CARI BAHAN

Wednesday, March 19, 2014

Angkara Dedalu

Kalau hati sudah berkarat
banyaklah orang akan dimusibat
para ustaz diminta siasat
orang yang bejat dibiar sesat.

Terasa diri besar sekali
konon menjaga keamanan negeri
mengelak perpecahan sesama sendiri
manikam tidak dikenal jauhari.

Bila diri terasa disingkirkan
dia mencari kuman semberang lautan
kesalahan diri dia lupakan
para ustaz lalu dikambinghitamkan.

Kononnya ustaz hentam kerajaan
masyarakat damai jadi berantakan
dia terima panggilan aduan
pening kepala serabut fikiran.

Lagak bagai pemimpin ikutan
tepat orang mengadu perasaan
murai berkicau dia besarkan
seperti detuman membelah lautan.

Kalau hebat membaca firman
sabda nabi fasih dituturkan
silalah tampil berdiri di depan
pimpinlah warga menghadap Tuhan.

Kalau hanya memikul reba
ke medan laga jangan dicuba
kenapa rasa diri margastua
kalau tiada bersayap dua?

Kami berjuang bukan mula
hanya menyambung tugas ambia
dari bimbingan ulama aulia
selepas kami orang lain pula.

Jika dihalang ditambah nista
itu semua ragam biasa
telah digelar nabi kita
tukang sihir, penyair dan orang gila.

Sangkaku terbang tinggi di awan
Jelmaan malaikat pembela kebenaran
rupanya dedalu di hujang dahan

dari najis pipit berkeliaran.

ISTISQA' IKHTIAR TERBAIK

Dengar khabar, hujan sudah mula menyimbah bumi Semenanjung. Setelah lama hujan tidak turun dan penduduk negeri-negeri di Semenanjung merasa gelisah, akhirnya hujan pun turun. Turun setelah pelbagai usaha diikhtiarkan. Tentu sekali antara ikhtiar yang terpenting adalah solat "istisqa'". Dengan izin Allah juga, hujan turun.

Ibuku di kampung menarik nafas lega. Katanya, hujan baru-baru ini cukup membasahkan tanah dan menyejukkan semula persekitaran yang membahang hampir sebulan.

Demikianlah...kita hanya perlu kembali kepada Allah. Tidak perlu minta tolong bomoh hujan. Membazir sahaja kerja-kerja pembenihan awan. Hujan tidak jadi, wang negara lesap.

Friday, March 14, 2014

Pening Lalat (2)

Setelah geledah selat Melaka
Laut Andaman termasuk juga
kini Lautan Hindi pula diduga
terbenam ke dasar yang gelita.

Katakan sahaja
Ia telah hanyut ke Lautan Atlantik
mari kita cari di sana
kalau tidak jumpa juga
lautan pasifik kita teroka

Kenapa laut sahaja?
carilah juga di Banjaran Titiwangsa
dalam lembah celah rimba
atau di dataran Mekong
mungkin betul di Tanah Nanning
di dataran pamah atau tasik Tonle Sap
Carilah merata-rata
hingga ke Ukraine sana...

Thursday, March 13, 2014

Maliziyyun...alangkah malu!

Seluruh orang Malaysia terpalit malu
Melayu, Cina dan India
Suluk, Bajau, Bugis dan Kadazan
Melanau, Iban dan Dayak

Dalam akhbar al-arabiah sudah melaporkan
tajuk berita bernada sinis
" Sihir menjadi jalan terakhir 'Maliziyyin" merungkai misteri kapal terbang".

Masakan orang bebal dan dunggu itu boleh membuat demonstrasi di tempat yang begitu berprestij dan di depan wartawan antarabangsa kalau tidak dengan restu pemimpin atasan yang menjemputnya. Siapakah pemimpin atasan yang bebal dan dunggu itu? Tidak berkubang bersama kerbau melainkan kerbaulah. Tidaklahlah lalat melainkan hinggap di bangkai.

Sungguh wajah orang Malaysia terpalit lumpur hitam dari kumbahan nista. Dunia Arab tersengeh. Rupanya begitu orang Malaysia. Padahal...hanya sekelompok yang menjadi hamba perbomohan mereng.

Tuesday, March 11, 2014

Pening Lalat (1)

Dari Laut China Selatan
meraba hingga Selat Melaka
apakah tidak mungkin ke Selat Sunda?
Boleh jadi ke Laut Hindi
Kiranya hanyut ke Laut Arab
Sungguh banyak Qila wa Qala...

Berkhayal mengenai Tragedi MH370

Ini hanyalah sebuah khayalan. Jangan percaya. Jangan salahkan aku kerana berkhayal sampai ke tahap ini. Memang khayalan tidak punya sempadan. Khayalan juga bukan satu jenayah.

Kapal terbang MH370 yang hilang itu memang membingungkan ramai orang. Ada yang kata ia tenggelam di laut. Ada yang kata ia telah dirampas pengganas. Malah, tidak kurang juga yang mengatakan ia disembunyikan oleh jin.

Hari itu tiba-tiba heboh dalam media massa mengatakan pihak kerajaan Malaysia telah mendapat panggilan talifon dari kumpulan pengganas dari negara Ukraine. Mereka mendakwa kapal terbang MH 370 yang dicari di merata tempat itu telah didaratkan oleh mereka di satu tempat rahsia di Asia Tengah.

Semua penumpang dalam tebusan mereka. Mereka meminta kerajaan Malaysia menunaikan permintaan mereka. Permintaan mereka itulah yang menggemparkan dan bertambah gempar bila digempartambahkan oleh media massa seperti RTM dan TV3.

Wakil kumpulan yang belum dapat dipastikan itu menuntut supaya DS Anwar Ibrahim dibebaskan dari hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan. Jika kerajaan Malaysia mahu kembali Kapal terbang beserta penumpangnya, DS Anwar Ibrahim hendaklah dibebaskan.

Tuntutan itu memang luar biasa. Segera, media massa menanamkan tanggapan di kalangan rakyat bahawa DS Anwar Ibrahim sebagai dalang tebusan itu. Beliau telah merancang semua itu demi membebaskan dirinya.

Rakyat jadi marah kepadanya. Sungguh tega DS Anwar Ibrahim melakukan demikian demi kepentingan dirinya. Kesannya, PRK Kajang yang diadakan memperlihatkan kemenangan besar calon BN. Reputasi Anwar dan PR jatuh merudum.

Kerajaan telah dilihat bertanggungjawab bila sanggup mendorong keputusan pembebasan DS Anwar dalam rayuannya kemudian dari itu. Itulah yang menjadikan kemenangan BN dalam PRK Kajang.

Maka, untuk beberapa lama, DS Anwar Ibrahim mendapat cemuhan dan terbunuhlah potensi politiknya. Survival politik UMNO Pun dapat disuntik tenaga baru.

Tetapi, bak kata pepatah, masakan bangkai gajah dapat ditutup dengan lalang sehelai. Akhirnya, pecah juga rahsia. Rupanya kejadian tebusan MH370 itu adalah sebuah drama yang diadakan itu proses "killing" yang begitu "high profile".

Ia adalah sebuah skrip terhebat yang dilahirkan oleh APCO.

Ini hanya sebuah khayalan. Jangan percaya. Tulisan ini tidak mengganggu siasatan sekarang kerana ia hanya khayalan. Khayalan tidak punya sempadan. Khayalan boleh jadi sebuah dongeng.

Oleh itu, jangan percaya dan lupakan sahaja. Ia hanya untuk latihan mempertajamkan otak.

Saturday, March 08, 2014

Sabar Pak Anwar!

Mereka yang lalu
berjuang dan telah berpulang
tetapi masih difitnah ulang
ada ulama dituduh petualang
sekalipun kitabnya penuh segudang
jadi rujukan pelbagai bidang.

Para pejuang bukan seluang
yang hanya menunda udang
pejuang itu bukan tafakur sepetang
menatap mega merah di hujung pandang.

Sudah tersurat dalam riwayat
ulama hebat sering disebat
fitnah si dunggu ilmu sekerat
masa hayatnya tidak berani dekat
sampai matinya menyimpan kesumat
kepada mayat terus mengumpat
ulama disesat tak bisa menjawab.

Jika Pak Anwar pejuang sejati
demikianlah sunnah untuk ditatapi
sabar teguh hingga mati
dunia bukan segenap segi
fitnah khianat laksana spaghetti
tidak akan pernah berhenti
hingga mati terus berbunyi
beratus tahun terus dinyanyi.

Kalau menang menjadi jawapan
sebagai bukti sebuah kebenaran
tidak akan tewas ulama tempawan
difitnah nista serigala rupawan.

Dunia ini medan ujian
mari mengamati buat pedoman.

Kalau sudah langit menegur.

Bumi subur kering gersang
cuaca panas di bawah terik mentari
percikan api membakar belantara
rosak musnah khazanah flora fauna

Penguasa durja masih leka
bukan rakyat yang dibela
mengusap kepala bontot didera
manis bicara dicuka luka.

Terbang pesawat menerjah angkasa
pramugari seksi kain terbelah hingga paha
arak dihidang seperti tiada dosa
suntikan berjuta tetap rugi jua
ada apa di sebalik semuanya?

Aduhai...
hari ini bencana nestapa melanda
Dalam dunia seluas cakera
hilang sirna tidak terduga
pesawat negara membawa nyawa.

Belajarlah memahami teguran dari langit
Usah diulang angkara murka.

Friday, March 07, 2014

MEREBUT PANJI KEBENARAN

Pertarungan merebut panji kebenaran telah berlangsung lama. Sejak zaman Qabil dan Habil lagi. Bahkan, sebelum itu ketika Iblis menegakkan kebenarannya enggan sujud kepada Adam, pertarungan itu telah pun wujud. Maka, ia berlangsung hingga kini dan akan berterusan hingga habis kiraan hari.

Ketika menghujat Nasrani, mereka kata, mereka berada di atas kebenaran. Demikian hujatan terhadap Yahudi bahkan Wasani sekalipun. Kebenaran tetap menjadi zikir suci mereka semua. Jika dakwaan menjadi jawapan, maka dunia ini amat bingung dan penuh dengan kekeliruan.

Justeru, atas dasar apa mahu dikatakan seseorang telah menemui kebenaran? Jika melihat kepada pencapaian dunia, maka yang benar adalah tamadun Barat dan sesatlah tamadhun Islam. Apakah pula perlu dilihat kepada akhlak dan perangai untuk mengatakan seseornag itu benar? Itupun sukar kerana dalam zaman edan ini, akhlak orang kafir lebih mulia dari sebilangan orang yang mengakui beriman!

Mungkin kebenaran boleh dicermin kepada mazhab ikutan. Itu pun akan menemui kebuntuan kerana pertembungan mazhab akan membawa kepada dakwaan bahawa diri sendirilah yang sendtiasa betul. Padahal, setia mazhab ada hujatannya.

Sesetengah orang membuat escapisme dengan memasakkan kebenaran dengan mengikut seseorang. Seseorang yang tentunya diyakini benar. Namun, banyak kes seorang yang dikatakan benar pada satu masa, kemudia dianggap khilaf pada masa yang lain.

Lantas, setiap orang akan berkata dengan senyum dan mengurut dada;"Aku telah menemui kebenaran!".

Benarkah?

Kata kunci kebenaran sebenarnya mudah. Ia tidak jauh daripada lingkungan Al-Quran dan Hadis. Kedua-duanya itu mungkin terdedah kepada pemahaman berbeza dan tergelincir. Namun gelincir dalam memahami Al-Quran dan Hadis itu lebih baik dari gelincir dalam meladeni jalan yang sunyi dari bimbingan Al-Quran dan Hadis.

