CARI BAHAN

Sunday, June 23, 2013

JANGAN MENCIPTA BAHIIRAH, SAAIBAH, WASIILAH DAN HAAM****.

Mencipta satu bid'ah lalu disandarkan kepada agama Allah adalah dicela sebagaimana Allah mencela kepercayaan Bahiirah, Saaibah, Wasiilah dan Haam.

Mengatakan sesuatu amalan, zikir, maupun wirid punya fadhilat tertentu padahal ia tidak difadhilatkan oleh Allah maupun Rasulnya, itulah meniru apa yang telah dibuat si kafir Amru bin Luhai.

Allah berfirman:

مَا جَعَلَ اللّهُ مِن بَحِيرَةٍ وَلاَ سَآئِبَةٍ وَلاَ وَصِيلَةٍ وَلاَ حَامٍ وَلَـكِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ يَفْتَرُونَ عَلَى اللّهِ الْكَذِبَ وَأَكْثَرُهُمْ لاَ يَعْقِلُونَ
Allah sekali-kali tidak pernah mensyari'atkan adanya bahiirah, saaibah, washiilah dan haam. Akan tetapi orang-orang kafir membuat-buat kedustaan terhadap Allah, dan kebanyakan mereka tidak mengerti.

(Surah Al-Maidah: Ayat 103)

عن أبي هريرة، قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول لأكثم بن الجون: يا أكثم، رأيت عمرو بن لحي بن قمعة بن خندف يجر قصبه في النار، فما رأيت رجلا أشبه برجل منك به ولا به منك! فقال أكثم: أخشى أن يضرني شبهه يا رسول الله. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا، إنك مؤمن وهو كافر، إنه أول من غير دين إسماعيل؛ وبحر البحيرة، وسيب السائبة، وحمى الحامي.
 
Daripada Abu Hurairah R.A beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Aku dengar Rasulullah SAW telah bersabda kepada Aksam bin Al-Jun: Wahai Aksam, aku telah melihat Amru bin Luhai bin Qam’ah bin Khandaf sedang menarik juntaian ususnya dalam neraka. Aku belum pernah melihat seorang lelaki menyerupa lelaki lain melainkan kamu dan dia. Lalu Aksam pun menyatakan kebimbangannya: Aku takut kalau keserupaan itu akan membahayakan aku. Rasulullah berkata kepadanya: Kamu tidak akan dibahayakan kerananya. Kamu seeeorang mukmin sedangkan dia seorang kafir.Sesungguhnya dialah orang pertama yang merombak agama yang diajar Nabi Ismail. Dialah pencetus Bahiirah, Saaibah dan Haam.

(Saheh Muslim)

****:
1. Bahiirah: ialah unta betina yang Telah beranak lima kali dan anak kelima itu jantan, lalu unta betina itu dibelah telinganya, dilepaskan, tidak boleh ditunggangi lagi dan tidak boleh diambil air susunya.

2. Saaibah: ialah unta betina yang dibiarkan pergi kemana saja lantaran sesuatu nazar. seperti, jika seorang Arab Jahiliyah akan melakukan sesuatu atau perjalanan yang berat, Maka ia biasa bernazar akan menjadikan untanya saaibah bila maksud atau perjalanannya berhasil dengan selamat.

3. Washiilah: seekor domba betina melahirkan anak kembar yang terdiri dari jantan dan betina, Maka yang jantan Ini disebut washiilah, tidak disembelih dan diserahkan kepada berhala.

4. Haam: unta jantan yang tidak boleh diganggu gugat lagi, Karena Telah dapat membuntingkan unta betina sepuluh kali.

Tuesday, June 18, 2013

Hina bangsa kerana rasuah

Musa Hasan, bekas ketua polis Negara menyifatkan rasuah sebagai punca kenapa orang Cina tidak mengundi Barisan Nasional dalam PRU 13 baru-baru ini. Orang Cina, terutamanya golongan muda sangat menolak amalan rasuah yang sudah mendarah dahing dalam pentadbiran kerajaan yang diketuai oleh UMNO sebagai parti dominan. Ia bukan kerana sifat ani Melayu atau sebagainya. Menurutnya, rasa hormat golongan muda Cina kepada orang Melayu juga tehakis gara-gara amalan  rasuah yang membarah dalam UMNO  sebagai parti kebangsaan Melayu.

