"Sieged Mentality" ditafsirkan dalam kamus sebagai:
a feeling that makes you frightened of people around you, and causes you not to trust them
Satu perasaan ketakutan terhadap orang sekeliling yang menyebabkan hilang percaya kepada mereka.
Contoh ayat:
Berada dalam pengasingan bertahun-tahun dalam masyarakat antarabangsa meneybabkan negeri itu tumbuh menjadi "siege mentality"
Jadi, bagaimana mahu terjemahkan Siege mentality ini?
Mentaliti dalam kurungan!
Pemikiran terkepung dan selalu negatif kepada orang. Anggap orang lain sebagai musuh dan tidka boleh dipercayai. Tidak berfikiran terbuka dan apapun yang orang lain buat untuk kita dilihat sebagai ancaman.
Inilah watak mentaliti dalam kurungan.
Tak baik untuk orang yang berkehendakkan kemajuan. Hidup tidka boleh dihantui ketakutan. Kita perlu posotif dan hadapi segala kemungkinan. Perlu ingat bahawa menang kalah itu rutin dalam hidup. Perlu relistik bahawa hidup dalam dunia bukan syurgawi dan bukan juga neraka. Hari-hari bersilih dan kisah orang tidak berjalan di atas garis mendatar.
Mentaliti ini melanda ramai pejuang Islam juga. Kerana bermentaliti dalam kurungan, keluar sikap menkafirkan lawan. Menghalalkan darah musuh dan melihat lawan sebagai cikal bakal neraka. Keadaan ini pernah melanda pemuda Ikhwanul Muslimin pada satu masa saat mereka ditindas kerajaan Mesir yang menggerogoti mereka.
Kaum Syiah dalam sejarah tinggal dalam "siege mentality" kurun demi kurun. Akibatnya mereka membina batu bata kukuh untuk melindungi mereka dalam kurungan bikinan sindiri. Mereka tunjangkan akidah mereka terhadap imamah dan menanam keyakinan bahawa akan munculnya Mahdi Muntazar yang memimpin mereka. Mahdi Muntazor yang bakal keluar dan menetepkan hukuman pada fasa Raj'ah.
Berapa banyak golongan sesat dalam dunia, mereka berada dalam "sieged mentality". Al-Arqam yang disesatkan oleh kepercayaan menimpangnya pernah ditanamkan keyakinan oleh "ummu Jama'ah" mereka bahawa Abu Ya tidak mati, sebaliknya hanya naik ke langit sebagaimana nabi Isa.
Sahabat Umar Al-Khattab, juga pernah dihasut oleh "sieged mentality" ketika mendakwa nabi tidak mati dan hanya pergi menemui Tuhannya sebagaimana Isa diangkat naik ke langit. Namun, berkat keluasan fikiran Abu Bakar dan realistiknya beliau, Umar Al-Khattab cepat disedarkan. Kemudian, para sahabat menjadi golongan yang hidup di luar kurungan dan mereka telah berjaya menakluk dunia.
Justeru, keluarlah dari kurungan dan berfikir di luar kotak! Langkahlah maju ke depan dan usah dibayangi kisah tragis masa lalu.
No comments:
Post a Comment