Perkasa melalui presidennya Ibrahim Ali mengungut akan melakukan "sesuatu" jika kerajaan gagal bertindak mengenai 3 perkara iaitu; video seks yang didakwa melibatkan DS Anwar Ibrahim, himpunan Bersih 2.0 dan apa yang didakwa sebagai konspirasi DAP untuk mengkristiankan orang Islam. Tidaklah pula dinyatakan apakah "sesuatu" itu. Namun, berdasarkan rekod pencapaian perkasa, tidak menggerunkan sekiranya Perkasa mengungut untuk bakar dan huru hara satu Malaysia sekalipun. Sejauh ini, Perkasa hanya mampu bersorak dan menjerit. Sebuah pertubuhan setahun jagung dan dipimpin pula oleh tokoh yang tersingkir, ia tidak meraih sokongan melainkan segelintir yang bosan duduk berehat.
Orang Melayu kata keadaan yang sedang dialami perkasa itu sebagai "perasan". Merasakan diri pertubuhan yang berada di front hadapan sebagai pembela bangsa, mereka merasakan sokongan Melayu adalah "crowded" kepadanya. Dengan angkuh dan sombong pula, pemimpinnya mengatakan "boleh belah" siapa yang mengatakan beliau akan kalah dalam PRU 13 nanti.
Sebenarnya, Perkasa itu tidak ubah macam babi sakit. Babi, bila sakit ia akan mengamuk. Tapi, bila babi mengamuk. ia akan meluru lurus sahaja. Bila begitu, ia akan menghentam pokok dan kayu mati. Kalau kayu mati yang dah reput memanglah kayu yang hancur. Bagaimana kalau yang dihentamnya akar banir? Tapi, rupanya walaupun dia kelihatan seperti babi sakit, rupanya dia tidaklah sakit. Saat-saat tertentu pandai juga ia membezakan antara akar banir dan tunggul reput.
No comments:
Post a Comment