CARI BAHAN

Saturday, March 14, 2026

Wahai pendakwah...berpadalah!

 Kita diajar agar jangan taksub pada seseorang. Kalau nak taksub juga biarlah hanya kepada yang maksum. Tentunya manusia yang maksum itu hanya Nabi. Taksublah kepada nabi semahumu kerana ia membawa maksud taksub kepada Tuhan. Kepada Allah SWT. Para Nabi itu adaah itusan Allah dan mereka tidak bertindak dan berbicara melainkan menurut wahyu Allah SWT.

Aku telah menyaksikan ramai orang yang mulanya nampak baik, jernih dan ikhlas, kemudiannya pecah tembelang. Ternyata, apa yang dilihat sebelumnya tidak menggambarkan hakikat. Rupanya ada udang di sebalik batu. Telunjuk lurus kelingkin berkait. Para pendokong orang itu , jika taksub, payahlah nak nampak kepincangan yang berlaku. Jika tak taksub, dengan mudah boleh menarik dri dari mendokong dan memberi sokongan.

Dewasa ini kita perlu berhati-hati. Musim hujan bermunculan pelbagai macma kulat. Rumput dan lalang pun mencuat berlumpa ke atas. Semak dan samun segera menguasai ruang. 

Kebebasan dalam media sosial dan ditambah pula kelonggaran dalam penguatkuasaan berikutan reformasi sedikit sebanyak yang dilaksanakan pemerintah, menyebabkan bermuculan para pendekar yang menunjukkan pencaknya dalam agama, bangsa dan negara. Tidak ada lagi ISA yang menghantui. Akta Hasutan tidak cukup ampun mengekang. Justeru banyaklah yang lempar sembunyi tangan. Banyaklah yang merobos dan menyerbu hal-hal yang mengundang efek kakacauan dan mebakar api emosi termasuk antara kaum dan agama. 

Ini menarik para pentaksub dan menggenggam penumbuk ke udara menyatakan sokongan. Para penggalak semangat menyeringai atas keberhasilan menjadi pendekar massa. Selain zatnya berligat di medan, jemarinya juga lincah mengetuk. Dia mengumpan dan membakar emosi. 

Ingatlah...Nabi kita pesan. Falyaqul Khairan Au Liyasmut!

Katakan yang baik-baik atau diam sahaja. Orang diam itu lebih baik daripada berbuih mulut ceramah yang tidak berrrtapis.Kalau tak dapat mengawal diri, ambil kertas dan tulsi dalam buku sahaja. Bina manuskrip yang kelak jadi buku. Manuskrip akan disimpan dan mencapai kematangan berikutan masa beredar. Kalau nantinya manuskrip mengandungi isi yang salah, ia boleh diubah, dipadam dan dibetulkan. 

Tulis...cakap di media sosial....sekali muntah tak dapat ditarik balik!

Friday, March 13, 2026

Kafir mana yang jelas?

 Antara Rom dan Parsi, orang-orang yang beriman dari kalangan sahabat Nabi lebih merasa cenderung kepada Rom. Alasannya adalah kerana ada sedikit persamaan dalam iman. Orang Rom masih percaya Allah sebagai Tuhan walaupun mereka mensyirikkannya. Mereka masih mendakwa pengikut seorang nabi dan mempercaya kita Injil sebagai wahyu Allah SWT. Sementara orang Parsi, mereka telah jauh tergelincir. Agama mereka adalah Majusi yang menjadikan api sebagai sembahan. Walaupun mereka masih percaya kepada Tuhan yang agung diberi nama Ahura Mazda, tetapi kessatan mereka telah jauh. 

Allah menyatakan orang beriman bergembira pada hari di mana Rom memenangi peperangan semula dengan Parsi setelah dikalahkan sebelumnya. 

Inti dari kisah kegembiraan orang beriman dengan kemenangan Rom atas Parsi ialah sesiapa yang lebih dekat keimanan dengan kamu, kamu patut bergembira dengannya. Iran hari ini diperintah oleh kelompok Syiah yang masih mengakui sebagai muslim. Masih berkiblatkan Kaabah. Mereka mengakui kerasulan Nabi Muhammad. Mereka masih menuturkan dua syahadah walaupun ada tambahan. Mereka menjalankan ibadah teras yang diamalkan oleh ummat Islam secara umum seperti solat, puasa, zakat dan haji. Mereka juga beriman dengan hari akhirat dan mereka juga mengambil Al-Quran sebagai kitab suci walaupun ada dakwaan ada Quran lain yang mereka sedang tunggu kemunculannya.

Persamaan antara Syiah dengan kaum Muslimin Ahlu Sunnah banyak sekali.

Kekafiran mereka jadi perdebatan kalangan sarjana Islam. Ada beberapa sebab yang samar bagi sesetengah pihak  untuk dihukumkan kekafiran mereka.

Namun, kekafiran Yahudi Zionis dan Amarika Syarikat itu jelas sebegaimana jelasnya matahari di siang hari. Siapa yang tidak kafirkan Yahudi dan Amerika, maka boleh dikatakan dia turut kafir.

Namun, siapa yang tidak kafirkan Syiah, belum boleh dihukumkan keengganan itu sebagai kekafiran! 

Saturday, March 07, 2026

Amerika, Israil dan Iran-di mana anda?

