CARI BAHAN

Sunday, March 30, 2014

Kisah Keretaku Dicuri(6): Doa

Dalam keretaku itu ada handphone Samsung Grand Quatro Dual Core yang aku beli pada tahun lepas. Ada juga laptop jenama Acer bersama dengan 2 set external hard disk yang masing-masing berkapasiti 500GB . Ada beberapa Pendrive yang aku gantung di cermin dalam kereta. Dalam bonet berisi rice cooker, dua raga bersisi pakaian aku dan anak ieteri. Ada set khemah, payung dan sepasang kasut kerjaku. 

Kehilangan keretaku bersama semuanya.

Aku masih berdoa kepada Allah agar mengembalikan barang hilangku. Aku akan bersabar menanti keajaiban kudrat Allah SWT. Aku bersolawat kepada junjungan Rasul dan menjadikannya amal baik yang kutawassulkan kepada Allah SWT agar memakbulkan doaku.


اللهم راد الضالة ، هادي الضلالة ، تهدي من الضلال رد علي ضالتي بعزك وسلطانك ، فإنها من فضلك وعطائك



Kisah Keretaku Dicuri (5): Bersabar Atas Musibah

Apabila kereta kena curi, memang terkejut beruk. Lebih-lebih lagi pada saat mindset kita tidak disediakan untuk itu. Begitulah keadaanku bila melihat keretaku tiada di tempatnya dan menyedari bahawa ia telah dicuri, Tapi, tidaklah aku sampai macam beruk yang terkejut. Cuma, aku panik seketika. Aku belum cukup hebat untuk berdiri sambil menyaksikan kehilangan keretaku itu sambil tersenyum dna mengucapkan "Alhamdulillah". Atas kekurangan manusiawiku, aku dan isteri segeri berfikir untuk segera membuat laporan polis. Terlupa untuk mengucapkan istirja'. Hanya setelah kembali dari membuat laporan polis di balai polis Putatan, dan duduk menenangkan diri dalam kamar hotel, barulah aku mengucapkan istirja' berulang kali. Terus aku dan isteri mendirikan solat hajat dan aku memohon kepada Allah agar berikan aku ketenangan.

Menghadapi kehilangan barang yang kita sayang, aku tidak rela kehilangan ketenangan. Antara berhajat agar kereta hilang itu segera kembali kepadaku dan keperluan hati yang tenang, keduanya berlumba-lumba dalam hati. Aku cuba memujuk hati agar bertenang dan meyakini bahawa jika masih menjadi razekiku, keretaku akan kembali semula kepadaku berserta dengan harta di dalamnya. Jika ia bukan menjadi razekiku, apa pun yang kulakukan, ia tidak akan kembali kepadaku.

Sewaktu membuat laporan polis di balai Putatan, polis itu sambil menulis laporan , sempat mengeluh mengenai kehilangan MH370. Ketika itu aku turut menyambut nestapa yang dikeluhkannya dan mengatakan bahawa nestapa yang menimpaku tidak seberapa berbanding apa yang menimpa keluarga MH370. Bersyukurlah kerana aku mendapat nestapa yang tidak seberapa.

Kita sering menyebut, Allah akan menguji seseorang dengan ujian yang mampu ditanggungnya. Itulah percakapan dan percakapan perlu dibuktikan. Barangkali Allah ingin mengujiku melaksanakan kata-kata. Dalam kuliah-kuliahku serta daurah Al-Quran yang kusampaikan di masjid, aku mengingatkan ahli jemaah yang kehilangan barang agar jangan sekali-kali bertandang kepada tok bomoh pencari barang hilang. Aku sifatkan mereka adalah Kahin yang boleh melucutkan faedah ibadah dan juga keimanan. Maka, mungkin Allah mahu menguji keteguhan hatiku dan mahu memimpinku melaksanakan apa yang aku syarahkan.

Perkara terbaik adalah bersabar. Jika kita bersabar di atas satu kehilangan, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Itulah yang selalu dinasihatkan. Tinggal lagi kita meyakininya.

Aku berharap Allah menambahkan keyakinanku. Menenangkan jiwaku. Mengganjari kesabaranku sebagaimana janjiNya.


إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Kisah Keretaku Dicuri (4): Mimpi anakku

Malam itu, ketika tidur di hotel Skyglobal, Labuan, anakku mengganggu tidurku. Dia memberitahuku bahawa dia tidak boleh tidur dan memintaku menemani jaganya. Maka terpaksalah aku bersengkang mata kerana anakku memang tidak boleh kalau dia sendirian berjaga. Aku buka TV dan melayari internet di ipad. Lama-kelamaan, dia tertidur juga.

Pagi esoknya, isteriku memberitahuku bahawa anakku bercerita kepadanya mengenai mimpinya. Dia bermimpi melihat seekor ular hitam menjalar di bawah kakinya. Dia ketakutan dan mengangkat kakinya. 

Aku tersenyum cuma dan mengatakan kepada anakku bahawa ia hanyalah sebuah mimpi mainan tidur.

Kisah Keretaku Dicuri (3): Melancong Ke Labuan.

Ini kali pertama aku menjejaki kaki ke Menumbuk. Memandu kereta dari Kota Kinabalu ke Menumbuk memalui jalan Papar lama, adalah kali kedua buatku. Masa Himpunan Hijau dibuat di Beufort dulu, aku pernah susuri jalan itu bersama anak isteri. Teta[i hanya sekadar sampai di Beofort dan berkumpul bersama sahabat-sahabat yang lain di perkarangan rumah Datuk Lajim bin Ukin.

Kali ini saya mencuba sendiri untuk menerjah sampai ke Menumbuk. Rupanya Menumbuk ini lebih kurang Kuala Kedah, tetapi ia lebih terpencil berbanding Kuala Kedah.  Bedasarkan peta dari google maps, aku mendpaat tahu bahawa Menumbuk sebenarnya terletak di kuala sungai Klias. Di situlah terletaknya sebuah jeti di mana terdapat feri dan juga bot-bot laju yang membawa orang ramai ke Labuan, Brunei dan juga lain-lain pulau pelancungan.

Aku membeli tiket feri yang berharga RM2.50. Keretaku aku parkir di bawah rumah seorang warga dengan bayaran RM10.00. 

Perjalanan dengan feri sangat lambat. Serasakan lebih daripada 2 jam. Feri memang besar dan ada perkhidmatan mengangkut kereta bersama. Namun, mengangkut kereta ke Labuan memerlukan tempahan beberapa hari sebelum dan tidka boleh dibuat sepontan. Harganya, menurut catatan di kaunter, adalah mengikut saiz.

Di atas feri memang ramai penumpang. Tempat duduk kurang. Ramai melepak di tepi dinding sekeliling feri dan ada yang bertenggek di tepi pagar sambil memandang ke laut lepas. Angin bertiup sepoi-sepoi dan sebenarnya, jika kita terburu-buru, ia sangat santai.

Feri Menumbuk-Labuan
Aku sampai bersama anak dna isteri sekitar jam 12 tengahari. Keluar dari jeti feri kenderaan itu, kami singgah di sebuah restotan mamak dan makan tengahari. Selepas makan tengahari, aku melilau sana sini cari tempat sewa kereta, tapi tidka jumpa. Lantas, aku tanya mr.Google. Dapat beberapa nombor, aku dail tetapi semuanya memaklumkan kereta sudah habis disewa. Sambil itu, kami menyusur mencari hotel. Jauh berjalan kaki mengheret beg, tidak jumpa hotel yang boleh  kami menginap. Penuh.

Hinggalah ketemu sebuah hotel yang agak jauh ke tengah bandar, namanya Skyglobal. Di situ ada bilik kosong. Ingat harganya RM98.00 tetapi rupanya RM128.00. Sudah terbayar, terus sahaja. Maka, disitulah kami check in. Aku terus membuat search di google dan akhirnya bertemu nama sebuah syarikat iaitu, Syarikat Harmoni yang ada menyediakan khidmat sewa kereta. Telifon dan akhirnya dapat sebuah kereta. Aku pilih kancil sahaja. Harganya RM60.00

Maka dengan kereta itulah kami menjelajah Pulau Labuan sekadar yang terdaya.


