CARI BAHAN

Saturday, May 14, 2011

Logi Penapisan Petrokimia

Khabarnya, kerajaan sedang merancang membina Logi Penapisan Petrokimia di Johor yang harganya kira-kira RM20b. Kerajaan dikatakan sudah bosan mengimpot minyak yang menyebabkan harga minyak terpengaruh dengan harga pasaran dunia. Kononnya, lepas adanya logi itu, minyak yang dicarigali di Malaysia tidak lagi perlu di eksport dan diimport semula.

Namun, kenapa di Johor? Kenapa tidak di terengganu. Malah kenapa tidak di Sarawak atau di Sabah sahaja. Apakah kemungkinan ini hubungan dengan pembangunan Wilayah Iskandar?

Alasan

Dulu, kau kata kau masih sekolah. Tidak sesuai untuk terjun dalam perjuangan. Kau kata, perauran sekolahmu tidak membenarkan kau bercakap soal politik, apalagi untuk aktif dalam politik. Lebih-lebih lagi kalau politik menentang kerajaan. Katamu, nantilah bila sudah habis sekolah, dan kau masuk universiti, kau akan jadi mahasiswa yang berani. Mahasiswa yang memimpin perubahan.

Lalu, ketika kau di Univesiti, kala alaskan pula AUKU. Katamu, bila dah habis nanti, kaun akan berjuang. 

Saat kau sudah mendapat pekerjaan, kau belikan kereta dan rumah. Kau kahwini wanita pilihanmu, kau alaskan kesibukan harianmu. Katamu, setelah pencen, dapatlah kau memberikan masa.

Saat kau pencen, katamu, biarlah orang muda. Aku sudah tua untuk semua itu. 

Lalu kau pun matilah tanpa perjuangan. Jangan salahkan sesiapa. Salahkan diri sendiri.

Wednesday, May 11, 2011

Utusan Malaysia

Orang kata Utusan Malaysia melaporkan mengenai rancangan menjadikan agama kristian sebagai agama rasmi di Malaysia. Ia melibatkan konspirasi seorang pemimpin DAP yang menghimpunkan para paderi untuk membincangkan idea tersebut. Khabarnya laporan Utusan Malaysia itu menimbulkan kontroversi hebat. Antara pro dan kontra.

Namun, terus terang, aku katakan bahawa dah lama aku tidak menyelak akhbar Utusan Malaysia. Kalau singgah di toko surat khabar. Utusan Malaysia bukan antara akhbar yang aku "kelih". Dah lama aku lupakan ia. Jadi, aku tak tahu apa isu sebenarnya yang dipropagandakan oleh Utusan Malaysia itu.

Namun, aku percaya bahawa Utusan Malaysia sedang meniti zaman-zaman kebankrapan.

Tuesday, May 10, 2011

Selamat tinggal BN.

Hari ini kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen. Kini harga Gula menjadi RM2.30 sekilo. Bila harga gula naik, naiklah harga banyak produk makanan dan minuman. Aku teringat dulu, harga teh ais hanya 80 sen. Kemudian harganya jadi RM1. Kini, kalau minum di kedai mamak, harganya sudah mencecah RM1.50. Sesetentgahnya sudah sampai RM2.00.

Selepas satu barang naik harga, disusuli barang lain. Harga minyak petrol RON 97 sudah dua kali naik dalam tempah tak sampai setahun. Kononnya minyak RON 95 tidak akan dinaikkan oleh kerajaan kerana mojoriti rakyat menggunakannya. Soal minya bernama RON 95 dan RON 97 ini pun hanyalah bid'ah yang dibuat kerajaan untuk melestarikan kenaikan harga minyak yang dilakukan. Banyak pengguna minyak RON 95 menyatakan kecurigaan tentang kualitinya. Dulunya rakyat mengenali minyak dua jenis. Satu sebagai "leaded " dan satu "unleaded". Yang Leaded itulah menjadi RON 97 sedang dulunya minyak itu murah sahaja.

Rakyat boleh ditipu dalam sesetengah masa tetapi tidak semua masa.

Dr. Asri dalam kenyataan terbarunya kepada The Malaysia Insider menasihatkan rakyat Malaysia agar jangan memberikan undi yang boleh menjadikan BN menang besar kerana itu menjadikan para pemimpinnya rakus. Kenaikan harga barang yang terbaru ini adalah petanda kerakusan mereka kerana telah merasa selesa berikutan beberapa siri kemenangan dalam PRK. Mereka mula mengandaikan bahawa rakyat telah kembali menyokong mereka.

Negara tidak akan hancur kalaupun negara ini tidak diperintah BN. Sebelum ada BN, negara ini sudah ada. Negara ini pernah gemilang di zaman Malaka, zaman kerajaan Kedah dan sebagainya. Kemakmuran negara ini bukan terhutan kepada BN. Rakyat harus dimerdekakan dan tidak ada pergantungan kepada mana-mana parti untuk selamanya.

Katakan, selamat tinggal untuk BN.Itulah langkah ke arah perubahan.

Sunday, May 08, 2011

Ayuhlah keluar dari lecah silam!

Pertemuan bersama pendokong perjuangan Islam kawasan Batu Sapi malam ini mengingatkan aku betapa sulitnya mencari kesucian dalam politik. Politik nista berasaskan kebendaan yang diajar kepada rakyat selama ini mungkin ditelan oleh ramai rakyat. Untuk membersihkan mereka dari nista itu, bukan satu kerja yang mudah. Atas nama prinsip, Islam tidak mengumpan dengan habuan kebendaan untuk sebuah dokongan. Berpasakkan akidah perjuangan hanya "lillah", ia bukan mudah untuk diterapkan.

Bertuahlah bagi perintis-perintis setempat yang tega melepaskan diri dari lopak lecak lama dan bergabung dengan perjuangan Islam. Mudahan Allah memberikan petunjuk seterusnya buat mereka dan mengekalkan mereka dalam niat suci bersama perjuangan Islam.

Saturday, May 07, 2011

Kematian Osama dan kesyahidan

Osama telah mendapatkan kemasyhuran yang baik. Dia mati sebagai seorang syahid dan kematiannya telah mengumpan peningkatan kebencian masyarakat Islam terhadap AS. Lebih-lebih lagi berhubung dengan apa yang dilaporkan sebagai pengebumian Osama di dasar laut. Ulama-ulama Islam menganggap itu sebagai penghinaan kepada Islam. Di beberapa tempat dalam negara umat Islam, demontrasi dilakukan membantah perbuatan cabul AS itu. Ada orang buat solat ghaib untuknya. Ada juga pemuda yang membuat sumpah setia untuk membalas kematiannya.

Apa lagi yang lebih hebat daripada mati sebagai syahid?

Friday, May 06, 2011

Air zam-zam beracun?

BBC mendakwa bahawa air Zam Zam yang dijual di toko-toko menjual barangan muslim di beberapa kawasan di Britain mengandungi racun. Dakwaan ini sejajar dengan apa yang diamarankan sebelumnya oleh Food Standards Agency agar pengguna jangan menggunakan minuman yang dibotolkan dan didakwa berasal dari tempat tertentu.

Menurut BBC, air Zam Zam yang berasal dari Makkah mengandung nitrat dan kemungkinan bakteri berbahaya serta menemukan kadar arsenik, tiga kali lebih tinggi dibandingkan kadar yang dibolehkan. 

Dakwaan ini tidak dapat dibuktikan. Apakah mereka lupa atau tidak tahu bahawa air zam-zam diminum oleh berjuta jemaah haji setiap tahun. Malah bergelen-gelen pula dibawa pulaang ke negara masing-masing oleh jemaah haji. Belum ada satu orang pun dilaporkan mati kercaunan kerana air zam-zam.!
Mereka sesungguhnya cemburu dengan anugerah air zam-zam untuk orang Islam.

Thursday, May 05, 2011

Fahamilah nada renggekan itu

Kenapa sibuk nak satukan UMNO dan PAS? Kenapa tak libatkan sama PKR. Kalau dikatakan PKR bukan parti orang Melayu sebab ada campuran kaum lain di sana, maka PAS pun sama. PAS awal-awal sudah menafikan bahawa ia parti Melayu. Maka, kalau nak satukan dengan UMNO, ajak sama PKR. Nampak ketara mileage yang hendak dicapai daripada idea penyatuan PAS dan UMNO itu. 

Ketika PAS tidak bertahalluf dengan mana-mana parti dahulu, UMNO tak pernah ajak PAS sertanya dalam BN. Adalah dulu, zaman Tun Abd Razak memimpin UMNO dan zaman Datuk Asri memimpin PAS. Tapi penyatuan itu menjadi titik hitam yang memperlihatkan kebejatan sikap pemimpin UMNO.

Siapa yang responsif terhadap renggekan UMNO itu, sebenarnya dia tidak mengerti mana satu tarannum dan mana satu bujukan manja sang pelacur....


Projek bodoh

Hanya satu alasan yang kami rumuskan dalam perbualan singkat hari ini mengenai rasional kerajaan mahu membina Menara Warisan 100 tingkat yang nilai berbilion ringgit. Alasan itu ialah untuk menjadi batu tanda pemerinahan DS Najib sebagaimana Dr Mahathir telah membina menara Petronas sebagai batu tanda pemerintahannya. Tanpa menghitung keuntungan untuk rakyat, kedua-dua projek itu hanya menjadi lambang kedungguan pemerintah yang hanya singgah seketika dalam dalam persada pemerintahan. Amat silap kalau ia menjadi alasan menarik pelancong kerana pelancong yang datang ke Malaysia bukanlah untuk melihat menara bertingkat mencakar langit. Mereka lebih berkeinginan untuk menyaksikan alam flora dan fauna yang menjadi hasil kekayaan semulajadi negara.

Maka, seorang mencadangkan, adalah bijak kalau kerajaan membina sebuah jambatan di Sandakan ini ke tengah laut beberapa meter untuk menjadi tempat santai kaki pancing dan juga tempat pelancong meninjau aktiviti scuba. Sesungguhnya itu lebih berfaedah kepada rakyat dari menara mencakar langit yang hanya boleh dimiliki kalangan elit kaya. Rakyat miskin hanya terkabil-kabil mendongak. Kebanyakannya hanya mampu melihat digambar dan telivisyen sahaja.

"aku tidak tahulah apa sebenarnya yang mereka yang memerintah ini fikirkan...sungguh bodoh sekali!"keluh seorang.

Dua kali

Semalam, daurah membicarakan ayat 4-7 surah Al-Isra'. Ia adalah mengenai kerosakan kaum Yahudi di muka bumi yang dikatakan berlaku sebanyak dua kali. Samada ia telah berlaku atau akan berlaku, para ulama tafseer mempunyai pelbagai pandangan. Secara umumnya, terdapat dua pandangan iaitu ulama klasik dan ulama moden.

Pandangan ulama klasik seperti dinukilkan dalam kitab-kitab tafseer terdahlu seperti Al-Qurtubi, Ibn Kathir, Tobari dan selainnya, dua kerosakan tersebut merujuk kepada apa yang telah dilakukan oleh orang-orang Bani Israil pada masa dahulu. Hanya, terdapat perlabagai tafsiran mengenai siapakah yang Allah hantarkan untuk menghancurkan mereka disebabkan kerosakan yang mereka lakukan.

Pandangan ulama moden pula menyifatkan dua kerosakan yang dimaksudkan oleh Allah itu adalah merujuk kepada zaman selepas pengutusan nabi Muhammad SAW. Pandangan ini juga ada beberapa perbezaan dalam menentukan apakah kerosakan pertama dan kedua itu. Antara yang mengulas mengenainya ialah Syeikh Mutawalli Sya'rawa dalam tafsirnya, Dr. Toriq Swaidan dan bebarapa yang lain.

Insya Allah, mengenai dua pandangan, akan saya tuliskan kemudiannya. Sekadar itu dulu rumusan mengenai apa yang ditimbulkan sebagai perbincangan dalam Daurah siri 282 semalam.

