Musa Hasan, bekas ketua polis Negara menyifatkan rasuah sebagai punca kenapa orang Cina tidak mengundi Barisan Nasional dalam PRU 13 baru-baru ini. Orang Cina, terutamanya golongan muda sangat menolak amalan rasuah yang sudah mendarah dahing dalam pentadbiran kerajaan yang diketuai oleh UMNO sebagai parti dominan. Ia bukan kerana sifat ani Melayu atau sebagainya. Menurutnya, rasa hormat golongan muda Cina kepada orang Melayu juga tehakis gara-gara amalan rasuah yang membarah dalam UMNO sebagai parti kebangsaan Melayu.
Sebenarnya, bukan sahaja Cina yang hilang hormat kepada Melayu yang rasuah. Lembu dan babi pun tidak hormat kepada Melayu yang rasuah. Lebih daripada itu, syaitan pun tak ada rasa hormat, apa lagi takut kepada Melayu yang rasuah. Biarlah Melayu berkeris sesakti Tameng Sari, dengan rasuah Melayu hanya layak mengasapnya utuk menikam udara dan fuh kiri fuh kanan.
Aku Melayu pun meluat dengan Melayu perasuah. Membuang semangat kebangsaan yang melulu, aku lebih rela bertuankan Cina yang amanah dari Melayu perasuah.
No comments:
Post a Comment