Kisah Keretaku Dicuri(2):Cuti-cuti

25 Mac, kira-kira jam 10.30 pagi, aku bertolak dari Sandakan menuju Kota Kinabalu dengan menaiki kereta wajaku.  Cuti sekolah  satu minggu, aku dan keluargaku berhasrat melancong ke Labuan. Dalam perjalanan, sahabat sekampung, Affan Aziz menalifonku mengatakan beliau juga dalam perjalanannya dari Kudat menuju Kota Kinabalu. Kami berjanji temu di sana. Singgah makan di Kundasang dan Jamak taqdim Zohor dan Asar di masjid Jamek Kundasang. Masjid tersebut dalam proses pembaikan sekarang.

Perjalanan kami tiba di Kota Kinabalu sekitar jam 6.00 petang. Singgah di hotel Tang Dnasty untuk bertanyakan penginapa, tetapi ia dalam keadaan "fully booked". lantas ke hotel Yahoo. Pun sama. Lalu, aku mengambil keputusan untuk menginap di Aristo Hotel, Putatan. Affan juga sama dan aku 'book' untuknya sebilik. Sebelum maghrib, dia pun tiba ke Aristo Hotel. 

Malam, selepas solat magrib, kami bersama-sama keluar ke bandar Kota Kinabalu. Affan bawakan kami ke kolan pancutan air berwarna-warni di jalan Tanjung Aru. Selepas itu kami pergi makan malam di restoran D'Lengkuas. Sebuah restoran masakan ala-Kelantan yang dikunjungi ramai. 

Kemudian, kami balik dan tidur sehingga esok pagi. Esok pagi, saya akan ke Labuan. Demikianlah rancangan.

Saturday, March 29, 2014

Kisah Keretaku Dicuri (1): Di depan hotel Adel.

Pulang dari melancong ke Labuan bersama anak dan isteri, kami mengambil keputusan untuk menginap semalam di hotel Adel, Putatan. Perjalanan pulang dari Menumbuk dilambaqtkan oleh hujan yang lebat sepanjang perjalanan. Sebab itu, kami kelewatan tiba di Kota Kinabalu. Kalau awal sampai, mungkin kami teruskan perjalanan dan menginap di Kundasang. Namun, memang sudah tersurat dalam perjalanan kali ini saya akan kehilaangan kereta saya. Kereta Waja yang telah saya beli masa bujangan, tahun 2005. 

Setelah parking kereta dan check in hotel, aku bersama isteri dan anak naik ke atas. Selepas mandi, aku mengajak anakku Zamila Salsabila untuk keluar solat di masjid daerah Putatan. Kami pergi solat di sana dan hujan agak lebat. Selepas selesai solat jamak taqdim maghrib dan insya, kami pun balik semula ke hotel.Aku terasa sangat penat. Masuk ke bilik, aku berbaring menghilangkan lelah. Isteriku mahu turun ke bawah dan ke kedai KFC yang terletak bersebelahan dengan hotel Adel. Zamila Salsabila ingin mengikut. Isteriku mintakan kunci kerataq kerana katanya mahu dapat air mineral dalam bonet kereta. Aku serahkan. 

Tidak lama, mereka pun naik semula dengan ayam KFC. kami makan bersama. Sesudah itu, kami bercadang untuk turun dan pergi berjalan-jalan ke bandar Kota Kinabalu. Kami pun  turun dan aku mendahului. Sampai di tempat di mana aku letak kereta tadi, alangkah terkejutnya aku. Keretaku tiada di tempatnya. Aku panik juga. Isteriku juga panik. Segera, kami mengadu kepada kaunter hotel dan menyatakan mahu buat laporan polis. Mujur, pihak hotel prihatin dang menyuruh seorang pekerjanya menghantarkan kami ke balai polis berdekatan, iaitu balai polis Putatan. 

Di sana, laporan polis dibuat. 

Aku memang serba tak kena. Aku pujuk hatiku agar bersabar. Aku bacakan ayat-ayat Quran agar hatiku pulih. Kesayanganku kepada kereta waja itu memang tidak diragukan lagi. Bertahun-tahun aku membelainya dan menjaganya.

Monday, March 24, 2014

Menangisi sebuah kematian.

Langit menangisi buat mereka
529 korban mahkamah durjana
warisan Firaun di bumi Musa
para Ikhwan yang sentiasa dianiaya...

Sebelum mereka telah banyak yang hilang nyawa
demi menancap keyakinan mulia
mengangkat harga bumi ambia

Langit menangis buat mereka
kita pula dalam karam duka
hilang 329 penumpang pesawat negara
yang hilang tidak dijumpa...

Langit menangis buat pejuang hilang nyawa
dek angkara murka hakim lembah neraka...

AKAL TIDAK MENJAMIN IMAN

Percaya karut marut, khurafat, perbomohan, ramalan nasib dan lain-lain yang penyelewengan akal sihat bukanlah milik satu-satu bangsa. Setiap bangsa ada penyakit ini. Jika orang Melayu berkarat dengan kepercayaan perbomohannya, orang Cina dan India pun apa kurangnya. Bangsa dan suku lain di Malaysia pun apa kurangnya. Malah, orang Arab pun jangan syok sendiri mengatakan mereka tidak terpalit. Bahkan, palitan khurafat pada mereka lebih tebal. Orang Barat yang dikatakan serba maju dalam dunia moden ini pun percaya karut marut khurafat.

Kita memang hairan kenapa ada cerdik pandai cari bomoh untuk sampai kepada hajat. Datuk-datuk dan Datin-datin diberitakan berjumpa bomoh untuk maju dalam perniagaan, menang dalam politik, dapat pangkat serta kedudukan dan sebagainya. Bukankah mereka itu terbilang bijak dan terpelajar dalam masyarakat?

Justeru kenapa ada orang yang otaknya cerdik masih menyembah tahyul mahyul?

Lantas, bukan pengetahuan yang salah. Yang salah adalah iman. Mereka tiada iman walau pengetahuan sarat di dada.

PERANGAI YAHUDI


Memang benarlah kata nabi Muhammad SAW. Ummatnya akan mengikut perangai Yahudi. Akan meniru jalan Nasrani. Di antara perangai Yahudi adalah membuat cerita berbaur seks. Bukalah dalam Al-Kitab, anda akan bertemu rentetan cerita-cerita yang berbau hapak sumbang mahram. Ada cerita bapa berzina dengan anak perempuan. Ada anak tiri dengan ibu tirinya. Ada bapa mentua dengan menantu. Ada dengan ipar duai.

Orang Nasrani mengikut orang Yahudi. Orang Islam Islam juga mengikut Yahudi. Syukurlah Allah pelihara Al-Quran. Kalau tidak, Al-Quran pun akan jadi seperti Bible yang memetik kata jijik pendeta Yahudi untuk diabadikan dalam bible.

Ketika melihat gelagat orang-orang bodoh yang mengaku Islam dalam peristiwa PRK Kajang, menayangkan seluar dalam di khalayak ramai, sudah dapat dibayangkan betapa fikiran mereka dibanjiri dengan hanyir nafsu songsang sebagaimana yang pernah dibuat golongan Yahudi. Yahudi punya nafsu luar tabie dan serakah. Hari-hari berkhayal tentang seks sehingga mencari klimaks seks yang boleh merangsang mereka.

Lalu, perangai itu diikuti oleh para pendemonstrator seluar dalam itu. Sebelum dari itu, mereka telahpun mencecah dan mencicah cerita seks yang tidak terlintas di fikrian orang beriman. Mereka menuduh orang yang tidak secocok dengan mereka sebagai ahli seks songsang dan pembekal pelacur.