Wednesday, May 04, 2011

Pengkhianat Islam

Sesiapa yang menentang penyatuan UMNO-PAS adalah pengkhianat Islam. Demikian kata mufti Perlis, Juanda Jaya sebagaimana  dilaporkan  oleh Utusan Malaysia hari ini di muka depannya. Ini berikutan pelawaan DS Najib Tun Abd Razak agar PAS menyertai BN. Namun, reaksi para pemimpin PAS adalah menolak penyertaan PAS ke dalam BN tetapi bertekad kekal dalam PR.

Orang kata Juanda Jaya tidak cerdik politik. Dia lurus bendul sehingga tidak kenal pengkhianat kepada Islam. Melebelkan sebagai pengkhianat mereka yang menentang penyatuan PAS dan UMNO adalah  membuktikan kedaifan fikrah politik mufti tersebut. Sepatutnya, jika dia tidak faqih dalam sepak terajang politik, dia berdiam diri sahaja. Dia mana ada pengalaman berpolitik. Biarlah pemimpin PAS yang veteren menentukan duduk PAS dalam politik negara. Kalau tidak mahu bersama UMNO dikira sebagai pengkhianat, baik dikatakan sahaja tidak masuk UMNO itu pengkhianat.

Lainlah kalau UMNO tidak mengkhianati Islam. Apakah UMNO tidak mengkhianati Islam?

Kenyataan tidak cermat

"Keterlibatan Osama dalam keganasan masih lagi berita samar yang tidak dapat disahkan, namun, keterlibatan Amerika Syarikat dalam keganasan telah terbukti", demikian apa yang ditegaskan oleh TG Nik Abdul Aziz berhubung terbunuhnya Osama yang disambut gembira oleh sesetengah orang, termasuk pemimpin-pemimpin UMNO. 

Mengatakan kematian Osama akan membawa dunia lebih aman, selamat dan adil adalah pandangan yang tidak cermat. Lebih-lebih lagi kenyataan itu keluar daripada pemimpin utama negara. Semalam DS Najib dan Datuk Hishamuddin Tun Hussein menyebutkan sedemikian. Apa yang mereka ungkapkan itu adalah senada dengan AS dan tidak memperlihatkan sikap mereka membenci pejuang Islam.

Apakah benar Osama melakukan keganasan? Berapa ramai adik beradik kita yang dibom oleh Osama? Tapi, ramai sekali saudara seislam kita yang dibom oleh  AS.

Tuesday, May 03, 2011

Mengulum gula-gula getah Barat

Mereka yang bergembira dengan kematian Osama percaya bahawa Osama adalah pengganas.  Osama sebagai pengganas adalah tuduhan yang dilemparkan oleh AS. AS akan melebelkan pengganas sesiapa sahaja yang tidak mahu tunduk kepadanya. Pertubuhan Hizbullah, Hamas malah Ikhwanulmuslimin adalah antara pertubuhan yang dalam perhatian senarai pengganas dunia menurut mereka. Apakah kita harus termakan mentah-mentah dengan tuduhan yang AS lemparkan?

Sebab itu, apabila PM Malaysia sendiri meluahkan kegembiraannya atas terbunuhnya Osama sambil menyifatkan dunia lebih aman tanpa Osama, jelas bahawa beliau adalah antara pengulum gula-gula getah yang dikeluarkan AS. (Rujuk Malaysiakini)

Osama dituduh menimbulkan aksi agresif seluruh dunia. Tetapi aksi agresif itu bukan membunuh orang Islam melainkan menetang penjajahan AS ke atas dunia Islam. Kita boleh menyelidiki, berapa ramai adik beradik kita yang terbunuh oleh Osama. Yang membnunuh adik beradik kita adalah AS yang hendak menangkap Osama. Osama tampil sebagai pembela maruah umat Islam di bumi yang diinjak oleh durjana kuffar.

Mereka yang mejadi hamba kepada Barat akan bercakap senada dengan Barat. 

Rahmat Allah buat Osama. Dunia ini tempat sementara. Hujungnya kematian. Apa nak hairan dengan cemuhan manusia. Biar seluruh dunia mencemuh, asalkan di sisi Allah kita tergolong kekasihnya...memadailah.

Pelanduk dua serupa


Bila AS mendakwa bahawa Osma telah dibunuh, aku bukan percaya 100%. Walaupun ditunjuk gambar orang yang dikatakan Osama, ia bukan boleh dipercayai. Zaman sekarang, dengan teknologi pelbagai perkara mengenai gambar dan video boleh dibuat. Lagipun, dalam dunia ini kan ada pelandul dua serupa. Kata orang tua-tua, ada 7 orang yang sama rupa dengan kita. 


Dalam kes DS Anwar Ibrahim pun, ada kemungkinan keserupaan wajah ini berlaku. Boleh jadi Saiful benar-benar diliwat tetapi bukan DS Anwar. Ada seseorang yang serupa wajahnya dengan DS Anwar. Aku bukan hendak mensucikan DS Anwar dari kemungkinan  manusiawi iaitu melakukan dosa dan kesalahan. Tetapi, aku juga mahu membuat andaian lain yang mungkin tidak terlintas dalam kotak fikiran.


Allah menyebutkan dalam Al-Quran bahawa nabi Isa yang dipercayai oleh kaum Yahudi bahawa telah mereka salib dan dipercayai pula oleh orang-orang Kristian, sebenarnya seorang lain yang wajahnya serupa  dengan nabi Isa. Nabi Isa yang sebenarnya diselamatkan Allah dan diangkat ke langit.


Mungkin ada bebarapa orang serupa Anwar. Demikian pula Osama. Ada beberapa orang serupa Osama. Lebih-lebih lagi dengan janggut dan jambangnya, amat mudah membuatkan yang melihat tidak dapat membezakan.


Namun, kalau betul Osama terbunuh pun, ia bukan kehinaan. Malah ia adalah kemuliaan buat seorang mujahid sepertinya.

Monday, May 02, 2011

Muslim dan jihad

Mereka boleh membunuh Osama, tetapi mereka tidak dapat membunuh seruan jihadnya. Sejauh yang kita kenali, Osama adalah antara tokoh Islam yang dengan berani menyeru jihad menentang hagemoni Amerika Syarikat. Tidak ada tokoh Islam yang digeruni oleh AS lebih dari Osama. Sekalipun AS telah berjaya membunuh Osama, seruan jihadnya tidak terbunuh. Ia bagi lahar gunung berapi yang mengalir dalam kerak bumi dan akan meletus semula apabila tiba masanya.

Muslim sejati akan muncul bersama semangat juang. Mereka tidak dapat dipisahkan daripada jihad.

Kematian Ossama bukan penamat.

Semua akan mati. Ossama bin Laden yang sekian lama diburu oleh AS disahkan sendiri oleh presiden AS Barranck Obama bahawa telah terbunuh dalam serangan udara oleh tentaranya di Abbotabad, sebuah pekan kecil 150 km uatara Islamabad. Beliau meyifatkan kejayaan membunuh Ossama itu sebagai kejayaan mempertahankan keadilan kepada dunia sejagat.

Boleh dikatakan hampir pasti berita terbunuhnya Ossama. Seluruh dunia kafir bergembira. Di AS ada sambutan meriah atas kejayaan itu. Israel menyifatkan ia sebagai kemenangan kepada demokrasi.

Kematian bukan perkara perlu dilarikan. Semua akan mati. Satu saat, Obama juga akan mati. Kalau Ossama mati terbunuh dalam operasi tentera AS, itu adalah kematian yang mulia. Seorang pejuang, kematian yang dicari adalah mati di medan perjuangan. Mati di medan perjuangan adalah syahid. Berbahagialah orang yang menemui kesyahidan setelah sekian lama berjuang menurut keyakinannya.

Sebahagian besar daripada tuduhan kepada Ossama yang dilebelkan sebagai pengganas itu adalah fithan para pemimpin AS. Mereka tidak boleh dipercayai kerana lidah mereka sememangnya penuh dengan muslihat beracun. Jika kita merenung sejenak hasrat dan cita-cita Ossama, maka akan mengertilah kita betapa dia amat cintakan kepada Islam dan mengambil berat terhadap nasib ummat Islam. Seseorang itu akan dibangkitkan di akhirat kelak dengan keyakinannya sewaktu mati.

Alhamdulillah...mudahan Ossama termasuk golongan syuhada.  Kematian Ossama bukan penamat kepada perjuangan Islam. Akan lahir ratusan, malahan ribuan pejuang yang akan bergerak maju ke medan untuk mengangkat maruah Islam. AS akan terkesima nanti. Percayalah....


MCA Harbi atau DAP zimmi?

Chua Soi Lek, presiden MCA menolak kemasukan Pas ke dalam BN jika Pas tidak menggugurkan dasarnya untuk menubuhkan negara Islam. Mungkin, dengan kata lain, kalau Pas celapak masuk ke dalam BN sedangkan dasarnya tidak berubah, MCA akan lari keluar. Pas tidak pula pernah mengaku akan bertenggek pun tepi dahan BN yang banyak di makan ulat. Sebagaimana yang dipertegaskan pemimpin-pemimpin Pas di pelbagai peringkat, Pas akan terus setia dengan Pakatan Rakyat dan insya Allah akan menghadapi pilihanraya ke 13 bersama. 

Apa maknanya kenyataan Chua Soi Lek itu? Maksudnya, dia amat membenci Islam. Kenapa dia begitu benci Islam? Kerana Islam yang dia belajar dari UMNO adalah lain. Islam yang dia belajar dari UMNO tidak menggungat kakafirannya.  Islam dalam UMNO tidak ada negara Islam. Itulah yang menjadi sebab kebenciannya kepada Pas.

Bagi yang mengamati perkembangan ini amat dapat mengerti bahawa sekarang ini, Cina dalam BN sudah menjadi harbi. Sementara Cina dalam DAP mungkin zimmi.

Hah!...apa khabar Zul Nordin yang amat benci kepada DAP dan menghinanya dengan pelbagai cemuhan. Apa kedudukan orang Islaam yang menghina zimmi? (andaikan kalau DAP itu zimmi).

Gadai prinsip

Apakah orang yang tidak berprinsip tahu orang lain menggadaikan prinsip. Orang berjuang dalam asobiyyah perkauman adalah orang yang tidak berprinsip sekalipun dia mendakwa berprinsip. Prinsip yang didirikan atas kebatilan adalah tidak berprinsip. Orang yang berprinsip adalah mereka yang mengasaskan perjuangan atas nama Islam. Maka, di kala orang tidak berprinsip melebelkan orang yang berprinsip menggadaikan prinsipnya, kita picingkan mata melihat kelucahan katanya.

Sunday, May 01, 2011

Pandangan menyasar

Pandangan Dr. Juanda Jaya dan Dr. Asri nampaknya senada walau berbeza bunga bahasa. Kedua-keduaya menyarankan DS Anwar Ibrahim bersumpah balas ke atas sumpah laknat  Eskay. Alasannya adalah untuk menghilangkan buruk sangka. Namun, kata Dr. Asri, sumpah tidak wajib atas DS Anwar.

Cuma aku mahu tanya Dr. Asri dan Dr. Juanda Jaya yang selama ini gagah memperjuangkan sunnah. Apakah membalas sumpah bagi sumpah yang tidak dituntut agama itu sunnah? Mengapa harus melatah dan mengikut rentak tari amalan bid'ah?

Banyak kali sudah diterangkan bahawa sumpah sedemikian bukan berasal dari Islam. Maka, satu sumpah yang tidak diperakui Islam, mengapa harus kita layaninya dan berbuat pula hal yang sama. 

Bayangkan, seorang wanita direbuti beberapa lelaki. Lelaki A menggunakan khidmat bomoh dengan minyak dagu untuk mendapat kasih cinta wanita itu. Apakah jika lelaki B yang selama ini menjahi perkara-perkara kesyirikan tersebut, wajar mendapatkan khidmat bomoh dan minyak dagu juga demi mendapatkan kasih cinta wanita itu.

Sepatutnya Dr. Asri maupun Dr. Juanda memberi nasihat, biarkan si kambing mengembik. Kita jangan mengembik sama sebab kita bukan kambing. Menasihati agar kita mengembik sama adalah satu penghinaan kepada nilai-nilai kemanusiaan kita.