Jika ukuran bukan kedua-duanya, misalnya amalan nenek moyang, petua oorang dulu, kitab mazhab, kalam syeikh, mimpi kasyaf dan yang seumpamanya, maka tarian tafsir telah melewati lingkungan batas kebenaran.

Thursday, March 06, 2014

Mr. Os

Ini bukan prasangka. Ini adalah bak kata pepatah, sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betinanya. Apabila dua orang pegawai dari Kementerian Pelajaran, Puterajaya itu memulakan soal siasat kepadaku, aku sudah dapat memahami punca kenapa soal siasat itu diadakan. Hanya orang bodoh dan tumpul otak sahaja yang tidak dapat memahami punca persoalan jika sudah demikian terang lagi bersuluh. 

Ianya mengenai aktiviti kemasyarakatanku di Taman Fajar. Pegawai itu menanyakan mengenai apa yang aku lakukan sehingga ada laporan yang tidak menyenangkan sampai kepada mereka. Aku dikatakan menimbulkan masalah dalam komuniti Taman Fajar. Pengawai itu meminta aku menceritakan latarbelakangnya dan mareka menyatakan bahawa mereka mahu mendengar pandangan dari pihakku. Adalah tidak adil kalau hanya mendengar laporan daripada "sebelah pihak" sahaja.

Aku tidak tahu di mana mahu memulakan kisah. Berfikir sejenak, aku pun memulakannya dari episod khutbah Jumaat yang disampaikan oleh seorang ustaz jemputan dari Semenanjung yang kebetulan pada masa itu berkunjung ke Sandakan. Beliau adalah ust. Wan Tarmizi. Hari itu hari jumuat. Beliau telah diberi peluang untuk menyampaikan khutbah dan aku sebagai Ketua Biro Dakwah masjid pada masa itu bertanggungjawab mengatur penggiliran khatib pada hari Jumaat.

Dalam khutbahnya, Ust Wan Tarmizi telah menyebut satu isu semasa yang sedang hangat dibincangkan dalam media massa dewasa itu. Isu itu adalah isu Bersih 2.0.  Secara spontan Ust Wan Tarmizi telah menyampaikan kritikannya terhadap kerajaan yang dikatakannya tidak berlaku adil dalam pilihanraya dan menggunakan polis untuk membelasah rakyat. Isi khutbah itu memanaskan telinga dan hati segelintir kecil individu tertentu. Lalu, selepas selesai solat Jumaat, individu tersebut telah membuat cekcok dan mengugut untuk melaporkan kepada Pejabat Agama.  Peristiwa khutbah Jumuat itu sampai kepada seorang pemimpin kecil tempatan. Aku tulis sahaja namanya Mr. Os. Lantas, Mr. Os telah riuh sekampung mencanangkannya sebagai pencerobohan terhadap kesucian masjid. Keluarlah segala ungkitan mengenai sejarah pembinaan masjid dan usaha lampaunya yang dianggap besar dalam pembinaan masjid.

Sudah tentu,  aku sebagai pengatur jadual khatib dipertanggungjawabkan. Aku telah berlepas diri dengan menegaskan bahawa aku tidak punya kuasa untuk mengawal isi khutbah khatib jemputan. Alasanku, khatib jemputan bukan dibayar gaji untuk membaca teks khutbah yang disediakan oleh Pejabat Agama. Aku tidak suka menghalang orang untuk menggunakan bakatnya berkhutbah. Memaksa orang membaca teks akan mematikan kebijaksanaan ummat, khasnya para khatib yang seharusnya bertindak sebagai da'ie yang cekap dan prihatin dengan persekitaran.

Mr. Os paling sengit menyalahkanku. Aku sedar hal itu dan pendekatanku adalah tidak mengendahkan. Kepada pegawai penyiasat itu aku terangkan bahawa aku melakukan apa yang diamanahkan kepadaku sebagai Ketua Biro Dakwah di masjid. Soal ketidakpuasan hati Mr Os itu adalah masalah hatinya yang karat pekat dengan semangat kepartian yang melampau. Ramai jemaah lain, mereka berlapang dada dan tidak menimbulkan masalah. Jika ia adalah satu kesalahan, ramai jemaah menganggapnya peristiwa telah berlaku dan tidak ada gunanya diungkitkan. Siapa yang mahu terima hujah khatib, silakan. Siapa yang keberatan, janganlah dipedulikan.

Jika hati sudah berpenyakit, banyaklah angkara akan dibuat. Berikutan itulah, sampai ke pendengaranku dari sumber pelbagai bahawa Mr. Os melebelkan aku dan rakan-rakan ustaz sebagai Khawarij, bahkan murtad. Ada sumber mengatakan kami juga disifatkan sebagai munafiq. Khawarij, murtad dan munafiq adalah lontaran lidah tidak bertulangnya yang punya implikasi besar terhadap agamanya. Apakah dia sendiri memahami erti khawarij, munafiq dan murtad serta sebab-sebab yang membawa kepadanya. Kami cuba mememaafkan dan melupakan kelancangannya kerana kitab rujukannya untuk melebel kami dengan gelaran itu hanyalah dari Utusan Malaysia dan seumpamanya.  Jika agama dipelajari dari longgokan sampah maklumat, maka demikianlah jadinya. Amat lucu jika seorang yang Quran pun tidak faham makna , mahu murtadkan kalangan ahli agama. Dunia benar-benar centang peranang jika disyairkan oleh orang-orang jahil.

Tujuh orang ustaz disenaraihitamkan. Tujuh orang itu punya kaitan denganku. Mereka semua sahabatku dan pernah menyumbang aktiviti di Masjid Taman Fajar. Senarai itu dihantar ke Ketua unit PPD dan aku tidak pernah mendengar ada susulan dibuat. Pihak PPD sudah tentu tidak punya masa untuk melayani kemelut orang berpenyakit hati sedemikian. Amanah mentadbir urus pendidikan lebih utama daripada menyapu lelehan air liur yang kemudiannya akan kering sendiri.

Aku cuba mengambil jalan menenangkan keadaan. Sebab itu aku telah berhenti menyusun jadual khatib dan aku sendiri tidak lagi menyampaikan khutbah di masjid Al-Fajr. Aku tidak sunyi kalaupun tidka berkhutbah. Sesekali aku dijemput oleh masjid lain juga. Namun, khutbah bukan medium dakwah yang satu-satunya aku ada. Justeru, aku teruskan program Dauratul Quran dan ia lebih berkesan untuk aku sampaikan pengetahuan agama kepada masyarakat setempat.

Rupanya Mr. Os tidak berhenti sebagaimana aku berhenti. Aku tidak lagi menjemput penceramah luar untuk menyampaikan perkongsian ilmu mereka di masjid. Mr.Os telah memanjangkan laporannya kepada pihak atasan. Banyak saksi yang menyokong kesimpulanku ini. Siasatan pegawai penyiasat mengesahkannya lagi. Masakan mereka datang bertemu denganku untuk hal di kejiranan Fajar kalau tidak ada orang melaporkannya. Siapa lagi di kejiranan Taman Fajar yang panas hati denganku melainkan Mr. Os seorang. Tidak ada melainkan Mr. Os seorang. Kalau pun ada dan aku tidka tahu, galagat mereka tidak seperti Mr. Os.

Mr. Os bukan itik yang sentiasa berenang di permukaan air. Dia juga bukan biduk yang lalu dan kiambang bertaut. Mr. Os laksana ikan kaloi yang bertapa dalam air kali dan kemudian timbul sekali sekala menghembus nafas dan mengocak riak. Sungai berair tenang tapi si ikan kaloi itu cuba membuat riak. Riak tidak menjadi gelombang dengan galak kaloi seekor yang cuba berbuat riak di muka air.

Sesungguhnya makar orang yang dengki tidak akan ke mana. Dunia ini bukan miliknya. Allah sudah menentukan nasib. Kala terbang memipih dada, jangan lupa satu saat akan hinggap di ranting. Ranting mungkin patah dan anda mungkin jatuh tersungkur. Daun dedalu tidak akan menggapai awan kalau pohon tumpangan telah rebah menyembah bumi.

Saya cuba melupakan masalah Mr. Os tetapi Mr. Os mahu berkonfrontasi. Mr. Os tidak puas hati dan terus mengganggu. Mr. Os perlu tahu bahawa roda hidup selalu berputar.

Monday, February 17, 2014

Suami terakhir

Bagi wanita yang bersuami lebih dari satu, maka suami terakhirnya yang akan menjadi temannya dalam syurga. Imam Al-Qurtubi dalam kitabnya At-Tazkirah menyebutkan sebuah riwayat atsar dari Huzaifah yang telah berkata kepada isterinya:

" Jika kamu suka untuk menjadi isteriku dalam syurga andainya kita dihimpunkan bersama di dalamnya, maka janganlah kamu berkahwin lagi sesudahku. Maka sesungguhnya seseorang perempuan itu akan berkahwin di akhirat nanti dengan suami terakhirnya di dunia".

Riwayat ini juga boleh ditemui di dalam Sunan Al-Kubra oleh Baihaqi 7/69 dan juga dalam Siyari A'lam An-Nubala' oleh Az-Zahabi 2/208/

Ad-Dailami dalam Firdaus menyebutkan riwayat bahawa Mu'wiyah bin Abi Sufian  pernah meminang Ummu Ad-Darda' akan tetapi Ummu Ad-Darda' enggan dan berkata: Aku mendengar Abu Ad-Darda' meriwayatkan hadis dari Rasulullah SAW dengan sabdanya: Seorang perempuan itu adalah isteri kepada suami terakhirnya di dunia". Abu Ad-Darda' berpesan: Jika kamu ingin menjadi isteriku di akhirat, maka janganlah berkahwin lagi sesudah matiku".

Thursday, February 13, 2014

Sumpah bahasa nifaq

Bersumpahlah dengan Al-Quran
Bahawa kamu tidak berzina
Bahawa kamu tidak makan rasuah.
Bahawa kamu akan mengundi kami
Bahawa kamu tidak menipu

Quran yang diturunkan sebagai petunjuk kehidupan
Hanya jadi dagangan sumpahan

Dari ruang parlimen hingga ke mahkamah
Dari dalam masjid ke padang bola sepak.

Ketika betikai soal maruah diri
Sumpah Al-Quran yang diminta
Ketika bergaduh kerana sebiji bola
Sumpah Al-Quran dicabar

Apa yang kamu faham tentang Al-Quran?

Nanti kelak
Para pelacur berebut pelanggan
Minta sumpah dengan Al-Quran.
Serigala dan dubuk berebut bangkai
Sumpah Al-Quran jadi penentu...

Aduhai...

Monday, February 10, 2014

Syair Hamzah Fansuri

Hamzah Fansuri menghasilkan karya syair yang indah. Ia banyak membicarakan soal kerohanian. Hanya, dia terpengaruh dengan idea Ibn Arabi yang mengasakan fahaman sufisme Wehdatul Wujud. Walaupun ada orang mempertahankan kebenran fahaman sedemikian dan meletakkan Ibn Arabi sebagai orang yang berada di atas jalan yang benar, aku tidak berminat dengan fahaman sedemikian. Ada sesetengah tokoh menghukumkan Ibn Arabi sebagai kafir berasaskan cetusan karyanya yang mengandungi tinta-tinta kufur. Soal itu, Wallhu 'Alam. Cukuplah kita mengetahui konflik itu dan biarlah ia menjadi sejarah. 

Aku lebih suka memilih fahaman "wehdatus Shuhud" dan menolak fahaman "wehdatul Wujud" yang mengelirukan.

Maka demikian, Hamzah Fansuri telah menganut fahaman Wehdatul Wujud dan pada zamannya dan konflik pun terjadi antaranya dengan Nuruddin Ar-Raniri yang merupakan ulama penasihat kepada kerajaan Aceh yang waktu itu di bawah pemerintahan Iskandar Thani.

