CARI BAHAN

Thursday, June 30, 2011

Si bacul

Mereka memang orang-orang yang kalut. Orang yang berfikiran cuma sejengkal.  Ketandusan modal dan hujah. Kalau masih dapat diingat, sewaktu debat tentang penurunan harga minyak petrol antara Anwar Ibrahim dan Sabreen Chik tidak lama dulu, hujah-hujah Sabree Chik banyak berkisar tentang serangan peribadi terhadap Anwar Ibrahim. Dia gagal mengulas isu minyak dengan baik, tetapi lebih kepada menyerang Anwar Ibrahim. 

Dalam banyak episod penghujahan, para pemimpin kerajaan memang suka kepada serangan peribadi, miskipun mereka selalu menyeru agar jangan buat serangan peribadi dalam kempen pilihanraya. 


Dalam memperkatakan himpunan Bersih 2.0, kita lihat bagaimana mereka serang Datuk Ambiga seorang, padahal Bersih 2.0 bukan miliknya seorang. Terdapat pelbagai NGO yang berhimpun di bawah gabungan tersebut. Hanya jenis sang bacul yang menyerang seorang dalam kelompok yang ramai. 


Seperti serigala, hanya berani dengan kambing yang tersisih dari kelompoknya. Tabiat menyerang seorang dan mengabaikan yang lain adalah tabiat mereka yang tidak ada telur.

Wednesday, June 29, 2011

Mimpi jagat persilatan

Utusan Malaysia yang disiarkan pada 27 Jun 2011, secara jelas Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia mengeluarkan kenyataan yang agak keras dan keterlaluan. Memetik daripada laporan berita tersebut ;

Beliau menasihatkan Ambiga supaya membatalkan segera hasrat menganjurkan perhimpunan itu kerana khuatir tidak akan dapat mengawal emosi anak-anak didiknya jika mereka bertembung pada perhimpunan itu nanti.

Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh beri jaminan bahawa kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut.

Wah! hebat juga silat Melayu. Mungkin murid-murid silat mahaguru itu akan bersilat di tengah khalayak perhimpunan Bersih 2.0 nanti. Agaknya macam manalah gaya mereka bersilat dalam kerumunan manusia yang ramai itu?

Pengamal silat seperti itu masih karam dalam mimpi silam zaman hulubalang Hang Tuah. Mungkin pada anggapannya silat menjadi benteng pertahanan ampuh sebuah negara. Hiduplah kamu dengan mimpi-mimpi indah itu...

Tuesday, June 28, 2011

Siapa paling ramai ansar

Awal bulan depan ada larian 1 Malaysia melibatkan semua murid sekolah.  Sempena dengan larian tersebut, kempen 1 murid  1 Sukan dilancarkan. Kemudian, 9 hb berikutnya akan ada pula larian di Kuala Lumpur. Larian mengelakkan diri dari semburan "water cannon" oleh demontrator Bersih 2.0.  Pada hari yang sama juga, Patriot akan membuat kacau dan memanaskan keadaan. 

Kerajaan dan pembangkang berlumba untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat dalam mengumpulkan khalayak. Ketika PJ Pas Selongor ditanya mengenai seruannya untuk 50 ribu ahli Pas di Selangor menyertai Bersih 2.0, apakah kenderaan disediakan, beliau mengatakan ahli Pas tahu bagaimana hendak pergi ke Ibu Kota.  Sudah tentu Patriot memerlukan berpuluh-puluh bas untuk menghimpunkan anggotanya.

Terdahulu, kerajaan menganjurkan himpunan 1 Juta Belia di Puterajaya. Himpunan yang merupakan acara Kementerian Belia dan Sukan itu akhirnya jadi medan kepimpinan Najib untuk menunjukkan solidaritinya di kalangan rakyat. Malah, temanya pula iala "Pertahankan Puterajaya". Kata TPM, himpunan tersebut tidak memerlukan kerajaan belanjakan wang yang banyak. Mungkin tak sampai sejuta.  Namunm pastinya ia lebih banyak kos daripada himpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan.

Masing-masing berlumba untuk menunjukkan siapa yang hebat di mata rakyat kini. Bagus!