Sebenarnya, bukan sahaja Cina yang hilang hormat kepada Melayu yang rasuah. Lembu dan babi pun tidak hormat kepada Melayu yang rasuah. Lebih daripada itu, syaitan pun tak ada rasa hormat, apa lagi takut kepada Melayu yang rasuah. Biarlah Melayu berkeris sesakti Tameng Sari, dengan rasuah Melayu hanya layak mengasapnya utuk menikam udara dan fuh kiri fuh kanan.

Aku Melayu pun meluat dengan Melayu perasuah. Membuang semangat kebangsaan yang melulu, aku lebih rela bertuankan Cina yang amanah dari Melayu perasuah.

Monday, June 17, 2013

HIZBULLAT DAN NASRULLAT

Bukan Hizbullah tapi Hizbullat
Bukan Nasrullah tapi Nasrullat
menyebar mimpi buat ummat
lagak tampil sang penyelamat
menentang Zionus yang dilaknat
namun bermain siasat khianat
telunjuk lurus kelingkin berlipat.

Dengan Yahudi bermain acah
kejar sembunyi sang bocah

dengan Sunni menumpah darah
taghut Bashar mereka sembah
nama Husain dilagu burdah
namun Aishah dicemar maruah
sahabat bertiga habis disumpah.

Kilauan sinar bukan rembulan
tersungkur pesona pengkagum Nasrullat
rupanya dia hanya seorang penjilat
sedarlah seluruh ummat
afrit disangka malaikat.

Tiada kebangganan pada tanah Parsi
jika masih mewarisi sesat majusi
Ahlul Iraq kembali beraksi
Hussain dikhianat berpura tangisi
di mana juga Rafidhah berdiri
lebih aman di bawah Romawi
sebelum Islam  Islam tegak lestari.

Mereka gemar mengalirkan darah
tidak dapat Sunni untuk dikekah
diri sendiri ditabuh berdarah.
10 Muharam menipu sejarah.

Jika bangsaku menjadi Syiah
jika sahabatku memilih Rafidhah
hiruplah selaut darah
bunuhlah Ahlus Sunnah
seperti yang mereka lakukah di bumi Kinanah.

Jeritkan sahaja cerca makimu
dalam bahasa para pendahulumu
usah menampil wajah berseri
di balik pekat hitam kalbu
taqiah sudah tidak laku.

Kini bukan masa bersilat kata
angkara Hizbullat dan Nasrullat
serta durjana tanah sekangkang dajal terlaknat
sudah membusuk bau khianat
masihkah perlu mencari muafakat
mendendang lagu menyeru akhawat

Setelah terpampang depan mata
tiada persaudaraan dalam agama
antara pemuja lata
tak akan bersaduara pemuja Allah Tuhan semesta.

Sunday, June 16, 2013

Kekalahan itu rahmat buat muslimin

Kemenangan untuk Islam terpaksa menempah jalan berliku. Tahun-tahunnya panjang dan cabaran bermacam-macam. Namun, bila  kemenangan itu telah berjaya digapai, masa berbulan madu dengan kemenangan itu hanya beberapa masa yang boleh dibilang degupannya. Lihat sahaja tempo pemerintahan tamaddun Romawi dan Parsi. Dua kerajaan besar dalam sejara itu menikmati musim bunga yang lama berabad. Sedangkan Islam hanya menikmati tempoh masa yang sebentar sahaja. Walau sudah memerintah lebih seribu tahun, ia masih dikira sedikit berbanding tempoh yang dinikmati oleh tamaddun kafir itu. 

Mengapa jadi begitu?

