CARI BAHAN

Saturday, October 06, 2012

MALAYU PELAYAR HANDAL

Ada benarnya cerita masa lalu yang menyebutkan bahawa orang Melayu merupakan para pelayar yang handal. Kononnya, ada seorang Melayu bernama Awang dan dialah yang pertama mengelilingi dunia. Bukan Vasco Da Gama sebagaimana yang sering diceritakan dalam buku sejarah. Teori yang mengatakan Melayu sebagai palayar handal adalah berdasarkan muka bumi yang menjadi tempat tinggal masyarakat Melayu adalah rantau yang paling banyak berpulau. Bila sudah tinggal di kawasan kepulauan, sudah tentulah orang Melayu perlu jadi pelayar yang hebat untuk mengadaptasikan kehidupan mereka dengan alam agar selesa.

Namun, ada perkara yang mahu aku sebutkan dalam artikal ringkas ini mengenai kenapa Melayu dikatakan mungkin pelayaar handal pada masa lalu di mana masyarakat dunia belum mengenal ilmu kelautan secara meluas. Barat belum mengenal pelayaran kecuali beberapa kaum yang memang hidup di kepualau England.

Kita memang sudah sering mendengar kisah Abrahah menyerang Makkah dengan menaiki gajah. Tenteranya dikatakan tentera bergajah. Persoalan yang timbul dari satu sisi yang jarang ditimbulkan ialah, dari mana datangnya gajah-gajah kepunyaan Abrahah dan tenteranya itu? Sebagaimana yang termaklum, gajah bukan haiwan tanah Arab. Sudah tentunya ia diimport dari negeri yang banyak gajah. Dalam dunia ini, gajah merupakan binatang yang banyak membiak di kawasan benua kecil India  dan menganjur ke Thailand. Ada juga gajah Afrika. Sama ada dari Asia kecil atau Afrika, gajah tersebut tentunya bukan dibawa ke Yaman dengan berjalan kaki.

Kalau benar benar dibawa dari India, ada kemungkinan ia di bawa dengan kapal-kapal Melayu yang berdagang di Arab. 

Cerita bahawa orang Melayu telah berdagang di Arab pula bergantung kepada riwayat hadis yang menyatakan bahawa di zaman nabi telah ada dijual di Makkah maupun Madinah beberapa produk herba dari kepualaun nusantara. Umpamanya daun bidara.

Bila ada daun bidara di tanah Arab, ia bermakna perdagangan Arab dengan alam Melayu telah berlaku lama sebelum nabi lahir. Sukar untuk mengatakan orang Arab yang belayar mencari rempah itu kerana pelayaran di laut belum masyhur di kalangan orang Arab sehinggalah zaman pemerintahan Muawiyah sebagai khalifah Islam.

Hizbut Tahrir Menidakkan Morsi

Aku ada terbaca sedikit kritikan puak Hizbut Tahrir terhadap presiden Mohammad Morsi di Mesir dalam artikal mereka yang bertajajuk:100 HARI PEMERINTAHAN MORSI DAN IKHWANUL MUSLIMIN - LANGSUNG TIADA TANDA PENERAPAN ISLAM!Demikianlah sikap puak yang sentiasa berburuk sangka dengan usaha pejuang Islam yang lain yang menggunakan pendekatn demokrasi. Selama mana Puak Hizbut Tahrir tidak dapat menerima demokrasi sebagai satu pintu perjuangan Islam, maka selama itulah mereka akan sentiasa memicing mata terhadap apa yang dibuat dan dicapai oleh para pemimpin gerakan Islam yang mencapai kuasa melalui demokrasi.

Tentang puak hizbut tahrir yang sangat marahkan demokrasi dan dalam masa yang sama lunak terhadap autokrasi ini, telah aku ulaskan dalam beberapa ertikal sebelum ini. 

100 hari memerintah bagi Mursi adalah sangat pendek berbanding 30 tahu pemerintahan Mubarak yang penuh dengan kuku besi. Belum lagi dicampur dengan pemerintahan sebelumnya yang sarat dengan kekejaman dan penindasan serta perbuatan merobek hak rakyat.

Manusia dangkal dalam Islam sring melihat Islam itu pada nama Islamnya. Jika namanya "negara Islam", itulah yang dipujinya. Sebab itu puak Hizbut Tahrir ini juga mengkritik istilah "Kerajaan Berkebajikan" yang digunakan oleh PAS dengan menuduh PAS telah meninggalkan dasar perjuangan Islamnya. Kalau ikut Puak Hizbut Tahrir, laungan "hukum Allah" hudud itu dendaklah dizikirkan selalu. Perkataan yang berbunyi Islam itu hendaklah dijadikan tema dalam setiap buaj butir perkataan.

Kerana Mursi tidak sebutkan nama Islam, mereka katakan Mursi sama sahaja dengan pemimpin sekular yang lain. "Negara Madaniyyah" yang dipakai menjadi bahan perlecehan kerana ia bukan negara Islam.

Wahai puak Hizbut Tahrir! Islam itu apa? Islam itu muka muka Islam atau intinya? INgatkah kalian, ketika berkata Syeikh Muhammad Abduh:

"Akun telah pergi ke Barat dan melihat Islam ada di sana dan tidak melihat muslim. Bila aku pulang ke Timur, aku melihat muslim di sini dan tidak melihat Islam".

Muslim tanpa Islam akan mementingkan lebel Islam tetapi dalamannya kafir. Akhlaknya kafir. Muamalahnya kafir. Pemikirannya kafir. Malah akidah dan ibadah pun ada yang kafir. Islam seperti itukah yang mahu kita angkat dan dendangkan. Penerapan Islam yang dibuat kerajaan Malaysia selama bertahun-tahun di Malaysia melaui jenama-jenama Islam, apakah menatijahkan tertegaknya Islam di Malaysia?

