mereka akan terus gagal membina perwatakan dan menyemai nilai baik dalam kehidupan.

    “Anda mahu membina perwatakan? Maka ajar mereka makna kejujuran, integriti dan kerja keras,”

Jika dibaca petikan ini, Zaid Ibrahim menyifatkan langkah PPD Kuantan "MEWAJIBKAN SESI SEMBAHYANG KE ATAS PELAJAR " hanyalah satu daripada banyak perkara bodoh pendidik lakukan kepada pelajar. Kenyataan asal ini tidak sama maksudnya dengan apa yang tertera di printscreen. Mempertikaikan penguatkuasaan solat berjemaah tidak sama dengan kenyataan "Solat Jamaah adalah amalan bodoh".

Seringkali kita lihat orang buat printscreen. Tukang buat printscreen perlu berhati-hati. Siapapun dan di pihak mana dia berada, hendaklah jujur dan berintegriti dalam membuat "naqal" kenyataan seseorang. Sekalipun kebencian membuak dalam dada, mengatakan apa yang tidak dikatakannya akan menuntut perhitungan di hari kemudian. Niat ingin membela agama tidak menghalalkan pendustaan.

Tabiat mengubah perkataan ini telah menjadi-jadi dalam persengketaan orang yang bersengketa. Sengketa kerana perbezaan pendapat agama, perbezaan politik dan pertikaian peribadi. Sebahagian salah sangka ke atas ulama silam berpunca daripada perbuatan orang tertentu yang mengubah perkataannya menyebabkan tanggapan buruk dibuat ke atasnya.

Mendustakan atas nama nabi disiapkan tempat dalam neraka adalah amaran buat para pereka hadis maudhuk. Nabi tidak cakap, dikatakan nabi bercakap. Ini satu kezaliman atas nabi dan agama yang dibawanya. Bukan sahaja nabi kita tidak boleh buat hadis maudhuk. Musuh kita pun kita tidak boleh buat "maudhuk".

Bagi yang bersenandung dalam media sosial, berhati-hatilah sebelum buat "share". Dalam dunia FB, Whatsapp, telegram dan seumpanya , penuh dengan orang yang berbelang-belang hatinya. Biarkan dosanya ditanggung sendiri , jangan kita menjerumuskan bersama.  Para pembikin "printscreen" , berhati-hatilah dalam kreativiti. Ada perkiraan pada kemahiran itu. Tegakkan keadilan dalam naqal sekalipun daripada musuh.

Sekali lagi ditegaskan, tulisan ini bukan membela Zaid Ibrahim. Dia bukanlah orang perlu dibela sebab dia sendiri adalah peguambela. Akan tetapi. ini adalah  satu taguran mengenai Adab Bermedia Sosial agar ia menjadi ladang pahala, bukan sungai dosa. Kerana kasih kepada para pencinta kebaikan, biar berbuat kebaikan sesuai dengan kehendak agama
panutan.

ZAID IBRAHIM KATA SOLAT BERJEMAAH AMALAN BODOH?

Kenyataan Zaid Ibrahim mengenai program mewajibkan solat jemaah ke atas pelajar sebagaimana yang diarahkan oleh Pegawai PPD Kuantan Mohd Razali Mustafar adalah seperti berikut:

“Mewajibkan sesi sembahyang ini ke atas pelajar hanyalah satu lagi daripada banyak perkara bodoh pendidik kita lakukan kepada pelajar kita.