Namu, itu tidak bermakna kita menghilangkan penghargaan ke atas hasil karya indah yang dicetuskan oleh Hamzah Fansuri. Semoga Allah mengampukannya jika beliau ada kekeliruan. Yang lebih penting, kita sendiri perlu berwaspada daripada keliru. 

Lihatlah secebis tintanya yang dinamakan Syair Perahu:

Inilah gerangan suatu madah
mengarangkan syair terlalu indah,
membetuli jalan tempat berpindah,
di sanalah i’tikat diperbetuli sudah

Wahai muda kenali dirimu,
ialah perahu tamsil tubuhmu,
tiadalah berapa lama hidupmu,
ke akhirat jua kekal diammu.

Hai muda arif-budiman,
hasilkan kemudi dengan pedoman,
alat perahumu jua kerjakan,
itulah jalan membetuli insan.

Perteguh jua alat perahumu,
hasilkan bekal air dan kayu,
dayung pengayuh taruh di situ,
supaya laju perahumu itu

Sudahlah hasil kayu dan ayar,
angkatlah pula sauh dan layar,
pada beras bekal jantanlah taksir,
niscaya sempurna jalan yang kabir.

Perteguh jua alat perahumu,
muaranya sempit tempatmu lalu,
banyaklah di sana ikan dan hiu,
menanti perahumu lalu dari situ.

Muaranya dalam, ikanpun banyak,
di sanalah perahu karam dan rusak,
karangnya tajam seperti tombak
ke atas pasir kamu tersesak.

Ketahui olehmu hai anak dagang
riaknya rencam ombaknya karang
ikanpun banyak datang menyarang
hendak membawa ke tengah sawang.

Muaranya itu terlalu sempit,
di manakan lalu sampan dan rakit
jikalau ada pedoman dikapit,
sempurnalah jalan terlalu ba’id.

Baiklah perahu engkau perteguh,
hasilkan pendapat dengan tali sauh,
anginnya keras ombaknya cabuh,
pulaunya jauh tempat berlabuh.

Lengkapkan pendarat dan tali sauh,
derasmu banyak bertemu musuh,
selebu rencam ombaknya cabuh,
La ilaha illallahu akan tali yang teguh.

Barang siapa bergantung di situ,
teduhlah selebu yang rencam itu
pedoman betuli perahumu laju,
selamat engkau ke pulau itu.

La ilaha illallahu jua yang engkau ikut,
di laut keras dan topan ribut,
hiu dan paus di belakang menurut,
pertetaplah kemudi jangan terkejut.

Laut Silan terlalu dalam,
di sanalah perahu rusak dan karam,
sungguhpun banyak di sana menyelam,
larang mendapat permata nilam.

Laut Silan wahid al kahhar,
riaknya rencam ombaknya besar,
anginnya songsongan membelok sengkar
perbaik kemudi jangan berkisar.

Itulah laut yang maha indah,
ke sanalah kita semuanya berpindah,
hasilkan bekal kayu dan juadah
selamatlah engkau sempurna musyahadah.

Silan itu ombaknya kisah,
banyaklah akan ke sana berpindah,
topan dan ribut terlalu ‘azamah,
perbetuli pedoman jangan berubah.

Laut Kulzum terlalu dalam,
ombaknya muhit pada sekalian alam
banyaklah di sana rusak dan karam,
perbaiki na’am, siang dan malam.

Ingati sungguh siang dan malam,
lautnya deras bertambah dalam,
anginpun keras, ombaknya rencam,
ingati perahu jangan tenggelam.

Jikalau engkau ingati sungguh,
angin yang keras menjadi teduh
tambahan selalu tetap yang cabuh
selamat engkau ke pulau itu berlabuh.

Sampailah ahad dengan masanya,
datanglah angin dengan paksanya,
belajar perahu sidang budimannya,
berlayar itu dengan kelengkapannya.

Wujud Allah nama perahunya,
ilmu Allah akan [dayungnya]
iman Allah nama kemudinya,
“yakin akan Allah” nama pawangnya.

“Taharat dan istinja’” nama lantainya,
“kufur dan masiat” air ruangnya,
tawakkul akan Allah jurubatunya
tauhid itu akan sauhnya.

Salat akan nabi tali bubutannya,
istigfar Allah akan layarnya,
“Allahu Akbar” nama anginnya,
subhan Allah akan lajunya.

“Wallahu a’lam” nama rantaunya,
“iradat Allah” nama bandarnya,
“kudrat Allah” nama labuhannya,
“surga jannat an naim nama negerinya.

Karangan ini suatu madah,
mengarangkan syair tempat berpindah,
di dalam dunia janganlah tam’ah,
di dalam kubur berkhalwat sudah.

Kenali dirimu di dalam kubur,
badan seorang hanya tersungkur
dengan siapa lawan bertutur?
di balik papan badan terhancur.

Di dalam dunia banyaklah mamang,
ke akhirat jua tempatmu pulang,
janganlah disusahi emas dan uang,
itulah membawa badan terbuang.

Tuntuti ilmu jangan kepalang,
di dalam kubur terbaring seorang,
Munkar wa Nakir ke sana datang,
menanyakan jikalau ada engkau sembahyang.

Tongkatnya lekat tiada terhisab,
badanmu remuk siksa dan azab,
akalmu itu hilang dan lenyap,
(baris ini tidak terbaca)

Munkar wa Nakir bukan kepalang,
suaranya merdu bertambah garang,
tongkatnya besar terlalu panjang,
cabuknya banyak tiada terbilang.

Kenali dirimu, hai anak dagang!
di balik papan tidur telentang,
kelam dan dingin bukan kepalang,
dengan siapa lawan berbincang?

La ilaha illallahu itulah firman,
Tuhan itulah pergantungan alam sekalian,
iman tersurat pada hati insap,
siang dan malam jangan dilalaikan.

La ilaha illallahu itu terlalu nyata,
tauhid ma’rifat semata-mata,
memandang yang gaib semuanya rata,
lenyapkan ke sana sekalian kita.

La ilaha illallahu itu janganlah kaupermudah-mudah,
sekalian makhluk ke sana berpindah,
da’im dan ka’im jangan berubah,
khalak di sana dengan La ilaha illallahu.

La ilaha illallahu itu jangan kaulalaikan,
siang dan malam jangan kau sunyikan,
selama hidup juga engkau pakaikan,
Allah dan rasul juga yang menyampaikan.

La ilaha illallahu itu kata yang teguh,
memadamkan cahaya sekalian rusuh,
jin dan syaitan sekalian musuh,
hendak membawa dia bersungguh-sungguh.

La ilaha illallahu itu kesudahan kata,
tauhid ma’rifat semata-mata.
hapuskan hendak sekalian perkara,
hamba dan Tuhan tiada berbeda.

La ilaha illallahu itu tempat mengintai,
medan yang kadim tempat berdamai,
wujud Allah terlalu bitai,
siang dan malam jangan bercerai.

La ilaha illallahu itu tempat musyahadah,
menyatakan tauhid jangan berubah,
sempurnalah jalan iman yang mudah,
pertemuan Tuhan terlalu susah.

ERTI DARI SECEBIS JANGGUT

Aku setuju soal wajib berjanggut atau tidak bagi seorang lelaki muslim, itu soal khilafiah.Usah diperdebatkan.Kebanyakan ulama zaman silam menghukumkannya sebagai wajib. Ramai pula tokoh ulama masa kini menghukumkannya sebagai sunnat. Dengan kata lain, pandangan yang mewajibkan simpan janggut turut mengharamkan perbuatan mencukur janggut. Sementara pandangan yang mengatakan sunat menyimpan janggut, maka mencukurnya dihukumkan makruh.

Beberapa tokoh besar dalam fatwa masa kini menghukumkan perbuatan mencukur janggut sebagai makruh. Antaranya Syeikh Sayyid Sabiq, Syeikh Buti, Syeik Yusuf Al-Qaradhawi dan ramai lagi. Sementara tokoh-tokoh ulama Salafi seperti Syeikh Bin Baz, Uthaimin dan yang seumpama dengan mereka menghukumkan haram.

Haram atau makruh?
Mana satu yang betul?

Kenapa mesti bengung?

Kedua-dua pandangan itu betul. Namun, jalan keluarr dari khilaf tersebut, simpan sahaja janggut. Habis cerita. Lagipun, bukankah janggut itu sunnah nabi. Tak ada orang mempertikaikan bahawa nabi berjanggut. Cuma yang jadi perselisihan adalah, apakah boleh tidak berjanggut. Kalau memang jenis baka tiada janggut memang tak timbul masalah. Ini yang jenis ada janggut tetapi suka melicinkannya.

Apa cerita? Apa sebab? Tidak sukakah ikut nabi?

Ah! aku bukan alim sangat. Nanti kalau ada janggut orang kata aku alim. Sesetengah orang memberikan alasan.  Adakah patut kerana takut dikatakan orang alim, maka berat untuk simpan janggut. Apakah alim itu sifat negatif. Patutnya, bertambah sukalah kalau dikatakan sebagai orang alim. Yang bukan ustaz, bila mula simpan janggut, orang panggil ustaz. Patut rasa bangga. Panggilan ustaz bukan satu penghinaan. Ia satu kemuliaan.  Maka, apa perlunya merasa malu?

Soal hukum bukan jawapan kepada semua permasalahan. Kita tidak boleh terlalu larut dalam membahaskan hukum. Banyak sangat bicara soal hukum, akan membawa hati menjadi keras. Kekadang, soal moral dan kerohanian juga perlu dipertimbangkan. Kalaupun kita menganut fatwa yang menghukumkan pendekkan jangggut itu sebagai makruh, apakah kita perlu mengamalkan pemotongan janggut? Kenapa kalau makruh kita meringankannya. Tetapi bila sunat kita tidak pula terdorong?

Padahal kita pun tahu bahawa nabi berjanggut. Kita pun tahu bahawa nabi suruh nipiskan misai dan simpan janggut. Maka, kedegilan apa lagi yang mahu kita pertahankan sehingga memilih untuk menyalahi nabi. Kata cinta nabi? Kata Sayang nabi.

Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jambi pula dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Mengapa nabi tidak diikutkan?

Adakah hanya kerana potong janggut hanya makruh, maka kita pun memilih melicinkan muka dari semua bulu-mulu yang menjadi izzah seorang lelaki? Kalau begitu, kita telah benar-benar berwatak keras dan degil. Watak yang lahir bila terlalu membicarakan soal hukum. Mari lupakan soal hukum. ia tidak menemui kesepakatan para ulama. Tetapi, ada yang disepakati. Itulah kenyataan bahawa nabi berjanggut. Sebab itu rata-rata ulama berjanggut. Sedikit atau banyak, pasti mereka ada janggut.

Pemuda Pas perlu lenggok baru

Pemuda Pas kalau nak menjadi juara masyarakat, tidak boleh lagi dilihat sebagai pejuang anti maksiat semata-mata. Itulah antara kritikan pedas yang dilontarkan oleh beberapa komentator politik yang bebas dan kelihatan tidak memihak. Selama ini masyarakat sering didendang dengan sikap pemuda Pas yang begitu responsif terhadap isu-isu kemaksiatan seperti konsert maksiat, sambutan hari velentine, premis arak dan judi serta sebagainya.

Sekarang ini, medan yang terbuka menanti sikap Pemuda Pas. Kebajikan rakyat yang melibatkan isu kemiskinan, perumahan, penindasan dan sebagainya adalah lapangan baru yang lebih bererti.

Dalam sebuah kerajaan yang kurang kepedulian agamanya, soal membanteras kemaksiatan tidak menjadi faktor yang boleh meng'crowd" sokongan rakyat.Lagipun soal tersebut memerlukan tangan-tangan kuasa yang masih gagal direbut dari tangan pemerintah.

