Ada orang selalu mengungkit tentang bidang pengajian semasa di universiti. Seorang mufti diungkit mengenai bidang pengajian yang tidka seharusnya melayakkannya di jerusi mufti. Mufti belajar bahasa masa di univesiti, mana layak jadi mufti. Kata mereka. Seorang ustaz mengaji di universiti tetapi tak sempat dapat ijazah, sedangkan ustaz itu telah terkenal menajdi penceramah dan pendakwah. Seorang Perdana Menteri yang sudah menjangkau usia 70 tahun dan ada sejarah pengajian Bahasa Melayu masa umur 21 tahun, selalui diungkit aliran pengajiannya yang dikatakan layak jadi seorang penyair atau ahli bahasa.Tidak layak jadi pemimpin.
Inilah cara berfikir sesetengah orang. Apa yang dia belajar, itulah bidang yang seharusnya dia bekerja. kalau belajar agama, kena jadi ustaz! Kalau belajar medic, jadi doktor. kalau belajar bahasa jadilah semacam ahli bahasa.
Aliran masa lalu tidak seharusnya mengikat kita. Kita sendiri yang akan memilih untuk mencorak hidup kita. Inilah lambang kehidupan seorang manusia yang Allah ciptakan dengan akal. Dalam dunia ini, ada berbilion manusia dengan perbezaan yang pasti.
Maka berfikir bahawa seorang yang melalui satu aliran pengajian hendaklah bekerja dan bertindak mengikut aliran itu adalah satu pemikiran tempang yang tidak berpijak pada realiti. Ia didorong oleh hasad, apathy dan kalah dalam persaingan.
Kebijakan seseorang tidak ditentukan dengan sekeping kertas ijazah yang diaperolehi pada usia muda. Berapa ramai yang cemerlang masa di universiti, meniti hidupnya dia tiada apa-apa. Tidak menjadi berkesan dalam masayarakat. Tidak berbakti dan tidak menyumbang. Tenggelam dna ghuyub dalam hidupnya sendiri bersama keluarga dan kehidupannya. Ada orang masa di univeriti tidak dikenali, selepas terjun ke dunia massa dia menjadi terkenal dan dikenali.
Apa nak heran?
Para profesor yang bijak-bijak di universiti itu bukanb bijak semuanya. Bukan bermakna mereka layak jadi pemimpin. Bila nabi kalau tanda akhir zaman adalah melantik pemimpin juhala bukan maksudnya pemimpin yang mengaji tak lulus. Tak ada ijazah dan sebagainya. Kalau dilantik profesor pun jadi pemimpin, kalau dia tak reti tadbir negara, dia juhala. kalau dilantik ulama jaid pemimpin, tapi dia naif dalam politik, pentadbiran dan cara menguruskan negara, dia tetap juhala. Jangan faham juhala itu dari sudut bahasanya sahaja. Fahamilah dari sudut intinya!
No comments:
Post a Comment