 Ramai orang keliru dalam krisis di Timur Tengah. Amerika bersama Israil berganding bahu membantai Iran. Negara-negara lain tidak berani campur. Mungkin juga kerana mengambil langkah cermat. Memikirkan untung rugi buat wilayah sendiri. Sementara ummat Islam terperosok antara benci kepada Amerika dan Israil dan mendokong Irah yang punya sejarah hitam dengan dunia Islam Sunni. 

Para pembela Iran cuba merasionalisasi penglibatan Iran dalkam beberapa dekad terakhir berhubung krisis di Irak, Syaria dan Yaman. Mereka juga cuba mengharmonikan ketegangan aliran, antara Syiah dan Ahli Sunnah. 

Aku perlu sedikit masa untuk bertafakur sambil memerhati. Naluriku yang terdalam cenderung kepada Iran yang dilihat sedang dibuli. Padangan sebatas permukaan isu membuatkan aku ingin melihat Iran menang dan menjuarai peperangan. Sebagai muslim, alangkah jeleknya dan terkutuknya aku kalau mahu melihat Amerika dan Israil menjulang kebangaan mereka dan melaungkan kemenangan mereka.

Sensitiviti nuslim wajib ada. Masalahnya cerita tentang penyelewengan ajaran Syiah yang mendominasi Iran itu sangat jelas dan meluas. Dalam hadis akhior zaman, cerita tentang peristiwa Malhamah Al-Kubra, tatkala seornag tebntera bersekutu Rom melaungkan" Menanglah Salib!", maka, ia dibanteras olegh seorang muslim dengan membunuhnya dan mengatakan "Menanglah Islam!". Peristiwa itulah membawa kepada Malhamah Al-Kubra.

Iran Syiah. Amerika itu Aties. Nak kata mewakili Kristien, tidaklah. Israil itu pula Chauvinis Nasionalis. Bukan juga mewakili Judaisme. Kedua-kedua pihak ada masalah dengan fondasi agama masing-masing. Tapi, Iran adalah tanah orang Islam. Apapun dikata, Iran lebih dekat di hati kaum muslimin berbanding Amerika dan Israil.

Dalam situasi inimanakah satuy mudarat yang ringan? Bela Amerika dan pro Israil atau bela Iran? Siapa sanggup pro Israil? Wal Iyazubullah. Belum pernah dalam sejarah keimanan, muslim pro kepada Israil. Yahudi dan ISrail adalah musuh bebuyutan.

Aku agak terhenyak melihat ada kelompok salafi yang sangat anti Iran tapi mereka menafikan sokongan kepada Amerika dan Israil. Seolah-olah sekarang ini, pendirian bukan seharusnya hitam dan putih sahaja. Tidak sokong Iran bukan bermakna sokong Amerika dan Israil. Sikap begini payah untuk difahami, apa lagi dipraktiskan. Ini masa kritikal dan bukan masa untuk cerita konsep atau falsafah. Aku juga bimbang melihat hamasah melangit kepada Iran sehingga menimbulkan "syiqaq" di kalangan muslim sunni dari jalan sunninya.

Mari kita bersederhana. Kita sokong Iran macam kita sokong Korea Utara yang asyik dibuli Amerika. Kita sokong Venuzuela yang diinjak maruah dan kedaulatannya oleh Amerika. Kita sokong Denmark dalam perebutannya dengan Amerika terhadap Greensland. Kita boleh sokong negara kafir, mengapa kita tak mahu sokong Iran atas alasan Syiah? Oh...mungkin alasan kezaliman dan bantuan kerajaan Iran terhadap Bashar Asad , Houthi dan Hezbullah. Itu hal yang ghumudh. Saya selalu menyikapi bahawa pemerintah punya pembaris yang berbeza daripada yang bukan pemerintah.

Tiada hidup yang sempurna

 Ada sang ayah, di luar rumahnya dia memimpin dan ditaati oleh ramai orang. Katanya adalah kota. Dia disegani, dihormati dan diangungkan oleh para pengikutnya. Namun, lain pula hanya tatkala dalam rumah. Ddalam kalangan ahli rumahnya, isteri dan anak-anaknya dia tidak ada apa-apa. Dia laksana  singa tidak bertaring dan tidak punya cakar. Katanya dipandang sepi. Dia tidak dipatuhi, malah dibangkang. Isterinya maupun anaknya bukanlah seperti pengikutnya di luar yang sentiasa sami'na wa ato'na. 

Dialah lelaki bernama suami atau ayah yang sukar mentadbir rumahnya miski di luar sana dia pentadbir yang berjaya. 

Ironinya pula, ada pula lelaki yang hebat dalam mentadbir rumahnya. Di laur sana dia bukanlah sesiapa. Dia adalah seorang pengikut yang diarahkan itu dan ini. Dia bukan ada kuasa mengarahkan, malah dia yang diarahkan. Dia tidak dihormati, malah selalu diperlecehkan. Dia sabar menanggung semua itu dan sedar siapa dirinya. Namun, tatkala di rumah, dia ada isteri yang sangat patuh kepadanya. Taat dan mencari syurga dalam kebaktian buat sang suami. Anak-anaknya pula sentiasa akur dan tidak berani angkat kepala di depannya. Apa lagi mengangkat suara. Dia seorang suami dan ayah yang hebat.

Begitulah kehidupan ini. Di sana naik di sini turun. Di sana mulia di sini hina. Di sana gagah perkasa, di sini lemah longlai. Seorang insan tidak memiliki semua dimensi dalam hidupnya. Hidup seseorang sentiasa dibayangi kekurangan dan kelemahan.

Yang sempurna dan lengkap itu hanya Allah SWT.....