Sesungguhnya tidak berfikiran jijik melainkan orang jijik jua.

Wednesday, March 19, 2014

Lempar Batu Sembunyi Tangan

Memang seronak kalau lempar batu sembunmyi tangan. Orang yang dilempar luka berdarah, sedang yang melempar tersengeh bagai kerang busuk dan kilas tangan ke belakang. Berlagak bagai maksum dan yang cekcok hanya orang lain. Hal itu adalah satu kebaculan.

Jika sudah terlanjur melangkah, biarlah langkah sampai ke hujungnya. Apa pula mundur maju dalam ragu? Itu bukanlah sikap berani seorang "rijal".

Apa pun resikonya, perlu ditanggung. Jangan syok sendiri. Jangan cuci tangan atas dosa yang dilakukan. Karma akan tetap berpusing kepada diri.

Angkara Dedalu

Kalau hati sudah berkarat
banyaklah orang akan dimusibat
para ustaz diminta siasat
orang yang bejat dibiar sesat.

Terasa diri besar sekali
konon menjaga keamanan negeri
mengelak perpecahan sesama sendiri
manikam tidak dikenal jauhari.

Bila diri terasa disingkirkan
dia mencari kuman semberang lautan
kesalahan diri dia lupakan
para ustaz lalu dikambinghitamkan.

Kononnya ustaz hentam kerajaan
masyarakat damai jadi berantakan
dia terima panggilan aduan
pening kepala serabut fikiran.

Lagak bagai pemimpin ikutan
tepat orang mengadu perasaan
murai berkicau dia besarkan
seperti detuman membelah lautan.

Kalau hebat membaca firman
sabda nabi fasih dituturkan
silalah tampil berdiri di depan
pimpinlah warga menghadap Tuhan.

Kalau hanya memikul reba
ke medan laga jangan dicuba
kenapa rasa diri margastua
kalau tiada bersayap dua?

Kami berjuang bukan mula
hanya menyambung tugas ambia
dari bimbingan ulama aulia
selepas kami orang lain pula.

Jika dihalang ditambah nista
itu semua ragam biasa
telah digelar nabi kita
tukang sihir, penyair dan orang gila.

Sangkaku terbang tinggi di awan
Jelmaan malaikat pembela kebenaran
rupanya dedalu di hujang dahan

dari najis pipit berkeliaran.

ISTISQA' IKHTIAR TERBAIK

Dengar khabar, hujan sudah mula menyimbah bumi Semenanjung. Setelah lama hujan tidak turun dan penduduk negeri-negeri di Semenanjung merasa gelisah, akhirnya hujan pun turun. Turun setelah pelbagai usaha diikhtiarkan. Tentu sekali antara ikhtiar yang terpenting adalah solat "istisqa'". Dengan izin Allah juga, hujan turun.

Ibuku di kampung menarik nafas lega. Katanya, hujan baru-baru ini cukup membasahkan tanah dan menyejukkan semula persekitaran yang membahang hampir sebulan.

Demikianlah...kita hanya perlu kembali kepada Allah. Tidak perlu minta tolong bomoh hujan. Membazir sahaja kerja-kerja pembenihan awan. Hujan tidak jadi, wang negara lesap.

Friday, March 14, 2014

Pening Lalat (2)

Setelah geledah selat Melaka
Laut Andaman termasuk juga
kini Lautan Hindi pula diduga
terbenam ke dasar yang gelita.

Katakan sahaja
Ia telah hanyut ke Lautan Atlantik
mari kita cari di sana
kalau tidak jumpa juga
lautan pasifik kita teroka

Kenapa laut sahaja?
carilah juga di Banjaran Titiwangsa
dalam lembah celah rimba
atau di dataran Mekong
mungkin betul di Tanah Nanning
di dataran pamah atau tasik Tonle Sap
Carilah merata-rata
hingga ke Ukraine sana...

Thursday, March 13, 2014

Maliziyyun...alangkah malu!

Seluruh orang Malaysia terpalit malu
Melayu, Cina dan India
Suluk, Bajau, Bugis dan Kadazan
Melanau, Iban dan Dayak

Dalam akhbar al-arabiah sudah melaporkan
tajuk berita bernada sinis
" Sihir menjadi jalan terakhir 'Maliziyyin" merungkai misteri kapal terbang".

Masakan orang bebal dan dunggu itu boleh membuat demonstrasi di tempat yang begitu berprestij dan di depan wartawan antarabangsa kalau tidak dengan restu pemimpin atasan yang menjemputnya. Siapakah pemimpin atasan yang bebal dan dunggu itu? Tidak berkubang bersama kerbau melainkan kerbaulah. Tidaklahlah lalat melainkan hinggap di bangkai.

Sungguh wajah orang Malaysia terpalit lumpur hitam dari kumbahan nista. Dunia Arab tersengeh. Rupanya begitu orang Malaysia. Padahal...hanya sekelompok yang menjadi hamba perbomohan mereng.

Tuesday, March 11, 2014

Pening Lalat (1)

Dari Laut China Selatan
meraba hingga Selat Melaka
apakah tidak mungkin ke Selat Sunda?
Boleh jadi ke Laut Hindi
Kiranya hanyut ke Laut Arab
Sungguh banyak Qila wa Qala...

Berkhayal mengenai Tragedi MH370

Ini hanyalah sebuah khayalan. Jangan percaya. Jangan salahkan aku kerana berkhayal sampai ke tahap ini. Memang khayalan tidak punya sempadan. Khayalan juga bukan satu jenayah.

Kapal terbang MH370 yang hilang itu memang membingungkan ramai orang. Ada yang kata ia tenggelam di laut. Ada yang kata ia telah dirampas pengganas. Malah, tidak kurang juga yang mengatakan ia disembunyikan oleh jin.

Hari itu tiba-tiba heboh dalam media massa mengatakan pihak kerajaan Malaysia telah mendapat panggilan talifon dari kumpulan pengganas dari negara Ukraine. Mereka mendakwa kapal terbang MH 370 yang dicari di merata tempat itu telah didaratkan oleh mereka di satu tempat rahsia di Asia Tengah.

Semua penumpang dalam tebusan mereka. Mereka meminta kerajaan Malaysia menunaikan permintaan mereka. Permintaan mereka itulah yang menggemparkan dan bertambah gempar bila digempartambahkan oleh media massa seperti RTM dan TV3.

Wakil kumpulan yang belum dapat dipastikan itu menuntut supaya DS Anwar Ibrahim dibebaskan dari hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan. Jika kerajaan Malaysia mahu kembali Kapal terbang beserta penumpangnya, DS Anwar Ibrahim hendaklah dibebaskan.

Tuntutan itu memang luar biasa. Segera, media massa menanamkan tanggapan di kalangan rakyat bahawa DS Anwar Ibrahim sebagai dalang tebusan itu. Beliau telah merancang semua itu demi membebaskan dirinya.

Rakyat jadi marah kepadanya. Sungguh tega DS Anwar Ibrahim melakukan demikian demi kepentingan dirinya. Kesannya, PRK Kajang yang diadakan memperlihatkan kemenangan besar calon BN. Reputasi Anwar dan PR jatuh merudum.

Kerajaan telah dilihat bertanggungjawab bila sanggup mendorong keputusan pembebasan DS Anwar dalam rayuannya kemudian dari itu. Itulah yang menjadikan kemenangan BN dalam PRK Kajang.

Maka, untuk beberapa lama, DS Anwar Ibrahim mendapat cemuhan dan terbunuhlah potensi politiknya. Survival politik UMNO Pun dapat disuntik tenaga baru.

Tetapi, bak kata pepatah, masakan bangkai gajah dapat ditutup dengan lalang sehelai. Akhirnya, pecah juga rahsia. Rupanya kejadian tebusan MH370 itu adalah sebuah drama yang diadakan itu proses "killing" yang begitu "high profile".