“Ritual agama diamalkan setiap hari di sekolah kita adalah satu kegagalan dan mereka akan terus gagal membina perwatakan dan menyemai nilai baik dalam kehidupan.
“Anda mahu membina perwatakan? Maka ajar mereka makna kejujuran, integriti dan kerja keras,”
Sumber: Freemalaysiatoday.com 
 Membaca dan menilai kenyataan sedemikian, seorang bernama Zaid Ibrahim ini boleh disimpulkan sebaris dengan beberapa individu lain yang sering mengocak kerukunan  hidup beragama dalam masyarakat kita. Antaranya Siti Kasim, Asiah Jalil dan Kasim Ahmad. Mereka adalah orang-orang Melayu yang dijangkiti otak fikiran mereka dengan lantunan pemikiran para orientalis yang sejak berzaman melihat Islam dan ummatnya sebagai objek kritikan. Kini, kerja-kerja para orientalis itu sudah dilanjutkan oleh para duplikasi yang mereka lahirkan dari anak zuriat kaum muslimin.

Atas nama kepandaian, berhujah dan kritis, mereka dengan berani merendahkan amalan-amalan agama hatta yang "idhtirari" dan telah diamalkan oleh ummat beriman tanpa soal. Kerana kononnya berfikir secara waras, mereka mempertikaikan banyak hal berkaitan Islam, termasuk hal-hal yang menjadi fondasi dalam agama.

Zaid Ibrahim mengatakan tindakan Pegawai Pendidikan Kuantan itu adalah tindakan bodoh. Mewajibkan para pelajar solat berjemaah sebelum balik adalah tindakan bodoh. Tidak dapat dipastikan apakah maksud Zaid. Apakah mewajibkan solat berjemaah itu tindakan bodoh atau solat berjemaah itu sendiri amalan bodoh?

Jika dia maksudkan mewajibkan solat berjemaah itu perkara bodoh, maka dia harus tahu bahawa orang bodoh tidak melakukan perkara pandai. Seseorang dikatakan bodoh kalau apa yang dibuatnya itu perkara bodoh. Jika perkara yang dibuatnya itu perkara pandai, orang itu dikatakan orang pandai.

Namun , untuk berlaku adil dalam perkara Zaid ini, aku meletakkan andaian mungkin dia maksudkan perintah mewajibkan solat berjemaah itu sebagai perkara bodoh di antara sekian banyak kebodohan yang dilakukan oleh para pendidik. Bukan solat jemaah itu berkara bodoh. Mewajibkan solat berjemaah itu yang disifatkannya perkara bodoh. Jika demikian, kenyataan Zaid tersebut tidaklah mencalar amalan agama. Ia cuma mencabar perlaksanaannya yang mungkin padanya menyasar. Ia semacam mempertikai orang Islam dan bukan mempertikai agama Islam.

Aku cuba merenung dan berfikir kenyataan Zaid Ibrahim ini. Dia kata MEWAJIBKAN SESI SEMBAHYANG iaitu solat berjemaah adalah salah satu perkara bodoh di antara sekian banyak kebodohan yang dilakukan oleh pendidik ke atas pelajar. Antara kebodohan lain yang mungkin maksud Zaid adalah program-program kementerian yang tidak menguntungkan masa depan pelajar seperti Frog Vle, I-think, mengejar jumlah A dalam peperiksaan dan sebagainya.( tidak boleh fikir contohnya sekarang). Maka, Zaid kata menjadikan solat berjemaah itu wajib adalah satu kebodohan. Solat berjemaah itu sunnat atau fardhu kifayah (dalam mazhab Syafie) , tetapi diangkat jadi wajib. Mewajibkan yang sunat itulah dianggap sebagai satu kebodohan.

Namun, sebagaimana tabiatnya para palakun media sosial, kenyataan seseorang selalu dimanipulasi. Ubah ayat sedikit, sudah jadi makna yang lain. Jika benar petikan word by word yang didapati dalam sumber portal tersebut, maka apa yang dibuat printscreen oleh para aktor media sosial tersebut adalah mengubah kalam dari tempatnya. Ia diperhitungkan sebagai satu fitnah.

Fitnah tidak boleh diwajarkan sekalipun atas seornag kafir, aties, leberalis atau munafiq.  Seorang Muslim perlu jujur dan amanah dalam menaqalkan kata sekalipun kebencian membara dalam dada.