Monday, June 27, 2011

Hanya manusia

Tidakkah mereka tahu bahawa mereka hanyalah manusia biasa yang kerdil juga.Siapapun mereka dinamakan orang, mereka hanya bergerak mengikut jadual yang telah disusun oleh Yang Maha Kuasa. Perdana Menteri hanya sebuah nama yang diadakan orang. Ia bukan hebat sangat. Tidak ada orang selamanya  jadi Perdana Menteri.

Sunday, June 26, 2011

Wanita tidak bertudung masuk masjid.

Seorang rakan memaklumkan bahawa kelmarin ada beberapa ramaj lelaki dan perempuan mengadakan study group dalam surau. Mulanya mereka verada di luar surau, tetapi kemudian berpindah ke dalam surah kerana tidak selesa di luar. Apa yang menjadi persoalan yang rakan pencerita itu timbulkan ialah remaja perempuan itu tidak bertudung. Dia mencadangkan satu tindakan hendaklah diambil untuk mengelakkan kejadian sebegitu berulang. Sepontan, seorang rakan yang lain mengatakan hal tersebut tentu sekali mencemarkan kesucian masjid.

Aku menyampuk dengan mempersoalkan apakah ada dalil yang melarang seseorang lelaki atau perempuan masuk ke masjid dengan terbuka aurat. Apakah lelaki yang berseluar pendek atau perempuan tidak bertudung dilarang masuk ke masjid berdasarkan mana-majna dalil. Atau, apakah ia hanya menurut pertimbangan akal kita? 

Kita hidup dalam masyarakat yang selama bertahun-tahun membeza kehidupan di dalam masjid dengan luar masjid. Dalam masjid kita diajar menajdi tawadduk, menjauhi dosa dan berzikir kepada Allah SW. Apabila sudah keluar dari masjid, kita tanggalkan semua pakaian takwa itu.

Sebenarnya, perintah bagi wanita memakai jilbab bukan hanya dalam masjid. Tidak ada beza pula antara dalam masjid dengan luar masjid. Justeru, kenapa pula harus kita bezakan antara keduanya. Membezakan kehidupan dalam mesjid dengan luar masjid, masjid untuk agama dan luar untuk dunia, adalah salah satu daripada najis sekularisme yang terpalit kepada pemikiran kita.

Saturday, June 25, 2011

Kotor jiwa dan politik.

Mahathir kata Besih 2.0 itu kotor. Beliau mengomentari seruan TG Hj. Hadi agar ahli Pas menyertai Bersih 2.0 dan menyifatkannya sebagai petanda kekotoran jiwa TG. HJ. Hadi. Dengar cakap Mahathir, rasa seperti dialah guru tariqat yang telah mencapai makam mutma'innah yang telah mentazkiah semua mazmumah dalam jiwa. Sungguh hebat kata-kata seorang yang telah mengotori tangannya dengan pelbagai kepincangan selama 22 tahun pemerintahan.

Ada yang mendakwa Bersih 2.0 sebagai mempunyai agenda politik. Ia bukan harapan rakyat dari lubuk hati nurani mereka yang tuna politik. Memang harapan kerajaan UMNO-BN agar semua rakyat tuna politik. Biar sahaja mereka bermain politik. Semua NGO hendaklah sentuh soal kebajikan rakyat dan pembelaan terhadapnya. Jangan sentuh soal politik.

Apalah ertinya hidup dalam sebuah negera yang punya undang-undang dan sempadannya kalau tak mempedulikan soal politik?


Demontrasi menjatuhkan kerajaan ahli sunnah??

Ada orang menyalahkan demonstrasi rakyat Iran yang telah mengakibatkan jatuhnya kerajaan Shah yang memerintah negara itu dan menaikkan kerajaan "wilayatuh faqih" oleh para ayatullah syiah. Seolah-olah rakyat Iran telah berdosa kerana menumbangkan kerajaan yang bukan Syiah dan mengangkat Syiah berkerajaan. Barangkali, menurut hemat orang ini, pemerintahan Shah itu lebih baik daripada Syiah. Ya, maklumlah, yang bukan Syiah itu, ahli sunnahlah menurut tanggapan mereka. Alangkah dangkalnya cara berfikir seperti itu.