Demikianlah pula, menasihati DS Anwar agar mengikut rentak Eskay yang bersumpah laknat adalah penghinaan kepada prinsip pentsabitan hukum dalam Islam. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.

Sumpah Laknat Eskay, apakata Dr. M?

Dr. Mahathir menyifatkan sumpah laknat  Eskay adalah betul. Dengan menggunakan logik akalnya, dia mengandaikan pihak yang takut untuk melakukan sumpah laknat yang sama adalah salah kerana takut untuk melakukan hal yang sama dengan Eskay. Memang pun Dr Mahathir banyak menggunakan logik akalnya. Tokoh-tokoh agama telah menolak legitimasi sumpah laknat dalam kes jenayah hudud. Pendapat siapa yang mahu kita sandarkan. Dr. Mahathir bukan seorang yang punya pengetahuan agama yang mantap. Semasa dia memerintah dahulupun, dia banyak bertembung pandangan dengan pandangan ulama. Tiba-tiba kini dia memberi pandangan semacam fatwa mengatakan sumpah laknat Eskay adalah betul.

Sumpah laknat Eskay adalah salah! Ia tidak ada hubungan dengan Islam kerana Islam tidak pernah mengajarkannya. Justeru, bagaimana hendak dikatakan betul? Tidak ada dalam mana-mana kitab fekah Islam, untuk menthabitkan kesalahan zina ke atas seseorang, mekanisma sumpah digunakan. Kalau ada pun, hanya dalam kes li'an antara suami dan isteri.

Respons Dr. Mahathir tersebut tidak sukar dimengerti. Dendam dan upayanya untuk mematikan karekter Anwar dalam politik tidak pernah tamat. Dengan segenap keupayaannya, dia berusaha menghalang kemaraan Anwar Ibrahim. Sebenarnya, Dr. Mahathir tidak tahu apa yang akan ditakdirkan Tuhan. Dalam usia senjanya, hatinya kemetot dengan permasalahan politik nista yang tidak pernah tamat. 

Kasihan...

Saturday, April 30, 2011

Aktiviti hujung minggu ini.

Seharian ini, muktamar pemuda. Ternyata Allah memilih sejumlah pemuda untuk berjuang membela agamanya. Mereka berdatangan dari jauh untuk melaksanakan tanggungjawab hidup berjemaah. Namun, tentunya lebih ramai lagi pemuda yang dicicirkan dari pilihan Allah. Sewaktu pemuda ini bermuktamar, pemuda yang tidak terpilih sedang bergelumang dengan aktiviti masing-masing. Ada yang sedang lepak di kedai kopi, ada yang sedang leka menangkis bulu tangkis, berfutsal dan lebih sia-sia lagi adalah tidur pagi lepas solat Subuh sendirian di rumah. Almaklum, hari ini cuti hujung minggu.

Esok pula ada konvensyen. Buat julung kalinya konvensyen dibuat.

Subuh dah dekat!

Ajak Pas masuk BN lagi. Kalau pun tak tak mahu masuk BN, keluarlah Pakatan Rakyat kerana dalam PR itu Pas hanya jadi tunggangan DAP. Demikian kata DS Najib. Kasihan kepada Pas. Pas kerja kuat tapi yang menagguk udangnya adalah DAP. Dengarnya mulia sekali hasrat itu. Kerana simpati dengan Pas. 

Cuma, sejak bila pula BN pernah bersimpati dengan Pas?  Kenapa setelah nyata dan jelas kaum Cina menolak BN sebagaimana ditandai dalam PRN Sarawak baru-baru ini, barulah melantun kata simpati kepada Pas? selama bertahun Pas berjuang, pernahkah BN simpati kepada Pas?

Seperti dinayatakan, Pas setia dengan PR. Untuk membawa Pas menyertai BN tidak segampang lelehan air liur di bibir para pemimpin BN. Lelehan air liur boleh keluar dengan mudah. Ia semudah sumpah laknat yang diludahkan atas karpet masjid. Pengalaman lalu telah cukup mengenalkan ahli Pas kepada watar belakang tabir yang dimainkan para pemimpin itu.

Sampai waktunya, akan berkuburlah mereka, Percayalah...sesngguhnya azab itu akan tiba di waktu Subuh! Bukankah Subuh sudah dekat.

Muka nampak baik

Muka nampak baik. Tapi kebaikan bukan dinilai berdasarkan muka. Muka itu hanya penampilan luaran Kata orang "dont judge the bog by the cover". Dalam hadis juga menyebutkan bahawa Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu, tetapi Allah melihat kepada hati kami.

Sewaktu menonton tv yang menunjukkan komen-komen perdana menteri Datuk Sri Najib, aku memberitahu isteriku bahawa antara Datuk Sri Najib dengan Datuk Sri Anwar, Datuk Sri Najib kelihatan lebih handsome. Kalau dibandingkan dengan Tg Nik Aziz atau Tg Hadi Awang, mungkin lebih pasti DS najib lebih hansome. Tapi, apa nak hairan. Kalau dibanding dengan DS Najib, aku rasa hansome lagi aktor-aktor Hollywood.

Sebab itu, jangan terpengaruh dengan muka baik. Dengan solekan yang sempurna, muka seseorang itu boleh dilihat baik sekalipun hatinya bergelumang kejahatan.

Hina masjid?

Mereka bercakap soal hormat masjid. Perbuatan kalangan yang membantah acara angkat sumpah laknat Datuk Trio di masjid bandar baru Sentul kelmarin dianggap sebagai menghina kemuliaan masjid. Apakah mereka kira masjid itu macam berhala yang perlu dimuliakan. Apakah cara memuliakan masjid itu dengan duduk bertafakkur dalamnya. Selain itu, apakah memuliakan masjid kalau datang masjid hanya bila nak buat sumpah laknat untuk mempengaruhi orang lain mempercayai dakwaan yang tidak berbukti?

Barangkali pada perkiraan mereka, masjid itu amat suci kerana itulah agama. Agama tak tercemar kalau tidak sentuh. Macam Quran, kalau tak ada air sembahyang jangan sentuh. Kalau sentuh menghina Quran. Tapi kalau memerintah negara tak berpandu Quran, tidak pula dirasakan menghina Quran!

Friday, April 29, 2011

KULIAH MAGHRIB UST KAMAL ASH'ARI

Pada hari ini, selepas solat maghrib di masjid Al-Fajr, ust Kamal Ash'ari menyampaikan kuliah maghrib. Kuliahnya diberikan tajuk "mengapa Allah berikan kita Islam". Bagi mengulas tajuk itu, beliau membacakan ayat Al-Quran yang berbunyi:

وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين

" Kami tidak mengutuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam".

Dalam ayat ini, Allah menyatakan bahawa tujuan perutusan nabi Muhammad SAW adalah sebagai rahmat. Nabi Muhammad membawa Islam, maka ini bermakna rahmat tersebut adalah Islam. Mengambil kata akar perkataan rahmat yang berasal dari tiga huruf iaitu ra, ha dan mim, beliau merumuskan perkataan yang menyimpan tiga huruf ini mengandungi nilai kasih sayang. Ini kerana rahmat adalah kasih sayang. Allah berikan kita Islam kerana Dia sayangkan kita.

Apabila kita sayangkan seseorang, kita tidak akan membebankannya dengan sesuatu yang di luar kemampuannya. Seorang ayah yang sayangkan anaknya sanggup keluarkan wang simpanan RM100 ribu buat anak memulakan perniagaan tanpa menuntut bayaran atau keuntungan diri. Seorang bapa yang sayangkan anaknya, tak akan suruh anaknya yang berusia 2 tahun memanjat pokok kelapa.

Islam itu mudah. Namun ketika mengendalikan kes-kes orang yang mahu murtad, menurut ust Kamal, apabila ditanya kenapa kepada mangsa-mangsa keimanan ini, jawapan mereka yang hampir sama ialah bahawa Islam itu susah. Apabila ditanya di mana susahnya Islam, mereka tidak pula pandai menjwab.

Kenapa Islam yang sebenarnya mudah itu dilihat susah?

Pertamanya kerana tidak memahami Islam. Tidak memhamai Islam kerana tidak mahu belajar. Enggan belajar kerana merasakan diri sudah faham mengenai Islam. Padahal mereka tidak memahami Islam. Kita hendaklah memahami Islam mengikut apa yang sepatutnya kita fahami bukan memahaminya sebagaimana yang kita faham. Apabila kita faham Islam itu sebagaimana yang kita fahami, maka banyaklah kekurangan sehingga Islam yang mudah dilihat susah.

Umpamanya, kata ust Kamal ialah majlis tahlil yang dibebankan kepada masyarakat Melayu. Majlis tahlil tidak difahami sebagai bukan wajib. Orang Melayu yang tidak cukup memahami Islam, menganggapnya wajib.Hingga, pada ketika majlis tersebut tidak mampu dilakukan, mereka sanggup berhutang kerananya.

Demikian, sewaktu berakad nikah, Islam tidak pula mensyaratkan akad nikah itu mesti bersalaman tangan dan bersambut ucapan ijab dan qabul tanpa putus. Pengalaman ust Kamal sewaktu bernikah dulu (waktu itu beliau bertugas sebagai imam masjhid negeri), imam kampung yang mahu menikahkannya memintanya supaya sambut ijabnya langsung. Kelihatannya usrusan akad menjadi susah, padahal akad itu mudah. BOoeh dan sah biarpun sambil berpeluk tubuh mala sekalipun sambil menghisap rokok dan bersamdar di atas pelantar jeti tepi laut.

Perkara kedua kenapa Islam itu jadi susah ialah kerana kita sendiri menyusahkan Islam. 

Beliau seterusnya menegaskan bahawa maksud kita beribadat adalah untuk diri sendiri. Allah tidak untung atas ibadat yang kita lakukan. Kalau kita pergi melaksanakan haji, Allah tidak untung apa pun. Yang untung adalah Tabung Haji. Kalau kita tidak pergi haji, Allah tidak rugi, yang rugi adalah Tabung Haji. Tentunya untung dan rugi itu diri sendir juga.

Apabila kita pergi haji kita perlu bertanya, apakah Allah ingin melihat kita sewaktu di Makkah. Ibrahim bin Adham dalam perjalanan hajinya memakan masa bertahun tahun. Bila ditanya orang kenapa sampai begitu lama sekali untuk sampai ke Makkah sedangkan dia tinggal di Madinah, maka dijawabnya bawa setia lua langkah dia berhenti dan solat taubat memohon keampunan kepada Allah. Dia takut sekiranya kehadirannya tidak diterima Allah.

Ada orang pergi haji, jahil sehingga meyusahkan. Islam tidak susah tetapi dirilah yang tidak faham. Ceritanya, ada seorang suami yang sudah selesai buat tawaf widak kemudian terpasak berpaling ke belakang kerana isteri tersekat di celah orang ramai-ramai. Dia mengulangi semula tawafnya dengan lasan tersebut sehingga menyebabkan kelambatan kepada hujjaj lain. Inilah akibat kejahilan. Islam yang mudah jadi susah.


Thursday, April 28, 2011

Lagi-lagi wahabi.

Kalau hebat sangat, pergilah ke masjidil haram dan jadi imam besar di sana. Menuduh orang itu dan ini sebagai Wahabi memang menjadi identiti seorang anak muda bersemangat yang bernama Zamihan bin Mat Zain itu. Terbaru, dia menuduh Imam Besar masjidil Haram, Syeikh Abd Rahman As- Sudaisi sebagai bermotif menyuntik fahaman wahabi di Malaysia. Membaca sedikit hujahnya, jelas dia menolak imam itu dari  kelompok Ahli Sunnah Wal Jam'ah.  Kalau bukan dari kelompok ahli Sunnah Wal Jama'ah, sesatlah. Alangkah celuparya menyesatkan seorang imam uyang memimpin solat jutaan ummat yang berkunjung ke Makkah saban tahun.