Dalam usrah, kau menyebutkan bahawa itulah kasih sayang Allah buat para Mujahidin agamanya. Agar  hidup penuh dengan perjuangan dan dengan itu dapat diganjari pahala, maka Allah jadikan turun naik kemenangan Islam. Jika Islam sentiasa menang, semangat juang ummatnya mengalami tempoh "dormant" dan itu merugikan untuk meraih pahala akhirat. Sebesar-besar pahala buat insan muslim adalah pahala menanggung letih dan penat berjuang demi agama Allah SWT.

Maka, marilah kita sabar dengan kekalahan dan kita cemas dengan kemenagan.

Friday, June 14, 2013

Berimamkan ustaz yang dikafirkan.



"Apakah hukumnya seorang yang telah menghukumkan kafir seseorang, lalu pada satu ketika dia solat dibelakang  orang yang dikafirkan itu sebagai makmum? Sahkah solat orang tu?", sebuah soalan dilontarkan dalam Daurah beberapa hari yang lepas.  Soalan tidak menyebutkan siapa yang terlibat, tetapi aku cukup mengerti terhadap isu mana yang dikisarkan soalan itu

Terdahulu, beberapa bulan yang lepas, aku dikhabarkan mengenai tuduhan kafir yang diceluparkan oleh seorang  terhadap para ustaz yang menyokong pembangkang. Saking marahnya  terhadap pembangkang, maka dengan amarah yang membara, dikatakannya para ustaz yang menyokong pembangkang adalah kafir. Itulah tuduhan kemuncak di atas tuduhan-tuduhan lain seperti sesat, khawarij, bughat dan sebagainya. 

Lantas, tiba-tiba orang itu boleh solat di belakang ustaz yang dikatakan kafir itu. Apakah hukumnya solatnya? Demikian soalan yang dilontarkan dalam Daurah. 

Aku menjelaskan hadis nabi yang melarang tuduhan kafir dan nifaq dilemparkan secara semberono. Andai orang yang dituduh kafir atau munafiq itu tidak sebagaimana yang dituduhkan, maka sifat kafir dan munafiq itu akan kembali kepada si penuduh. Tuduhan tersebut hanya boleh dijatuhkan dan tidak berputar balik seandainya yang dituduh itu jelas kekafiran dan kemunafikannya. Malah, dalam hadis nabi SAW juga disebutkan bahawa tidak mengkafirkan orang kafir akan menyebabkan orang yang berkenaan itu menjadi kafir. 

Rasulullah SAW telah bersabda:

 
إذا قال الرجل لأخيه: يا كافر، فقد باء بها أحدهما
" Apabila seseorang berkata kepada saudara seislamnya: Wahai kafir, maka tuduhan itu akan terpalit kepada salah seorang daripada keduanya".
(Hadis Muttafaq Alaih)

Mengenai individu yang mengkafirkan para ustaz yang menyokong pembangkang tersebut, aku katakan sukar untuk difahami kesudiannya menjadi makmum di belakang ustaz yang dikafirkan. Barangkali, itulah bahananya jika kail hanya sejengkal , pergi memancing di tengah laut yang dalam.  Selain memperlihatkan kebodohan diri, hasilnya pun tiada.

Monday, June 10, 2013

Kehidupan pelbagai warna.

Telah aku katakan. Dunia bukan diciptakan Allah SWT swbagai syurga. Dunia diciptakan dengan keragamannya yang saling bertentangan. Ada tangis dan ada ketawa. Suka dan duka bercampur dan saling melepaskan enaunya. Justeru, tidak perlu dikeluh kesahkan dengan dunia yang varieti keragamannya ini.

Sekejap, kita dengar ada orang hina Yang Dipertuan Agong. Maka tindakan pun disusulkan. Ada pihak menuntut agar Akta Derhaka Raja diperkenalkan. Namun, ada yang menyifatkannya sebagai tindakan kembali ke zaman "Tok Nadok". Tiba-tiba pula ada orang tulis dalam media sosial menghina Junjungan Besar Rasulullah SAW. Bangkitlah sekali lagi amarah pencinta nabi yang entahkah cinta nabi betul-betul atau hanya mainan kata sahaja.