Kerana itu juga, pemberontakan rakyat Tunisia dan Mesir dipersalahkan kerana menumbangkan kerajaan yang sah dari ahli sunnah. Ben Ali dan Mubarak dianggap kerajaan ahli sunnah sekalipun pemerintahan mereka dipandu ketamahan dan penindasan terhadap para pejuang Islam!

Otak yang seperti apakah orang ini ada sehingga bodoh sekali dalam ilmu politik dan siasah!

Thursday, June 23, 2011

Hanya kata-kata tin kosong

Ada SMS yang ditulis dan dihantar 601119732179 mengungut Ambiga dan para pemimpin Pakatan Rakat. SMS tersebut selain celupar dan tidak menggambarkan budi pekerti mulia sebagai Melayu,  jauh sekali sebagai seorang muslim, ia juga berbaur perasaan yang dibakar kemarahan. Orang yang sedang marah memang suka mengeluarkan kata-kata yang tidak diukur pada kemampuan sendiri. SMS itu dilaporkan dalam Malaysiakini sebagai berikut:

"Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia.

“puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua.

“kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti."


Memang begitulah orang yang mengeluarkan kata-kata tidak mengikut pertimbangan akal. Mampukah dia nak bunuh penganjur Bersih 2.0 sebagaimana ugutannya? 

Aku teringat pengalamanku semasa negara heboh dengan pemecatan DS Anwar Ibrahim lebh sepuluh tahun yang lalu. Satu hari, aku bertandang ke rumah DS Anwar Ibrahim di Bukit Damansara bersama-sama simpatisan lain yang ramai. Dalam ramai-ramai itu,aku melihat ada seorang anak muda yang kacak dan smartcara dia berpakaian. Dia berbual-bual dengan DS Wan Azizah dan beberapa yang lain. DS Anwar ketika itu tidak ada.Mungkin dalam rumah.   Tidak sukar untuk aku berada dalam lingkungan mereka pada masa itu. Aku dengar anak muda itu berkata dengan kata-kata seperti bersumpah:

"Jika terjadi apa-apa kepada DS Anwar, saya akan banjirkan KL dengan darah...", 

Aku terkejut juga. Kepada seorang yang agak berumur di kalangan mereka, aku bertanya;

"Siapa orang muda itu?"

" Dialah cicit kepada Panglima Saleh Selempang Merah...dia memiliki peguruan panglima Saleh", katanya.

Wah,hebat! Aku tahu juga sejarah panglima Saleh yang berasal dari Muar yang mengajar komunis dengan kehebatan ilmu "ya Zaljalali Wal Ikram".

Tetapi, kata-kata penuh hamasah bukan apa-apa. Ketika Anwar ditangkap dan dibelasah dalam penjara sehingga matanya lebam, tiada pula banjir darah di KL. Memang kacau KL waktu itu,tapi aku tidak fikir itu kerja cicit dan murid-murid perguruan Panglima Saleh Selempang Merah. Ia adalah kerja rakyat jelata yang tidak berpuas hati dan penyokong Anwar Ibrahim dari latarbelakang yang pelbagai.

Lagi pula, KL tidak pun berbanjir darah. Ia hanya bersimbah dengan air " water cannon" dan gas pemedih mata yang ditembakkan oleh Polis Simpanan Persekutuan (FRU).

Kalau nak bercakap, pakai otak. Jangan biarkan diri bercakap atas dorongan semangat yang tidak bermata hati.

Melayu bukan seperti dulu lagi.

Tahun 1969 orang Melayu masih bodoh. Orang Melayu belum terbuka kepada dunia antarabangsa yang pelbagai bangsa, kebudayaan dan agama. Kalau pun orang Melayu tahu hakikat itu, orang Melayu tidak menjiwainya dan tidak hidup di dalamnnya. Sekurang-kurang oleh majoriti Melayu masa itu. Sebab itu, Melayu waktu itu mudah sensetif apabila dimainkan isu bangsa. Maka berlakulah apa yang sejarah tanah Melayu catatkan dalam pasca merdekanya.

Pada hari ini keadaannya berbeza. Semangat Melayu bukan lagi seperti tahun tersebut. Sebab itu, ada pemimpin Melayu yang apabila membakar semangat Melayu atas dasar kebangsaannya, hasilnya tidak seberapa lagi. Api semangat Melayu tidak lagi menyala-nyala seperto tahun 60-an itu.