Katanya, seorang imam besar masjidil haram bukan kebal untuk tidak boleh dikritik. Memang pun sesiapa sahaja boleh dikritik. Hanya rasul sahaja yang maksum. Mengkritik Rasul adalah haram dan boleh terkeluar dari Islam. Jika suka mengkritik orang, kita juga harus bersedia untuk dikritik orang lain. Itulah lumrahnya.

Soal wahabi ini, soal lapuk. Sudah lama kebencian dilontarkan kepada wahabi tanpa asas yang kukuh. Soal akidah yang dikaitkan dengan mujassimah, merupakan persepsi sebelah pihak. Soal bid'ah yang dibangkang keras wahabi, dibalas dengan hujahan yang longgar. Banyak cerita kekejaman askar Arab Saudi dikaitkan dengan wahabi adalah cerita-cerita yang penuh dengan kecurigaan kesohehannya.

Aku hairan banagaimana solat Zamihan di masjidil haram kalau dia pergi menunaikan haji. Apakah dia sudah pergi menunaikan haji atau masih menunggu kerajaan Wahabi digantikan dengan kerajaan yang dikiranya ahli sunnah wal jamaah?

Monday, April 25, 2011

Perlahankan nada wiridmu

Apabila kita mengimamkan solat, seusai solat tolehlah ke belakang. Di belakang kita mungkin ada orang yang masbuk lalu sedang menyempurnakan bilangan rakaatnya. Mungkin ada yang sedang solat sunat. Maka, perlahankanlah suara wiridmu jika kamu mahu juga berwirid. Kalau kamu tidak berwiridpun, tidak mengurangkan apapun dari solatmu. Malah, kamu boleh berwirid sendirian selepas itu di mana-mana penjuru dinding. Kalau nak berwirid kuat, baliklah rumah dan sambung wiridmu kuat-kuat. Asal jangan sampai mengganggu jiran sudahlah.

Sesunguhnya wirid secara kuat selepas solat fardhu itu mengganggu orang yang masbuk dan solat sunat. Menganggu solat mereka dengan bacaan kitta yang nyaring adalah dilarang, malah diharamkan. Dalam fekah dibahaskan tentang hukum kita membaca surah al-fatihah dengan kuat sehingga mengganggu makmum di sebelah kita, sedangkan kita juga makmum. Hukumnya haram jika sampai mengganggunya. Kalau dalam solat pun diharamkan nyaringkan bacaan, apatah lagi kalau di luar solat!

Bewirid itu bukan wajib. Yang bukan wajib mana boleh mengatasi yang wajib. Antara wirid, solat sunat lebih utama. Malahan, berwirid secara jama'i itu dibid'ahkan oleh sebahagian ulama kerana tidak pernah dibuat nabi SAW.Apatah lagi jika wirid jama'i itu dibuat dengan nada yang kuat sehingga mengganggu orang lain.


Oleh itu, perlahankan suara wiridmu.

Sunday, April 24, 2011

Perkauman disalahkan.

Kemenangan DAP di Sarawak yang membawanya menguasai kawasan-kawasan yang mojoriti Cina menyebabkan pejuang Melayu dalam UMNO-BN melatah. Pertubuhan Perkasa menuduh Cina Sarawak sebagai pengkhinat kerana madu dibalasnya tuba. (Nyata sudah bahawa Perkasa itu perkakas UMNO). Mantan PM yang pernah ditolak rakyat satu waktu dulu, Dr. Mahathir pula menyifatkan DAP sebagai parti perkauman dan telah menang kerana sentimen perkauman.

Mereka yang bercakap itu menggunakan lidah yang tidak bertulang. Mereka itu, paku dulang paku serpih. Kata orang mereka yang lebih. Siapa yang perkauman, telah kita saksikan. Perkasa ditubuhkan atas dasar perjuangan Melayu totok yang tidak pun menguntungkan Melayu. Kononnya Dr. Mahathir itu tidak perkauman sedangkan dia juga persis perkauman.

Kita harus mengakui bahawa politik kini sudah berubah. nBagi yang tidak boleh menerima perubahan, mereka akan salahkan persekitaran yang mempengaruhi. Seperti kata pepatah, kalau tak pandai menari, jangan disalah tinggi rendahnya lantai.

Saturday, April 23, 2011

Usrah 220411

Usrah semalam dibentangkan mengenai 2 tajuk iaitu berkenaan hadis nabawiyyah dan sirah nabawiyyah. Isu yang dibawa oleh pembentang hadis ialah mengenai galakan memberi salam dan hukum hakam mengenai salam. Sementara sirah Nabawiyyah pula ialah mengenai peristiwa perlantikan khalifah Abu Bakar di Balai Bani Sa'adah. Kedua-kedua pembentangan telah mendapat respons yang menggalakan di kalangan ahli. Pandangan dan persoalan dikemukakan.

Renungan: Takdir Tuhan

Allah SWT telah mentakdirkan untuk kita semuanya. Lalu apa yang ditakdirkan itu pasti berlaku. Apa yang kita sedang buat kini hanya menjalani lorong-lorong menuju kepada matlamat yang tersangkut pada takdir itu. Kita tidak akan mampu menyalahinya kerana kita adalah makhluk dan Dia Tuhan. Dia berkuasa dan kita lemah. Kuasa kita tidak boleh mengatasinya kerana kalau kuasa kita mengatasinya, kitalah akan menjadi Tuhan.

Di kala kita di rudung malang, ingatlah bahawa ada Allah yang mentakdirkan malang buat kita. Ingatlah bersama ingatan itu bahawa Allah tidak menzalimi kita. Dia juga maha bijaksana dan di sebaliknya setiap yang takdirkan ada hikmah menanti. Hikmah itu akan kita jahili pada hari ini tetapi akan kita fahami pada hari esok atau seterusnya. Kita sudah mengetahui hikmah itu sebelum terjadi sesuatu, di mana pula lebih ilmu Allah berbanding kita. Kalau ilmu Allah sudah kita atasi, elok kita sahaja jadi Tuhan.

Di kala kita dapat nikmat, ingatlah bahawa itu adalah razeki Tuhan. Dia maha kaya dan maha pemurah. Yang kita dapat itu bukan milik kita tetapi milik Dia. Bila kita ingat benda itu, kita tidak harus sombong atas kelebihan yang kita ada.

Thursday, April 21, 2011

Beberapa point

Aku sempat memberikan beberapa point untuk renungan teman itu tentang parti mana yang harus dia berada. Ini kerana dia meluahkan kerisauannyan tentang kesudahannya. Bimbang kelak jika apa yang dia lakukan ini menjadi sia-sia.

1) Bahawa semua yang kita lakukan dalam dunia ada ikatan pahala dan dosa. Sudah tentu, hal sebesar perjuangan juga tidak terlepas dari dosa dan pahala. Masakan boleh dinafikan bahawa terlibat dalam UMNO, PAS atau tidak ke mana-mana itu terkecuali dari dosa?

2) Kita hendaklah memilih parti yang menjadikan pengikutnya lebih baik. Apakah pernah kita mendengar UMNO disebutkan sebagai parti yang mengubah perangai jahat menjadi baik? Pernahkah seorang ibu atau bapa berkata, " sejak anakku masuk UMNO, rajin benar dia ke surau, rajin ke usrah, solat dan selalu pakai kopiah, dengar ceramah agama dan sebagainya"? Demikian, adakah pulak hal yang sama dalam PAS?

3) Kita menjaga akidah keimanan kita. Bagaimana pula dengan akidah perjuangan kita? Apakah kita mahu mengatakan bahawa perjuangan tidak berkaitan dengan akidah?

4) Kita harus menentukan pilihan kita. Dalam sesuatu pilihanraya, ada calon yang muslim ada calon yang Islam. Calon muslim tentunya beragama Islam tetapi tidak membawa citra Islam. Akhlaknya pun tidak Islam dan partinya yang diperjuangkannya pun berkecamuk dan tidak menjadikan Islam sebagai manhaj perjuangan. Calom Islam pula tidak semestinya beragama Islam. Namun, dia membawa citra Islam seperti keadilan, amanah dan ketelusan. Partinya pun boleh berkerjasama mencapai matlamat yang dikehendaki ISlam itu.

Sunday, April 17, 2011

Melayu mana?

Benci sungguh pakcik itu kepada Cina. Kekalahan bandar-bandar utama di Sarawak ke tangan DAP dalam PRN baru-baru ini ditafsirkan sebagai pengkhianatan kaum Cina. Katanya, kaum Cina memang tidka boleh dipercayai. Aku hanya menyampuk selontaran pandangan dengan mengatakan orang Cina memang bijak berpolitik.

Sayang sekali, bangsa Melayu masih tebal ketaatannya kepada BN. Ternyata di kawasan-kawasan mojoriti Melayu, BN mencapai kemenangan memberangsangkan. Sebaliknya, harapan BN untuk menawan kawasan majoriti Cina sudah tinggal khayalan. Ironinya, kawasan penduduk berbangsa Iban banyak memperlihatkan kecenderungan kepada Pakatan Rakyat. 

Di mana Melayu? Melayu tidak sanggup dan tidak berani berubah! Bukan semua Melayu...Tetapi Melayu yang diistilahkan oleh Dr. Mahathir dahulu sebagai Melayu mudah lupa dan Melayu haprak.

Friday, April 15, 2011

Cuma adat, tidak bercanggah dengan Islam???


Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman berkata bahawa amalan berkabung 40 hari yang dilakukan sempena kematian seseornag pemimpin tidak salah dan tidak bertentangan dengan Islam kerana ia adalah persoalan adat sesuatu tempat. Terdahulu, isu amalan berkabung tersebut telah ditimbulkan oleh bekas mufti Negeri Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin. Sikap mufti Pahang yang memperlihat kecenderungan mempertahankan amalan tersebut adalah mengencewakan. Malah, dakwaannya bahawa ia tidak bertentangan dengan Islam adalah pandangan yang lekeh dan kurang penelitian menyeluruh mengenainya.

Mengandalkan adat sebagai amalan yang tidak salah adalah menyimpang daripada kaedah mengeluarkan sesuatu hukum. Berapa banyak adat yang bertentangan dengan Islam? Alasan mengapa amalan berkabung selama 40 hari itu antara lain ialah tasyabbuh dengan orang kafir. Islam tidak menerima tasyabbuh dengan orang kafir, lebih-lebih lagi dalam soal bersangkutan amalan yang punya kaitan dengan agama. 

Kita lihat bagaimana nabi SAW amat melarang ummatnya daripada meratapi kematian seseorang. Disifatkan sebagai amalan jahilliah senadainya seseorang yang kematian orang yang dicintainya mengoyak bajunya dan menampar pipinya. Maka, berkabung sebagaimana gaya orang bukan Islam juga adalah termasuk dalam makna amalan jahilliyyah. 

Dalam istilah feqah, berkabung atas kematian disebut sebagai ihdad. Ihdad hanya disyariatkan untuk isteri yang kematian suami iaitu 4 bulan 10 hari. Selama 40 hari itu, si isteri tidak boleh keluar rumah melainkan dengan hajat syar'i, tidak boleh bertabarruj dalam pakaian dan tidak dibenarkan berwangian. Urusan berkahwin semula juga tidak dibolehkan termasuk meminang, kecuali pinangan yang dilontarkan dengan cara kinayah. Inilah perkabungan yang dituntut dalam Islam.

Maka, apa faedahnya berkabung atas kematian seorang tokoh atau pemimpin? Sehebat Rasulullah, para sahabat dan salafus soleh terdahulu, kematian mereka tidak pula dikabungi oleh rakyat pada zamannya. Amalan karut marut siapa yang kita petik untuk berkabung atas kematian pemimpin kita? 

Lalu, bagaimana boleh seorang mufti berpendapat bahawa amalan berkabung 40 hari tidak bertentangan dengan Islam. Jangan nanti dikatakan amalan perdukunan mantera karut marut dikatakan tidak bertentangan dengan Islam kerana ia adalah adat kebiasaan. Wajarkan pakaian baju kebaya ketat diiktiraf dan dikatakan tidak bertentangan dengan syarak kerana ia adat berpakaian wanita Melayu???

Banyak persoalan mengenai adat yang mahu kita tanyakan pada sang mufti negeri Pahang kalau begitu!