Lepas ini, entah apa lgi. Itulah dunia. Tidak akan pernah aman selagi dalam dunia. Dunia dengan keragamannya telah pun disuratkan. 

Itulah keindahan hidup sebagai manusia di bumi. Allah yang menciptakan corak kehidupan pelbagai warna ini.

Friday, June 07, 2013

Anwariyyun...ada aku kesah?

Selepas pilihanraya ini, suara-suara kalangan ahl Pas mengenai kewujudn golongan Anwariyyun dalam Pas kembali bersiponggang. Nampaknya, semacam ada kebecian tradisi terhadap Anwar di kalangan ahli Pas yang semacam ini. Walaupun kepimpinan utama parti telah bermuafakat untuk menegakkan tahalluf siyasi dalam perjuangan melawan hagemoni UMNO dan memilih parti PKR dn DAP sebagai rakan, masih ada kucar kacir yang tidak rela mengharmonikan. Meletakkan Anwar sebagai target akan menjadikan usaha tahalluf siasi berantakan.

Seperti orang-orang yang selalu membantai taqlid mazhab, pada akhirnya mereka mahu orang lain bertaqlid kepadanya. Bila orang bertaqlid kepadanya, itu dikatakannya sebagai kebebasan feqah.

Maka, orang ini marah kalau ada Anwariyyun. Kelak, jika ada kelompok yang taasub kepadanya, senyumannya akan melebar sehingga ke telinga. Apa nak disibukkan dengan Anwariyyun? Seorang pemimpin jika ada karisma, akan ada pengikut ta;subnya. Sudah zaman-berzaman sejarah menunjukkannya. Bukan satu yang perlu dihairankan. Ia adalah fitrah manusia.

Sunday, June 02, 2013

HJ. AYONG HASAN

Aku pergi bercuti di Kota Kinabalu sejak hari Rabu lepas. baru Semalam aku sampai kembali di Sandakan. Ramai benar orang bercuti di Kota Kinabalu kali ini, sampai untuk dapat penginapan hotel pun susah. Terpaksalah aku menncari ke luar hingga ke Putatan. Baru kutemui hotel di sana. Tiga hari aku di Kota Kinabalu, tidak juga menarik untuk dicatatkan. Hanya sempat juga aku ke Kota Belud mencari pembuat parang atau golok. Dapatlah sebilah parang sembelihan buatan Pak Cik Lan. Harganya RM150.00 Tempat pula daripadanya pisau sembelihan sebanyak empat bilah, yang katanya akan dihantarkan melalui kawannya yang sering bertandang ke Sandakan. Harga setiap satu adalah R||M60.00

Hidup bukannya lama. entah esok lusa kematian menjemput kita. Sebaik-baik manusia adalah yang sentiasa ingat kematiannnya dan membuat persediaannya bagi menghadapi hari paling bersejarah dalam hidupnya itu. Sedang aku dalam perjalanan pulang ke Sandakan dan sudah berada di jalan melepasi Tamparuli, seorang sahabat dari Sandakan menalifon. Dia mengkhabarkan  bahawa Tn. Hj. Ayong Hasan, bekas pengerusi masjid Al-Fajr sudah meninggal dunia. Aku cukup mengenalinya kerana pernah dilantik olehnya untuk memegang ketua biro dakwah surah Al-Fajr hinggalah meningkat tarafnya menjadi masjid.

Aku sampai di Sandakan menjelang jam 10 malam. Sempat juga aku menziarahinya untuk ke sekian kalinya. Esok dikhabarnya jenazahnya akan disolatkan di masjid al-Fajr, jam 10 pagi. 

Semoga Allah mencucurkan rahmat dan kemapunanNya ke atas isan bernama Hj. Ayong Hasan.  Sekarang, perjalanannya telah sampai ke penghujung dan kita entah bila lagi.