Ibrahim Ali mungkin masih tinggal dalam nostalgia masa lalu apabila dia menduga bahawa dia memimpin hasrat jutaan orang Melayu. Aku berani katakan, dengan paluan tin kosongnya dengan nafas Melayunya, ramai Melayu yang muak dan mual. Aku salah seroang daripadanya. Kalau dari segi Melayu, aku lebih Melayu daripada Tun Dr. Mahathir. Dalam tubuhku tidak mengalir darah mamak. Sejak keturunan demi keturunan, aku tahu bahawa nenek moyangku berasal dari negeri Kedah dan kami menghuni kawasan pedalaman. Namun, bukan orang asli Senoi, Jakun atau sebagainya. Dengan kemelayuan sejatiku, aku tidak tersentak dengan seruan Ibrahim Ali.

Melayu hari ini sudah berubah. Sudah berilmu. Melayu bukan lagi haprak. Yang hapraknya hanyalah sebahagian pemimpin Melayu yang sebenarnya bukan Melayu pun dari segi biologinya.

Wednesday, June 22, 2011

Pemimpin masa lalu.

Mutakhir ini, kita mendengar pelbagai ugutan dilontarkan kepada rakyat oleh para pemimpin dan penguasa. Bila ura-ura perhimpunan Bersih 2.0 berkumandang, pelbagai pihak memberi respons. Para pemimpin kerajaan mengulas dengan mencemuh hasrat pihak yang ingin mengadakan perhimpunan tersebut. Ulasan itu kemudian disimpulkan dengan amaran agar rakyat tidak menyertainya. Pihak polis pun begitu. Pelbagai NGO dikatakan bergabung suara membantah dan membuat laporan polis.

Sebuah negara demokrasi yang kononnya terbaik, melarang rakyatnya berhimpun. Sebelum perhimpunan itu berlaku, ia dituduh akan mencetuskan huru hara. Rakyat disuruh duduk aman dan redha sahaja apa yang dibuat kerajaan ke atas mereka. 

Nampaknya negara dipimpin oleh para pemimpin tahun 70-an  dan mereka memimpin rakyat tahun 2011.  Bolehkah?


Interlok dicetak lagi

Kerajaan kata novel interlok akan dicetak semula. Apa maknanya ini? Tidak lain, tersirat di sebaliknya satu lagi pembaziran. Aku kira,jutaan lagi wang rakyat akan dikorbankan.Sedang menunggu ternganga kelaparan syarikat-syarikat yang menangguk dari kebodohan para penguasa itu. Nampaknya keadaan semakin buruk di bawah pentadbiran para penguasa dunggu ini.


Kalau dicetak semula,ke mana hendakdibuangkan cetakan lama?Dibakar? Cetakan semula itu pula hanya mengedit beberapa perkataan yang disifatkan sensitif. Bagaimana kalau cetakan berikutnya ini tidak diterima juga akhirnya, malah dikritik oleh kalangan masyarakat India? Sudah tentu berlaku lagi pembaziran wang rakyat.
Setiap hari mereka menguras harta rakyat. Dalam masa yang sama, rakyat diminta membayar melaui kenaikan cukai.

Tuesday, June 21, 2011

Jangan gembira memanggil kafir itu kafir.

Banyak hal yang membolehkan seseroang itu disebut sebagai kafir. Dalam Hadis, nabi tegaskan seorang yang meninggalkan solat dengan sengaja adalah kafir. Seorang yang suka membazir adalah kafir melalui mantik perbandingan yang Allah buat dengan syaitan yang kafir. Seorang yang tidak bersyukur itu kafir. Banyak lagi hal-hal yang didasarkan kepada nas Al-Quran dan Hadis, menjadikan seseorang itu dicop sebagai kafir.

Hari ini, seorang Melayu asobiyyah dengan wewenang yang melampau melemparkan tuduhan kafir kepada orang lain yang bukan sebangsa. Lebih-lebih lagi yang tidak seagama. Lihat sahaja bagaimana Melayu yang bernaung di bawah Perkasa dan UMNO, dalam menghadapi kebangkitan Bersih 2.0 yang diketuai oleh Ambiga, persoalan kakafiran Ambiga ditimbulkan sebilangan anngota. Memang Ambiga itu bukan berakidah Islam tatapi seorang yang berakidah Islam tetapi tidak menjulang isi kandungannya pun kafir juga. 

