Tiba-tiba timbul isu kini, Mat Sabu dituduh pengkhianat kerana menganggap polis yang mati terbunuh dalam peristiwa di Bukit Kepung kerana diserang pengganas itu bukanlah mati sebagai pejuang. Kata laporan berita yang dipetik dari Utusan Malaysia, Mat Sabu menganggap Mat Indera yang bersekongkol dengan komuni menyerang balai polis Bukit Kepong itu adalah perwira nusa kerana membantu dalam serangan meruntuhkan penguasaan British di Bukit Kepong. Mat Indera dihukum gantung oleh British sebagai pengkhianat. Mat Sabu mengaitkan Tok Janggut yang diistiharkan sebagai penderhaka oleh Sultan Kelantan untuk mengizinkan hukuman gantung oleh British ke atasnya dijalankan tanpa bantahan orang Melayu. Selanjutnya, tegas Mat Sabu, Dato' On dan Tengku Abd Ramhan bukanlah pejuang kemerdekaan kerana mereka ada pegawai suruhan British. Mereka bekerja dengan kerajaan British dan akhirnya Beritish telah berikan kemerdekaan negara untuk orang suruhannya.
Aku tidak punya masalah untuk mempercayai hujah-hujah yang dikemukakan oleh Mat Sabu itu. Bahawa kita dibohongi oleh catatan sejarah pasca merdeka, adalah satu kemungkinan yang sangat nyata.
Zaman pristiwa Bukit Kepung, komunis berjuang menentang penjajah. Anggota keselamatan yang bertugas di mana-mana kawasan seluruh negara dewasa itu adalah antek-antek penjajah. Mereka dilatih dan dibayar gaji oleh penjajah. Apakah fakta ini dapat dinafikan oleh sesiapa pengkaji sejarah pada hari ini?
Namun, filem yang dibikin dengan arahan Dato' Jims Samsudin itu menggambarkan bahawa polis yang mati terbunuh itu adalah perwira. Filem itu tidak menggambarkan pula dalam kerajaan manakan polis itu bertugas. Siapakah majikan kepada polis-polis itu selain sarjan yang ditugaskan di balai itu. Dunia dikecilkan hanya dalam ruang lingkup balai polis dan kalau pun keluar hanya sekitar kampung. Bagaimana keadaan negara dewasa itu?
Kita banyak disumbat dengan cerita sejarah tolol. Filem Leftenen Adnan, menggambarkan beliau sebagai pahlawan bangsa. Kalau dia pahlawan bangsa., kenapa dia tidak menentang penjajah Inggeris. Kenapa hanya melawan Jepun? Kalaun dia mati terbunuh dek serangan Jepun, apa yang dia pertahankan? Dia mempertahankan sebuah kawasan dan secara tak langsung sebuah negara yang dijajah oleh majikannya, Brotish. Apakah ada sesiapa yang boleh menegaskan bahawa Leftenan Adnan bukanlah askar bikinan penjajah Inggeris?
Maka, kalau hendak mengutip tokoh pejuang tanah air buat renungan rakyat, jangan pilih tokoh-tokoh yang berasosiasi dengan penjajah. Banyak lagi contoh tokoh yang perjuang sebagai rakyat merdeka yang menentang Inggeris, kenapa mereka tidak dipilih?
Kerana kewujudan negara kita hari ini masih merupakan kelangsungan penjajahan Inggeris. Kita belum mendapat kemerdekaan sejati!
No comments:
Post a Comment