Thursday, February 06, 2014

Aduhai Melayu.

Suara-suara melayu haprak kian merintih
hanya memalukan bangsa
tahap pemikiran setaraf angsa
tidak berharga hilang bijaksana

Majlis Ayahanda apenama?
minta dinyahkan segera
orang Cina India
yang tak pandai berbahasa
Melayu buta bahasa bagaimana?
asyik dok cakap bahasa penjajah saja
buat projek majukan bahasa mereka
takkah diusir sama?

Melayu buat malu
menggelepar macam ayam kena palu
tidak sebab jadi haru biru
tuduh orang sana sini
sebagai punca diri hilang jati
padahal memang empunya malas muhasabah diri.

Melayu PERKASA
Melayu PEKIDA
Melayu bertopeng agama
menggugat tatakerama negara

kalau mahu tahu
itulah warisan Khawarij sejarah
pemikiran tidak seiya sekata
hanya berkisar di lingkungan diri cuma.

Saturday, February 01, 2014

ORANG SELANGOR

Tidak adakah lagi orang Selangor yang berkelayakan untuk jadi calon PRK Kajang. Demikian melantun pertanyaan menempelak oleh seorang panelis dalam siaran langsung TV1 semalam. Ini kerana, PR telah  memutuskan calon PRK Kajang bagi PR adalah DS Anwar Ibraim. Belia bukanlah orang Selangor tetapi orang Pulau Pinang. 

Mengapa tiba-tiba timbul soal negeri asal? Satu ketika dulu, Datuk Syafie Afdal pernah dilantik menjadi Ketua Perhubungan UMNO Kedah. Tiada puala bantahan dari kalangan asobiah kenegeriaan di Kedah. Datuk Syafie Afdal adalah orang Semporna, Sabah. Jauh amat tanah asalnya dari tanah Kedah. Malah, Datuk Najib sendiri pernah menjadi Ketua Perhubungan UMNO Selangor. Waktu itu, tiada pula timbul soal tiadakah lagi orang Selangor yang berkaliber.

Pertanyaan berhubung tiadakah orang Selangor untuk dipilih menjadi calon PRK Kajang adalah pertanyaan orang-orang yang meracau dengan kejutan terpilihnya DS Anwar sebagai calon. Nampaknya, rasa anti Anwar Ibrahim sangat mendalam. Masih ada cubaan panelis untuk melebelkan DS Anwar Ibrahim sebagai insan yang sangat teruk dan menyeru agar rakyat menolaknya. Namun, sehingga kini, musuh politik Anwar Ibrahim sendiri masih gagal membuktikan jenayah DS Anwar sama ada dari segi moral mahukan rasuah.

Dalam dunai merentas sempadan hari ini, bicara kenegerian telah menjadi "out dated". Siapa lagi yang berminat sentimen kenegerian dimainkan?

Friday, January 31, 2014

GAMBARAN DIRI SENDIRI

Beberapa laporan polis telah dibuat berhubung perletakan jawatan oleh ADUN Kajang. Laporan polis itu dibuat beasaskan sangkaan buruk bahawa ADUN tersebuk telah disogok agar beliau meletakkan jawatan. Demikian aliran pemikiran golongan yang telah biasa dengan amalan rasuah. Apapun yang berlaku, rumusan yang timbul dan kepala mereka adalah rasuah. Kalau sudah asalnya musang, tetaplah makan ayam. Demikianlah apa yang boleh digambarkan mengenai kelompok yang suka membuat laporan polis berasaskan andaian dan buruk sangka ini.

Bagi mereka, adalah tidak mungkin kalau ADUN itu meletakkan jawatan secara ikhlas. Mesti ada sogokkan. Andaian tersebut dibuat kerana kalau kes yang sama menimpa mereka, begitulah yang akan mereka minta. Mereka hanya akan meletakkan jawatan dari kedudukan selesa mereka jika ada imbuhan. 

Wednesday, January 29, 2014

PRK KAJANG-MENGAMATI DENGAN TENANG.

Mengamati perkembangan politik terakhir ini, aku agak ukar menetapkan sikap. Kes terbaru melibatkan peletakkan jawatan oleh ADUN Kajang dan pemilihan DS Anwar Ibrahim sebagai bakal calon yang akan bertanding menimbulkan sedikit polimik di kalangan para sarkis politik. Yang memerhati gelagat ahli politik dair luar pagar pun tumpang membakar polimik.

Dr. Maza yang selalu responsif kepada perkembangan politik juga memberi komen dan menyifatkannya sebagai permainan politik yang membazirkan wang rakyat. Kalangan pemimpin muda Pas pula menempelak dan mengancam akan memboikot pilihanraya kecil jika penjelasan munasabah tidka diberikan.  Agak sukar meletakkan sikap diri dalam hal ini. Aku diam memerhati tanpa mahu menyalahkan mana-mana pihak. Sekurang-kurangnya hingga ke tahap ini.

Aku masih beranggapan bahawa seni orang berpolitik tidak harus diukur dengan seni ahli ilmu. Seni politik orang lama tidak seperti seni lenggok orang baru. Sudah tentu tarian makyung itu lenggoknya lebih mendalam daripada mana-mana tarian baru ciptaan masa kini.

Saya harap ada kebaikan dalam permainan ini. Adalah lebih bijak jika kita berlapang dada dan bertenang serta tidak melatah.

Tuesday, January 28, 2014

MENCUNGKIL SUARA RAKYAT BUKAN PEMBANZIRAN

Sudah tentu satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan di DUN Kajang. Ini berikutan perletakan jawatan oleh penyandangnya, Lee Chin Cheh. Ada pihak menyifatkannya sebagai gelagat politikus yang merugikan wang negara memandangkan apabila PRK diadakan, sejumlah besar wang akan dibelanjakan untuknya. Tanggapan sedemikian adalah berlebihan kerana tanpa PRK pun, perbelanjaan berjalan setiap hari dan kekadang kepada perkara yang lebih tidak berguna daripada PRK. 

PRK diadakan untuk mendapat suara rakyat. Membelanjakan sejumlah wang untuk mendapat pendirian rakyat adalah satu perlaksanaan kepada hak rakyat untuk bersuara. Buatlah pilihanraya setiap hari, ia adalah untuk rakyat. Memberi rakyat peluang bersuara. Itu bukan satu pembaziran. lainlah jika wang negara dibelanjakan untuk perkara yang tidak perlu seperti membeli jet pribadi PM yang baru, menjemput artis luar negara buat persembahan tahun baru dan sebagainya.

Sikap pesimis sesetengah orang dalam menaggapi hal ini hendaklah kita amati dengan cermat.

Yang namanya politik, itu penuh dengan siasat. Politik adalah kebijaksanaan. Politik bukan medan orang dunggu dan lurus tidak bertempat. Politik itu pencak yang rancak dan bukan pacak tercacak.

Thursday, January 23, 2014

BERTUDUNG TAPI BERMAKSIAT

Isu Syarikat Pembinaan CASMET tidak membenarkan Marinatasha Isnariah Mustapar membuat persembahan pada acara makan malam tahunannya mungkin mengundang sensitiviti sesetengah kalangan ummat Islam. Syarikat tersebut disifatkan mengamalkan diskriminasi. Oleh kerana kebetulan pula pihak pengurusan atasan yang mengeluarkan larangan tersebut adalah berbangsa Cina, ada sesetengah melebilkannya sebagai rasis.

Walau bagaimanapun, isu tersebut seharusnya dilihat dari kedua-dua belah pihak. Kesalahan jangan hanya dipikulkan kepada pihak pengurusan CASMET. Kesalahan juga seharusnya dipikulkan kepada Marinatasha. Kalau benar beliau ingin mengamalkan cara hidup Islam melalui pemakaian tudung, beliau hendaklah tulus dan ikhlas. Kita tidak boleh terima kalau seorang wanita Islam bertudung tetapi mendedahkan pahanya. Demikian, kita tidak seharusnya boleh menerima jika seorang muslimah bertudung tetapi dalam masa yang sama menari berjoget bergaul bebas.

Beliau bukan membela Islam dengan tindakan menyaman syarikat tersebut yang melarangnya membuat persembahan. Beliau hanya membela keegoan diri yang terasa malu dengan tindakan pihak pengurusan  CASMET. 

Sangat ramai wanita yang bertudung dewasa ini tetapi mereka bertudung bukun demi syariat. Ia hanya sebuah fesyen kerana syariat bukan  hanya pada tudung, tetapi juga pada pergaulan dan akhlak.

Monday, January 06, 2014

Tuluslah!

Saya hairan juga melihat sikap sesetengah daripada kalangan pemimpin PAS yang menyerang habis-habisan pemimpin PAS yang mengambil pendekatan lunak dalam isu-isu melibatkan kalimah Allah, gereja dan hubungan antara agama. Hatta, ada yang melebelkan pemimpin PAS seperti Mujahid Yusuf Rawa sebagai liberalis dan pluralis yang meniti tebing kemurtadan. Namun, ketika melihat sikap Marina Mahathir yang baru-bari ini menyatakan sokongan terbukanya kepada pendirian paderi yang mau menggunakan kalimah Allah dalam acara agamanya, tidak pula pemipin tersebut melenting marah.

Oh, mungkin kita boleh katakan sebab Marina Mahathir bukan bahagian dari Pas, maka tidaklah mereka pedulikan. Namun, kemarahan mereka itu tidak bertempat. Memarahi sahabat seperjuangan hanya kerana tafsiran agama sendiri yang tidak selari dengan rakan, adalah sikap semberono dan tidak matang.


Thursday, December 12, 2013

Isu Syiah

Zahid Hamidi kata dia ada bukti pemimpin kanan Pas berfahaman Syiah. Dia juga kata Syiah mengamalkan sikap menipu dan perkataan itu tidak sukar untuk difahami. Kelak, jika dia tidak dapat membuktikan secara kuar tuduhannnya itu, dia akan sandarkan kepada sifat menipu dan menyembunyikan fahaman Syiah oleh pemimpin kanan PAS yang dimaksudkan. Kenyataan Zahid Hamidi itu telah disinis oleh TG Nik Aziz dengan mengatakan bahawa yang suka menipu itu juga sekularis nasionalis sepertinya.

Aku kira khalayak telah dapat menduga, siapa pemimpin kanan PAS yang ditohmah Zahid Hamidi itu. Tentu Mat Sabu. Isu bahawa Mat Sabu itu Syiah tidak habis-habis dimainkan UMNO dan malang pula ada agamawan yang termakan mainan tersebut.

Sebab itu, aku tidak gemar berjoget lambak rentak paranawe dalam mengumandangkan lagi Syiah.

Saturday, November 16, 2013

BAHASA ISTANA

Saranan Dr. Syed Husin agar bahasa istana dimansuhkan kerana ia merendahkan martabat manusia dan menggambarkan mentaliti hamba di kalangan rakyat. Walau bagaimanapun, GAPENA (Gabungan Persatuan Penulis Malaysia menolak saranan tersebut dan menganggapnya sebagai memperlekehkan institusi raja yang merupakan warisan orang Melayu.

Saranan Syed Husin tersebut merupakan suara hati ornag Melayu masa kini yang tidka rela lagi diri mereka diletakkan di bawa kasta golongan bangsawan istana sehingga membahasakan diri dengan bahasa-bahasa yang menghina diri seperti "patik" yang bermaksud anjing dan ke "bawah duli" yang bermaksud "ke bawah debu tapak kaki". Sudah tentu bangsa Melayu hari ini bukan lagi seperti bangsa Melayu zaman silam yang berjiwa hamba dan bermentaliti feudal.

Dalam arus angin demokrasi yang telah bertiup kencang, orang Melayu inginkan perubahan. Perubahan tersebut pula mahu dizahirkan dalam segenap aspek kehidupan, termasuk dalam berbahasa. Bahasa antara rakyat tidak lagi harus dibezakan antara keluarga besar bangsa rakyat Malaysia dengan kerabat istana yang segelintir cuma.

Penolakan GAPENA tersebut mungkin didasari oleh ketakutan hilangnya warisan bangsa Melayu yang berkisar mengenai raja-rajanya. Biar apapun, institusi raja-raja Melayu dengan pakej adat istiadatnya akan dipertahankan. Cuma, persoalannya, bagaimana mampu dipertahankan. Jika soal bahasa itu yang mahu dipertahankan, boleh sahaja diteruskan. Kalangan rakyat marahaen tidak boleh lagi dipaksa menggunakan bahasa istana. Rakyat bebas menggunaka bahasa apapun yang mereka mahu pakai.

"You sekarang pakai kereta apa?", seorang rakyat biasa bertanya kepada seorang putera Sultan satu negeri.

" Beta sekarang pakai Porshe", jawab putera itu sambil menegakkan dadanya, bangga sebagai raja Melayu.

Satu bahasa hanya akan kekal jika rakyat mempertahankannya.

Saturday, November 09, 2013

ISTITABAH HATIJAH AAM

Khabarnya, semalam, Hatijah Aam telah mengisytiharkan taubat di satu majlis anjuran Jabatan Agama Islam Selangor. Beliau memimpin seramai 300 pengikutnya menyatakan penyesalan atas apa yang terjadi.Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha, ketika mengomentari  hal tersebut menyerus agar Hatijah Aam kebali ke arus perdana termasuk sistem pendidikan. Kesesatan yang diakui itu bermakna aktiviti yang dilakukan selama ini adalah menyimpang termasuk perniagaan dan pendidikan yang dijana oleh kelompok Global Ikhwan Sdn. Bhd.

Apapun, dalam soal pendidikan arus perdana yang disarankan itu, bukan sahaja bekas pengikut Al-Arqam yang mempunyai sistem pendidikan sendiri. Pas, ABIM, JIM dan banyak lagi pertubuhan Islam menjana sistem pendidikan sendiri. Tidak harus digambarkan bahawa pendidikan arus perdana sebagai lurus dan pendidikan kelompok itu menyimpang.

Kepelbagaian sistem pendidikan yang diurustadbir oleh jemaah Islam dan NGO merupakan kekayaan khazanah pendidikan Islam.

Thursday, November 07, 2013

Bukan masalah dalaman

Seorang pemimpin tempatan PKR, dalam menghadapi humiliasasi lantara pengkhinatan ADUN PKR Kedamaian, Jeremy Malazad yang bertindak keluar parti dan mengisytiharkan bebas dan menyokong Barisan Nasional, menagatkana itu merupakan masalah dalaman PKR. Dalam Pakatan Rakyat, tidka harus dikatakan itu masalah dalaman sesebuah parti kerana yang memenangkan ADUN tersebut bukanlah para pengundi yang hanya menyokong PKR. Perbuatannya itu bukan sahaja menimbulkan kekecewaan kepada ahli PKR yang setia, tetapi juga menyimbah api kemarahan kepada ahli PAS, DAP dan individu lain yang telah memberikan undi kepadanya dengan semangat 'Ini Kalilah".

Sikap ADUN tersebut memang bacul dan tidak berjatidiri. Entah kenapa PKR sangat bernasib malang dan melakukan kesalahan yang sama berulang kali. Kes ADUN atau ahli Parlimen lompat parti ini telah pun berlaku sebelum PRU 13 hari itu dan kini, selepas PRU 13, ia tetap terus berlaku. Apakah tidak pernah diwujudkan mekanisma menghalang wakil rakyat yang mewakili parti daripada melompat parti.

Dalam hal ini, rekod PAS kekal bersih kerana belum pernah ada seorang wakil rakyat PAS yang melompat parti. Kalau ada pun, ianya kes Ibrahim Ali. tetapi beliau bukanlah wakil rakyat PAS pada hakikatnya. Dia hanya dibenarkan menggunakan lambang pas dan secara kes khas dan dia bukan ahli PAS.

Pengkhianatan mana-mana calon yang dmanahkan oleh majlis kepimpinan Pakatan Rakyat adalah pengkhianatan kepada semua pengundi dan ia bukan "internal problem" sebagaimana yang didakwakan.




Sunday, November 03, 2013

Bila orang bodoh bersuara depan orang cerdik

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian orang bersikap memusuhi sesuatu yang dia belum kenal. Bagaimana dia mahu kenal sedangkan dia tidak berusaha untuk kenal sesuatu yang dia musuhi itu. Seringkali kita baca komen-komen dalam FB orang memusuhi seseorang tokoh ilmuan. Malangnya , komen negatif yang dilontarkan itu adalah pantulan yang melantun caca marba kerana sebelum dia mendalami minda ilmuan tersebut.

Saya melihat kenaifan akal sesetengah orang yang suka membuat komen catatan  ringkas di wall tokoh tertentu. Umpamanya Dr. Asri Zainal Abidin. Sebelum dibaca apa yang dimaksudkannya, komen kritikan telah dihumbankan. Ini watak orang yang mandom otak, tidak imiah dan menunjuk pandai sedangkan otak hanya tin kosong. Malas membaca artikal panjang, dia mengambil jalan pintas berfikir sendiri sedangkan otak sendiri itu tidak punya persediaan berfikir dengan baik.

Berletih-letihlah membaca dan jadilah orang cerdik sebelum mengkritik orang cerdik.

Friday, October 25, 2013

BERAPA RAMAI MUSUH ISLAM MENEMUI HIDAYAH?

Arnorl Van Doorn

Kekadang, pembela Islam itu berlebih-lebihan dalam menyatakan cintanya kepada Islam. Dalam berlebihan itulah, mereka melewati akhlak seorang pendakwah yang menjadi hakikat kepada kecintaan kepada Islam. Tugas seorang pembela Islam hanyalah berdakwah menyelematkan Islam. Islam tidak memerlukannya untuk diselamatkan kerana Allah sahaja yang menentukan di mana duduknya Islam dalam persada zaman. Amat salah jika seorang pembela Islam merasakan kerja buatnya itu sangat penting dan menentukan survival Islam.

Wahai....para pembela Islam!

Kalian hanya pengemis pahala dalam kerja membela Islam. Kalian bukan penjaga kepada Islam. Kalian hanya meraih taburan pahala yang ada dengan kerja untuk Islam itu.

Justeru, jangan sampai menghina musuh Islam sehingga tidak pernah membayangkan bahawa satu ketika kelak, musuh yang dihina itu akan menjadi muslim yang lebih kuat dari diri anda sendiri. Kerana Islam itu kepunyaan Allah, Dia juga akan menentukan siapakan kalangan hambaNya yang terdekat dengannya. 

Maka, berpada-padalah dalam menyatakan semangat pembelaan terhadap Islam yang anda kobarkan. 

Dulu, seorang kafir bernama Arnorld Van Doorn telah membikin filem yang menhina nabi Muhammad SAW, seterusnya menghina Islam. Umat Islam bangkit menentangnya. Baguslah menentangnya. Tetapi jangan berlebihan. Tiba-tiba, Allah berikan hidayah kepadanya dna dia masuk Islam. 

Akan datang, mungkin dia akan bertambah baik Islamnnya dan bakal menyumbangkan sesuatu yang lebih bererti daripada apa yang disumbangkan oleh sekalian banyak ornag Islam yang dulunya mencemuhnya.

Allhu..waliyyut taufiq.

Wednesday, October 23, 2013

Kaum yang lemah dan kalimah Allah.

Kaum yang lemah selalu mencari alasan. Jika dia tewas, akan disandarkan ketewasan itu kepada faktor-faktor yang tidak ada kautan dengan kelemahan dirinya. Akan dikatakannya musuh terlalu ramai, musuh ada kelengkapan senjata yang canggih, musuh di posisi yang berkelebihan dan sebagainya.  Sementara diri tiada apa-apa kesalahan.

Tabiat kaum yang lemah ini dapat dilihat dalam gejolak rasa setengah ekstremis perjuangan kalimah Allah. Antara alasan pokok mengapa mereka mahu mengeksklusifkan nama Allah adalah untuk menjaga akidah ummat Islam. Kononnya, ummat akan keliru dan terjebak ke dalam akidah menyimpang agama lain, khasnya Kristian, jika nama Allah digunapakai oleh masyarakat Kristian.

Tanggapan kaum yang lemah sahaja membimbangi hal ini. Selama mana ummat mahu dijaga dan dipelihara dengan cara itu? Itu bukanlah penawar bagi mengubati kelemahan akidah ummat. Ketika belum lagi isu penggunaan kalimah Allah dikumandangkan, masalah kemurtadan telah menghantui. Itu menunjukkan bahawa mereka murtad bukan sebab agama lain cuba menggunakan kalimah Allah. 

Kaum yang kuat akan berani mendepani cabaran dengan positif. Apa yang disangka merugikan diri, akan ditukar menjadi keuntungan bagi diri sendiri. Musuh akan terkulat-kulat di depan kaum yang kuat. Kuat bukan bereerti berjaya menghalang musuh menyebarkan agamanya atau musuh menggunakan kalimah Allah dalam ibadah mereka.

Kuat ertinya mampu menentang dogma mereka dengan kesantunan akidah Islam. Di mana mahu dicari kebijakan ini di kalangan kaum lemah yang sentiasa defensif?


Tuesday, October 22, 2013

Zapin Pembangunan



Zapin pembangunan berlagu lagi
demikianlah saban kali
bila pencak tari
pilihanraya kecil kembali

Setengah abad berlalu
masih bermain lagu itu
masih menyalakan lampu buat kalkatu
masih bersimpang nawaitu
masih menanam tebu
di balik senyum sepahit hempedu.

Zapin pembangunan
sampai bila akan dimainkan?

Thursday, October 17, 2013

SILAT HARIMAU DI KANDANG KAMBING



Ini negara kita
Malaysia diberi nama
fatwa tentangnya kita yang punya
ulama antarabangsa
tidak tahu maslahah kita.

Telah bersabda mufti raja
murtad kafir hamba jelata
yang ingkar keputusan yang telah diwarta
kalimah Allah milik muslimin semata.

"demikianlah fatwa hamba"
menjunjung titah duli baginda
batu jemala menyembah daulat
ampun tuanku beribu ampun
patik pacal ke bawah duli
menyatakan hukum buat rakyat bawahan.

Pencak bersilat sang harimau
mengaum galak tingkah meningkah
bertukar mengembik di kandang kambing

Ini Malaysia negara kita
kita lebih masak suasana
kita membaca masalahah agama
hukum diterbit menimbang tatakerama

Semenanjung mengikut hukum maslahah
Sabah Sarawak mengikut hukum adat
Beluran, Tongod, Telupid hingga ke Kudat
kita melompat ke hukum tabiat
kampung kecil di ulu darat
kita siasat ikut firasat.

Wednesday, October 16, 2013

MUFTI BERFATWA BERPICING MATA

Kata mufti Noh Gadut, murtadlah sesiapa yang masih mempertikaikan keputusan mahkamah rayuan yang memutuskan larangan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Fatwa sedemikain mengundang komentar panas dari kalangan ilmuan Islam. Sebagaimana yang telah termaklum, isu penggunaan kalimah Allah oleh ornag bukan Islam, khasnya penganut Kristian berdepan dengan dua sikap yang berbeza kalangan tokoh ilmuan Islam. Ada yang melarang dan ada yang tidak.

Apabila mufti Noh Gadut berfatwa sedemikian, ia seolah-olah mengkafirkan semua yang membolehkan penggunaan kalimah Allah oleh ornag bukan Islam. Sebenarnya, Noh Gadut memperlihatkan keadaan terdesaknya dan mahu memaksakan pendapatnya ke atas semua orang.

Seornag mufti bukan penutur wahyu. Pendapat mufti adakalanya bernanah dan berbau. Mufti hanya manusia yang mudha dipengaruhi oleh sentimen. Di Malaysia, ada mufti yang tebal sentimen kemelayuannya. Ada pula mufti yang taat habis kepada tuannya,sang raja negeri biarpun raja negeri itu bersekongkol dengan ajaran sesat yang difatwakan sendiri olehnya. Pendek kata, mufti yang ada kian celaru. Pendapat bersimpang siur.

Rakyat awam makin tersasar.

Saya sendiri pernah dihukum murtad oleh seorang algojo UMNO gara-gara berpegang dengan pendapat seorang mufti yang memurtadkan sesiapa yang mencetuskan perpecahan dalam masyarakat. Malang pula, sesiapa yang cenderung fikrah pembangkang dituduh sebagai pemecah masayarakat. Justeru, murtadlah semua pembangkang kerajaan menurut algojo dunggu itu.

Mufti ....mata  kian sempit. Glaukoma dan katarak melapisi kekuatan fekah sendiri.

Thursday, October 10, 2013

Ancak-ancak Salibi

Ancak-ancak Salibi

Ancak-ancak salibi
mengatur sengketa di tanah nabi
pancutan minyak dalam bumi
dibazir kerabat sesuka hati
warisan Romawi tumpang sekaki
menyusu kera di hutan
anak dibuaian gigit jari.

Usah terpesona panggilan salafi
dendang dari Ibnu Saudi
walau mencetak mashaf Usthmani
diberi pecuma mencuci rohani
tapi  negeri diancak Salibi
jadi markaz para Samiri
putera puteri yang lupa diri.

Sandiwara di siang bolong
ke tanah Syria menjaja tolong
berpayung sunni menumpas alawi
di bumi Kinanah membela As-Sisi
zaman Morsi menyepi diri
Hamas di Gaza dibiar sendiri

Menaja pembelot mengunci Rafah.

Menjaga Haramain
membunuh haramal insan
setiap titisan darah yang tumpah
menajisi wajah salafinya

Menungkat inqilaq
menafi intikhab
itu bukan perangai salafi.

Tuesday, October 08, 2013

MENANG TUJAH ALAH MARUAH


Sungguh tangkas pencak silatmu
jurus memacar kilat di ufuk
guruh berdetum bersama tempikan
Sayangnya alah dek percikan meriam
ledakan dari Alfonso de albuqaerque

Sungguh lumayan ilmumu
hafal matan segala thurath
hujjah mendongak menggapai baitul makmur
menghujam sedalam laut kalzum
sayangnya mencemuh aslaful awwalin
murid seorang payah dihitung.

Walau menanam padi sebendang
apalah guna jika tumbuhnya lalang
walau menjala selaut terbentang
sayangnya pukat robek berlubang!

Jika zaman telah berubah
rentak tidak sama dengan madah
jangan dimain rentak Mak Yong
jika bernyanyi lagu keroncong.

Jika dicela warga bawah tanah
tidak kan bangkit mereka menggepal amarah
mereka mutiara di kala hidup
sedang kita lumpur sekalipun sudah mati.

Mengenang sahabat yang hilang.



Pernah kau katakan
sungai ini luas
arusnya deras
kita sama menongkah
berdayung biarpun lelah.

Pernah kau katakan
rimba ini buas
Isinya ganas
kita sama redah
tanpa takut sang bedebah.

Pernah kau katakan
sahara ini panas
sukar sekali untuk direntas
kita sama bina kafilah
berpantang kita menyerah.

Katamu itu kuanggap azimat
sebagai energi buat harakat
di kala resah dalam zulmat
ia menjadi sabda keramat...

Tapi...sahabat
kini di mana kau berkhulwat
hilang sebut sirna riwayat
bagai kini mengenang hikayat...

Saturday, September 28, 2013

LAGAK ORANG POLITIK.


Ketika dia memimpin negeri
Mereka kata dia tak reti
dia tebang hutan sesuka hati
peruntukan negeri tidak diberi.

Kini bila dia pergi
mereka datang menunjuk seri
berwajah sahabat sarat memuji
dia dikata orang berbudi
hilang sukar dicari ganti.

Sungguh hebat lagak telunjuk
membisik kelingkin supaya bengkok
ada untung dapat dicedok
ke kandang orang rela menjenguk.

Bukan salah menunjuk budi
terlebih lagi sesudah mati
tapi apalah ada erti
jika masa hidup menebar cemeti...
Setelah mati datang berlari
masa hidup bermain aci
politik bagai menarik tali
dilepas direnggut sesuka hati.

Aku bukan Ayatullah!

Aku memetik hikmah yang hilang
dari kelompok orang-orang sumbang
ketika para wali banyak temberang
kerana rela ditunggang belakang
oleh para penguasa jalang.

Aku meniru cakar harimau
ketika kucing hanya pandai mengiau.

Aku memetik muzik Sunan Kalijaga
pada saat lagu Solawat menambah lena.

Membaca karya Goldziher
bukan menjadikan aku meremehkan karya As-Syafie.

Jika aku menyebut Bin Baz
Orang kata aku Wahabi
Jika Aku memuji Syazili
Orang kata aku Sufi
Jika aku kagumi Ossama
Orang kata aku Teroris.
Jika aku doakan Mat Indera
Aku dituduh komunis pula
Aku Sebut Khomeni
Aku dikata Syiah.

Mereka yang menyanjung Henrey Gurney
Tidak dituduh penjajah celaka
Mereka yang memetik teori Machiavelli
tidak dikatakan sekular
Orang yang mendengar titah Barack Obama
tidak pula dinista agen Amerika.

Aku bukan Ayatullah
menyanyikan syair ratha' Hasanain
Kagumi selendang toyalisah Asfahan

Taqiah!
Begitu pula melantun kesimpulan
setelah letih mengorek dalil
tiada umpan mengena kail.

Tuesday, September 24, 2013

LORONG-LORONG PANDIR


Kereta banyak
jalan sesak
naik harga minyak
agar kereta mudah bergerak.

Rakyat makin berpenyakit
pengidap diabetes bukan sedikit
naik harga gula
demi kebaikan rakyat semua
agar sihat sejahtera.

Kurangkan subsidi barangan
Supaya rakyat rajin bekerja

Ada orang suruh naikkan harga kain kafan
Supaya kurang orang mati

Naikkan harga susu
supaya banyak kelahiran baru

Yuran Universiti biar mahal
baru mahasiswa belajar kental
tidak asyik demontarasi jalanan.

Tambang pengangkutan awam dinaikkan
supaya kurang kejadian kelamalangan.

Laksanakan AES seluruh negara
supaya rakyat cermat memandu.

Ketika bas kemalangan di selekoh tajam
tayar tiruan jadi alasan.

Dalam manangguk lukah di pergentingan
ikan tidak dapat
kuala sungai dikata lebar sangat.

ceh!
Lorong-lorong pandir
cuba memandirkan akal.




Thursday, September 19, 2013

Pantun kebugisan

Tebang buluh dibelah nipis
buat lantai dialas jerami
hancur luluh jiwa bugis
dianggap sebagai bukan bumi

Kain bernajis marilah dibasuh
dibasuh bersabun si gadis ayu
Kenapa Bugis dianggap musuh
satu rumpun keluarga Melayu

Benang dijalin sang puteri
sambil berlagu senda loka
Bugis rajin membangun diri
salahnya kamu malas berusaha

Hebat persis Dr. Mursi
Tiada tara di mana-mana
Asal Bugis Tanah Sulawisi
seluruh nusantara Bugis ada

Kubur bukan maqam

Tatkala menatap plat sebuah glori
di maqam pahlawan negeri
seorang bertaraf menteri
kini sedang bersemadi.

Aku tertanya
apakah Mungkar Nakir peduli?
kubur di bawah maqam ini.

terkenang aku
mereka yang gugur
jasad hilang tidak berkubur
atau dikebumikan tanpa nesan
tiada belasungkawa diucapkan.

Aku tertanya
apakah mungkar Nakir peduli?
kubur tanpa maqam tinggi.

Apa aku peduli
Maqam Firaun di bawah Piramid
mereka yang berduit
membina memorial buat bersemadi
di puncak Genting Highland
apalah ada pada maqam pahlawan
di pinggir sebuah masjid besar.

di mana maqam para nabi?
sejak Adam hingga Muhammad.
maqam Muhajirin Ansar
terdampar di baqi' tanpa nama
di tanah pulau dalam rimba
bersemadi da'i di kubur lama
di atas usang di bawah lenang.

Ossama terbenam di dasar laut
At-Tarturk bersemadi dalam muzium
semua menghuni kubur sendiri
maqam di atas bukan bayangan.

Kelak...
Di depan Tuhan menagih kedudukan...

SAJAK A.SAMAD SAID-DALAM LIBRARI

Dalam librari
aku tersengguk
seorang tua
tersenyum menegur:
Tak guna
membuka buku
menutup mata.


Kan elok
menutup buku
membuka mata?
Mulai esoknya
dalam librari
ku tak pernah
tersengguk lagi
walau orang tua
sudah lama
tiada kusua


Dalam librari
kini ku membaca,
mataku sering
ke kerusi orang tua
yang sudah tiada

Wednesday, September 18, 2013

Karat Otak

Patutkah Ossama bin Laden disamakan dengan Chin Peng? Sungguh berkarat pemikiran orang yang tidak tahu membezakan antara pejuang Islam dengan pejuang komunis. Memang kalau kiblat adalah Barat, ke baratlah menghala tawajjuh. Barat sangat anti komunis dan Barat juga sangat benci perjuangan jihad Islam seperti yang diterajui Ossama.

Kalau kubur Ossama di laut jadi masalah, apakah kubur di memorial pahlawan itu menentukan bahagia di akhirat. Tiada lebihnya kubur di puncak gunung berbanding dasar lautan. Bukan satu kehinaan kalau kubur tidak di darat. Bukan kemuliaan kalau kubur maqam bertingkat.

Bumi Setiawan di Malaysia tidak afdhal berbanding bumi bumi Bangkok di Thailand. Kalau Chin Peng tidak boleh ditanam di Malaysia, dia disimpan di memorial di Bangkok. Semuanya bumi Allah. kita yang hidup ini pun beuim tahu di mana akan dikebumikan. Entahkan yang bercakap itu kelak matinya tidak berkubur. Siapa tahu.

Ossama adalah pejuang yang telah berjasa di bumi Afghanistan dan lain-lain wilayah yang bergolak. Apakah jasa sang menteriku buat Islam? Menghina pejuang Islam (walau manhaj jihad qital) tidak layak dan tidak patut, apatah lagi menyamakan dengan komunis.
 

Tuesday, September 17, 2013

CHIN PENG

Berita kelmarin melaporkan Chin Peng telah meninggal. Beliau meninggal pada usia 90 tahun di Bangkok, Thailand. Ada upaya pihak tertentu untuk membawa bali jenazahnya untuk disemadikan di Malaysia. Ini kerana Chin Peng adalah anak kelahiran Perak. Namun, suara-suara daripada beberapa menteri kanan kerajaan  menolak cadangan membawa balik Chin Peng kerana beliau merupakan pemimpin komunis, pengganas dan bukan juga warganegara Malaysia.

Kebencian kepada Chin Peng mengatasi segala kebencian. Lebih benci daripada Yahudi. Cerita-cerita kekejaman komunis menjadi ispirasi untuk mengobarkan kebencian kepada Chin Peng. Membenci Chin Peng dilihat sebagai patriotisme. Siapa tidak bencikan komunis, dia tidka menjunjung semangat patriotisme.

Kisah komunis itu kisah masa lalu. Macam juga kisah terbunuhnya Saidina Hussin di Karbala. Ornag Syiah, dalam menunjukkan cinta mereka kepada Saidina Hussin, mereka perlu mempamerkan kebencian kepada Muawiyah dan kaum keluarganya.  Malah mereka perlu mengkultuskan keturunan Saidina Hussin. Mencintai dan menunjukkan cinta dianggap sebagai ibadah. Demikianlah halnya dengan membenci komunis, dilihat sebagai patriotisme.

Apa yang diperolehi dengan membenci komunis sedangkan komunis bukan lagi ancaman negara dewasa ini. Negara asal komunis itu pun telah meleraikan fahaman mereka satu demi satu. Mengapa lagi kita mengobarkan kebencian kepada komunis? Kita mengobarkan kebencian pada satu yang telah menjadi sejarah. 

Apakah ini juga perangai Syiah yang ditiru panut orang kita?

Kalau perlu benci komunis, bencilah sama penjajah Inggeris. Gali dan bakar sahaja kubur-kubur penjajah yang berserakan di bumi Malaysia.

Kilas politik pendeta dan bendahara.

Bijak Tun Perak
kerana tidak membunuh Tuah
hanya disorok di Ulu Melaka
miski sultan telah mememerintah
agar Tuah disingkir segera.

Kalau bendahara harganya setia
taat perintah membabi buta
tidaklah Tun Perak disebut bijaksana
tidaklah Melaka melakar sejarahnya.

Tahu Siam bukan lawan
Tun Perak memimpin pasukan obor
nyalakan api di waktu malam
Siam melihat datang gementar
akhirnya mundur batalkan hasrat.

Kalau politik selurus bendul
tiada sejarah mampu dibina

bijaksana bukan menyelak kitab
bukan dari hafal matan.

mencapai alim menapak harakat
meraih faqih sukarnya berlipat.

Setia Tuah bukanlah bijaksana
derhaka Jebat tidak ke mana
politik Tun Perak itulah saksama
lambang akal cukup sempurna.

Kalau lahir jadi pendeta
baik bertapa di gunung Ledang
pakai nama Aria Putra
guru Tuah lima saudara
jadi hulubalang pertahankan Melaka.

Masakan pendeta jadi bendahara
melahirkan jundi mampulah dia.

Jika ulama bahas hukum
dari alim dhabit kitab
dari hafal nas ayat
lahirlah fatwa menjunjung setia
seperti Hang Tuah si hamba raja.
lahirlah fatwa menjulang merdeka
seperti Hang Jebat si penderhaka raja.

Jika politik bersama malaikat
barulah cuma lurus belaka
pahala berjela tanpa dosa
maya pada bertukar syurga.

Jika berpolitik kalangan manusia
akan ada pertembungan pilihan
mudarat hama atau manfaat serigala
hidup mulia  atau mati dipuja
tidak mungkin mengharung kumbahan dunia
sedang pakaian putih terjaga.

Pendeta Aria mendengar letupan meriam
dikatanya guruh membawa hujan
Bendahara Tepok mengajak pahlawan
dikatanya musuh menyerang kawasan.

alim pendeta hasil tapa
faqih bendahara buah syura
pendeta berdewa menunjuk langit
bendahara pengawa menggalas bumi.

"perteguhkan tahalluf siyasi".





Monday, September 16, 2013

Pemimpin Telunjuk Dewa


Di dataran kayangan damai
bernama Keramat Ummat Sang Ulama
turun sabda kusut masai
jangan berpijak rumput gahara

Dari daerah dodoian muzik samba
datang arahan mengangkat senjata
buat dipikul pengikut setia
darah tumpah tan sampai ke sana.

Wahai pemimpin telunjuk langit
tidaklah hujan menyimbah bumi

Wednesday, September 11, 2013

Dunia bukan syurga loka.

Mazlum tidak terbela
si zalim bermaharaja lela
pejuang agama dipenjara
dibunuh dinista nama
manusia hina diangkat bertahta
ahli maksiat dikatakan malaikat
ahli ibadat dituduh sesat

Keadilan tinggal mimpi
orang bijak termanggu mati hujjjah.
yang kaya berdewa qarun
penguasa durja menjejak Firaun
Makar Hamman ikutan menteri

Mengapa dunia menzalimi kami
keluh kesah sang kedidi
rintih tangis hamba abdi
si miskin bergelut ranjau berduri.

Kerana dunia bukan syurga
Dunia medan menguji laga
bukan hakikat sekadar fana

"Bisik pendeta tidak ternama".

Monday, September 09, 2013

MENEGUK KERAMAT ILMU ULAMA



Tidak perlu mencari khulwat
dalam konflik khilaf pendapat
antara baik dan bejat
antara pembela aristokrat
dengan pembela citra rakyat.

Dikenali ilmu pada sinarnya
ulama tampil membela mazlum
bukan menjadi andil zalim
ulama berhujah demi pemerintah
meninggalkan derita rakyat terjajah
Usah dipanggil pewaris nubuwwah.
jangan bertahalli pembela sunnah.

Ulama bukan petapa bersila
bukan brahma utusan dewa
bukan beramal memanjat karma
atau membela bangsawan ternama.

Ulama amilin wal mujahidin
derita susah rakyat marahaen
dia merasa bangkit memimpin
itu pewaris sunnah nabi.

Bukan ulama menyebar lalai
rakyat khayal ditambah belai
diajak lenggok tari gemalai
tidur jaga bangun mamai.

Bukan ulama banyak bicara
hukum hakam feqah lama
dikupas sebagai lipur lara
terputus dari warta semasa.

Ulama itu mestinya sungai
mengalir dari legeh pergunungan
tidak berhenti dalam takungan
merentas rimba juga desa
walau ke kota bergelumang nista
ulama bergerak bersama ummat.

Barulah bernama pewaris ambiya
barulah kita bersimpuh tawadhuk
cinta hormat kasih bertingkat
meneguk dari keramat makrifat.

Saturday, September 07, 2013

MEMBENIH GENERASI PERJUANGAN

Manusia tidak dilahir ke dunia lalu menjadi baik dengan sendirinya. Dari saat dia dilahirkan, seseornag itu akan melalui tahap-tahapnya sehingga ia mampu teguh berdiri laksana pokok yang kemudiannya dapat menghasilkan buah. Allah menceritakan bagaimana proses kelahiran generasi pejuang agama Allah yang dibina oleh Rasulullah SAW yang kita sebut sebagai Sahabat. Allah membuat perumpamaan mereka itu seperti menanam pokok. Firman Allah SWT:

مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاء عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاء بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya, maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya. Tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya Karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.
(Surah Al-Fathu: Ayat 29)

Sebatang pokok yang tumbuh bermula dari proses menanam. Dari menanam, ia tumbuh tunas. Tunas menjadi pokok dan pokok itu menjadi besar dan lurus sehingga mengkagumkan orang-orang yang memerhatikannya.

Demikianlah seorang kader perjuangan. Setiap dari orang Islam yang mencintai Islam hendaklah punya wawasan mengkaderkan generasi penerus perjuangan hidup berlandaskan Islam di muka bumi. Jangan biarkan diri menjadi pokok yang tidak membuahkan hasil. Sebatang pokok yang dulunya kecil, hendaklah menjadi kuat dan menjulang di atas akar yang kukuh. Jangan lepaskan pegangan kepada akar kerana jika demikian, pokok sebesar mana pun akan tumbang menyembah bumi.

Ayat 29 Surah Al-Fathu ini merupakan penekanan tarbiah. Manusia perlu ditarbiah agar kemunculan pelapis adalah berhubung dengan akar perjuangan. Pelapis yang muncul tanpa berasas akar tunjang akan menjadi tumbuhan menjalar laksana "kacang gila" yang memang menutup permukaan bumi tetapi merosakkan proses menumbuhan tumbuhan kekar lain.

Justeru, didiklah generasimu agar menjadi pelapis dan kelak mereka akan menjadi pokok-pokok kekar yang mengkagumkan.

Thursday, August 29, 2013

Kempen kibar jalur gemilang sepi

Datuk Ahmad Shabery Cheek dalam rancangan TV semalam mengajak rakyat mengetepikan fahaman politik dan kibarkan jalur gemilang. Seruannya itu kedengarannya sangat suci dan penuh idealisme. Namun, ia bukanlah mudah untuk diaplikasikan. Rakyat Malaysia yang berbilang fahaman politik ini telah menyaksikan bagaimana layanan politik yang berbeza diberikan kepada parti pembangkang,

Pada hari sambutan ulangtahun kemerdekaan negara, pentas kehormat hanya diisi oleh para menteri dna pemimpin kerajaan. Mengapa apabila mahu menyatakan semangat hari kemerekaan para pemimpin pembangkang harus diajak sama. Waktu menanam padi diajak semua berderau. Bila tiba musim menuai, dituai seornag diri. Ini kerja orang gila. Orang tidak sedar diri.

Kalau benarlah kerajaan yang ada sekarang mendapat sokongan padu rakyat jelata, mengapa para penyokong sendiri dingin dari seruan mengibarkan jalur gemilang?

Monday, August 26, 2013

PARA PENZALIM BERJIWA KECIL DAN BACUL

Allah maha besar. Maha Agung. Maka, sesiapa yang memperjuangkan Allah, dia akan memiliki kebesaran hati dan keagungan jiwa. Sedangkan Syaitan itu kecil dan hina. Justeru, sesiapa yang memperjuangkan kesyaitanan, akan memiliki jiwa kerdil dan perasaan yang hina.

Inilah yang terjelma dalam kisah perlawanan antara Firaun dan nabi Musa. Sungguh pun Firaun memiliki segala prasarana kekuasaan, dia amat takut dengan nabi Musa. Dalam menangani nabi Musa, dia mengerahkan segala jentera kekuasaannya untuk melenyapkan nabi Musa. Bukan alang-alang jumlah ahli sihir yang dimobilasikan untuk melawan nabi Musa. Dinyatakan dalam tafsir Qurtubi dengan memetik pandangan sebahagian mufassirin, ahliu sihir yang dikumpulkan Firaun berjumlah 80 ribu orang. Jumlah itu hanya untuk melawan nabi Musa seorang. Sungguhlah kerdil hati Firaun mendepani kebenaran nabi MUsa A.S.

Ketakutan Firaun lebih menghimpit apabila ada seorang lelaki dari kaum keluarganya yang beriman dan menerima dakwah nabi Musa. Termasuk isterinya sendiri Asiah. Firaun tidak mampu mendepani individu beriman ini dengan sendirinya kerana memang jiwa penzali adalah kecil. Firaun terpaksa melobo sokongan para pembesarnya dan mempengaruhi rakyat jelatanya.

Kisah Firaun dan Musa mengajar kita satu hakikat. Hakikat bahawa penzalim berjiwa kerdil. Mereka adalah makhluk penakut, pengecut dan tidak punya jati diri. Mereka melihat orang beriman dengan pandangan mata yang penuh bimbang dan cemas, seperti melihat sebuah gunung yang mahu menghempas mereka.

Demikianlah yang menimpa penzalim seperti As-Sisi dan Bashar Al-Asad. Menangani kebangkitan rakyat, Bashar tega melepas bom kimia. Satu hal yang hanya layak dibuat oleh si pengecut. As-Sisi ketakutan kepada jemaah Ikhwanul Muslimin sehingga dia berusaha menangkap para pemimpinnya. Dia cuba memadam sinar cahaya Allah, sedangkan Allah pasti menjadikan cahayanya bersinar sempurna.

Kita lihat para pemimpin Ikhwan tidak mundur. Mereka, dengan jiwa besar mendepani semua kezaliman yang ditimpakan ke atas mereka dengan sabar dan jiwa besar. Sememang orang yang berwalikan Allah akan menjadi berjiwa besar sebab Allah itu maha besar. Begitulah juga para pejuang rakyat di Syria. Mereka berjuang dengan kesedaran agama dan itu menjadikan mereka gergasi yang ditakuti oleh kodok Bashar yang berhati tikus.

Beruntunglah manusia yang mendapat kebesaran khalik dan malang serta rugilah manusiia yang dijangkiti kekerdilan mal'un!

Sunday, August 25, 2013

MEMAHAMI FEQAH FATWA

Ada kalangan yang merasa bengang dengan jawapan-jawapan lunak TGHH mengenai Syiah. Kata mereka, TGHH tidak seperti Dr. Yusuf Al-Qaradhawi yang telah menukarsikap lunaknya kepada sikap keras kepada Syiah. Sehingga yang terbaru, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi telah menukarkan panggilan Hizbullah kepada Hizbullat dan Nasrullah kepada Nasrullat.  Seterusnya, beliau menafikan Iran sebagai sebahagian dari Islam.

Bagi yang tidak memahami feqah Dr, Yusuf Al-Qaradhawi, mereka akan mengatakan Dr. Yusuf Al-Qardhawi telah mengisytiharkan perang ke atas Syiah. Maka, apabila jawapan-jawapan TGHH mengenai Syiah di Malaysia ini tidak senada dengan reaksi Dr. Yusuf Al-Qardhawi terhadap Syiah di Lubnan dan Iran, timbullah kritikan-kritikan tehadap TGHH sehingga menyifatkannya sebagai ketinggalan keretapi, kapal terbang dan sebagainya.

Kitalah ahli Ghuzwah


Wahai Barat
Demokrasi yang kalian tebar
jika hanya sebuah padang senget
kelebihannya untuk kalian
dihamparkan hanya untuk menghinakan kami
jangan merasa aman
kerana kamilah ahli ghuzwah

Sabar menanggung derita
menuntut jalan sentosa
bukan bermakna tidak berdaya
jika terpaksa jalan baru ditempa
kami punya khibrah ghuzwah

Nyawa bukan bergayut mahal
pada dahan cinta dunia
kami punya taman syuhada'
untuk ditabur benih al-mautu fi sabilillah!

Saturday, August 24, 2013

Terlebih dos Anti Syiah

Pada satu tahap, aku terikut-ikut dengan isu Syiah. Ada kelompok yang meletakkan perjuangan menentang Syiah sebagai nombor wahid. Maka, fikiran ramai orang terarah juga untuk menjadikannya isu nombor wahid. Sehingga, kekadang, lantaran asyik makhsyuq dengan isu syiah, terlupalah dengan isu-isu lain yang kritikal membelenggu umat Islam. Keghairahan mengolah dna mengadun isu Syiah membuatkan kaca mata konflik Syiah-Sunni yang dipakai dalam semua perkara. Hatta, isu di Mesir juga dikaitkan sebagai isu yang diwayangkan oleh agenda Syiah. 

Mengapa tidak dikatakan juga bahawa krisis di Selatan Thailand itu adalah berpunca dari mainan Syiah?

Kenapa tidak katakan sahaja nasib buruk yang menimpa muslim Myanmar itu juga kerana angkara Syiah?

Bagaimana pula dengan isu di Mondanau? Apakah tangan-tangan syiah juga melakunkannya di sana?

Agaknya kerana terlebih dos maka semuanya kembali kepada isu Syiah-Sunni.

Kalau kukatakan begini, dikatakan aku Syiah. Menuduh orang Syiah atau simpatisan Syiah memang kebanggan pejuang terlebih dos anti Syiah. Haji Hadi yang mengabdikan diri berpuluh tahun untuk perjuangan Islam itupun dituduh tidak serius membanteras Syiah. Seolah-olahnya, dialah pejuang Islam sebenar hanya kerana anti Syiahnya yang melewati puncak gunung Everest.

Pada akhirnya, perjuangan anti Syiah yang ditaja itu menyasar dari tujuannya. Orang makan ubat memang bagus untuk hilangkan demam. Tapi, kalau terlebih dos...buruk akibatnya.

Maaflah pejuang anti Syiah, aku balik dulu. Kalau nak terus bergelumang dengan isu Syiah ini, teruskanlah. Isu Mesir dan Syria itu, aku mahu melihat isunya antara Islam dan kafir atau sekurang-kurangnya Islam dan nifaq.
 

Thursday, August 22, 2013

Jika Menyemai Badai

Dulu telahpun diberi Inzar
Buat warga Mesir yang ingkar
yang bertamarrod membuat makar
menuntut kerajaan Mursi di bubar.

Wahai kelompok Tamarrood
lihatlah apa hasil semaian kalian
kalian hanya menuai taufan

Jika ditebang tualang meranti
Jangan dimimpi tumbuhnya jati
Kini gharqod sebagai ganti
hilang pemimpin kalangan wali
muncul pemimpin pantat kuali
tiada bai'ah yang diberi
masih berdiri tidak peduli.
citra rakyat hatinya mati
hanya menjaga sekandang babi
lalu diabai sepadang biri-biri.

Kalau berani menyemai badai
akibatnya taufanlah yang dituai.

Konon demokrasi yang dijulang
semuanya kini pecah tembelang
Suara rakyat kini dikekang
dibayar darah nyawa melayang
puak Tamarrod masih tercengang?
masih bodoh diri ditunggang?
media memapar khabar temberang
masih percaya As-Sisi itu pejuang!

Telah bersuluh dalam terang
Mubarak diktator kini dijulang
tuduhan jenayah lantas dibuang
dia bebas kembali bergentayang

Kaum Tamarrod yang malang
kalian ditipu di hari siang
hari malam alang kepalang
kembalilah ke jalan pulang
sementara masih ada peluang.

Wednesday, August 21, 2013

IKHWAN PASTI TEGUH BERDIRI

Mari kita pelajari
jalur perjuangan Al-Banna
buat bekal mendepani
para taghut durjana .

Ketika Firaun mengemuka rencana
mahu membunuh nabi Musa
alasannya bersandar kepada dua
demi menjaga tatakerama bangsa
Demi memelihara negara jangan binasa.

Ketika As-Sisi merampas kuasa
Alasannya demi menjaga sistem negara
Demi mengelak bencana petaka

Biar zaman berputar putar
alasan yang sama tetap berlegar
bahasa penzalim sama sahaja
mantik lenggok bernada sama.

Rantaian Firaun bersambung Mubarak
As-Sisi menerus meniru lagak
Demikian Musa menjana pelapis
zaman bersilih pejuang tak habis

Al-Banna mencetak cerna perjuangan
Ikhwan tetap menapak menahan tekanan
tak akan padam cahaya mentari
biar mendung sepanjang hari
jika tidak hari ini
esok pasti bersinar lagi.

Allahu Akbar!
Allahummansuril Ikhwan!

Sunday, August 18, 2013

Celakalah As- Sisi

Manusia kerdil yang memancangkan kuasa di bumi Mesir itu menyangka bahawa usaha senilai qitmir mereka itu akan membuahklan hasil. Demi Allah, mereka tidak akan adapat memadamkan api semangat para pemuda Ikhwan. Selanjutnya, jauh sekali untuk berjaya memadamkan cahaya Islam. Dalam dunia ini, seberat mana jerih payah mereka, mereka hanya akan menemui kegagalan. Mereka adalah angkatan kecewa yang akan hanya menjejaki pendahulu mereka yang telah pun mengisi neraka.

Berbanggalah dengan keberhasilan kecil membunuh para syuhada'. Ketawalah. Meliahailah sepuasnya. kalian adalah serigala yang kelak hanya kana jaid mangsa serigala sebuas kalian juga. Tidak ada doa hidayah buat kalian Hanya  doa celaka dan sumpah buat mereka mereka seperti dia nabi SAW buat kaum Ra'lun dan Zakwan.

Aku tidak kenal siapa penzalim itu. Aku juga tidak ingin mengenali mereka. Biarlah mereka meraung dalam neraka tanpa dikenali. Cuma aku terdengar nama As-Sisi sebagai si QABIL yang memulakan agenda. Para penerusnya juga akan menaggung beban dosa berat itu.

Wahai As- Sisi. Janganlah kau bertaubat. Matilah kamu tanpa taubat. Zalimmu melangkau batas. taubatmu tidka memulihkan keadaan Hanya matimu yang kami harap. Kalau taubat itu indah buat ornag seumpama kamu, alangkah indah kalau Firaun bisa bertaubat!

Laka' Ibn Laka'


Laka' anak si Laka'
bila menutur bicara
lagak pendeta bijaksana
melepas kalam racun berbisa
laksana panah beroles damak.

Ada yang masih betapa
mencapai tajalli
menghias tahalli
menelusuri takhalli
dalam panas kebangkitan ummat
menuntut jalan menuju khilafah.

memang tidak akan berbicara lidah pendeta
kalau penjilat kelompok kudeta.

Jika sudah qarar sebuah qaul
ahli neraka tetap selamanya
biar berputar sejuta haul
reinkarnasi bersilih tetap tanpa karma.

Media durjana penambah luka
menuduh syuhada' kelompok pelampau
mangsa durja dituduh durja
para durja berpesta ria
serigala didendang puja

Para aulia dinista cerca!
Masihkah kabur menilai arca
masih tidak nampak kaca permata?

MUFTI MUFTARA


Sang Sapi bertanya mufti
tentang hukum darah mereka
yang diminum puak Masai

Haram lagi berdosa
begitu jawab sang mufti.

Ikhwan Muslimoon bertanya mufti
tentang hukum darah yang tumpah
di medan suara rakyat

Itu darah pemberontak
dari kelompok memperjuang sistem kufur
Halal dan harus
begitu jawab sang mufti.

Berfatwalah sang mufti
untuk para domba sahaja
kerana domba hanya sayangkan domba.

Saturday, August 03, 2013

JANGAN TERPEDAYA

"Cerita itu sangat menarik...tapi dalam masa yang sama seperti ada memburukkan orang yang dicerita", seorang sahabat cuba memberi komen mengenai sebuah cerita yang diceritakan oleh seorang penceramah.

Cerita mengenai seorang ulama yang bermenantukan ulama. Pada malam pertama, bapa mentua telah membuat ujian untuk menantunya  yang menikah dengan anak perempuannya. Dalam bilik, di muka pintu, diletakkan sebuah kitab yang tebal. Oleh kerana menantunya itu seorang ulama, apabila ternampak kitab itu, dia pun mengambil kitab dan membacanya sehingga ke pagi. Hanya terasa olehnya kepanasan matahari, barulah dia tersedar dari kelekaannya menuntut ilmu. Dia telah membiarkan malam berlalu tanpa menyentuh isterinya. Malah, lebih dari itu, dia telah terlepas solat subuh dalam waktunya. Cerita itu mahu tampilkan watak hebat ulama yang cintakan ilmu. Tapi, dalam kehebatan tersebut ada cucukan yang berbisa.

Budaya penceritaan sebegini selalu menjadi trend Syiah. Syiah menceritakan keadilan Umar Al-Khattab yang menyebat anaknya Abu Syahmah 100 kali kerana berzina. Walaupun keadilan Umar cuba ditampilkan, ada tersirat penghinaan terhadap umar. Umar digambarkan seorang yang jahil fekah, porak peranda keluarga dan tidak boleh dipercayakan jabatan khalifah.

Jangan mengikut budaya Syiah!