Hanya lahir bernama Muhammad bukan jawapan keIslamannnya. Mengakui orang Islam dengan penuh bangga juga bukan kata kunci.  Apa guna kelahiran dan pengakuan itu kalau di sebelah pihak yang lain menentang Islam. Islam menyuruh kita berlaku adil, tetapi keadilan itu ditentang. Mereka yang tidak suka kepada tuntutan Bersih 2.0 itu sungguh menghairankan keislaman mereka.

Islam jenis apa yang mereka dendangkan. Islam yang ditunggangi untuk kepentingan perut? Kepentingan kemaluan?

Jika demikian, Islam itu telah terlepas dan ia lebih kafir dari mereka yang kafir.

Ingatlah amaran Allah, mereka yang disebutkan sebagai munafiq adalah golongan yang berada di bawah daripada orang kafir dibakar dalam api neraka!

Monday, June 20, 2011

Gua Ashabul Kahfi dan kejuruteraan bangunan

Allah SWT menggambarkan gua tempat ditidurkan Ashabul Kahfi selama 309 tahun itu sebagai  sebuah tempat yang matahari terbit dan tenggelam berda di kanan dan kirinya. Dengan kata lain, mulut gua tersebut tidak menghadap ke arah matahari terbit atau tenggelam yang mana jika begitu akan menjadikan gua tersebut memerangkap haba dan tidak selesa untuk dihuni. Ternyata gua tersebut memiliki ciri istimewa sehingga Allah memerintahkan Ashabul Kahfi berlindung di sana dan ditidurkan mereka dalamnya aman selama 309 tahun.

Dalam Daurah Quran malam ini., isu tersebut dibahaskan ketika tafsiran ayat 17 surah Al-Kahfi diperkatakan. Firman Allah SWT yang maksudnya:

Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan bila matahari terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua itu. itu adalah sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Allah. barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, Maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, Maka kamu tidak akan mendapatkan seorang pemimpinpun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.
 En Samit yang mengulas isu ini menyatakan bahawa sudah terdapat perincian yang dibuat oleh para pengkaji mengenain rumah yang menepati kediaman yang mengambil kira kesan rumah hijau. Antara lain ialah rumah tersebut tidak menghadap matahari terbit atau tenggelam yang mana akan menjurus ke arah pemerangkapan haba yang menimbulkan kesan rumah hijau. Sudah tentu perincian ini menepati gambaran yang ditampilkan Allah SWT dalam surah Al-Kahfi mengenai magnitud dan longitud gua tersebut.

Sunday, June 19, 2011

Hipotesis: Melayu apa yang sokong UMNO-BN?

Aku mempercayai satu hipotesis. 

Hanya Melayu yang miskin dan tidak berpelajaran yang menyokong UMNO-BN. 

Melayu terpelajar dan Melayu yang telah bebas daripada garis kemiskinan tidak akan menyokong UMNO-BN lagi. Sebab itu, kita dapat saksikan bagaimana hipotesis yang dibuktikan benar melalui keputusan-keputusan pilihanraya di saluran-saluran peti undi. Kawasan kampung dan kalangan masyarakat rendah pelajaranlah yang banyak memberi undi kepada UMNO-BN. Untuk lebih meyakinkan, lihat sahaja bagaimana 12 parlimen di ibu kota Kuala Lumpur, 11 daripadanya dimenagi oleh PR.


Justeru, Melayu yang terpelajar tidak ada lagi dalam UMNO. Dalam Perkasa juga tiada melayu yang terpelajar. Kalau ikut istilah yang dipopularkan oleh Dr. Mahathir, mereka adalah Melayu haprak.


Atas keyakinan bahawa proses urbanisasi dan kadar celik huruh Melayu sentiasa bertambah, maka dapatlah diandaikan bahawa hayat UMNO-BN tidak akan tamat pada genarasi yang sekarang ini berada pada usia belia.