Jika seorang pemimpin boleh menghentikan kekejaman terhadap rakyat dan melebarkan keadilan dalam negara, itulah pencapaian tertinggi sebuah pemerintahan Islam. Kalau negara kafir melaksanakan hal itu terhadap rakyatnya kita akuilah bahawa negara kafir itu sedang mengamalkan Islam dalam pemerintahannya. Hanya tinggal lagi pemimpinnya belum jadi muslim. Alangkah baiknya kalau keadilan terhadap rakyat itu dilaksanakan pula oleh pemimpin yang beragama Islam. Ini tidak. Pemimpin dikatakan Islam tetapi pemerintahannya adalah penuh kezaliman dan kebejatan Muslim memerintah dengan corak pemerintahan  kafir kepada Allah.

Pencapaian seorang pemimpin sebuah negara Mesir yang sedang membawa negaranya menapak keluar dari kongkongan lamanya, jangan diasak dengan kegelojohan anda mahukan istilah-istilah Islam yang mempesona tetapi tidak mewakili inti Islam. Kenapa hanya tahu mempertikaikan apa yang dibuat oleh pemipin gerakan Islam lain. Ayuhlah gapai kekuasaan sebuah negara dengan manhaj yang anda impikan dan binalah mengikut corak yang anda gelojohkan. Dalam dunia ada ratusan negara yang boleh diekperimenkan. Jangan hanya mengobar cita-cita yang anda sendiri sukar merealisasikan tetapi mengharapkan orang merealisasikan mengikut jadual anda.

Friday, October 05, 2012

Banyak ilmu?

Masa dulu, bila tiba 27 rejab, orang kampung buat sambuatan Israk Mikraj. Orang kampung buat jamuan di masjid dan warga akan berpakat beramai-ramai bawa kuih muih ke masjid. Di samping makan-makan, orang kampung akan dengar ceramah dari Tuan Guru yang dijemput untuk bacakan kitab mengenai Israk dan Mikraj.  Ketika zaman sudah berubah, orang kampungku masih mengekalkan kebiasaan buat kenduri di masjid. Ramai-ramai berpakai bawa kuih muih ke sana sungguhpun tidak sebulat pakatan orang dulu. Kini hati orang kampungku sudah bersalut noda politik yang menjarakkan antara satu sama lain.

Namun, tidaklah jarak antara mereka itu hanya disebabkan politik yang memecahkan. Aku merasakan zaman yang berubah juga menyumbang kepada renggangan itu. Tapi, kebanyakan orang selalu mengkambinghitamkan politik. lalu, politik dikatakan sebagai racun kepada masyarakat. Lantas, lahirlah sekelompok orang yang membuang jauh-jauh urusan politik dari hidupnya. Mereka merasa lebih suci dan bersih dan lebih dekat dengan agama apabila hidup laksana darwis.

Hanya, apabila malam sambutan Israk Mikraj di kampungku tiba, pengisiannya tidak lagi oleh orang yang dipanggil Tok Guru. Penceramah bergelar ustaz dijemput dan selalunya orang-orang dari Jabatan AGama yang ditampilkan. Mereka akan datang berceramah dan ceramahnya juga tidak lagi dalam bentuk lipur lara sebagaimana yang selalu dihidangkan sebagai halwa telinga orang-orang kampung di zaman dahulu.

Penceramah dari Jabatan Agama akan cerita mengenai peristiwa Israk dan Mikraj itu secara ringkas dan kemudian akan menyenaraikan iktibar yang boleh diambil oleh warga desa. Oleh itu, ceramah hanya akan berlangsung sekitar satu jam. Kalau dibuat selepas solat Insya, jam 10 malam semuanya sudah selesai.

" Tok Guru dulu sangat alim, kalau berceramah Israk Mikraj, sampai ayam kokok pun belum habis...", kata ibuku satu ketika bernostalgia.

" Bukan macam ustaz-ustaz sekarang, ceramha Israk Mikraj satu jam sudah habis. Lanjut ibuku.

" Bukan kealiman itu dilihat kepada lamanya berceramah dan banyaknya perkara yang disebut....tetapi ia dilihat bagaimana bijaknya seseorang memilih perkara untuk menyampaikan ilmunya", Aku menyanggah apa yang dinaqalkan ibuku mengenai sambutan Israk Mikraj di zamannya dulu.

BAIK BUDI TUAN

Sunguh mulia budimu tuan,
Kami golongan rakyat bawahan,
RM500  tanda dermawan,
Supaya tuan jadi sanjungan,

Tuan berikan kami hanya secubit,
Duit sekupang dikata seringgit,
Duit seringgit dipuji melangit,
sambil menghulur mata mengenyit,

Mulia budi tuan bangsawan,
Sekupang untuk kami rakyat bawahan,
Emas seguni tuan taruhkan,
tak habis makan tujuh keturunan.

Puji tuan berjiwa rakyat,
Buruh petani hidup melarat
Tuan membela mengaku sahabat
kepala digosok punggung disebat,

Kami dapat wang saku
Baru dapat tuan sapu
Buat membeli gula sebuku
Habis diguna belum seminggu

Tuan dapat emas tempawan
kemerlip permata juga intan
serta mutiara dasar lautan
Tahi tuan jadi jualan.

Sungguh mulia budimu tuan,
hutang kami  jadi tuntutan,
Hutang korporat tuan maafkan,
Sekupang dituntut sejuta diabaikan.

Di mata tuan siapalah kami
Kami layak berumah merpati
Rumah tuan tidak terperi
Luas menjangkau separuh negeri.

Sungguh baik budi tuan
Tuan muncul musim mengawan
Menabur janji bawa pembangunan
50 tahun begitulah keadaan.

Waktu kami minta bantuan
Tuan berjalan dongak ke awan
Kala tuan di hujung kekuasaan
Kami menjadi sembahan tuan.

Sungguh lembut bicara tuan
Tawadhuk diri mengaku syaitan
Apa sahaja sanggup lakukan
Demi diberi hayat kekuasaan.

Kuasa itu putaran roda,
Sampailah masa bertukar mahkota
raja bukan selamanya bertahta
kini masa hamba berkuasa

Raja rakyat hanyalah nama
bila berkuasa seorang hamba
berilah nama sebagai raja
raja pula namakan hamba.