Ia adalah sebuah skrip terhebat yang dilahirkan oleh APCO.

Ini hanya sebuah khayalan. Jangan percaya. Tulisan ini tidak mengganggu siasatan sekarang kerana ia hanya khayalan. Khayalan tidak punya sempadan. Khayalan boleh jadi sebuah dongeng.

Oleh itu, jangan percaya dan lupakan sahaja. Ia hanya untuk latihan mempertajamkan otak.

Saturday, March 08, 2014

Sabar Pak Anwar!

Mereka yang lalu
berjuang dan telah berpulang
tetapi masih difitnah ulang
ada ulama dituduh petualang
sekalipun kitabnya penuh segudang
jadi rujukan pelbagai bidang.

Para pejuang bukan seluang
yang hanya menunda udang
pejuang itu bukan tafakur sepetang
menatap mega merah di hujung pandang.

Sudah tersurat dalam riwayat
ulama hebat sering disebat
fitnah si dunggu ilmu sekerat
masa hayatnya tidak berani dekat
sampai matinya menyimpan kesumat
kepada mayat terus mengumpat
ulama disesat tak bisa menjawab.

Jika Pak Anwar pejuang sejati
demikianlah sunnah untuk ditatapi
sabar teguh hingga mati
dunia bukan segenap segi
fitnah khianat laksana spaghetti
tidak akan pernah berhenti
hingga mati terus berbunyi
beratus tahun terus dinyanyi.

Kalau menang menjadi jawapan
sebagai bukti sebuah kebenaran
tidak akan tewas ulama tempawan
difitnah nista serigala rupawan.

Dunia ini medan ujian
mari mengamati buat pedoman.

Kalau sudah langit menegur.

Bumi subur kering gersang
cuaca panas di bawah terik mentari
percikan api membakar belantara
rosak musnah khazanah flora fauna

Penguasa durja masih leka
bukan rakyat yang dibela
mengusap kepala bontot didera
manis bicara dicuka luka.

Terbang pesawat menerjah angkasa
pramugari seksi kain terbelah hingga paha
arak dihidang seperti tiada dosa
suntikan berjuta tetap rugi jua
ada apa di sebalik semuanya?

Aduhai...
hari ini bencana nestapa melanda
Dalam dunia seluas cakera
hilang sirna tidak terduga
pesawat negara membawa nyawa.

Belajarlah memahami teguran dari langit
Usah diulang angkara murka.

Friday, March 07, 2014

MEREBUT PANJI KEBENARAN

Pertarungan merebut panji kebenaran telah berlangsung lama. Sejak zaman Qabil dan Habil lagi. Bahkan, sebelum itu ketika Iblis menegakkan kebenarannya enggan sujud kepada Adam, pertarungan itu telah pun wujud. Maka, ia berlangsung hingga kini dan akan berterusan hingga habis kiraan hari.

Ketika menghujat Nasrani, mereka kata, mereka berada di atas kebenaran. Demikian hujatan terhadap Yahudi bahkan Wasani sekalipun. Kebenaran tetap menjadi zikir suci mereka semua. Jika dakwaan menjadi jawapan, maka dunia ini amat bingung dan penuh dengan kekeliruan.

Justeru, atas dasar apa mahu dikatakan seseorang telah menemui kebenaran? Jika melihat kepada pencapaian dunia, maka yang benar adalah tamadun Barat dan sesatlah tamadhun Islam. Apakah pula perlu dilihat kepada akhlak dan perangai untuk mengatakan seseornag itu benar? Itupun sukar kerana dalam zaman edan ini, akhlak orang kafir lebih mulia dari sebilangan orang yang mengakui beriman!

Mungkin kebenaran boleh dicermin kepada mazhab ikutan. Itu pun akan menemui kebuntuan kerana pertembungan mazhab akan membawa kepada dakwaan bahawa diri sendirilah yang sendtiasa betul. Padahal, setia mazhab ada hujatannya.

Sesetengah orang membuat escapisme dengan memasakkan kebenaran dengan mengikut seseorang. Seseorang yang tentunya diyakini benar. Namun, banyak kes seorang yang dikatakan benar pada satu masa, kemudia dianggap khilaf pada masa yang lain.

Lantas, setiap orang akan berkata dengan senyum dan mengurut dada;"Aku telah menemui kebenaran!".

Benarkah?

Kata kunci kebenaran sebenarnya mudah. Ia tidak jauh daripada lingkungan Al-Quran dan Hadis. Kedua-duanya itu mungkin terdedah kepada pemahaman berbeza dan tergelincir. Namun gelincir dalam memahami Al-Quran dan Hadis itu lebih baik dari gelincir dalam meladeni jalan yang sunyi dari bimbingan Al-Quran dan Hadis.

Jika ukuran bukan kedua-duanya, misalnya amalan nenek moyang, petua oorang dulu, kitab mazhab, kalam syeikh, mimpi kasyaf dan yang seumpamanya, maka tarian tafsir telah melewati lingkungan batas kebenaran.

Thursday, March 06, 2014

Mr. Os

Ini bukan prasangka. Ini adalah bak kata pepatah, sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betinanya. Apabila dua orang pegawai dari Kementerian Pelajaran, Puterajaya itu memulakan soal siasat kepadaku, aku sudah dapat memahami punca kenapa soal siasat itu diadakan. Hanya orang bodoh dan tumpul otak sahaja yang tidak dapat memahami punca persoalan jika sudah demikian terang lagi bersuluh. 

Ianya mengenai aktiviti kemasyarakatanku di Taman Fajar. Pegawai itu menanyakan mengenai apa yang aku lakukan sehingga ada laporan yang tidak menyenangkan sampai kepada mereka. Aku dikatakan menimbulkan masalah dalam komuniti Taman Fajar. Pengawai itu meminta aku menceritakan latarbelakangnya dan mareka menyatakan bahawa mereka mahu mendengar pandangan dari pihakku. Adalah tidak adil kalau hanya mendengar laporan daripada "sebelah pihak" sahaja.

Aku tidak tahu di mana mahu memulakan kisah. Berfikir sejenak, aku pun memulakannya dari episod khutbah Jumaat yang disampaikan oleh seorang ustaz jemputan dari Semenanjung yang kebetulan pada masa itu berkunjung ke Sandakan. Beliau adalah ust. Wan Tarmizi. Hari itu hari jumuat. Beliau telah diberi peluang untuk menyampaikan khutbah dan aku sebagai Ketua Biro Dakwah masjid pada masa itu bertanggungjawab mengatur penggiliran khatib pada hari Jumaat.

Dalam khutbahnya, Ust Wan Tarmizi telah menyebut satu isu semasa yang sedang hangat dibincangkan dalam media massa dewasa itu. Isu itu adalah isu Bersih 2.0.  Secara spontan Ust Wan Tarmizi telah menyampaikan kritikannya terhadap kerajaan yang dikatakannya tidak berlaku adil dalam pilihanraya dan menggunakan polis untuk membelasah rakyat. Isi khutbah itu memanaskan telinga dan hati segelintir kecil individu tertentu. Lalu, selepas selesai solat Jumaat, individu tersebut telah membuat cekcok dan mengugut untuk melaporkan kepada Pejabat Agama.  Peristiwa khutbah Jumuat itu sampai kepada seorang pemimpin kecil tempatan. Aku tulis sahaja namanya Mr. Os. Lantas, Mr. Os telah riuh sekampung mencanangkannya sebagai pencerobohan terhadap kesucian masjid. Keluarlah segala ungkitan mengenai sejarah pembinaan masjid dan usaha lampaunya yang dianggap besar dalam pembinaan masjid.