Ibrahim Ali Melayu Bakal Pupus

Ibrahim Ali sebenarnya memalukan bangsa Melayu. Ia mewakili Melayu ortodok, Melayu asobiyyah, Melayu haprak, Melayu goblok, Melayu Badigul dan Melayu zero IQ yang hanya merugikan reputasi sebagai bangsa bertamadun. Di depan bangsa lain, bangsa Melayu yang Ibrahim Ali cuba tampilkan adalah bangsa yang lemah dan mengingau. Melayu yang Ibrahim Ali cuba bawa adalah melayu yang berbangga dengan keris di zaman senjata api membunuh jutaan mangsa.

Ibrahim Ali marah sangat kepada Datuk Ambiga yang ditaklifkan mengetuai perhimpunan Bersih 2.0.  Dari kemarahan kepada agenda Bersih 2.0, pertubuhannya mengungkit hingga kepada persoalan bangsa. Dengan semberono pula, Ibrahim Ali membaurkan ugutan kepada rakyat bukan Melayu agar jangan menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Tidak tahulah berapa ramai sangat yang menyokongnya. Kalau dengar halalintar bicaranya, seperti semua bangsa Melayu, dialah pemimpin idola. Tapi, kalau benar dia disanjung orang Melayu, sudah lama dia menjadi presiden mana-mana parti orang Melayu. Malah, sudah tentu dia akan menang sebagai calon dalam pilihanraya tanpa sokongan parti manapun.

Setahu aku, belum  pernah aku jumpa ahli Perkasa di kampungku. Di mana-mana aku pergi. tak pernah aku temui orang yang mengakui sebagai ahli Perkasa. Tapi, cara media war-warkan bila Perkasa buat perhimpunan, seperti himpunan 30 ribu pemuda yang pernah Pemuda Pas buatkan di Kedah tahun lalu. Seolah-olah Perkasa merupakan NGO Melayu nombor wahid.

Kalau Ibrahim Ali datang sini, aku tidak mahu pandang mukanya. Aku Melayu tapi bukan sepertinya. Aku Melayu yang menghargai kepelbagaian bangsa yang Allah ciptakan dan tidak mendabik dada mengatakan bangsaku paling utama. Aku tidak rasa hebat jadi Melayu dan jika aku jadi Cina pun redhalah aku. Aku tidak kesal juga. Namun, biarlah aku jadi muslim selamanya. 

Jutaan wang rakyat kecil di mata mereka

Kenduri kawin di rumah bapa mentuaku baru-baru ini menalan belanja sekitar belasan ribu juga. Jumlah tersebut sudah paling dijimatkan secukupnya. Namun, disebabkan kenalan bapa mentuaku ramai, sementelahan pula daripada kalangan pemimpin Pas pelbagai peringkat, maka penyediaan makanan memerlukan stok yang meyakinkan. Sewaktu isteriku mengatakan ada ura-ura dari sanak saudara yang lain untuk membuat tempahan meja makan berhidang bagi pengantin, aku membantah dan mengatakan ia adalah satu pembaziran. Malah, tegasku, ia adalah haram dari segi syarak kerana ia merupakan persandingan tak rasmi. Apa lagi yang harus kita namakan kalau kedua mempelai di suruh makan di meja yang berhias cantik dan ditonton oleh khalayak ramai. Walimatul urus yang seharusnya dicari keberkatan, akhirnya mengundang kemurkaan Allah SWT.

Aku tidak menyetujui membuat meja makan berhidang dan ditonton oleh ramai tetamu yang datang. Ia bukan jalan hidup orang yang beragama dan soleh. Sekalipun ramai orang melakukan, ia tidak membuktikan bahawa perkara tersebut baik dan disunatkan dalam agama. Dengan meniadakan persiapan makan berhidang itu, beberapa kos dapat dijimatkan.

Kalaupun belanja untuk itu dikeluarkan, ia cuma pembaziran daripada harta sendiri. Paling tidak harta anak-anak. Tiada harta rakyat yang dicuri untuk itu. Itupun tetap haram di sisi syarak kerana Allah tidak sukakan pembaziran. Allah juga tidak mesyariatkan persandingan dalam bentuk apapun, kecuali di depan kaum kerabat dalam ruang yang terbatas.