Miskinlah sudah budi tuan,
Tuan memberi air minuman
kini dilihat sebagai kumbahan
Belanjawan tidak menjemput senyuman.

Onar noda banyak sekali
Tuan bersaudara tidak berbudi
Amanah rakyat banyak dikhianati
Marhaen mengais mencari razeki.

Sayang sekali dataran permata
Rakyat mengais merata-rata
Hanya kerikil yang dijumpa
Tuan bersaudara kebas semua.

Sungguh baik budi tuan,
Seperti budi kera di hutan
Dusun dijaga buah dimakan
Dahan patah buat bergayutan.


Thursday, October 04, 2012

TV yang menggubar budaya seks songsang.

Mutakhir ini, isu LGBT banyak sekali berkisar dalam paparan media massa kerajaan. Laporan-laporan mengenai kewujudan aktiviti LGBT dan gerakan mempromosikannya terpampang dalam media-media tersebut. Isu ini menjadi rancak dan menarik minat pihak media kerajaan tersebut pada satu masa dulu kerana kebetulan ketika itu dunia politik tanah air sedang dirancakkan dengan dakwaan liwat ke atas DS Anwar Ibrahim. Sebanyak dua kali tuduhan tersebut telah ditempelkan ke atas DS Anwar Ibrahim, namun kedua-duanya gagal membuktikannya bersalah. 

Terakhir hingga setakat ini, ialah gagal seorang anak muda bernama Saiful Bukhari Azlan membuktikan yang dirinya benar-benar diliwat oleh DS Anwar Ibrahim. Isu liwat yang dituduhkan ke atas DS Anwar Ibrahim ini telah menjemput pelbagai polimik termasuk polimik hukum. Masyarakat Malaysia dialimkan dengan isu tersebut terhadap hukum-hakam hudud Islam termasuk jenayah qazaf dan kesaksian Islam. Sekali fikir, ia merupakan satu rahmat Allah buat pejuang Islam untuk menambahkan lagi ramuan buat rakyat Malaysia agar lebih memahami lagi perundangan Islam.

Selama lebih 12 tahun TV dan media perdana tunggangan kerajaan memainkan isu DS Anwar Ibrahim untuk mematikan karektor politiknya, namun, ternyata ia gagal. Hari ini, kekuatan politik DS Anwar Ibrahim nampaknya tetap marak dan rakyat sedang berbicara mengenai PR rakyat yang dipimpinnya akan menguasai Puterajaya. TV kerajaan seolah-olah sudah mencapai makam sasau apabila semua isu yang dimanipulasikan tidak menjadi ramuan berguna buat menyekat kemaraan DS Anwar Ibrahim dan rakan Pakatan Rakyat.

Media TV yang dulunya asyik memproklamasikan DS Anwar Ibrahim sebagai peliwat, kini mengulang tayang lagi isu yang sama dengan nama yang telah diinovasikan sebagai LGBT. Pada mulanya isu LGBT menarik minat pihak media TV kerana ia masih lagi panah yang dulunya pernah ditujukan kepada DS Anwar Ibrahim. Keghairahan TV Kerajaan tersebut adalah lantaran kerana ia masih merupakan serampang dua mata untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada individu bernama ANwar Ibrahim.

Dua tiga malam ini TV3 khasnya dengan nada cemas memaparkan perkembangan penkid yang semakin berani mempamerkan kecurangan aktiviti itu di depan khalayak. Namun, apa yang dilaporkan TV3 tersebut sukar untuk diterjemahkan sebagai laporan ikhlas pihak yang bimbang pertumbuhan budaya songsang itu. Di sebalik telunjuk lurus laporan TV3 tersebut, masih besar kemungkinan kelingkingnya berkait muslihat untuk mengaitkannya dengan DS Anwar Ibrahim. 

TV3 adalah media yang penuh dengan kefasikan. Bagaimana mungkin untuk mempercayai bahawa ia menyampaikan misi dakwah menyedarkan masyarakat terhadap kesongsangan budaya penkid?

Dari satu aspek yang lain, apa yang terjadi hari adalah akibat dari kelancangan masa lalu. Sebuah negara yang galak memproklamirkan sek songsang satu masa lalu telah benar-benar diuji Allah dengan kemunculan terang-terangan pengamal seks songsang yang kian membiak. Mengapa Malaysia yang berdepan dengan pertumbuhan budaya songsang ini? Kita tidak dengar perkara ini marak meriah di negara-negara jiran nusantara kita dan juga dunia lain.

TV3 dengan sengaja membawa corak pemberitaan yang berakibat menggalakkan masyarakat meniru amalan penkid!

Kejahatan sedikit orang baik VS Kejahatan menggunung orang jahat.

Lumrah terjadi dalam masyarakat, kalau orang baik dalam masyarakat seperti ulama, ustaz, tok imam, pak haji dan juga anak-anak mereka terpalit dengan sesuatu perbuatan keji, perhatian masyarakat terhadap kejahatan itu akan sangat berlebihan. Cemuhan dan kejian ke atas mereka pun amat hebat berbanding jika perbuatan keji yang sama di lakukan oleh orang lain terutama jika dari kalangan yang sudah dikenal jahat. Kalau memang orang itu sudah dikenali jahat, perbuatan kejinya tidak menarik perhatian cemuhan orang pun. Malah, kekadang orang tidak peduli lantaran sudah lali dengan perbuatan kejinya.

Kejahatan pada orang baik amat ketara dilihat. Namun, kejahatan yang lebih dahsyat sekalipun pada orang jahat dipandang tak bena sahaja, malah kekadang tidak terlihat oleh masyarakat.

Demikian halnya dengan situasi negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) dewasa ini. Media Massa arus perdana yang dikuasai oleh kerajaan persekutuan sering dendangkan kebobrokan yang kononnya dibuat oleh pemerintah kerajaan Pakatan Rakyat. Negeri Selangor diperlihatkan sebagai teruk amat dengan isu air, perumahan, tanah, pasir dan sebagainya. Demikian juga kerajaan Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Semua negeri yang diperintah PR itu diceritakan dalam media massa sebagai kerajaan yang penuh dengan masalah. 

Sementara 9 negeri lagi dalam Persekutuan Malaysia ini diperlihatkan sebagai tidak bermasalah dan jika ditimbulkan masalah-masalah, dinyatakan pula bahawa kerajaan negeri tersebut dapat menyelesaikannya dengan jayanya.

Bila malaikat buat salah, memang ia akan jadi bahan orang mengata. Tetapi bila syaitan buat onar, orang sudah tidak kuat dan tidak ghairah mengata lagi.Kita pun tahu siapa yang dikatakan syaitan yang dikenali dalam negara kita. Betapa banyak kejahatan dan kebobrokan yang syaitan itu lakukan, tetapi media massa sentiasa pendamkan. Cemuhan dan kejian tidak ditimpakan ke atas angkara murka sang syaitan. Memang begitulah lumrahnya kejahatan orang jahat.

Namun sebaliknya pula yang berlaku ke atas malaikat yang tidak dikenali. Kerana namanya malaikat, khilaf yang sedikit akan berdengung gemanya seluruh buana. Cerita tentang kejahatannya yang sejengkal akan dilebarkan jadi sehasta. Kalau dapat, ditarik lagi menjadi sedepa, sebatu dan sesaujana mata. Sungguh teruk  malaikat yang kamu puja itu. Sangat jahat dia. Demikian yang media massa arus perdana cuba tanamkan dalam minda jelata. Sehinggalah malaikat dilihat sebagai jahat.

Syaitan dilihat baik dan malaikat dirasakan jahat. Inilah keterbalikkan yang akan berlaku di akhir zaman dan ia sedang berlaku kini.

Kerajaan PR itu, kalau difahami dari ungkapan bersejarah Dr. Mahathir Muhammad, adalah umpama malaikat. Namun sayangnya ia malaikat yang tidak dikenali atau belum dikenali. Sebagaimana lumrah hidup orang baik dan orang jahat dalam dunia, kerajaan yang mengambil watak sebaik malaikat akan dihujani dengan kejian dan tohmahan. Memang tanda orang baik akan dikeji dan dikutuk kalau buat salah. Walaupun kesalahan itu amat sedikit. Kejian dan kutukan selalunya melebihi kadar kesalahan jika ia berlaku pada orang baik. Malah, dalam banyak hal, orang baik selalu difitnah keranah menfitnah orang baik itu menyeronokan bagi kaki fitnah. Fitnah orang jahat tidak ada guna.

Maka, apa nak dihairankan kalau media memaparkan bahawa negeri Selangor sejak diperintah malaikat, amat banyak masalahnya. Banyak penyelewengan para malaikat dan urus tadbir. Dari masalah pasir yang kini telah hilang ketajamannya, ia beralih kepada masalah-masalah berderetan yang tidak pernah habis. Negeri Selangor, satu-satunya negeri yang berani melaksanakan projek air percuma buat rakyatnya digambarkan kehabisan air sehingga perlunya menyedut air dari negeri Pahang yang mewah airnya tetapi rakyat tidak mendapat air secara percuma.Tidak cukup dengan masalah air, negeri Selangor berdepan dengan masalah penempatan, perumahan kos rendah dan macam-macam lagi. Sehinggakan, orang-orang dunggu yang mendengar khabar berita dari media penyebar adu domba akan berfikir bahawa Selangorlah negeri yang rakyatnya paling menderita dalam Malaysia. Mereka menderita kerana diperintah oleh malaikat yang turun darim langit padahal rakyat tidak mengenali mereka.

Negeri-negeri lain yang diperintah para malaikat, semuanya begitu. Sarat dengan pelbagai masalah. Negeri Kelantan yang sudah lebih 20 tahun diperintah malaikat, nampaknya tidak juga pernah selesai masalahnya. Kalaulah syaitan yang perintah, sudah tentu belum pun lima tahun, semua masalah akan sirna. Bagaikan syaitan sahaja bijak memerintah di bumi.
Pulau Pinang diperintah oleh malaikat yang bertopeng. Ironinya malaikat yang anti Islam, chauvinis dan anti Melayu. Demikian yang digambarkan tentang malaikat yangs satu ini. Padahal, semasa Pulau Pinang diperintah oleh syaitan dulu, keadaannya baik sekali. Duit rakyat, tanah rakyat, perniagaan rakyat semuanya selamat. Mungkin kerana syaitan tidak suka Islam, maka khabarnya peruntukan untuk pentadbiran Islam di Pulau Pinang hanya sekadar cukup makan sahaja. Ia berbeza dengan apa yang disalurkan oleh kerajaan malaikat yang majhul sekarang.

Kalau mahu dituruti segala umpat keji dan cemuhan orang terhadap orang-orang baik, kita akan jadi bengong dibuatnya. Lebih-lebih lagi jika kata-kata nista itu terbit dari kelompok syaitan dalam masyarakat.  Memang syaitan akan selalu mencari keburukan malaikat. Kalau tidak ada keburukan pada malaikat sekalipun, syaitan akan mencipta keburukan supaya kebaikan malaikat di mata khalayak akan terhakis.

Menarah rerumput di padang ternak tentu lebih menyeronokkan dari menarah pasir di gurun. Mencuci najis di ladang babi hanya membuang masa berbanding mencuci tahu cicak di lantai masjid. Setitik noda hitam di kain putih amat ketara berbanding celupan najis d kain hitam. Menuduh orang baik adalah nikmat bagi penfitnah sedangkan menuduh orang jahat hanya menghabiskan air liur sahaja.

Falsafahnya, orang baik selalu dikeji dan orang jahat sering tidak dipeduli.

Jika kerajaan PR empat negeri selalu dihunjam dengan pelbagai tuduhan, itu bermakna ia kerajaan yang baik. Jika dituduh menzalimi rakyat, ia sebenarnya lebih adil kepada rakyat. Jika dituduh tiada air, ia sebenarnya mengalirkan air kepada rakyat. Rakyat digambarkan tiada rumah, menunjukan rakyat banyak yang dapat rumah. Mafhumnya adalah mukhalafah.

Mungkin terlalu  taksub jika kita mengatakan bahawa semua yang didendangkan media massa adalah auta. Sebuah kerajaan manapun akan punya masalah dan kekurangannya. Kesempurnaan kerajaan hanya ada pada kerajaan langit atau kerajaan syurga loka. Namun, banyaknya keburukan sebuah kerajaan negeri di warwarkan sebagai serabut bermasaah, padahal ia berkungsi selajur tanah yang sama dengan beberapa negeri lain, menunjukkan kerajaan negeri itu lebih baik dari kerajaan negeri yang tidak digambarkan keserabutannya.

Kalau tidak baik, manakan diteliti orang. Sehingga lubang cacing pun dicarigali untuk mencari tahu luas sempitnya. Petanda apa di sebalik semua ini wahai orang-orang yang berfikir?

Ya atau tidak.

Dalam kesempatan singkat semasa sarapan pagi, bersama teman-teman sekerja. kami saling mengemukan soalan-soalan yang hanya menuntut jawapan ya atau tidak.

"Betulkah Hang Jebat itu penderhaka?" Cikgu Delano melontarkan pertanyaan. Pertanyaan dihalakan kepada cikgu Azmi.

Amat sukar cikgu Azmi mahu menjawab ya atau tidak. Ia mahu juga menjawab dengan penjelasan. Namun akhirnya ia mengatakan tidak. Hang Jebat bukan penderhaka. Sungguhpun dulu dia dikenali sebagai penderhaka.

"Kini ada stadium yang dinamakan stadium Hang Jebat...", Cikgu Delano menyebutkan.

" Saya ada soalan, " aku mencelah." Apakah Mat Indera itu Komunis? jawapan ya atau tidak", aku  memandang cikgu Azemi.

" Aku tidak berani kata dia komunis", cikgu Azemi menjawab tidak mengikut format.

"Ustaz pula jawab soalan saya, Apakah Tengku Abdul Rahman itu bapa Kemerdekaan?", Cikgu Azemi pula melontarkan pertanyaan. Jawapannya ya atau tidak.

Tidak!", aku menjawab.

" Kenapa? ", Cikgu Azemi tidak puas hati.

" Kamu tahu bapa ayam?, soalku.

" Bapa ayam ada dua macam. Satu bapa kepada anak ayam dan satu lagi lelaki yang jahat yang memperdaya wanita untuk dijadikan pelacur...", penjelasan cikgu Azemi berjela tentang bapa ayam.

" Kalau bapa ayam, sebelum ada bapa ayam ada ke ayam-ayam? soal ku.

" Bapa ayamlah yang mula", tuntas cikgu Azemi.

"Hah, kalau macam tu macam mana Tengku Abd Rahman jadi  bapa kemerdekaan kalau perjuangan kemerdekaan bukan dia yang cetuskan, kita tahu perjuangan kemerdekaan ada sejak zaman Dol Said, Datuk Bahaman, Tok Janggut dan lain-lain", aku mengemukakan mantik.

" Semua tu ulama kan?",

"Semua tu ulama, ulamalah pencetus perjuangan kemerdekaan!", aku menegaskan.

Sunday, September 30, 2012

Para Ustaz...awaslah!

Sekarang, ramai para ustaz yang dilahirkan oleh sistem pendidikan dalam negara. Ada ustaz yang lahir dari sistem pendidikan Islam yang tidak rasmi dan bukan kerajaan seperti pondok, madrasah, sekolah-sekolah agama swasta dan rakyat. Ada juga yang lahir dari sistem pendidikan moden sehingga peringkat universiti, baik dalam negara maupun luar negara. Namun, kebanyakan para ustaz maupun ustazah dikenali dengan gelaran itu kerana mereka mengajar agama di sekolah atau institusi pendidikan di mana mereka bertugas. Hanya seorang pekerja yang kebetulan terlibat dalam kerjaya agama.

Namun, selain kerja cari makan atas nama agama itu, tidak ada kerja agama yang dilakukan. Maka, jadilah tugasnya sama seperti seorang guru matematik, KH, PJK dan lain-lain. Malah, sama juga dengan seorang yang bekerja sebagai operator pengeluaran di kilang-kilang.

Sebuah masjid melalui ahli jawatankuasanya mengeluhkan kepadaku tentang susahnya mencari ustaz yang boleh menyampaikan ilmunya di masjid-masjid melalui kuliah-kuliah pengajian berkala. Walau hanya sekadar tazkiran maghrib, ia menjadi sukar bagi kebanyakan ustaz. Maka, semarak ilmu dalam masyarakat menjadi tidak berapi. 

Para asatizah! bersedialah untuk menjawab di hadapan Tuhan di hari mahsyar kelak....

BRIM 2

DS Najib dalam budget terbarunya mengumumkan BRIM pusingan kedua. Rakyat yang layak akan diberikan RM500.00 sebagaimana sebelum ini. Maka, para penjilatnya segera bertepuk tangan dan memujinya sebagai tindakan yang mesra rakyat.

Inilah sahaja yang mampu difikirkan oleh kerajaan yang ada sekarang tentang bagaimana cara membela rakyat.  Pada hemat kerajaan, rakyat boleh bergembira dengan wang sebanyak RM500.00. Perasaan bahawa rakyat gembira dengan sejumlah duit itu adalah perasaan orang kaya yang membahagi-bahagikan duit kepada orang miskin. Dengan membuat yang sedemikian, kerajaan perasaan bahawa rakyat sangat senang hati.

Zaman sudah berlalu. Rakyat bukan lagi berwatak seperti dulu.

Saturday, September 29, 2012

Dilema keimanan dalam pertukaran guru.

Seorang sahabat memaklumkan bahawa dia telah mendapat sokongan daripada seorang ahli politik untuk menyokong permohonan perpindahannya balik ke Semenanjung. Sudah lebih 10 tahun dai menjadi guru di Sabah. Tahun lepas,dia ada memohon tetapi gagal. Tahun sebelumnya, dia juga memohon, namun mengecewakan. Maka, pada tahun ini permohonan dikepilkan bersama sokongan orang politik. Hanya, dia belum mengambil jalan merasuah individu yang bekerja di bahagian pertukaran sebagaimana dibuat oleh sebilangan yang lain.

Namun, aku tegaskan bahawa menggunakan sokongan orang politik untuk pertukaran, juga merupakan satu bentu rasuah. Memang kelihatan tidak ada transaksi material dalam kes tersebut, tetapi ada transaksi nilai dan perasaan yang berlaku. Sementelahan pula, ia mendorong penyalahgunaan kuasa oleh orang politik dalam mengganggu tugas seorang penjawat awam yang di tempatkan di bahagian pertukaran.

Ada pandangan sumbang yang menyifatkan bahawa membayar untuk dapatkan tempat baru dalam perkhidmatan bukan satu bentuk rasuah kerana rasuah itu konsepnya bayar untuk dapatkan hak orang lain. Posisi di sekolah baru itu adalah hak kita yang dinafikan maka kita bayar untuk dapatkannya bukanlah satu rasuah. Pandangan ini tempang dan sengajakan melupaka hakikat bahawa posisi di seseuatu tempat itu tidak pernah dikatakan menjadi hak satu orang. Bagaimana halnya jika beberapa orang mengharapkannya dan akhirnya tempat dapat kepada yang membayar?

Serah kepada Allah yang menentukan pertukaran, adalah sikap orang yang beriman!

Tuesday, September 25, 2012

Jalan berbeza syaitan dan malaikat.

Ketika malaikat berkeliaran di dunia
Syaitan bertempiaran mengatur pesona

Jangan malaikat menampuk kuasa
hanya syaitan menghuni sri perdana

Di kala malaikat mengikut hukum demokrasi
syaitan kata demokrasi itu melawan ilahi

di kala malaikat naik jet peribadi
dikata ada udang di sebalik mee
jika syaitan menguras duit awam
dikata  itulah demi balas budi

Syaitan dan malaikat
selalu berlari di lorong berbeza.

Friday, September 21, 2012

Marahkan ngeh rupanya.

TV3 malam ini mainkan isu Ngeh Koo Ham yang dikatakan mempersendakan rancangan demontrasi membantah filem menghina nabi Muhammad SAW yang dijadualkan esok. Pemuda PAS dan UMNO masing-masing akan turunkan berdemo untuk menunjukkan rasa cinta kepada nabi Muhammad SAW. Pemuda UMNO memilih Masjid Jamek manakala Pemuda PAS pula memilih masjid Tabung Haji.

Corak pemberitaan penuh muslihat yang sememangnya sinonim dengan TV3, membawakan ulasan pelbagai pihak termasuk daripada PM dan TPM sendiri.  Ternyata, kalau dengar TV3 mengulas isu itu, Ngeh sangat teruk dan ia mewakili kejahatan DAP. Itulah arah pemberitaan TV3. TV3 ,ahu rakyat marah dengan Ngeh dan dengan itu kemarahan itu tumpah kepada DAP. Seterusnya, terpalitlah kemarahan itu kepada PAS dan PKR yang bersekongkol dengan DAP dalam PR.

Amat lucu untuk mendengar Pemuda UMNO demo cinta nabi. Rakyat Malaysia yang pandai membaca dan mencari maklumat sendiri sudah tahu setakat mana cinta para pemimpin UMNO itu kepada nabi. Persendaan pemimpin UMNO kepada nabi sudah tidak dapat dilupakan lagi. Sejak tahun 90-an sehinggalah menjelang 2012 ini, rakyat telah lali mendengar ucapan Dr. Mahathir yang mempersendakan syiar Islam dan perundangannya.Sekaligus mempersendakan keperibadian nabi SAW.

Tiba-tiba bangkit pemuda UMNO untuk marahkan pembikin filem hina nabi yang sememangnya musuh Islam.

Ironinya, bukan juga pembikin filem itu yang menjadi sasaran celaan dan cemuhan. Tetapi Ngeh yang menjadi sasaran...

Sekilat ikan di air, sudah kutahu jantan betinanya.

Monday, September 17, 2012

Haprak

Seorang sahabat meriwayatkan, En Razali, bekas ahli DAP Pulau Pinang, pernah bertugas sebagai Setiausha politik seorang pemimpin DAP sedang galak menyampaikan ceramah mengenai bahaya DAP dan kemusnahan yang bakal dilakukan. En Razali itu kini menjadi idola seorang ahli UMNO yang giat menganut cerita-cerita En Razali itu.

Aku tidak pernah dengar ceramah dari En Razali itu dna memang aku tidak berminat untuk mendengarnya. Hanya buang masa sahaja melangut dengar cerita-cerita yang tidak boleh diandalkan oleh disiplin periwayatan yang boleh dipercayai.

Kalau mengikut cerita sahabat itu, En Razali mendkwa DAP sedang merancang untuk menjadikan Malaysia negara Kristian. Kononnya dia ada dalam majlis DAP yang menghadirkan sejumpah paderi yang mana membahaskan bagaimana menjadikan Malaysia negara Kristian. Dakwaan bahawa DAP mahu jadikan Malaysia negara Kristian ini memang jenaka yang amat mengujakan. Kata En Razali itu, itulah puncanya dia keluar DAP sungguhpun ketika itu gaji besar mencecah 12 ribu.

PAS sedang buat kesilapan kerana bersekongkol dengan DAP yang mahu tubuhkan negara kristian di Malaysia. En Razali menempakkan seolah-olah dia pencinta Islam unggul yang lebih hebat daripada kecintaan kepada Islam yang ada dalam diri TG Nik Aziz dan TG Hj. Hadi. En Razali itu juga membayangkan bahawa kesedaran Islamnya begitu murni sehingga sanggu berkorban atas apa yang tidak sanggup dikorbankan oleh pemimpin utama PAS tersebut.

Sebenarnya, kebanyakan rakyat Malaysia tidak kenal siapa En. Razali itu. Jasanya dan perjuangannya untuk Islam pun tidak diketahui. Kalau benar dia adalah jenis manusia yang prihatin terhadap Islam, kenapa sejak awal dia berada dalam DAP? Kenapa tidak berjuang dalam PAS sejak dulu? Kalaupun tidak, mana NGO Islam yang dia berkecimpung perjuangkan Islam?

Penyertaan dalam DAP meletakkan dia di tahap mana kesedaran agamanya berada. Tiba-tiba, pada hari ini dia mengeluarkan bicara pendeta seolah-oleh tindakannya adalah demi kepentingan Islam. Hanya memerlukan sedikit pengamatan, kita boleh menepis cerita En. Razali itu. Rekodnya tidak meletakkan dia sebagai orang yang mungkin prihatin terhadap nasib Islam di Malaysia.

En. Razali yang tidak dapat mempengaruhi orang Semenanjung, dibawa ke Sabah oleh pemimpin UMNO yang ketandusan cara menahan kemaraan PR. Kata-kata Razali disebarkannya seperti sabda nabi. 

Siapa Razali untuk dipercayakan katanya??

Sunday, September 16, 2012

Kala kesedaran sudah datang!

"Gonggongan anjing lebih kusukai mendengarnya daripada ucapannya", ujar seorang ketika diajak mendengar ucapan seorang pemimpin. 

Arus kebangkitan kesedaran anak muda kini kian membuak. Tidak ada yang bisa menahan. Ketika empangan telah pecah, mana ada penghadang yang mampu menahan limpahan air. Sungguhpun air itu sifatnya lembut, ketika ia telah membanjir, ia datang sebagai satu kuasa yang tidak dapat ditahan lagi.

Begitulah rakyat. Sungguhpun rakyat itu boleh ditindas oleh para penguasa sekian tahun, namun, ketika telah bangkit kesedaran merata dalam hati rakyat, tiada kuasa lagi yang mampu menepisnya.

Kesedaran rakyat adalah berkaintan dengan ilmu. Di kala ilmu kian bertambah dalam diri rakyat, ketika itulah mereka akan bangkit sebagai ummat yang gagah!

Teruskan menapak wahai rakyat! Kalian adalah gerombolan yang mampu menggelapkan siang dan juga bisa mengeringkan lautan!

Hapuskan kegelapan pemerintahan dan keringkan kantung-kantung durhaka sang penguras.

Profesionalisma yang didakwa hanya kosong.

Kita tidak patut mempergunakan masjid untuk mengemukakan idea politik kita. Begitukah idelisma rata-rata pemimpin UMNO di pelbagai peringkat.  Mereka menerankan idealisma tersebut sebagai menzahirkan betapa murninya mereka dalam berpolitik. Apa yang dibicarakan kepadaku oleh seorang pemimpin politik tempatan, demikianlah bunyinya. Kelihatannya dia begitu profesional ketika membicarakan bagaimana bergaul dengan masjid.

Namun, perlu diketahui bahawa para pemimpin UMNO buat masa ini berada pada tahap desperado. Aku katakan hampir semuanya, demikianlah wataknya. Dengan kata lain, mereka tidak tanggup untuk berlawan di padang yang sama rata. Ketika mereka menghalang orang lain menceritakan idea politiknya di masjid, mereka dengan galak sekali membuat program di masjid dan menjemput pimpinan atasan mereka dan ketika itu melantunlah bicara politik mereka tanpa dapat ditahan-tahan lagi.

Seharusnya, bukan sahaja masjid sahaja yang perlu dijauhkan daripada persengketaan politik. Apa maknanya bercakap soal mensucikan masjid daripada sengketa politik kalau dalam masa yang sama institusi lain yang sepatunya menjadi medan damai terbuka dan seimbang dijadikan hak senndiri untuk melonjakkan kerahan politiknya. 

Umpamanya PIBG sekolah, ia bukan badan politik. Namun, kenapa ada pengerusi PIBG yang buta hati menjadikan PIBG sebagai wadah politiknya. Inilah yang terjadi ke atas seorang pemimpin kecil di sebuah negeri.


Teguhkan diri dengan Jamaah.

Dalam mengadapai badai fitnah masakini, seseorang yang teguh dan kuat hatinya tidak akan mudah menelan kata-kata manusia, terutama yang dibimbangi sebagai penyebar fitnah dan adu domba. Politik dewasa ini menyaksikan banyak sekali muncul manusia-manusia kembiri yang menjadi tunggangan kotor politik menghalalkan cara. Mereka ini datang menampilkan wajah malaikat depan khalayak dengan bahasa yang sungguh menggoda. Mereka ada kalanya memperlihatkann diri sebagai pejuang agama dan pencintanya. Mereka, ada masanya menampilkan watak pembela nasib bangsa seolah-olah orang lain tidak dapat mengatasi cinta sayang mereka kepada bangsa sendiri.

Dengan pelbagai teknik dan serangan psikologi, para mangsa politik dari kalangan rakyat biasa boleh menjadi terlintuk dan percaya. namun, bagi yang jiwanya kuat dan teguh, segala cerita itu akan ditapis dan seribu satu teknik mempengaruhi tidak mudah menawannya.

Keteguhan hati banyak bergantung kepada kehidupan berjemaah. Seorang yang punya sekumpulan rakan-rakan satu fikrah dan sering pula bertemu dalam pelbagi bentuk liqa, akan punya hati yang teguh dalam mendepani badai fitnah.

Sebaliknya, seorang yang sebatang kara dan mengolah pemikran dan rumusan sendiri, akan berpotensi besar untuk tersungkur.

Ayuhlah, perteguhkan diri anda dengan penggabungan dalam kehidupan berjemaah. Pilihlah jemaah Islam yang perjuangannya pasti diredhai.