Sudah tentu,  aku sebagai pengatur jadual khatib dipertanggungjawabkan. Aku telah berlepas diri dengan menegaskan bahawa aku tidak punya kuasa untuk mengawal isi khutbah khatib jemputan. Alasanku, khatib jemputan bukan dibayar gaji untuk membaca teks khutbah yang disediakan oleh Pejabat Agama. Aku tidak suka menghalang orang untuk menggunakan bakatnya berkhutbah. Memaksa orang membaca teks akan mematikan kebijaksanaan ummat, khasnya para khatib yang seharusnya bertindak sebagai da'ie yang cekap dan prihatin dengan persekitaran.

Mr. Os paling sengit menyalahkanku. Aku sedar hal itu dan pendekatanku adalah tidak mengendahkan. Kepada pegawai penyiasat itu aku terangkan bahawa aku melakukan apa yang diamanahkan kepadaku sebagai Ketua Biro Dakwah di masjid. Soal ketidakpuasan hati Mr Os itu adalah masalah hatinya yang karat pekat dengan semangat kepartian yang melampau. Ramai jemaah lain, mereka berlapang dada dan tidak menimbulkan masalah. Jika ia adalah satu kesalahan, ramai jemaah menganggapnya peristiwa telah berlaku dan tidak ada gunanya diungkitkan. Siapa yang mahu terima hujah khatib, silakan. Siapa yang keberatan, janganlah dipedulikan.

Jika hati sudah berpenyakit, banyaklah angkara akan dibuat. Berikutan itulah, sampai ke pendengaranku dari sumber pelbagai bahawa Mr. Os melebelkan aku dan rakan-rakan ustaz sebagai Khawarij, bahkan murtad. Ada sumber mengatakan kami juga disifatkan sebagai munafiq. Khawarij, murtad dan munafiq adalah lontaran lidah tidak bertulangnya yang punya implikasi besar terhadap agamanya. Apakah dia sendiri memahami erti khawarij, munafiq dan murtad serta sebab-sebab yang membawa kepadanya. Kami cuba mememaafkan dan melupakan kelancangannya kerana kitab rujukannya untuk melebel kami dengan gelaran itu hanyalah dari Utusan Malaysia dan seumpamanya.  Jika agama dipelajari dari longgokan sampah maklumat, maka demikianlah jadinya. Amat lucu jika seorang yang Quran pun tidak faham makna , mahu murtadkan kalangan ahli agama. Dunia benar-benar centang peranang jika disyairkan oleh orang-orang jahil.

Tujuh orang ustaz disenaraihitamkan. Tujuh orang itu punya kaitan denganku. Mereka semua sahabatku dan pernah menyumbang aktiviti di Masjid Taman Fajar. Senarai itu dihantar ke Ketua unit PPD dan aku tidak pernah mendengar ada susulan dibuat. Pihak PPD sudah tentu tidak punya masa untuk melayani kemelut orang berpenyakit hati sedemikian. Amanah mentadbir urus pendidikan lebih utama daripada menyapu lelehan air liur yang kemudiannya akan kering sendiri.

Aku cuba mengambil jalan menenangkan keadaan. Sebab itu aku telah berhenti menyusun jadual khatib dan aku sendiri tidak lagi menyampaikan khutbah di masjid Al-Fajr. Aku tidak sunyi kalaupun tidka berkhutbah. Sesekali aku dijemput oleh masjid lain juga. Namun, khutbah bukan medium dakwah yang satu-satunya aku ada. Justeru, aku teruskan program Dauratul Quran dan ia lebih berkesan untuk aku sampaikan pengetahuan agama kepada masyarakat setempat.

Rupanya Mr. Os tidak berhenti sebagaimana aku berhenti. Aku tidak lagi menjemput penceramah luar untuk menyampaikan perkongsian ilmu mereka di masjid. Mr.Os telah memanjangkan laporannya kepada pihak atasan. Banyak saksi yang menyokong kesimpulanku ini. Siasatan pegawai penyiasat mengesahkannya lagi. Masakan mereka datang bertemu denganku untuk hal di kejiranan Fajar kalau tidak ada orang melaporkannya. Siapa lagi di kejiranan Taman Fajar yang panas hati denganku melainkan Mr. Os seorang. Tidak ada melainkan Mr. Os seorang. Kalau pun ada dan aku tidka tahu, galagat mereka tidak seperti Mr. Os.

Mr. Os bukan itik yang sentiasa berenang di permukaan air. Dia juga bukan biduk yang lalu dan kiambang bertaut. Mr. Os laksana ikan kaloi yang bertapa dalam air kali dan kemudian timbul sekali sekala menghembus nafas dan mengocak riak. Sungai berair tenang tapi si ikan kaloi itu cuba membuat riak. Riak tidak menjadi gelombang dengan galak kaloi seekor yang cuba berbuat riak di muka air.

Sesungguhnya makar orang yang dengki tidak akan ke mana. Dunia ini bukan miliknya. Allah sudah menentukan nasib. Kala terbang memipih dada, jangan lupa satu saat akan hinggap di ranting. Ranting mungkin patah dan anda mungkin jatuh tersungkur. Daun dedalu tidak akan menggapai awan kalau pohon tumpangan telah rebah menyembah bumi.

Saya cuba melupakan masalah Mr. Os tetapi Mr. Os mahu berkonfrontasi. Mr. Os tidak puas hati dan terus mengganggu. Mr. Os perlu tahu bahawa roda hidup selalu berputar.

Monday, February 17, 2014

Suami terakhir

Bagi wanita yang bersuami lebih dari satu, maka suami terakhirnya yang akan menjadi temannya dalam syurga. Imam Al-Qurtubi dalam kitabnya At-Tazkirah menyebutkan sebuah riwayat atsar dari Huzaifah yang telah berkata kepada isterinya:

" Jika kamu suka untuk menjadi isteriku dalam syurga andainya kita dihimpunkan bersama di dalamnya, maka janganlah kamu berkahwin lagi sesudahku. Maka sesungguhnya seseorang perempuan itu akan berkahwin di akhirat nanti dengan suami terakhirnya di dunia".

Riwayat ini juga boleh ditemui di dalam Sunan Al-Kubra oleh Baihaqi 7/69 dan juga dalam Siyari A'lam An-Nubala' oleh Az-Zahabi 2/208/

Ad-Dailami dalam Firdaus menyebutkan riwayat bahawa Mu'wiyah bin Abi Sufian  pernah meminang Ummu Ad-Darda' akan tetapi Ummu Ad-Darda' enggan dan berkata: Aku mendengar Abu Ad-Darda' meriwayatkan hadis dari Rasulullah SAW dengan sabdanya: Seorang perempuan itu adalah isteri kepada suami terakhirnya di dunia". Abu Ad-Darda' berpesan: Jika kamu ingin menjadi isteriku di akhirat, maka janganlah berkahwin lagi sesudah matiku".

Thursday, February 13, 2014

Sumpah bahasa nifaq

Bersumpahlah dengan Al-Quran
Bahawa kamu tidak berzina
Bahawa kamu tidak makan rasuah.
Bahawa kamu akan mengundi kami
Bahawa kamu tidak menipu

Quran yang diturunkan sebagai petunjuk kehidupan
Hanya jadi dagangan sumpahan

Dari ruang parlimen hingga ke mahkamah
Dari dalam masjid ke padang bola sepak.

Ketika betikai soal maruah diri
Sumpah Al-Quran yang diminta
Ketika bergaduh kerana sebiji bola
Sumpah Al-Quran dicabar

Apa yang kamu faham tentang Al-Quran?

Nanti kelak
Para pelacur berebut pelanggan
Minta sumpah dengan Al-Quran.
Serigala dan dubuk berebut bangkai
Sumpah Al-Quran jadi penentu...

Aduhai...