Beberapa hari terakhir ini, rakyat didedahkan tentang pertunangan anak Perdana Menteri dengan seorang warganegara Kazakhstan. Perdana Menteri dikritik kerana pergi ke negara Kazakhstan atas urusan rasmi tetapi mengambil kesempatan menguruskan pertunangan anaknya. Sudah tentu kepergiannya bersama isteri ke negara tersebut ditanggung oleh negara dari wang rakyat. Kemudian majlis pertunangan diadakan di Sri Perdana, Puterajaya. Kos makanan yang dibayar kepada catering untuk majlis pertunangan tersebut dikatakan RM81,000.00. Itu baru majlis pertunangan, belum lagi majlis perkahwinan. Namun, persoalan yang ditimbulkan ialah duit siapa yang dipakai. Dr Tan Kee Kwong dari PKR mendakwa bahawa nota pembelian makanan catering darip sebuah hotel terkemuka dibuat atas nama Jabatan Perdana Menteri.


Jika begitu, wang negaralah yang diguna. Sementara rakyat disuruh berjimat cermat, diminta membayat cukai itu dan ini, dikurangkan hak untuk mendapat subsidi dan diminta reda dengan kenaikan harga barang, wang rakyat digunakan hanya untuk majlis pertunangan anak seorang pembesar negara.


Rakyat berfikir dan mempertimbangkabn banyak perkara untuk buat kenduri kahwin anak, sedangkan mereka bergembira menjamah makanan kelas mewah untuk sebuah majlis pertunangan. Demi Tuhan...sebagai rakyat akun tidak merestui wang yang menjadi bahagianku digunakan untuknya. Sekecil manapun bahagianku, hatta sepuluh sen sahaja, akan aku perhitungkan di akhirat kelak.Alangkah berat bebanan para pelahap harta rakyat itu di akhirat kelak jika setiap daripada jutaan rakyat ini menuntut keadilan di akhirat kelak!


Mereka, para penguasa menganggap kecil sejumlah wang yang dirasa amat besar oleh rakyat. Dengan mudah, mereka tega bazirkan RM1.8 juta untuk syarikat kroni buat membuka dan menguruskan akaun laman sosial seperti facebook yang hanya percuma di kalangan rakyat. Hari ini, budak sekolah rendah pun tahu membuka akaun facebook dan tidak membelanjakan walau sesen pun.

Menoleh sederet episod pembaziran wang negara, kita mengerti bahawa mereka yang berkuasa tidak mencintai rakyat marhaen. Mereka  menunggangi rakyat untuk keuntungan dan kemewahan diri. Semoga Allah mempercepatkan  mudawalatul ayyam buat mereka yang menyalahgunakan kuasanya.


Awang oh Awang!

Ibu-ibu di zaman dulu, saking sayang amat kepada anak lelakinya, dia dipanggil "awang". Di kampung-kampung, ada orang bela beruk, sayang sangat kepada beruknya, dia namakan beruknya "awang". Awang anak yang baik. Awang juga beruk yang setia kepada tuannya. Jarang sekarang orang guna nama awang. Di Kelantan di sebut "awe". Teringat juga aku lagu "awe oh awe".

Tapi ada seekor awang yang hari ini kerja menulis dalam akhbar rasmi UMNO. Dia banyak menulis menghentam pelbagai pihak di belakang tabir nama samarannya, Awang. Terbaru, dia menulis menuduh TG Nik Aziz lebih teruk daripada Ayah Pin. Marah benar dia kepada TG  Nik Aziz kerana mengharamkan akhbar rasmi UMNO itu membuat luputan berita kerajaan negeri Kelantan. Ayah Pin pun tak sekat kebebasan media, tapi TG Nik Aziz sekat kebebasan Media.

TG Nik Aziz lebih sesat daripada Ayah Pin. Haha...alang-alang nak mengata, kata sahaja TG Nik Aziz lebih teruk daripada Firaun. TG. Nik Aziz Firaun, maka akhbar rasmi UMNO itu macam Musalah. Kira Awang ni pula macam nabi Muhammad. Dia bawa seruan nabi.

Awang...awang...budak inggusan mana diberi kepercayaan menulis dalamm kolum akhbar rasmi UMNO itu?