Thursday, April 14, 2011

Dedikasi

Dia mencicip sisa manis perkhidmatannya yang sudah berada di penghujungnya. Memang aku mengerti betapa sayunya seorang yang mengabadikan diri bertahun-tahun dalam dunia perguruan, akhirnya bakal meninggalkannya. Namun, ingatlah bahawa guru sejati tidak akan pernah meninggalkan dunia perguruan. Selepas menamatkan perkhidmatan di sekolah, seorang guru boleh terus berkhidmat dalam masyarakat sebagai guru.

Seperti seorang Perdana Menteri, yang memerintah sekian lama, dia menangis sewaktu melepaskan jawatannya. Malangnya, Dr. Mahathir tidak pernah berhenti daripada merasakan dialah pemimpin terunggul dalam sejarah pentadbiran sebuah negara Malaysia. Sedangkan, di sana terdapat puluhan orang yang berkelayakan memimpin, kekadang jauh lebih baik daripadanya.

Yang patah akan berganti. Manusia diciptakan Allah dan Allah tidak miskin untuk melahirkan insan-insan baru. Kita cuma memenuhi ruang masa yang diberikan kepada kita dan putaran matahari tidak akan berhenti dengan berkahirnya riwayat kita.

Semoga hari depan didepani dengan penuh keimanan....

Sunday, April 10, 2011

Politik sogokan

Aku tak tahu, politik jenis apakah yang diamalkan kini. Bila tiba musim pilihanraya negeri Sarawak, banyaklah janji-janji yang ditaburkan oleh kerajaan. Termasuk juga, banyaklah projek yang ditaburkan. Para pemimpin pun berkampunglah di negeri Sarawak. TV pun memaparkan rancangan Sayang Sarawak". Paling melucukan aku, apabila kerajaan bersetuju untuk mewujudkan channel khusus bagi negeri Sarawak dan Sabah.

Persoalannya, kenapa sekarang. Kenapa masa DUN telah dibubarkan dan masing-masing berhempas pulas mengaut sokongan rakyat, baru semua ini ditawarkan. Apakh selama ini tidka terlintas di fikrian mereka untuk memberikan semuanya??

Rakyat manakah yang masih lagi bododh dan boleh dipermainkan???

Wednesday, April 06, 2011

Orang hina disanjung-sanjung

Dengan marah dan meluat, beberapa waktu terakhir ini aku mengambil keputusan untuk mengikuti Buletin TV3 jam 8 malam. Beritanya penuh dengan menyanjung orang-orang hina dan menghinakan orang mulia. Akhir zaman ini memang begini. Orang hina dipuja sedangkan orang mulia dihina. Siapa orang hina? Mereka itulah para pemimpin yang makan duit rakyart secara salah. Menguras harta rakyat untuk diselewengkan. Orang-orang mulia pula para ulama yang berjuang. Mereka dihina oleh TV3. Maka jadilah menonton berita TV3 itu satu maksiat.Menonton acara penghinaan ke atas orang-orang mulia.

Tak rugi apapun tak tengok berita TV yang menebarkan kemaksiatan. Waktu berita jam 8, baik aku tayangkan kartun untuk anakku. Itu lebih mulia daripada menonton berita lecak kumbahan yang memualkan.Nak dapat maklumat, boleh baca kat internet.Nah...aku boleh mencari maklumat sendiri. Aku tak berselera dengan maklumat yang disondolkan oleh tv-tv durjana itu.

Monday, April 04, 2011

Tiada alasan untuk merasa lemah!

Buat saudara-saudara segama yang tertindas di negara-negara kuffar, mereka dihalang daripada melaksanakan perintah agama, maka aku bacakan untuk mereka firman Allah SWT:

إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلائِكَةُ ظَالِمِي أَنفُسِهِمْ قَالُوا فِيمَ كُنتُمْ قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الأَرْضِ قَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَا فَأُوْلَئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَسَاءَتْ مَصِيرًا

Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : "Dalam keadaan bagaimana kamu ini?". mereka menjawab: "Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri (Mekah)". para malaikat berkata: "Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?". orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali”.
(Surah An-Nisak: Ayat 97)

Buat tentera-tentera muslim yang bernaung dibawah panji tentera kafir lalu dipaksa memerangi wilayah Islam, seseungguhnya keterpaksaan kalian tidak dimaafkan. Kalian menzalimi diri dengan terus berada dalam kelompok mereka. Apakah kita mahu berbangga dengan dengan pegawai beragama Islam di Pentagon, seorang menteri muslim di parlimen Amerika? Sesungguhnya, mereka itu menzalimi diri mereka.

Tinggalkan jawatan itu dan kedudukan anda, sesungguhnya di sana ada ratusan negara saudara seagamamu, hijrahlah ke sana!

Saturday, April 02, 2011

Minyak naik lagi

Minyak RON 97 naik lagi 20 sen tengah malam semalam. Dari harga RM2.50 seliter , kini menjadi RM2.70 seliter. Kononnya kenaikan harga tersebut tidal memberi efek kepada rakyat kerana rakyat kebanyakannya menggunakan minyak RON 95. Itulah dakwaan mereka yang mewajarkan kenaikan tersebut. Untuk makluman mereka itu, kebanyakan rakyat yang yang mahukan prestasi enjin kereta yang lebih baik, mereka sanggup menggunakan petrol RON 97 biarbun ia mahal lebih daripada petrol RON95. Aku sendiri menggunakan RON97 untuk motosikalku.

Kenaikan sebaganyak 20 sen seliter itu menjengkelkan sekali. Kerajaan sering mendakwa mereka menanggung sabsidi sednagkan rakyat tidak pernah tahu di tahap mana siling subsidi itu. Kalau serataus tahun lagi, selepas minyak dinaikan berterusan hatta mencecah RM5.00 seliter pun, jika mereka mendakwa kerajaan masih terpaksa menanggung sabsidi, rakyat mana tahu. Rakyat tidak pernah diberitahu. Selamanya rakyat diperbodohkan. 

Kerajaan yang telunjuk lurus kelingkin berkait ini tidak harus dipertahankan!

Tuesday, March 29, 2011

Apalah bezanya?

Ketua wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Arman Azha Abu Hanifah mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta pada Selasa.Difahamkan, beliau melepaskan jawatan kerana mahu menumpukan tugasnya dalam Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Petaling Jaya Utara.

Sememangnya Perkasa itu dupilcate UMNO. Sama sahaja, sama ada dia dalam Perkasa atau keluar dari Perkasa. Kerana nampaknya cemar sudah parti UMNO itu, mereka tubuhkan Perkasa. Dengan harapan akan dapat mengaut sokongan orang Melayu. Namun, terus terang aku katakan bahawa jiwa Melayuku tidak pernah dapat menerima perjuangan Perkasa. Aku melihat Perkasa itu adalah semak renek tempat orang UMNO yang hilang posisi bertapuk (bersembunyi)

Apalah bezanya antara Pekasa dengan UMNO?

Sunday, March 27, 2011

Apa mazhabmu?

Pertanyaan ini, jika dilontarkan kepada sebahagian besar orang yang tinggal di Nusantara ini, jawapan sepontannya ialah "aku bermazhab syafie". Namun, jawapan ini sebenarnya boleh dipertikaikan. Kebanyakan orang tidak pun mendalami mazhab Syafie untuk memastikan bahawa dia mengikut mazhab Syafie. Hanya mengaku sebagai mazhab Syafie tidak melayakkan seorang itu dikatakan Syafie. Berapa ramai pula orang yang mengaku Islam tetapi dia bukan Islam dan Islam tidak ada kaitan dengannya?

Justeru, mazhab kebanyakan orang adalah mazhab pemberi fatwa. Pemberi fatwa itu tidak juga terikat secara mutlak dengan mazhab Syafie sungguhpun dia mengakui sebagai pengikut mazhab Syafie. Hal ini boleh dibuktikan dengan perubahan fatwa yang berlaku di kalangan mufti dan majlis Fatwa yang ada di Malaysia. Satu masa dahulu, masyarakat difatwakan bahawa mengeluarkan zakat fitrah hendaklah dengan makanan ruji. Dalam konteks negara Malaysia, beraslah. Namun, kini, zakat fitrah tidak lagi dipungut dalam bentuk beras. Di mana-mana dalam Malaysia, ia dipungut dalam bentuk mata wang.

Demikian juga kalau dilihat kepada hukum batalnya wuduk. Kendatipun mazhab Syafie punya pandangan resmi bahawa bersentuhan kulit lelaki dan perempuan yang bukan muhram tanpa lapik adalah membatalkan wuduk, kini telah difatwakan oleh majlis fatwa di Malaysia, khususnya dalam kalangan ulama di Tabung Haji, ia tidak membatalkan wuduk. Soal ia khusus untuk jemaah haji di Makkah atau merata kepada semua orang bukan persoalan kerana hukum ISlam bukan untuk sebahagian orang dan tidak kepada sebahagian yang lain. 

Maka, mazhab kita bukan lagi Syafie. Mazhab kita adalah orang yang berfatwa!

MGP 2011

Hari ini, aku menyampaikan ucapan merasmikan muktamar MGP Sandakan. Beberapa perkara yang aku tekankan dalam ucapan ini ialah:

1) Pasti adalah aktiviti parti dan oleh itu, ia tidak memerlukan pendaftaran sebagaimana institusi pra sekolah yang lain. Perlembagaan parti telah cukup untuk menjadi hujah perlindungan dalam keadaan di mana aktiviti Pasti dipersoalkan.

2) Guru-guru Pasti adalah ejen kepada parti sekaligus jemaah.

3) Perbezaan di antara parti politik dengan gerakan Islam. 

4) Pentingnya menjaga penampilan sebagai anggota gerakan.

5) Menjaga keperibadian sebagai guru dengan pakejnya (Mua'allim, murabbi, mudarris, muaddib dll).

6) Ikhlas dan istiqamah dalam perjuangan.

Semoga guru Pasti Sandakan akan terus setia berkhidmat dan tetap dengan wala' kepada jemaah.

Saturday, March 26, 2011

Dua pilihan

Allah hanya memberi dua pilihan. Tidak ada pilihan ketiga. Samada menjadi Islam atau kafir. Jadi syakur atau kafur. Tapi...mengapa kita sering memberi pilihan ketiga dalam agama Allah. 

Ketika menjawab persoalan seorang yang tidak mengerjakan solat, kita katakan sesorang yang tidak solat itu masih merupakan seorang Islam. Tetapi Islam yang derhaka. Padahal nabi SAW telah bersabada:

من ترك الصلاة متعمدا فقد كفر جهارا

"Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhn ya dia telah menjadi kafir yang nyata".
(Hadis Riwayat Tabrani-Daif menurut Albani)


Bukankah Allah dan Rasulnya hanya beri pilihan. Sama ada anda solat dan menjadi orang Islam, tidak solat dan menjadi kafir. Sungguhpun perkataan kafir dalam hadis tersebut punya tafsiran yang dikhilafkan di kalangan ulama, mengapa kita mahu mencari jalan ketiga setelah ternyata menjadi prinsip agama Allah hanya ada dua jalan?

Hadis di atas kalaupun daif menurut Al-Bani, diperteguhkan oleh sebuah hadis yang lain yang Saheh pula menurut Al-Bani. Sabda Rasulullah SAW:

لا تترك الصلاة، فإن من ترك الصلاة متعمدًا فقد برئت منه ذمة الله ورسوله
" Jangan kamu tinggalkan solat, maka sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan solat, dia telah terlepas daripada zimmah Allah dan Rasulnya".
(HadisRiwayat Baihaqi- Arnaut mengatakannya daif tetapi Al-Bani mengatakannya Saheh lighairih)

Walau bagaimanapun, banyak tokoh hadis sebelumnya menyifatkan hadis yang pertama di atas adalah saheh seperti Ibn Hajar Al-Asqalani, Ibn Hajar Al-Haitami dan Imam As-Sayuti,




Friday, March 25, 2011

Beberapa persoalan

Apa masalahnya dengan "Al-Kitab" dalam bahasa Melayu? Kata mereka yang membantah "al-Kitab" versi bahasa Melayu, ia akan mengancam akidah ummat Melayu. Begitulah naifnya cara berfikir pihak yang mendakwa kononnya mahu menjaga akidah ummat Melayu.