Monday, February 10, 2014

Syair Hamzah Fansuri

Hamzah Fansuri menghasilkan karya syair yang indah. Ia banyak membicarakan soal kerohanian. Hanya, dia terpengaruh dengan idea Ibn Arabi yang mengasakan fahaman sufisme Wehdatul Wujud. Walaupun ada orang mempertahankan kebenran fahaman sedemikian dan meletakkan Ibn Arabi sebagai orang yang berada di atas jalan yang benar, aku tidak berminat dengan fahaman sedemikian. Ada sesetengah tokoh menghukumkan Ibn Arabi sebagai kafir berasaskan cetusan karyanya yang mengandungi tinta-tinta kufur. Soal itu, Wallhu 'Alam. Cukuplah kita mengetahui konflik itu dan biarlah ia menjadi sejarah. 

Aku lebih suka memilih fahaman "wehdatus Shuhud" dan menolak fahaman "wehdatul Wujud" yang mengelirukan.

Maka demikian, Hamzah Fansuri telah menganut fahaman Wehdatul Wujud dan pada zamannya dan konflik pun terjadi antaranya dengan Nuruddin Ar-Raniri yang merupakan ulama penasihat kepada kerajaan Aceh yang waktu itu di bawah pemerintahan Iskandar Thani.

Namu, itu tidak bermakna kita menghilangkan penghargaan ke atas hasil karya indah yang dicetuskan oleh Hamzah Fansuri. Semoga Allah mengampukannya jika beliau ada kekeliruan. Yang lebih penting, kita sendiri perlu berwaspada daripada keliru. 

Lihatlah secebis tintanya yang dinamakan Syair Perahu:

Inilah gerangan suatu madah
mengarangkan syair terlalu indah,
membetuli jalan tempat berpindah,
di sanalah i’tikat diperbetuli sudah

Wahai muda kenali dirimu,
ialah perahu tamsil tubuhmu,
tiadalah berapa lama hidupmu,
ke akhirat jua kekal diammu.

Hai muda arif-budiman,
hasilkan kemudi dengan pedoman,
alat perahumu jua kerjakan,
itulah jalan membetuli insan.

Perteguh jua alat perahumu,
hasilkan bekal air dan kayu,
dayung pengayuh taruh di situ,
supaya laju perahumu itu

Sudahlah hasil kayu dan ayar,
angkatlah pula sauh dan layar,
pada beras bekal jantanlah taksir,
niscaya sempurna jalan yang kabir.

Perteguh jua alat perahumu,
muaranya sempit tempatmu lalu,
banyaklah di sana ikan dan hiu,
menanti perahumu lalu dari situ.

Muaranya dalam, ikanpun banyak,
di sanalah perahu karam dan rusak,
karangnya tajam seperti tombak
ke atas pasir kamu tersesak.

Ketahui olehmu hai anak dagang
riaknya rencam ombaknya karang
ikanpun banyak datang menyarang
hendak membawa ke tengah sawang.

Muaranya itu terlalu sempit,
di manakan lalu sampan dan rakit
jikalau ada pedoman dikapit,
sempurnalah jalan terlalu ba’id.

Baiklah perahu engkau perteguh,
hasilkan pendapat dengan tali sauh,
anginnya keras ombaknya cabuh,
pulaunya jauh tempat berlabuh.

Lengkapkan pendarat dan tali sauh,
derasmu banyak bertemu musuh,
selebu rencam ombaknya cabuh,
La ilaha illallahu akan tali yang teguh.

Barang siapa bergantung di situ,
teduhlah selebu yang rencam itu
pedoman betuli perahumu laju,
selamat engkau ke pulau itu.

La ilaha illallahu jua yang engkau ikut,
di laut keras dan topan ribut,
hiu dan paus di belakang menurut,
pertetaplah kemudi jangan terkejut.

Laut Silan terlalu dalam,
di sanalah perahu rusak dan karam,
sungguhpun banyak di sana menyelam,
larang mendapat permata nilam.

Laut Silan wahid al kahhar,
riaknya rencam ombaknya besar,
anginnya songsongan membelok sengkar
perbaik kemudi jangan berkisar.

Itulah laut yang maha indah,
ke sanalah kita semuanya berpindah,
hasilkan bekal kayu dan juadah
selamatlah engkau sempurna musyahadah.

Silan itu ombaknya kisah,
banyaklah akan ke sana berpindah,
topan dan ribut terlalu ‘azamah,
perbetuli pedoman jangan berubah.

Laut Kulzum terlalu dalam,
ombaknya muhit pada sekalian alam
banyaklah di sana rusak dan karam,
perbaiki na’am, siang dan malam.

Ingati sungguh siang dan malam,
lautnya deras bertambah dalam,
anginpun keras, ombaknya rencam,
ingati perahu jangan tenggelam.

Jikalau engkau ingati sungguh,
angin yang keras menjadi teduh
tambahan selalu tetap yang cabuh
selamat engkau ke pulau itu berlabuh.

Sampailah ahad dengan masanya,
datanglah angin dengan paksanya,
belajar perahu sidang budimannya,
berlayar itu dengan kelengkapannya.

Wujud Allah nama perahunya,
ilmu Allah akan [dayungnya]
iman Allah nama kemudinya,
“yakin akan Allah” nama pawangnya.

“Taharat dan istinja’” nama lantainya,
“kufur dan masiat” air ruangnya,
tawakkul akan Allah jurubatunya
tauhid itu akan sauhnya.

Salat akan nabi tali bubutannya,
istigfar Allah akan layarnya,
“Allahu Akbar” nama anginnya,
subhan Allah akan lajunya.

“Wallahu a’lam” nama rantaunya,
“iradat Allah” nama bandarnya,
“kudrat Allah” nama labuhannya,
“surga jannat an naim nama negerinya.

Karangan ini suatu madah,
mengarangkan syair tempat berpindah,
di dalam dunia janganlah tam’ah,
di dalam kubur berkhalwat sudah.

Kenali dirimu di dalam kubur,
badan seorang hanya tersungkur
dengan siapa lawan bertutur?
di balik papan badan terhancur.

Di dalam dunia banyaklah mamang,
ke akhirat jua tempatmu pulang,
janganlah disusahi emas dan uang,
itulah membawa badan terbuang.

Tuntuti ilmu jangan kepalang,
di dalam kubur terbaring seorang,
Munkar wa Nakir ke sana datang,
menanyakan jikalau ada engkau sembahyang.

Tongkatnya lekat tiada terhisab,
badanmu remuk siksa dan azab,
akalmu itu hilang dan lenyap,
(baris ini tidak terbaca)

Munkar wa Nakir bukan kepalang,
suaranya merdu bertambah garang,
tongkatnya besar terlalu panjang,
cabuknya banyak tiada terbilang.

Kenali dirimu, hai anak dagang!
di balik papan tidur telentang,
kelam dan dingin bukan kepalang,
dengan siapa lawan berbincang?

La ilaha illallahu itulah firman,
Tuhan itulah pergantungan alam sekalian,
iman tersurat pada hati insap,
siang dan malam jangan dilalaikan.

La ilaha illallahu itu terlalu nyata,
tauhid ma’rifat semata-mata,
memandang yang gaib semuanya rata,
lenyapkan ke sana sekalian kita.

La ilaha illallahu itu janganlah kaupermudah-mudah,
sekalian makhluk ke sana berpindah,
da’im dan ka’im jangan berubah,
khalak di sana dengan La ilaha illallahu.

La ilaha illallahu itu jangan kaulalaikan,
siang dan malam jangan kau sunyikan,
selama hidup juga engkau pakaikan,
Allah dan rasul juga yang menyampaikan.

La ilaha illallahu itu kata yang teguh,
memadamkan cahaya sekalian rusuh,
jin dan syaitan sekalian musuh,
hendak membawa dia bersungguh-sungguh.

La ilaha illallahu itu kesudahan kata,
tauhid ma’rifat semata-mata.
hapuskan hendak sekalian perkara,
hamba dan Tuhan tiada berbeda.

La ilaha illallahu itu tempat mengintai,
medan yang kadim tempat berdamai,
wujud Allah terlalu bitai,
siang dan malam jangan bercerai.

