Datuk Ahmad Maslan minta 552,000 peminjam PTPTN yang tidak bayar hutang
supaya bertaubat. Memang betullah seruan supaya bertaubat itu. Manusia
yang berdosa, maka jalannya adalah taubat. Tidak bayar hutang kalau
memang tak mahu bayar, memang satu dosa. Di Zaman Rasulullah, kerana tak
bayar hutang, tidak boleh sertai peperangan jihad fi sabilillah. Ini
kerana peperangan berkaitan dengan nusrah Allah. Nusrah Allah akan datang untuk orang-orang yang mensucikan diri dari dosa.
Tak mahu bayar hutang memang satu dosa.
Namun, apakah sejumlah 552,000 orang itu memang tak mahu bayar hutang atau mereka tidak mampu bayar hutang? Keadaan ekonomi negara yang kian menghimpit, menyebabkan soal keperluan hidup yang lain lebih diutamakan daripada membayar hutang. Seorang graduan yang telah bekerja, perlu membayar kenderaan, rumah dan keperluan hariannya. Akhirnya tiada lebihan untuk bayar hutang. Kenderaan, rumah dan makan pakai adalah keperluan hidup yang tidak boleh diketepikan. Barangkali kerana itu hutang PTPTN menjadi pilihan yang tersenarai.
Sementelahan pula sikap 'double standard' yang diamalkan kerajaan dalam pemberian hutang dari khazanah negara. Hutang kepada syarikat dan konglomerat besar tidak dituntut, sedangkan hutang kepada rakyat kerdil diungkit dan diancam dengan pelbagai ugutan. Ini menyemai keinginan memberontak di kalangan rakyat dan pemberontakan itu dijelmakan dalam bentuk tidak mengendahkan hutang yang diminta bayar. Sebab itu, tak hairan kalau lebih setengah juta rakyat kerdil berhutang yang tak mahu bayar hutang.
Jika rakyat kecil yang berhutang PTPTN perlu bertaubat, maka taubat itu lebih berhak dilantunkan kepada penghutang-penghutang mega yang meminjam wang negara berjuta dan berbilion untuk menjayakan syarikat mereka tetapi akhirnya hanya untuk kepentingan diri. Hutang-hutang mereka jika dicampurkan, melebihi berkali ganda keseluruhan hutang para peminjam PTPTN.
Bertaubatlah mereka yang khianat kepada amanah harta negara dan kembalikannya!

No comments:
Post a Comment