Beberapa perkara yang perlu direnungkan:

a) Sampai bila kita hendak bersikap defensif? Apakah dengan jalan defensif itu kita telah mempertahankan Islam?

b) Apakah dengan menghalang orang mendapatkan maklumat akan menyelamatkan orang itu?

c) Apakah Melayu berbudaya membaca sehingga kita bimbang mereka membaca "Al-Kitab".

d) Apakah bahasa Melayu itu milik Islam sahaja?

Wednesday, March 23, 2011

Dimana akan kita mulakan hubungan sosial?

Sebahagian orang menjadi kedai makan sebagai tempatnya bersosial. Petang-petang, setelah pualng kerja, mereka berlepak di kedai makan sambil berbual dengan teman-teman. Panjang sekali ceritanya dan bermacam-macam pula. Hubungan persahabatan menjadi begitu akrab hasil daripada pertemuan berterusan di kedai-kedai makan tersebut.

Aku melihat ramai yang kukenali menjadi kedai makan sebagai medan bersosial. Timbul dalam benarku yang dunggu, mengapa merekam tidak jadikan masjid sebagai medan bersosial? Di sana ada keberkatan  dalam sebuah jalinan hubungan persahabatan.

Saatku bertemu di depan kedai runcit, di kedai makan atau dipasaraya, aku tidak ghairah untuk beramah mesra dengan yang berpapasan. Apakah keterlaluan kalau aku katakan sosial kita bermula di masjid?

Tuesday, March 22, 2011

Pening...

Heboh pula sekarang pasal video lucah Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur yang dikatakan berketurnan Cina.Video tersebut dirakam sekitar Januari tahun ini. Sungguh ironik sekali. Dalam keadaan Anwar sibuk berdepan dengan pebicaraan kes liwat yang ditempelkan kepadanya, ada pula masanya itu melanggan pelacur. Kekadang, apa yang difikirkan oleh musuh Anwar Ibrahim tidak sama dengan apa yang akal normal kita boleh fikirkan. Anwar Ibrahim telah menafikan individu dalam video itu sebagai dirinya.

Memang berat sekali dugaan yang dihadapi Anwar Ibrahim. Siapakah lelaki yang menyerupai Anwar Ibrahim itu? Dalam dunia, ada pelanduk 2 serupa. Kata orang ada 7 orang yang wajahnya serupa dengan kita. Untuk mencari orang yang serupa bukan susah. Teknologi moden hari ini boleh membantu. Kalau kita menonton filem-filem bikinan holywood, kita akan lihat bagaimana pembedahan wajah dilakukan untuk tujuan penyamaran. Untuk misi politik yang begitu penting, tidak mustahil kerajaan UMNO akan buat apa sahaja termasuk mencipta watak Anwar Ibrahim. 

Aku sungguh benci melihat kebejatan politik ini. Aku berharap dalam masa terdekat akan terbongkar semua angkara di belakang tabir ini. Ucapan-ucapan Ummi Hafilda dalam ceramahnya mempengaruhi orang untuk menyanjungnya sebagai insan berhati mulia. Dalam dunia akhir zaman ini, orang hina boleh dianggap mulia.

Monday, March 21, 2011

Dunia masa lalu yang hilang

Duduk makan-makan di kanten hari ini, aku  bercakap dengan Mr. GB mengenai laskar masa lalu kami. Aku dengan laskar kampung kawasan ulu negeri Kedah manakala Mr. GB dengan laskar kehidupan pulau Nunuyan yang dikelilingi laut. Kami sama-sama menyetujui bahawa keindahan zaman lalu di mana alamnya kaya dengan khazanah semulajadinya, telah sirna dan tidak mungkin diputar kembali.

Rasanya, kalau bisa diputar, mahu kami memutarkannya. Aku, dalam seusia penghujung 30-an menyimpan kenangan kehidupan masa kecilku yang tinggal di kampung yang masih dikelilingi hutan rimba yang masih dara. Aku mengimbau buah-buahan hutan yang jenuh di kampungku. Terkenang kepada sungai dan sikap ibu bapa kanak-kanak kampungku yang memberi kebebasan penuh untu bermandi manda di sungai. Burung dan mergastua yang jenuh serta pokok-pokok yang berselirat akar.

Mr. GB mengimbau kenangan kampungnya yang kaya dengan ikan, udang, kepah dan bermacam-macam kehidupan laut. Jernih dan bersih air pantainya kini cuma tinggal kenangan. Udang boleh disauk dari bawah rumahnya di pulau Nunuyan. Dalam usianya yang menghampiri 60 tahun, imbauan itu sungguh menggamit shahdu. Kini tinggal kenangan yang manis dikenang tetapi pahit menganggung kehilangan.

Dunia sebenarnya sudah mendekati kiamat.

Saturday, March 19, 2011

Bible dalam bahasa Melayu

Dalam simpananku, ada sebuah "Al-Kitab" yang berbahasa Melayu. Aku membelinya semasa menghadiri satu seminar mengenai perbandingan Al-Quran dan Bible beberapa tahun lalu. Waktu itu belum timbul isu Bible berbahasa Melayu. Hari ini, isu Bible berbahasa Melayu menjadi polemik. Ada pihak yang membantah dan mendakwa ia mengancam akidah ummat Islam. Tak habis-habis dengan sikap defensif sebahagian orang Islam yang dibayangi ketakutan. Dalam sebuah negara yang mendakwa mengamalkan kebebasan beragama, kita selalu pula mendengar penganut agama lain tidak mendapat hak mereka. Jika mereka mahu mencetak Bible dalam bahasa Melayu, apakah hak kita untuk menghalangnya? Terakhir sehingga kini, kerajaan bersetuju untuk membenarkan cetakan sebanyak 5100 naskhak Bible dalam bahasa Melayu dengan catatan di kulitnya" Untuk Penganut Kristian Sahaja".

Seperti akhbar Harakah, satu masa dulu timbul isu kerana ia dijual kepada orang ramai. Akhirnya kerajaan mensyaratkan ditulis di depannya " Untuk Ahli Sahaja". Begitupun, jika kita lihat siapa yang membeli Harakah, bukan hanya ahli PAS. Hak rakyat untuk membaca tidak boleh dihalang.

Membaca Bible tidak menyebabkan seseorang muslim akan menjadi Kristian. Bible bukan sebuah kitab yang merbahaya sebagaimana sangkaan sesetengah pihak. Saya sudah baca Bible dan saya andaikan bahawa jika saya jenis pemuda yang "happy go lucky" dan tidak mengendahkan agama Islam sekalipun beragama Islam, saya tidak akan membacanya. Pemuda seperti itu lebih gemar membaca bacaan sampah. Adalah lebih bahaya membaca majalah hiburan  yang ada di pasaran berbanding membaca Bible.

Jika kerajaan bimbang akidah ummat Islam terancam kerana baca Bible, cetaklah pula Al-Quran banyak-banyak dan edarkan kepada rakyat. Bagi percuma, biar Al-Quran dimiliki oleh setiap rakyat Islam di Malaysia. Kononnya kerajaan bimbang tentang akidah orang Islam, tetapi usaha memantapkan akidah tidak dibuat secara serius. Kerajaan sanggup belanja wang berbilion untu projek mega yang mengkayakan sesetengah pihak sahaja berbanding membelanjakan wang untuk mantapkan akidah ummat.

Bila orang Kristian mahu cetak kitab suci mereka dalam bahasa Melayu kita melatah. Kita sendiri malas mencetak Al-Quran dalam bahasa Melayu. Ramai orang Islam tak ada Al-Quran terjemahan. Penguatkuasaan undang-undang yang menglang penganut agama lain amsih menjadi mekanisme pertahanan diri yang digunakan kerajaan. Itu hanya memalukan orang Islam. Seperti orang Islam ini lemah dan tidak ada stamina. Sedangkan, ummat Islam adalah tinggi dan mulia. Tetapi, kelakuan itu menggambarkan kita lekeh dan penakut!

Zaman sekarang kita perlu bersaing. Dakwah adalah persaingan. Kerajaan sepatutnya mempunyai kelebihan dan tidak perlu selalu bergantung kepada penguatkuasaan undang-undang.

REHLAH ULFAH

Pada mulanya, satu program tamrin di rancang untuk diadakan pada 10-19 Mac 2011 bertempat di Air Terjun Bakong-Bakong, Sapi Nangoh. Namun, dalam mesyuarat beberapa hari lepas, ia dibatalkan dan digantikan dengan satu program singkat yang lain. Rehlah Ulfah. Demikianlah nama program tersebut. Aku sengaja letakkan nama tersebut sewaktu menyusun semula tentatif yang telah dibincangkan bersama antara aku dengan Ust Mat Isa. Program Rehlah Ulfah ini diadakan di RDC Sepilok.

Awal pagi hujan rurun dengan lebat. Sungguhpun agak lewat sampai ke tapak program, setiap peserta yang telah berjanji setia akan menyertainya hadir juga. Sebelum kaunter tiket dibuka di RDC kami sudah sampai. Biarpun hujan, ia tidak menghalang tekad kami untuk berprogram.

Program dimulakan dengan membaca ma'thurat dan kemudian tahsin Al-Quran. Surah As-Saf dipilih untuk dibacakan oleh setiap orang.Kemudian, pembentangan kertas kerja, Aku yang membentangnya dan tajuknya ialah "wahai pemuda...inilah jalan kita". Ia merupakan sebuah catatan oleh Imam As-Shaheed Hasan Al-Banna. Kemudian, berhenti rehat dan solat Zohor. Selepas Zohor diadakan kembara Al-Quran. Ia merupakan aktiviti jalan-jalan sambil menghafaz ayat Al-Quran. Tidak banyak yang perlu dihafaz. 5 ayat pertama daripada surah Al-Hujurat. Sehingga jam 3, apabila ditasmik semula, masih ada yang belum dapat menghafaznya. Menghafaz Al-Quran mungkin mudah bagi sesetengah orang tapi amat sukar bagi sesetangah yang lain. 

Program berakhir pada jam 4.44 petang. Sebelum berakhir, ada sesi penzahiran azam di mana setiap peserta menyatakan azam diri dan untuk jemaah. Program bersambung dengan qiamullail di masjid Al-Fajr pada malam ini.KIra-kira, lepas kuliah Subuh esok barulah dikira tamat program sehari ini. Semoga Allah menambahkan thabat dalam hati kami.

Tuesday, March 15, 2011

Belajar sambil bermain?

Sebenarnya, aku kurang yakin dengan teori belajar sambil bermain yang dikemukakan pakar kanak-kanak. Apakah teori seperti itu punya asas dari segi fitrah, falsafah ilmu dan keagamaan. Apa yang diungkapkan oleh pakar kanak-kanak tersebut adalah cedokan daripada teori pendidikan barat.

Kalau asyik main, macam mana mau pandai. Lihat, bukankah ada kanak-kanak seusia 4 tahun yang sudah pandai menghafaz surah-surah tertentu dalam Quran? Ulama-ulama dahulu, ada yang hafal Quran seusia 6 tahun. Bolehkah mereka mencapa tahap yang telah digapai itu dengan belajar sambil bermain??

Monday, March 14, 2011

Sabarlah hadapi masa sulit.

Bersabarlah menghadapi hidup ini. Hendaklah diyakini bahawa seandainya anda sedang mengalami keperitan untuk seketika ini, akan datang masanya selepas keperitan ini, sebuah kesenangan. Hidup bukan statik, malah ia mengalir laksana air. Dari legeh di ulu sungai, ia mengalir melintasi belantara dan desa. Air itu mulanya jernih dan murni, namun menjadi cemar dalam perjalanan. Kemudian, Allah akan murnikan ia kembali dengan proses peruapan yang kelak akan turun sebagai hujan.

Sabarlah hadapi masa-masa sulit, kelak anda akan mengenangnya dalam kemanisan di kalan anda telah melepasinya.

Saturday, March 12, 2011

Buku Dr. Mahathir cuma persepsinya

Bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir menulis sebuah buku bertajuk "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad". Dalam buku tersebut, beliau menulis mengenai banyak peristiwa semasa pemerintahannya dan individu yang terlibat sewaktu beliau berkuasa. Tentunya, buku tersebut adalah dari tanggapan sebelah pihak sahaja. Tentunya juga, Tun Dr. Mahathir akan melakarkan yang baik sahaja mengenai dirinya dan kebijakan pemerintahannya. Al- Maklumlah , itu bukunya. 

Antara reaksi pertama yang aku dengar, Tengku Razaligh menafikan apa yang ditulis oleh Tun  Dr. Mahathir mengenai politik wang yang dimainkan oleh beliau sewaktu pemilihan dalam UMNO tahun 1987 yang menyaksikan UMNO diharamkan. Apa nak dihairankan, Dr. Mahathir pun bukan selalu betul bila berdepan dengan rakyat. Semasa pemerintahannya selama 22 tahun, berapa banyak dia berbohong dengan rakyat. Kalau berbohong dengan Tengku Razaligh, itu gampang. Bercerita tentang Anwar lagilah. Kita akan lihat betapa banyak serangan sebelah pihak dalam buku tersebut.

Huh, akau tak berminat untuk beli buku tersebut. Baik beli kitab tafsir Al- Quran lagi baik dan berpahala. RM100.00 yang merupakan harganya itu lebih berfaedah kalau dibuat beli pisang berangan banyak-banyak dan sedekah kepada murid-murid.

Friday, March 11, 2011

Berdiri untuk seorang pemimpin

Ketika Ketua Menteri berucap di atas pentas, tetamu VIP yang duduk di atas pentas bersamanya akan juga turut berdiri. Begitulah protokolnya. Demikian seroang menceritakan kepada saya.Perbuatan tersebut, rasanya seperti apa yang dilarang dalam sebuah hadis nabi SAW. Berdiri untuk seorang pemimpin adalah ditegah oleh nabi SAW.

Wednesday, March 09, 2011

Undi Pas masuk syurga.

Kalau pun benar TG Nik Abd Aziz mengatakan "undi Pas masuk syurga", ia samalah dengan seorang yang mengatakan "siapa buat baik masuk syurga". Janganlah pula difahamkan bahawa hanya dengan mengundi pas semata-mata boleh masuk syurga.  Sememangnya untuk masuk syurga, seseorang itu perlu berbuat baik. Namun, di samping berbuat baik, seseorang itu perlu meninggalkan kejahatan dan membetulkan keimanan tauhidnya untuk melayakkannya ke syurga.

Komen-komen mufti Perak yang menyalahkan TG Nik Abd Aziz mengaitkan persoalan undi dengan hukum memperlihatkan jangkitan virus sekularisme dalam dirinya. Jika berbuta sesuatu dalam hidup ini ada bezanya, sama ada baik atau jahat, maka masakan dalam kerja mengundi untuk meilih pemimpin boleh terkeluar daripada logik ini. Tentunya mengundi satu-satu parti dalam pilihanraya berkait dengan kebaikan dan kejahatan. Jika mengundi UMNO itu baik, mengundi PAS itu jahatlah. Sebaliknya, jika mengundi PAS itu baik, undi UMNO pula jahat.

Undi baik masuk syurga. Tapi tak cukup dengan undi sahaja. Kena buat lagi tuntutan yang lain. Samalah juga, tuidak cukup buat baik sahaja untuk ke syurga. Apa nak dipertikaikan dengan seseorang yang mengatakan " undi PAS masuk syurga". Kalau UMNO rasa partinya baik, dia juga boleh kata "undi UMNO masuk syurga". Semua amal kerja dalam dunia membawa kepada salah satu dua tempat sahaja. Sama ada ke syurga atau ke neraka.

Istidraj buat pelaku kezaliman

Buat pelaku kezaliman, Allah perpanjangkan keberadaan mereka di persada kezaliman. Sesetengahnya mankjubkan kita ruang masa yang mereka diberikannya. Ditambah pula wewenang yang mereka miliki selama tempoh itu tanpa digugat. Bahkah, sesetengah pelaku kezaliman itu seperti orang yang sentiasa dikasihi Tuhan kerana kurang atau sedikit himpitan hidup yang mereka rasai. Apa tidaknya? Sebegitu zalim Firaun, disebutkan dalam riwayat bahawa dia tidak pernah bersin kerana dia tidak sakit.

Namun, itu cuma istidraj Allah. Allah limpahkan mereka nikmat duniawi untuk mereka untuk melayakkan mereka dihumban dengan azab ukhrawi kelak. Kekadang, sebelum sampai akhirat Allah telah balasi mereka dengan kehinaan yang menghilangkan segalanya. Itulah pada penghujung kezalimannya. Seorang penguasa zalim berdekad, akhirnya jatuh tersungkur hina. Seorang yang megah dengan penguasaan dunia yang didirikan dengan bantuan kesyaitanan, menghadapi sakarat yang sukar.

Mereka, pelaku kezaliman itu cuna seperti kambing-kambing yang diberi makan rumput hijau oleh tuannya. Tuannya berika rumput hijau kepadannya bukan kerana sayangkannya. Dalam khayalan angan-angan sang kambing, dirasainya tuannya kasihkannya. Dia pun makan sepuas-puasnya sehinggalah dia menjadi gemuk montel. Saat itu tuannya pun mahu menyembelihnya. Di saat pisau semeblihan tuannya sudah di lehernya pun masih dia mengangankan dia disayangi tuannya.

Demikian halnya dengan mereka yang zalim itu!

Sunday, March 06, 2011

Keris itu pusaka hindu

Orang selalu melambangkan keris itu dengan Melayu. Sebenarnya keris bukan berakarkan Melayu. Jika kita lihat dalam masyarakat Jawa di Indonesia, mereka telah pun lama mengenal keris sebelum Melayu mengenalnya. Keris hebat Si Taming Sari  milik Tun Tuah sebagaimana diriwayatkan dalam hikayat itu pun asalnya adalah kepunyaan seorang pahlawan Jawa bernama Taming Sari. Keris Bukit Siguntang Mahameru yang menjadi pusaka nenek moyang sultan Melaka yang diserahkan kepada Tun Tuah untuk membunuh Hang Jebat itu pula asalnya dari Sumatera. Orang Melayu mana ada keris sebelum itu. 

Barangkali, senjata orang Melayu sebelum senjata keris masuk ke alam Melayu adalah bulu runcing dan parang kontot.

Hari ini, parti nasional Melayu terbesar di Malaysia menjadikan keris sebagai lambangnya. Pernah beberapa waktu dulu, seorang pemimpin pemuda parti Melayu itu menjulang keris sebagai lambang perjuangan bangsa Melayu.

Perlu diketahui bahawa di Indonesia, ada sebilah keris dipanggil Kyai Sengkelat yang dibuat oleh Mpu Supa Mandagri, murid kepada Sunan Ampel. Sunan Ampel dikatakan memberikan sebatang besi kepada muridnya itu untuk dibuat sebilah pedang, tetapi muridnya itu menyalahi arahan gurunya dan membuatnya keris. Sunan Ampel tidak menyukai keris kerana dianggap berakarkan budaya hindu lalu keris itu diserahkan sahaja kepada Brawijaya V, iaitu raja Majapahit yang terakhir.

Memang, dalam tradis melayu dulu kala, keris selalu berkaitan dengan pemujaan. Keris dijaga dengan mandi berlimau dan diasapkan dengan kemiyan. Tradisi syirik ini merupakan warisan daripada kepercayaan hindu yang lebih dahulu bertapak dalam masyarakat Melayu berbanding Islam.

Demonstrasi melanggar syariat?

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, Mansur At-Turki, kelmarin mengingatkan bahawa demonstrasi adalah diharamkan dalam kerajaan Arab Saudi dan ia juga diharamkan mengikut Syariat Islam. Untuk itu, pasukan keamanan diberi wewenang untuk melakukan semua langkah untuk menghalang cubaan-cubaan pihak yang melanggar peraturan larangan ini.

Apa yang dikatakan jurucakap Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi tersebut adalah cubaan untuk menahan kebangkitan rakyat yang sedang melanda rantau Arab dewasa ini. Di saat pemerintahan berada dalam keadaan terancam, mereka akan mencari dahan mana yang kukuh untuk berpaut. Tentunya dahan Islam itu tempat yang paling selamat. Dengan mengatakan demonstrasi itu haram dari segi agama, mereka berharap rakyat akan patuh dan mengurungkan niat mereka untuk bangkit berdemonstrasi melawan pemerintah.

Kerajaan Arab Saudi kaya raya. Tetapi kekayaan itu hanya berlegar di kalangan elit pemerintah. Rakyat terbanyak masih dalam kemiskinan. Anugerah Tuhan dalam bentuk hasil buminya dan kemuliaan dua tanah haram yang dikunjungi jutaan ummat Islam setiap tahun, disia-siakan. Bangsawan pemerintah hidup berfoya-foya dengan harta yang sepatutnya dipulangkan kepada rakyat. Pemerintahan seperti ini jauh lebih menyalahi syariat berbanding dengan demontrasi yang didakwa menyalahi syariat.

Usahlah bercakap tentang hukum syariat untuk memadamkan hasrat fitrah rakyat kalau pemerintahan sendiri melanggar syariat!

Seperti ayam betina, kokokan berderai-derai, tapi ekornya berlumuran najis.

Jenayah sudah di depan mata

Beberapa hari lepas, seorang pemandu teksi dilaporkan mati ditembak. Motif pembunuhan masih menjadi misteri. Sementara itu, sumber-sumber lokal menyebutkan juga bahawa seminggu yang lalu mayat seorang perempuan ditemui dalam longkang ditepi jalan berdepan Taman Grandview. Di sebuah sekolah, heboh gurunya bercerita mengenai 2 murid sekolah itu menjadi mangsa lewat seorang lelaki.

Di sana sini jenayah. Kini, jenayah sudah di depan mata.

Seorang sahabat mengeluh. Kerajaan, hanya kerana kepentingan undi, sanggup banjirkan bumi Sabah dengan PTI. Sebab itu, gejala sosial termasuk jenayah tidak terkawal.

Friday, March 04, 2011

TPM ke Tongod

Dengar khabar Tan Sri Muhyiddin Mat Yasin, TPM dan juga menteri pelajaran pergi ke Tongod, Telupid, Sabah pada hari kelmarin. Lawatan ke sana menyaksikan dia menganugerahkan kepada beberapa ribu penduduk di sana geran tanah berkelompok. Dia juga membuat pengumuman untuk melanjutkan perkhidmtan GSTT.

Tongod dari Sandakan bukannya dekat juga. Lebih 150 km rasanya. Tapi, dengar khabarnya beliau ke sana bukan naik kereta. Dia naik helikopter. Dia tak merasakan peritnya jalan dari Sandakan ke Tongod. Yang dia nampak adalah lautan ladang kelapa sawit. Lalu, ketika itu yang dia akan fikir adalah hasil mahsul Sabah yang boleh dikuras untuk mengkayakan orang-orang pelahap di Semenanjung. 

Cubalah naik kereta dan rasai jalan grable yang setiap hari dirasai rakyat. Barulah berhak mengaku pemimpin berjiwa rakyat.

Apalah nasib Sabah!

