Ulama bukan pada jawatannya
Mulia
manusia kerana iman dan ilmu. Iman itu datang dari ilmu. Masakan si
jahil punya iman. Maka setiap orang beriman itu punya ilmu. Dan tidak
dinamakan berilmu jika tidak beriman. Kerana ilmu itu sejenis cahaya.
Juka tidak memberi cahaya sehingga menerbitkan buah iman, maka yang
disangka ilmu itu hanyalah sekadar pengetahuan atau maklumat. Sebab itu,
hanya yang berilmu akan memanjat tangga keulamaan. Mereka yang tidak
memiliki ilmu tetapi memiliki pengetahuan dan maklumat tidak digelar
ulama. Kerana...yang namanya ulama itu mesti pewaris nabi.
Jika
seorang ulama itu tidak mewarisi nabi, bukanlah dia seorang ulama.
Orang panggil dia ulama, tetapi di sisi Allah dia bukan ulama. Dia tidak
angkat darjat oleh Allah SWT sebagaimana janjiNya buat ulama. Panggilan
ulama utu hanya sekadar lughawi dan tidak memiliki maknawi.
Ketika mendengar khabar bahawa Syeikh Al-Azhar, Dr. Ahmad Tayyib
bersekutu dengan pasukan Ahzab untuk menumbangkan Dr. Mursi, mengertilah
hendaknya semua yang menyaksikan bahawa Syeikh Al-Azhar itu hanya nama
sebuah jawatan. Ia tidak punya hubungan maknawi dengan keulamaan. Hanya
adat yang difahami orang, penjawat itu seorang ulama.
Ulama
itu bukan pada lughawinya, tetapi dari segi maknawinya. Ia menyangkut
makna pewaris kenabian dan pengangkatan darjat di sisi Allah SWT. Jika
diletakkan Al-Baradei di posisi itu, dia pun disebut orang sebagai
ulama. Ditambah pula jika dililit selengkar serban yang membalut tarbus
merah dan memakai pula sejenis jubah mahal berkain keras warna hitam
atau kelabu.
Seorang ulama tidak akan pernah jatuh oleh putaran
masa. Namun, penjawat akan dihantui masa pencennya. Kelak, ketika
jawatan hilang, tahulah orang bahawa dia bukan ulama. Hanya jawatannya
itu yang mengaburi mata dan menimbulkan sangka bahawa dia ulama.
Jika Bal'am sanggup menentang Musa, apa ditakjubkan sirah Syeikhul Azhar. Wallahu waliyyut taifiq wailahil Ma aab!
No comments:
Post a Comment