Malaysiakini melaporkan bahawa Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang di George Town menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab apabila ada pihak tertentu membakarnya. Tidak dapat dipastikan siapa yang punya angkara. Namun,tentunya dari pihak yang sangat marah kepada DAP. Tidak sukar untuk menduga siapa pihak tersebut. Selama ini, yang amat marah kepada DAP ini adalah kalangan UMNO yang hilang kedudukan di Pulau Pinang. Sebahagian mereka berlindung di balik Pertubuhan Ultra Melayu yang dikatakan sebagai NGO iaitu Perkasa. Siapa pun yang melakukannya, ia adalah lambang "haprak" upaya untukmenarik sokongan.
Dalam sebuah negara yang menerima dan mengamalkan demokrasi, perbuatan ganas seperti itu tidak akan menguntungkan. Menggunakan tenaga dan keberanian fizikal tidak akan menakluk jiwa manusia,yang mana merupakan prasyarat penting untuk menang dalam sebuah negara demokrasi.
Atas tujuan apa "culprit" tersebut melakukannya? Kalau dia kuat, orang lain pun kuat. Cuma bezanya orang lain tidak menggunakan kekuatannya. Dia yang tunjukkan kekuatan itu pula pada hakikatnya lemah akal.
No comments:
Post a Comment