" Mereka jadikan Sabah hanya sebagai bumi untuk dikuras kekayaannya. Hasil mahsul minyak, hanyak dipulangkan sebanyak 5 peratus kepada negeri. Hasil kelapa sawit disalur keluar dari ladang dengan paip ke pelabuhan dan diangkut ke Semenanjung. Tiada satu pun kilang yang berskala besar dibina di Sabah. Anak-anak Sabah merantau ke Kuala Lumpur. Ramai berkumpul di Johor dan bekerja kilang di sana. Apa salahnya bina sebua kilang besar di Sabah agar anak Sabah tak perlu lagi mencari razeki sejauh itu. Anak Sabah ke Semenanjung bekerja kilang dengan gaji hanya RM1000.0 atau lebih sedikit. Sedangkan, anak Semenanjung datang ke Sabah sebagai guru, tentera, polis dan ketua-ketua jabatan dengan gaji beribu-ribu. Bagaimana pelabur mahu bina kilang besar di Sabah kalau sistem perhubungannya daif. Jalan masih "grable" di sana sini. Di Semenanjung mereka merancang sistem perhubungan mega. Zaman Dr. Mahathir, dirancang untuk buat jambatan bengkok menghubungkan Johor dengan Singapura. Kemudian, Dr. Mahathir juga merancang untuk membangunkan landasan keretapi laju utara selatan. Kosnya mencapai bilion ringgit. Kenapa tak boleh naik taraf jalan raya di Sabah. Kita tak minta landasan keretapi laju dari Sandakan ke Kota Kinabalu. Kalau boleh, buat jalan yang besar dari bandar Sandakan hingga ke Batu 32 sahaja. Sekarang jalannya hanya satu laluan sahaja. Hanya itulah satu-satunya jalan untuk ke Kota Kinabalu atau ke Tawau. Itu pun mereka tak mahu bina. Mana keadilan pembangunan untuk negeri Sabah?", seorang anak Sabah menghuraikan ketidakpuasan hati yang berbuku dalam sanubarinya selama ini.

" Mereka tidak berminat untuk bina kilang di Sabah kerana mereka hanya fikirkan perut mereka. Bina kilang di Sabah, datuk-datuk dan YB yang ada di sana manakan dapat apa-apa...sesebuah kilang yang dibina, datuk-datuk dan YB ini dapat limpahannya...kalau ke Sabah, mana mereka dapat...", dia membuat telahan.

"Bukan kerajaan persekutuan yang bermasalah. Yang bermasalah adalah pemimpin UMNO-BN yang menunggangi kerajaan persekutuan untuk kepentingan diri dan kelompok mereka", aku sendiri menambah.

Thursday, March 03, 2011

Renungan

Ketika mereka beramai-ramai mengerumuni lapangan terbang, menunggu kehadiran seorang pemimpin, apakah mereka mendapat salah satud ari dua perkara ini. Sama ada mereka mendapat pahala atau mereka mendapat pamrih dunia. Kalau mereka diberikan wang RM10.00 pun memadai. Atau...andainya nama mereka dicatat sebagai orang muqarrabin dengan pemimpin tersebut, berbaloilah bersesak menunggunya di lapangan terbang.Kalau pun tidak dapat pamrih duniawi, dapat ganjaran pahala. Tapi, apakah dapat ganjaran pahala menunggu seorang pemimpin yang hanya memperjuangkan bangsanya? Sebelum menjawab soalan ini, kita perlu jelaskan dahulu, apakah perjuangannya untuk bangsanya dikurniakan pahala oleh Allah SWT? Cuba fikir dan renungkan....

Wednesday, March 02, 2011

Demokrasi telah gagal: Moshe Yaloon

 Moshe Yaloon

Menteri Urusan Strategi kerajaan haram Israel berkata bahawa demokrasi adalah sistem yang gagal kerana ia telah melahirkan Hamas yang memenangi pilihan raya Palestin dan Hizbullah yang sedang mengembangkan pengaruhnya di Lubnan. Beliau berkata demikian dalam siaran rodio tentera yang dipancarkan pada pagi selasa kelmarin. Sambil menegaskan kegagalan sistem domokrasi, beliau mengingatkan kerajaan sementara Mesir yang dipertanggungjawabkan untuk menyerahkan kuasa kepada sivil melalui piliharaya akan berdepan dengan kebangkitan Ikhwanul Muslimin.Sementara, apa yang sedang berlaku di Libya pula merupakan manifestasi pancaran sifat semulajadi manusia yang inginkan hidup merdeka dan mulia.

Dakwann Moshe Yaloon bahawa demokrasi sistem yang gagal kerana ia merugikan Israel hendaklah menyedarkan kita bahawa ia menjadi senjata yang boleh memenangkan Islam. Negara Barat sendiri yang mencipta nama sistem itu dan merangka peraturannya serta menyebarkannya, kini berdepan dengan dilema. Demokrasi telah menjadi "backfire" terhadap kepentingan mereka dan sekutu-sekutu mereka. Anak manja negara penaja demookrasi dunia, Amerika Syarikat, iaitu Israel sendiri, kini sedang merenggek ketakutan terhadap apa yang akan lahir dari demokrasi.

Sebab itu, penentangan sesetengah pihak terhadap sistem demokrasi dengan beralasankan ia sistem yang diciptakan manusia kafir, maka ia adalah sistem kufur, patutlah dinilai dengan saksama. Dr. Yusuf Al-Qardhawi adalah antara ulama yang menyokong demokrasi dikembangkan dalam negara Islam terutama dari dimensi pemilihan pemimpin. Demokrasi adalah jauh lebih baik daripada sistem "istibdadiyyah" yang sehingga kini membelenggu kebanyakan  negara ummat Islam.

Kebangkitan rakyat Arab hari ini adalah sebahagian daripada tuntutan demokrasi yang sebenarnya ada dalam naluri manusia yang bermaruah dan merdeka.


Antara dua figure

Necmettin Erbakan meninggal pada usia 85 tahun. Dia meninggal setelah meninggalkan nama harum dalam perjuangan politik yang memberi inspirasi kepada gerakan Islam di Turki. Dianggarkan ratusan ribu orang menghadiri solat jenazahnya dan upacara pengkebumiannya. Di samping itu, ramai juga pemimpin dunia yang hadir sama. Dia mmenjadi ikon perjuangan Islam melawan sekularisme.

Umur wafatnya Necmettin Erbakan itu membawaku berfikir tentang umur bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir yang begitu disanjung oleh kerajaan. Kira-kira, sekitar itulah umur Dr. Mahathir sekarang ini. Dia masih hidup dan sihat. Biarpun telah melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri, beliau masih lagi dilantik sebagai penasihat Proton. Dia masih giat mengembangkan pengaruh parti yang pernah dipimpinnya dahulu. Ucapan-ucapannya pekat dengan semangat nasionalisme. Permusuhan politiknya dengan tokoh gerakan politik Islam di Malaysia masih berlanjutan. Ironinya, dia giat pula dalam program-program kemanusiaan untuk rakyat Palestin.

Rasanya, ketika Dr Mahathir meninggal nanti, apakah dia akan disanjung sepertimana orang menyanjung Necmettin Erbakan?Apakah ratusan ribu juga akan solat jenazahnya? Apakah akan ada laungan "Allahu akbar" untuk mengiringi kepergiannya?

Tuesday, March 01, 2011

Mempertuhankan Amerika dan Israil

Abdullah Saleh, presiden Republik Yaman menuduh Amerika Syarikat dan Israil sebagai dalang di sebalik kebangkitan rakyat di beberapa buah negara Arab menentang pemerintahnya. Demikianlah jalur berfikir pemimpin diktator yang kini sedang nazak nafas kekuasaannya. Ketika mereka berkuasa, mereka mendapat sokongan daripada Amerika Syarikat dan Israil. Saat kuasa mereka goyah, mereka katakan pula Amerika Syarikat dan Israil pula yang merancang semuanya.

Apa boleh buat. Mereka itu menganggap Amarika Syarikat dan Israil sebagai tuhan mereka. Tidak ada satu pun yeng terjadi dalam dunia ini melainkan kerana tangan-tangan Tuhan mereka itulah. Pemimpin yang sebeginikah mahu disimpan dalam negara umat Islam??

Abdullah Saleh perlu disingkirkan!

Guru politik

Necmettin Erbakan, seorang mahaguru politik Islam dari Turki telah berpulang menemui Rabnya. Di bumi yang sama juga telah lahirnya seorang guru politik sekular bernama Mustafa Kamal At-Tarturk. Presiden Turki sekarang, Abdullah Gul dan perdana menterinya Recep Tayyip Erdogan merupakan murid kepada Necmettin Erbakan. Di seluruh dunia, ramai yang mengkagumi Necmettin Erbakan. Mereka adalah ahli politik berhaluan Islam yang berjuang di negara masing-masing.

Malangnya, ada orang yang menjadikan gurunya adalah Mustafa Kamal At-Tarturk. Manusia yang dicela ummat kerana kerosakan yang dibuatnya terhadap negara Turki secara khusus dan dunia Islam secara umum, disanjung pula oleh murid politiknya. Murid politiknya ada di seluruh dunia sebagai mana ada pula murid politik insan bernama Necmettin Erbakan. 

Tentu kita tidak dapat melupakan kata-kata yang pernah diungkapkan oleh orang ternama yang dipanggil negarawan dalam negara kita bahawa Mustafa Kamal At-Tarturk memberikan sumbangan besar kepada Islam kerana pendekatan progresifnya. Kerana, itulah guru politiknya. Kini, ilmu politik Mustafa Kamal At-Tarturk itu dipanuti pula oleh penerusnya. Penerusnya itulah yang menjadi dedalu yang mendokong sekularisme dalam negara Ummat Islam.

Ketika fajar Islam telah berkuasa, kita akan menimbus semua nama yang berguru kepada Mustafa Kamal At-Tarturk. Kita akan kenang insan seperti Necmettin Erbakan dan murid politiknya yang telah menyumbang  untuk kebangkitan Islam. Dialah guru yang perlu kita pelajari ilmu politiknya.

Siapa Gaddafi itu?

Kata Gaddafi, dia bukan presiden. Dia juga bukan raja. Bagaimana negara-negara luar menyuruhnya berhenti. Berhenti daripada apa? Sambil ketawa, dia katakan bahawa rakyat Libya sangat sayangkannya dan sanggup mati demi mempertahankannya. Beliau menafikan ada demonstrasi rakyat menentangnya sebagaimana yang dilaporkan media.

Sungguh aneh perangai Gaddafi ini. Seluruh dunia sudah tahu rakyat Libya sedang bangkit menetangnya. Dia masih boleh menafikannya adanya kebangkitan itu. 

Sepertinya dia dalam mimpi lagi. Kalau dia bukan raja, bukan presiden, dia siapa? Apakah mungkin dia syaitan yang menjelma sebagai manusia?

Islam adalah perjuangan berantai

Pejuang nasonalis itu lahir dan berjuang tanpa hubungan yang kuat dengan pejuang seumpamanya pada zaman sebelumnya. Hayat perjuangannya singkat cuma. Ini kerana hayat sesuatu bangsa tidak lama. Ada satu bangsa yang pernah lahir di dunia, kini telah sirna dari muba bumi. Kita tidak kenal lagi bangsa yang bernama Add, Tsamud dan Madyan yang disebut nama mereka dalam Al-Quran. Bangsa-bangsa yang ada pada hari ini juga tidak ada jaminan akan terus kekal di bumi. Sebab itu perjuangan nasionalis tidak akan kekal lama. Ia bermula pada satu tempoh terdahulu yang dekat sahaja.

Lainnya halnya perjuangan Islam. Ia telah lama dan akan lestari selama ada dunia ini.

Sebab itu, ketika mana Dr. Mahathir bertentangan dengan TG Nik Abdul Aziz bertentangan mengenai perjuangan bangsa Melayu dan perjuangan Islam, aku melihat Dr. Mahathir cuma menggoncang sebatang pohon yang kukuh mengakar sejak berzaman. Sebelum TG. Nik  Abdul Aziz sudah ada pendahulu. Bukanlah Beliau perintis kepada perjuangan berasaskan Islam tersebut. Seumur Dr. Mahathir digunakan untuk menggugah jalan perjuangan berasaskan Islam, ia akan mati dengan kegagalan pada akhirnya.

Perjuangan Islam punya mata rantai yang kukuh. Ia laksana barang tembikar yang kekal di bumi. Sedangkan perjuangan nasionali umpama buih di permukaan air. Perjuangan Islam laksanan pohon yang akarnya menancap di bumi sedangkan dahan menggapai langit. Perjuangan Nasionalis pula hanya seumpama debu tanah yang kelak bakal dihamburkan oleh tiupan angin.