Saturday, June 18, 2011

Komen yang haprak

Silaplah kalau media TV3 mengira ulasan, komen dan pandangan daripada tokoh-tokoh haprak seperti Zaharin, Zul Nordin dan Ibarahim Ali sebagai berharga. Kita lihat mereka ini selalu dirujuk untuk mendapatkan komen terhadap sesuatu isu. Begitu banyak ahli parlimen UMNO-BN, mereka ini yang dicari. Mungkin pihak media meduga bahawa komen mereka mampu mempengaruhi rakyat. Mereka, pengaruh belum teruji. Mereka juga jenis yang lemah dan tidak tahan diuji.

Tiada satu nilai yang boleh diandalkan kepada mereka. Mereka bukan ahli politik yang punya idealisme. Jauh sekali untuk mengatakan mereka agamawan atau pejuang Islam. Rakyat tentunya sudah benar mual dengan mereka. Untuk membuktikan tanggapan ini, kita akan saksikan dalam PRU yang bakal menjelma.

Berubahlah Melayu!

Melayu relakan dirinya terjajah
500 tahun tidak bermaruah
berwajah manusia berhati rubah

Masihkah Melayu tidak berubah?

Masih adakah Melayu
Yang relakan dirinya dijajah
sekalipun oleh bangsa sendiri
membiarkan haknya diperah
demi memperkaya elit pemerintah.

Apakah belum juga berfikir
setelah bertahun mengemis fakir
hanya bersyukur sekadar menjadi pak supir
melihat kereta mewah pak menteri terpakir

Apakah melayu belum merdeka
Belum berani berubah
mencuba kerajaan bersilih ganti
ramuan keadilan mujarab di Barat.

Melayu...masihkah berjiwa petani
atau nelayan sara diri
Sekalipun anak sudah mencapai universiti
Masih tunduk menghamba diri
membiarkan hilang akal budi.

Wahai melayu...beranilah mencoba
demi perubahan...

Anggaplah ia hanya kebarangkalian kecil

Khutbah Jumuat kelmarin mungkin pedas buat sesetengah orang. Khatib menyebutkan kepimpinan Islam yang dirindui dan membandingkan pula dengan kepimpinan negara hari ini. Kepimpinan negara hari ini mengenakan cukai ke atas rakyat dan membiarkan poket mereka dan kroni mereka kembung selamat. Sudah tentu sasaran yang mahu dikritik oleh khatib mudah difahami oleh sesiapapun. 

Pengerusi masjid barangkali tidak selesa. Aku kasihan juga kepadanya. Pengerusi masjid adalah seorang yang baik dan punya cita-cita memajukan masjid. Mungkin kritikan dalam khutbah oleh khatib membuatkannya bimbang. Alasan yang sering ditegaskan oleh penasihat, masjid kini dalam usaha mandapat taraf dan peruntukan. Jangan sampai dicop sebagai masjid pembangkang. Jika itu terjadi, laluan ke arah itu akan menjadi sukar.

Khatib pun bukan orang asing di kalangan ahli jemaah solat jemaah di masjid. Dia juga punya kuliah tetap di masjid. Kalau orang luar, mungkin pengerusi akan katakan khatib tersebut perlu di"gam" daripada menyampaikan khutbah atau kuliah di masjid. 

Bagaimana hendak mengawal khutbah agar tidak menyentuh semsitiviti kalangan tertentu terutama pemerintah? Mungkin itu menjadi bahan fikiran pengerusi. Pernah terlintas dalam perbincangan mesyuarat jawatankuasa untuk menuntut setiap khatib menyampaikan khutbah yang dikeluarkan oleh JAKIM atau JHEAINS. Namun, perbincangan itu itu menemui kata putus kerana bukan senang untuk memerintahkan khatib membaca khutbah yang disediakan. Rata-rata khatib bukanlah pekerja bagi JAKIM atau JHEAINS. Mereka dari latarbelakang yang pelbagai.

Pengerusi mungkin buntu. Dia mungkin akan meluahkan kebimbangannya itu dalam mesyuarat atau secara peribadi kepadaku. Apa yang aku boleh katakan, perkara itu telah berlalu. Anggap sahaja ia sebagai asam garam dalam masyarakat. Berapa ramai sudah khatib yang berkhutbah. Isunya pula pelbagai. Khatib yang menyampaikan khutbah menyindir kerajaan adalah kebarangkalian satu dalam beberapa puluh khutbah. Khutbah minggu depan tentu tidak lagi mengenai topik yang serupa.

Bersabarlah...