Dalam perbualan sepanjang perjalanan bersama Sdr. Haris dan Masrur pulang daripada Ijtimak Tarbawi di Kundasang, topik cinta dan kasih sayang menjadi perbahasan kami. Aku mengemukakan pandanganku tentang cinta dan kasih sayang.
"Cinta itu runtunan hawa sedangkan kasih sayang itu bimbingan iman...", aku mengemukakan falsafahku.
Cinta Laila dan Qais dalam kisah Laila Majunun bukan sebuah kisah cinta suci. Selamanya, cinta itu adalah pancaran hawa dan hanyan merosakkan.
Seorang lelaki yang mencintai seornag wanita ia akan terperangkap dalam salah satu dua lubang. Dia mungkin jatuh ke lubang dayus atau mungkin juga ke lubang zalim. Berapa ramai lelaki yang mencintai perempuan, dia tidak mampu menegakkan syariat dalam kehidupan perempuan itu. Maka jadilah lelaki itru dayus. Mungkin juga dia keterlaluan dalam mengongkong wanita itu sehinga dia menjadi zalim.
Namun, seorang lelaki yang kasih dan sayang kepada seorang wanita, khususnya isteri, akan membawa kepada sikapnya yang menegakkan syariat buat isterinya. Jika isterinya tidka menutup aurat, dia nasihatkan. Dia akan bimbing isterinya menuju jalan syurga dan menjauhi jalan neraka. Itulah baru kasih dan sayang.
Buangkan sahaja cinta dan binalah kasih sayang. Konotasi cinta itu negatif tetapi konotasi kasih sayang itu positif.
Pada hari yang lain, akan saya panjangkan ulasan mengenai cinta dan kasih sayang ini supaya pembaca akan jelas apa yang saya maksudkan. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment