CARI BAHAN

Sunday, July 15, 2018

Bersyukurlah.

Manusia memang bersikap begitu. Sikap diberi betis mahu paha, kata pepatah Melayu. Nabi SAW pun sebutkan bahawa seorang manusia, jika Allah kurniakan kepadanya satu gunung emas, dia akan berharap gunung emas kedua. Jika dapat gunung emas kedua, dia akan berharap pula ketiga. Dia tidak akan kenal erti puas dan kenyang. Yang mampu mengenyangkannya hanya tanah yang disumbatkan dalam mulutnya. Maksudnya matilah. Bila mati, masuk kubur, ketika itu mulut dimasukki tanah.

Sepatutnya kita bersyukur atas nikmat Allah. Walaupun sedikit, jika bersyukur, Allah akan tambahkan nikmat itu. Tidak bersyukur itu adalah sifat kufur. Orang kufur, Allah akan tarik nikmatnya.

Jika ditoleh masa-masa susah, sudah tentu kita akan bersyukur. Tetapi, angan-angan berlebihan buat manusia lupa. Manusia lupa bahawa pada satu masa dulu hidupnya lebih susah daripada sekarang. Ketika diberi ruang bernafas, apa yang dituntut adalah ruang menggelepar dan menggeliat. Nanti, kalau sudah dapat ruang menggeliat, akan ada tuntutan ruang untuk menari.

 


No comments: