CARI BAHAN

Tuesday, July 30, 2013

Berikan tamparan buat orang yang puasa tak solat.

Usai solat Zohor kelmarin, mengimamkan sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Taman Fajar, aku mengambil kesempatan untuk menyampaikan sedikit tazkirah ringkas buat mereka. Aku menekankan tentang pentingnya menjaga solat lima waktu. Aku tegaskan buat mereka, bahawa sesiapa yang meninggalkan solat lima waktu, mereka telah runtuhkan agama mereka. Mereka tiada habuan dari Islam sedikit pun. Malah mereka bukan sebahagian dari Islam.

Sudah lama kita berbasa basi dengan orang yang mengabaikan solat. Kita bahaskan khilaf pandangan dan menonjolkan pandangan yang mengatakan bahawa meninggalkan solat sementara masih mengakui kefardhuannya, hanyalah jatuh dosa besar. Orang yang puasa tapi tidak solat, kita masih puji dengan mengatakan " baguslah puasa walaupun tak solat....". Kononnya nak jaga puasa mereka agar mereka terus mengamalkan puasa. 

Apa kata kalau kita beralih kepada kaedah konfrontasi. Kita katakan, kalau kamu tidka mahu solat, tak payahlah kamu puasa. Apakah dengan tempelakan yang sebegini kita akan menyebabkan bertambahnya orang yang tidak puasa? Atau mungkin juga ia akan menyebabkan orang akan kembali mendirikan solat. 

Tegakkan syariat dalam nasihat. Janganlah guna melankolik otak fikir sendiri yang berbunga-bunga senda loka. Kekadang, hasilnya tetap nil juga. yang puasa tapi tak solat makin  naik toncang. Malah kekadang, merasa diri soleh "banget" hanya dengan puasanya miskipun tak solat. 

Tampar sahaja perasaan syok sendiri orang sedemikain, agar dia terjaga dari lena panjangnya!

No comments: