Larangan mufti Perlis ke atas calon-calon pilihanraya serta orang yang berkaitan dengan calon itu daripada menjadi imam di masjid seluruh Perlis hendaklah dilihat dari sudut yang positif. Sementelahan, larangan tersebut hanyalah berkuatkuasa sepanjang tempoh berkempen. Ini kerana dibimbangi kalau calon menjadi imam untuk solat jemaah, ia akan dijadikan sebagai bahan kempen pilihanraya. Agar semua pihak mendapat hak yang adil dalam peluang berkempen, maka wajarlah dilarang mana-mana calon daripada mengimamkan solat di masjid.
Ada pihak yang mempertikaikan hal ini. Seorang bakal pemimpin, kata pihak ini, hendaklah mampu menjadi imam dalam solat. Orang yang sebeginilah layak jadi pemimpin. Perlantikan Abu Bakar As-Siddiq sendiri sebagai khalifah Rasululah diisyaratkan dengan mengimamkan solat. Dari situ, para sahabat yang lain tahu keutamaan Abu Bakar dan kelayakan sebagai pemimpin sesudah Rasulullah SAW.
Lantas, mengapa mufti Perlis membuat larangan tersebut?
Menetapkan sesuatu peraturan tidak boleh hanya dilihat kepada nas. Hal ini telah pun dipraktiskan oleh generasi sahabat. Kita ambil satu misal. Pada zaman Umar sebagai khalifah, beliau telah membatalkan hak mendapat hartanah ghanimah bagi tentera-tentera. Perkara tersebut dibaantah oleh sesetengah sahabat. Namun Umar, selaku amirulmukminin bertegas dengan sikapnya. Belia melihat kemaslahatan yang lebih besar dan tanah-tanah wilayah yang dibuka oleh tentera muslimin dikembalikan kepada pemiliknya dan mereka dikenakan jizyah. Inilah cara yang dipakai Umar.
Dalam pentadbiran sesebuah negeri, kemasalahatan rakyat dilihat dengan pandangan yang lebih utama. Jika seorang calon tampil menjadi imam, bayangkan jika di belakangnya ada makmum yang berbeza fahaman politik dengannya. Jika yang jadi imam itu orang calun Pas, apakah makmum UMNO dan Pakatan Harapan dapat solat dengan hati yang lapang? Mungkin boleh mereka terima. Biasanya imam-imam banyak orang Pas. Tetapi lain halnya jika imam itu calon Amanah atau PKR. Apakah makmum-makmum PAS boleh solat dengan lapang dada?
Keadaan ini boleh mengundang fitnah. Rlok sahaja dielakkan. Kerana itu, kalau mahu jadi imam solat, datanglah kemudian. Pimpinlah jemaah setelah menang atau setelah kalah. Tidak ada siapa yang menghalang jika dia benar-benar layak. Bagi menerima arahan sang mufti ini, perlu menila dari aspek yang berbagai-bagai. Jangan hanya menilai dari lingkungan sendiri.
No comments:
Post a Comment