Aku pergi bercuti di Kota Kinabalu sejak hari Rabu lepas. baru Semalam aku sampai kembali di Sandakan. Ramai benar orang bercuti di Kota Kinabalu kali ini, sampai untuk dapat penginapan hotel pun susah. Terpaksalah aku menncari ke luar hingga ke Putatan. Baru kutemui hotel di sana. Tiga hari aku di Kota Kinabalu, tidak juga menarik untuk dicatatkan. Hanya sempat juga aku ke Kota Belud mencari pembuat parang atau golok. Dapatlah sebilah parang sembelihan buatan Pak Cik Lan. Harganya RM150.00 Tempat pula daripadanya pisau sembelihan sebanyak empat bilah, yang katanya akan dihantarkan melalui kawannya yang sering bertandang ke Sandakan. Harga setiap satu adalah R||M60.00
Hidup bukannya lama. entah esok lusa kematian menjemput kita. Sebaik-baik manusia adalah yang sentiasa ingat kematiannnya dan membuat persediaannya bagi menghadapi hari paling bersejarah dalam hidupnya itu. Sedang aku dalam perjalanan pulang ke Sandakan dan sudah berada di jalan melepasi Tamparuli, seorang sahabat dari Sandakan menalifon. Dia mengkhabarkan bahawa Tn. Hj. Ayong Hasan, bekas pengerusi masjid Al-Fajr sudah meninggal dunia. Aku cukup mengenalinya kerana pernah dilantik olehnya untuk memegang ketua biro dakwah surah Al-Fajr hinggalah meningkat tarafnya menjadi masjid.
Aku sampai di Sandakan menjelang jam 10 malam. Sempat juga aku menziarahinya untuk ke sekian kalinya. Esok dikhabarnya jenazahnya akan disolatkan di masjid al-Fajr, jam 10 pagi.
Semoga Allah mencucurkan rahmat dan kemapunanNya ke atas isan bernama Hj. Ayong Hasan. Sekarang, perjalanannya telah sampai ke penghujung dan kita entah bila lagi.
No comments:
Post a Comment