La ilaha illallahu itu tempat musyahadah,
menyatakan tauhid jangan berubah,
sempurnalah jalan iman yang mudah,
pertemuan Tuhan terlalu susah.

ERTI DARI SECEBIS JANGGUT

Aku setuju soal wajib berjanggut atau tidak bagi seorang lelaki muslim, itu soal khilafiah.Usah diperdebatkan.Kebanyakan ulama zaman silam menghukumkannya sebagai wajib. Ramai pula tokoh ulama masa kini menghukumkannya sebagai sunnat. Dengan kata lain, pandangan yang mewajibkan simpan janggut turut mengharamkan perbuatan mencukur janggut. Sementara pandangan yang mengatakan sunat menyimpan janggut, maka mencukurnya dihukumkan makruh.

Beberapa tokoh besar dalam fatwa masa kini menghukumkan perbuatan mencukur janggut sebagai makruh. Antaranya Syeikh Sayyid Sabiq, Syeikh Buti, Syeik Yusuf Al-Qaradhawi dan ramai lagi. Sementara tokoh-tokoh ulama Salafi seperti Syeikh Bin Baz, Uthaimin dan yang seumpama dengan mereka menghukumkan haram.

Haram atau makruh?
Mana satu yang betul?

Kenapa mesti bengung?

Kedua-dua pandangan itu betul. Namun, jalan keluarr dari khilaf tersebut, simpan sahaja janggut. Habis cerita. Lagipun, bukankah janggut itu sunnah nabi. Tak ada orang mempertikaikan bahawa nabi berjanggut. Cuma yang jadi perselisihan adalah, apakah boleh tidak berjanggut. Kalau memang jenis baka tiada janggut memang tak timbul masalah. Ini yang jenis ada janggut tetapi suka melicinkannya.

Apa cerita? Apa sebab? Tidak sukakah ikut nabi?

Ah! aku bukan alim sangat. Nanti kalau ada janggut orang kata aku alim. Sesetengah orang memberikan alasan.  Adakah patut kerana takut dikatakan orang alim, maka berat untuk simpan janggut. Apakah alim itu sifat negatif. Patutnya, bertambah sukalah kalau dikatakan sebagai orang alim. Yang bukan ustaz, bila mula simpan janggut, orang panggil ustaz. Patut rasa bangga. Panggilan ustaz bukan satu penghinaan. Ia satu kemuliaan.  Maka, apa perlunya merasa malu?

Soal hukum bukan jawapan kepada semua permasalahan. Kita tidak boleh terlalu larut dalam membahaskan hukum. Banyak sangat bicara soal hukum, akan membawa hati menjadi keras. Kekadang, soal moral dan kerohanian juga perlu dipertimbangkan. Kalaupun kita menganut fatwa yang menghukumkan pendekkan jangggut itu sebagai makruh, apakah kita perlu mengamalkan pemotongan janggut? Kenapa kalau makruh kita meringankannya. Tetapi bila sunat kita tidak pula terdorong?

Padahal kita pun tahu bahawa nabi berjanggut. Kita pun tahu bahawa nabi suruh nipiskan misai dan simpan janggut. Maka, kedegilan apa lagi yang mahu kita pertahankan sehingga memilih untuk menyalahi nabi. Kata cinta nabi? Kata Sayang nabi.

Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jambi pula dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Mengapa nabi tidak diikutkan?

Adakah hanya kerana potong janggut hanya makruh, maka kita pun memilih melicinkan muka dari semua bulu-mulu yang menjadi izzah seorang lelaki? Kalau begitu, kita telah benar-benar berwatak keras dan degil. Watak yang lahir bila terlalu membicarakan soal hukum. Mari lupakan soal hukum. ia tidak menemui kesepakatan para ulama. Tetapi, ada yang disepakati. Itulah kenyataan bahawa nabi berjanggut. Sebab itu rata-rata ulama berjanggut. Sedikit atau banyak, pasti mereka ada janggut.

Pemuda Pas perlu lenggok baru

Pemuda Pas kalau nak menjadi juara masyarakat, tidak boleh lagi dilihat sebagai pejuang anti maksiat semata-mata. Itulah antara kritikan pedas yang dilontarkan oleh beberapa komentator politik yang bebas dan kelihatan tidak memihak. Selama ini masyarakat sering didendang dengan sikap pemuda Pas yang begitu responsif terhadap isu-isu kemaksiatan seperti konsert maksiat, sambutan hari velentine, premis arak dan judi serta sebagainya.

Sekarang ini, medan yang terbuka menanti sikap Pemuda Pas. Kebajikan rakyat yang melibatkan isu kemiskinan, perumahan, penindasan dan sebagainya adalah lapangan baru yang lebih bererti.

Dalam sebuah kerajaan yang kurang kepedulian agamanya, soal membanteras kemaksiatan tidak menjadi faktor yang boleh meng'crowd" sokongan rakyat.Lagipun soal tersebut memerlukan tangan-tangan kuasa yang masih gagal direbut dari tangan pemerintah.

Thursday, February 06, 2014

Aduhai Melayu.

Suara-suara melayu haprak kian merintih
hanya memalukan bangsa
tahap pemikiran setaraf angsa
tidak berharga hilang bijaksana

Majlis Ayahanda apenama?
minta dinyahkan segera
orang Cina India
yang tak pandai berbahasa
Melayu buta bahasa bagaimana?
asyik dok cakap bahasa penjajah saja
buat projek majukan bahasa mereka
takkah diusir sama?

Melayu buat malu
menggelepar macam ayam kena palu
tidak sebab jadi haru biru
tuduh orang sana sini
sebagai punca diri hilang jati
padahal memang empunya malas muhasabah diri.

Melayu PERKASA
Melayu PEKIDA
Melayu bertopeng agama
menggugat tatakerama negara

kalau mahu tahu
itulah warisan Khawarij sejarah
pemikiran tidak seiya sekata
hanya berkisar di lingkungan diri cuma.

Saturday, February 01, 2014

ORANG SELANGOR

Tidak adakah lagi orang Selangor yang berkelayakan untuk jadi calon PRK Kajang. Demikian melantun pertanyaan menempelak oleh seorang panelis dalam siaran langsung TV1 semalam. Ini kerana, PR telah  memutuskan calon PRK Kajang bagi PR adalah DS Anwar Ibraim. Belia bukanlah orang Selangor tetapi orang Pulau Pinang. 

Mengapa tiba-tiba timbul soal negeri asal? Satu ketika dulu, Datuk Syafie Afdal pernah dilantik menjadi Ketua Perhubungan UMNO Kedah. Tiada puala bantahan dari kalangan asobiah kenegeriaan di Kedah. Datuk Syafie Afdal adalah orang Semporna, Sabah. Jauh amat tanah asalnya dari tanah Kedah. Malah, Datuk Najib sendiri pernah menjadi Ketua Perhubungan UMNO Selangor. Waktu itu, tiada pula timbul soal tiadakah lagi orang Selangor yang berkaliber.

Pertanyaan berhubung tiadakah orang Selangor untuk dipilih menjadi calon PRK Kajang adalah pertanyaan orang-orang yang meracau dengan kejutan terpilihnya DS Anwar sebagai calon. Nampaknya, rasa anti Anwar Ibrahim sangat mendalam. Masih ada cubaan panelis untuk melebelkan DS Anwar Ibrahim sebagai insan yang sangat teruk dan menyeru agar rakyat menolaknya. Namun, sehingga kini, musuh politik Anwar Ibrahim sendiri masih gagal membuktikan jenayah DS Anwar sama ada dari segi moral mahukan rasuah.

Dalam dunai merentas sempadan hari ini, bicara kenegerian telah menjadi "out dated". Siapa lagi yang berminat sentimen kenegerian dimainkan?

Friday, January 31, 2014

GAMBARAN DIRI SENDIRI

Beberapa laporan polis telah dibuat berhubung perletakan jawatan oleh ADUN Kajang. Laporan polis itu dibuat beasaskan sangkaan buruk bahawa ADUN tersebuk telah disogok agar beliau meletakkan jawatan. Demikian aliran pemikiran golongan yang telah biasa dengan amalan rasuah. Apapun yang berlaku, rumusan yang timbul dan kepala mereka adalah rasuah. Kalau sudah asalnya musang, tetaplah makan ayam. Demikianlah apa yang boleh digambarkan mengenai kelompok yang suka membuat laporan polis berasaskan andaian dan buruk sangka ini.

Bagi mereka, adalah tidak mungkin kalau ADUN itu meletakkan jawatan secara ikhlas. Mesti ada sogokkan. Andaian tersebut dibuat kerana kalau kes yang sama menimpa mereka, begitulah yang akan mereka minta. Mereka hanya akan meletakkan jawatan dari kedudukan selesa mereka jika ada imbuhan. 

Wednesday, January 29, 2014

PRK KAJANG-MENGAMATI DENGAN TENANG.

Mengamati perkembangan politik terakhir ini, aku agak ukar menetapkan sikap. Kes terbaru melibatkan peletakkan jawatan oleh ADUN Kajang dan pemilihan DS Anwar Ibrahim sebagai bakal calon yang akan bertanding menimbulkan sedikit polimik di kalangan para sarkis politik. Yang memerhati gelagat ahli politik dair luar pagar pun tumpang membakar polimik.

Dr. Maza yang selalu responsif kepada perkembangan politik juga memberi komen dan menyifatkannya sebagai permainan politik yang membazirkan wang rakyat. Kalangan pemimpin muda Pas pula menempelak dan mengancam akan memboikot pilihanraya kecil jika penjelasan munasabah tidka diberikan.  Agak sukar meletakkan sikap diri dalam hal ini. Aku diam memerhati tanpa mahu menyalahkan mana-mana pihak. Sekurang-kurangnya hingga ke tahap ini.

Aku masih beranggapan bahawa seni orang berpolitik tidak harus diukur dengan seni ahli ilmu. Seni politik orang lama tidak seperti seni lenggok orang baru. Sudah tentu tarian makyung itu lenggoknya lebih mendalam daripada mana-mana tarian baru ciptaan masa kini.

Saya harap ada kebaikan dalam permainan ini. Adalah lebih bijak jika kita berlapang dada dan bertenang serta tidak melatah.

Tuesday, January 28, 2014

MENCUNGKIL SUARA RAKYAT BUKAN PEMBANZIRAN

Sudah tentu satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan di DUN Kajang. Ini berikutan perletakan jawatan oleh penyandangnya, Lee Chin Cheh. Ada pihak menyifatkannya sebagai gelagat politikus yang merugikan wang negara memandangkan apabila PRK diadakan, sejumlah besar wang akan dibelanjakan untuknya. Tanggapan sedemikian adalah berlebihan kerana tanpa PRK pun, perbelanjaan berjalan setiap hari dan kekadang kepada perkara yang lebih tidak berguna daripada PRK. 

PRK diadakan untuk mendapat suara rakyat. Membelanjakan sejumlah wang untuk mendapat pendirian rakyat adalah satu perlaksanaan kepada hak rakyat untuk bersuara. Buatlah pilihanraya setiap hari, ia adalah untuk rakyat. Memberi rakyat peluang bersuara. Itu bukan satu pembaziran. lainlah jika wang negara dibelanjakan untuk perkara yang tidak perlu seperti membeli jet pribadi PM yang baru, menjemput artis luar negara buat persembahan tahun baru dan sebagainya.

Sikap pesimis sesetengah orang dalam menaggapi hal ini hendaklah kita amati dengan cermat.

Yang namanya politik, itu penuh dengan siasat. Politik adalah kebijaksanaan. Politik bukan medan orang dunggu dan lurus tidak bertempat. Politik itu pencak yang rancak dan bukan pacak tercacak.

Thursday, January 23, 2014

BERTUDUNG TAPI BERMAKSIAT

Isu Syarikat Pembinaan CASMET tidak membenarkan Marinatasha Isnariah Mustapar membuat persembahan pada acara makan malam tahunannya mungkin mengundang sensitiviti sesetengah kalangan ummat Islam. Syarikat tersebut disifatkan mengamalkan diskriminasi. Oleh kerana kebetulan pula pihak pengurusan atasan yang mengeluarkan larangan tersebut adalah berbangsa Cina, ada sesetengah melebilkannya sebagai rasis.

Walau bagaimanapun, isu tersebut seharusnya dilihat dari kedua-dua belah pihak. Kesalahan jangan hanya dipikulkan kepada pihak pengurusan CASMET. Kesalahan juga seharusnya dipikulkan kepada Marinatasha. Kalau benar beliau ingin mengamalkan cara hidup Islam melalui pemakaian tudung, beliau hendaklah tulus dan ikhlas. Kita tidak boleh terima kalau seorang wanita Islam bertudung tetapi mendedahkan pahanya. Demikian, kita tidak seharusnya boleh menerima jika seorang muslimah bertudung tetapi dalam masa yang sama menari berjoget bergaul bebas.

Beliau bukan membela Islam dengan tindakan menyaman syarikat tersebut yang melarangnya membuat persembahan. Beliau hanya membela keegoan diri yang terasa malu dengan tindakan pihak pengurusan  CASMET. 

Sangat ramai wanita yang bertudung dewasa ini tetapi mereka bertudung bukun demi syariat. Ia hanya sebuah fesyen kerana syariat bukan  hanya pada tudung, tetapi juga pada pergaulan dan akhlak.

Monday, January 06, 2014

Tuluslah!

Saya hairan juga melihat sikap sesetengah daripada kalangan pemimpin PAS yang menyerang habis-habisan pemimpin PAS yang mengambil pendekatan lunak dalam isu-isu melibatkan kalimah Allah, gereja dan hubungan antara agama. Hatta, ada yang melebelkan pemimpin PAS seperti Mujahid Yusuf Rawa sebagai liberalis dan pluralis yang meniti tebing kemurtadan. Namun, ketika melihat sikap Marina Mahathir yang baru-bari ini menyatakan sokongan terbukanya kepada pendirian paderi yang mau menggunakan kalimah Allah dalam acara agamanya, tidak pula pemipin tersebut melenting marah.

Oh, mungkin kita boleh katakan sebab Marina Mahathir bukan bahagian dari Pas, maka tidaklah mereka pedulikan. Namun, kemarahan mereka itu tidak bertempat. Memarahi sahabat seperjuangan hanya kerana tafsiran agama sendiri yang tidak selari dengan rakan, adalah sikap semberono dan tidak matang.


Thursday, December 12, 2013

Isu Syiah

Zahid Hamidi kata dia ada bukti pemimpin kanan Pas berfahaman Syiah. Dia juga kata Syiah mengamalkan sikap menipu dan perkataan itu tidak sukar untuk difahami. Kelak, jika dia tidak dapat membuktikan secara kuar tuduhannnya itu, dia akan sandarkan kepada sifat menipu dan menyembunyikan fahaman Syiah oleh pemimpin kanan PAS yang dimaksudkan. Kenyataan Zahid Hamidi itu telah disinis oleh TG Nik Aziz dengan mengatakan bahawa yang suka menipu itu juga sekularis nasionalis sepertinya.

Aku kira khalayak telah dapat menduga, siapa pemimpin kanan PAS yang ditohmah Zahid Hamidi itu. Tentu Mat Sabu. Isu bahawa Mat Sabu itu Syiah tidak habis-habis dimainkan UMNO dan malang pula ada agamawan yang termakan mainan tersebut.

Sebab itu, aku tidak gemar berjoget lambak rentak paranawe dalam mengumandangkan lagi Syiah.