Friday, September 14, 2012

Anak Raja Penjajah

Apa nak dihebohkan mengenai kedatangan pasangan diraja William dan Kate ke Malaysia?Nampaknya otak fikiran pemimpin yang masih mewarisi karat Inggeris yang pernah menjajah tanah air kita tidak dapat disembunyikan. Kedatangan putera William itu disambut meriah dan media mewar-warkannya. Seolah-olah kedatangan putera Inggeris itu adalah kedatangan tuan ke bumi suruhannya.

Bagiku, kedatangan putera bangsa penjajah itu pada saat rakyat sedang meraikan sambuyan kemerdekaan memneri isyarat salah bahawa negara kita masih benaung di bawah ketuanan Inggeris.

Thursday, September 13, 2012

Tentang LGBT konon!

Siapa sokong LGBT? Orang beriman mana yang suka LGBT? Namun, disebabkan burung tukang yang kokokkan isu LGBT itu adalah katak-katak politik yang tidak bermaruah, maka ia tidak dapat menarik sokongan dan simpatiku untuk sama-sama berganding bahu menetang LGBT. Sementelahan, isu LGBT itu telah masyhur menjadi tumbuk rusuk untuk mengenakan DS Anwar Ibrahim yang selama bertahun-tahun dituduh dengan tuduhan hina iaitu liwat.

Orang Indonesia bermadah,Jangan Percaya bila maling jerit maling. Orang yang sibuk memperjuangkan penetangan terhadap LGBT itu bukan manusia yang cukup baik moralnya. Apa yang dicari di sebalik laungan penentangannya itu adalah riak kemurkaan rakyat terhadap lawan politik. Insan-insan kecewa dalam politik itu sanggup berbuat apa sahaja demi menyuburkan pengaruh politiknya dalam persediaan menghadapi PRU13 yang akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja.

Apa kelayakan Dr. Hasan Ali untuk memimpin penetangan terhadap LGBT?Kenapa baru sekarang dia laungkan kokokannya? Kenapa tidak masa dalam PAS? Demikian Zulkifli Nordin dan katak-katak politik yang lain.

LGBT hanya satu loncatan.

Saturday, September 08, 2012

Setelah PR berkuasa.

Dengan penuh bimbang, Dr. Mahathir mengingatkan rakyat untuk tidk memilih PR dalam PRU 13 yang akan datang. Menurutnya, jika PR berkuasa, mereka akan buat rakyat tidak lagi mampu kembali berpatah memilih BN dalam pilihanraya seterusnya. Dr. Mahathir mungkin bermaksud bahawa PR akan mengubah sisitem yang ada dan demokrasi tidak akan berjalan sebagaimana adanya. Al-Maklum, tuduhan bahawa PR merencanakan sebuah republik telahpun didendangkan sebelumnya.

Namun, sebenarnya, jika difahami ungkapan itu, mungkin juga ada benarnya. Jika PR sudah memerintah, maka pilihan untuk BN akan tertutup. Beberapa situasi boleh diandalkan. Pertamanya, setelah melihat pemerintahan PR, maka rakyat akan merasakan tidak ada gunanya lagi mengingati BN yang dulunya memerintah dengan penuh korup. Apalah ertinya kembali kepada sebuah parti yang buruk setelah mendapat parti yang baik. Keduanya, nafas hidup BN hanya dihembuskan oleh kekuasaan. BN tidak akan mampu hidup tanpa kuasa. Jika BN kalah, B|N akan mati sedikit demi sedikit. Dalam tempoh kekuasaan P|R, BN akan menjadi lenyap dan sirna.

Saya tidak percaya ocehan Dr. Mahathir yang memaksudkan PR akan mengilangkan peluang demokrasi rakyat. Malah, aku percaya demokrasi akan makin subur. Hanya BN tidak mampu hidup tanpa kuasa untuk menghadapi PRU 14. BN juga tidak mampu menawarkan apa-apa harapan baru kepada rakyat pada PRU tersebut.

Rakyat akan terus melupakan BN.

Thursday, September 06, 2012

Gambar PM dipijak

Gambar PM dipijak masa perhimpunan Janji Bersih di KL. Seorang gadis Cina ditangkap kerana didapati terlibat. Lantas, dia membuat pernyataan maaf terbuka setelah disoal siasat. 

Gambar dipijak bukan hal luar biasa. Gambar PM banyak dalam surat khabar dan surat khabar itu banyak yang jadi pembungkus nasi lemak. Kemudian kertas pembungkus nasi lemat yang ada gambar PM itu dibuang sana sini dan dipijak ramai orang. Malah, kekadang kertas pembungkus makanan yang ada gambar PM itu dibuat sapu tahu kucing yang berak dekat penjuru rumah. Tidak pula ia dianggap kesalahan. 

Apa yang dianggap salah adalah menghina dan penghinaan itu pula dibuat secara terbuka dan dipertontonkan kepada khalayak ramai dalam media. Maka, buat mereka yang semangat patriotiknya kuat berpusat kepada PM, akan melenting.

Padahal, dalam peristiwa-peristiwa sebelum ini, gambar pemimpin pembangkang yang dipijak, tidak pula menimbulkan cekcokan dalam media. Pihak polis pun tidak endah dan tiada sebarang tindakan diambil.

Biarlah gambar dipijak. Bukan orangnya yang dipijak. Peduli apa!

Friday, August 31, 2012

Catatan Sebelum Ke Ekspresi Hijau.

Ajal parti yang berkuasa akan sampai juga akhirnya. Bagi setiap sesuatu ada ajalnya. Masakan sebuah parti yang memerintah negara ini akan hidup kekal selamanya. Namun, para pemimpin parti terbabit seringkali mendakwa secara tersirat bahawa parti mereka akan kekal terus memerintah. Kata mereka, tiada parti lain yang dapat memerintah Malaysia!

Bual-bual bersama sekerat jema'ah Subuh di masjid hari ini membawa kepada kesimpulan itu. Hari ini adalah tanggal 1 September 2012.  Kerajaan Perseketuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menyabut ulangtahun hari kemerdekaan dengan tema yang berbeza. Kerajaan UMNO-BN dengan temanya "Janji Ditepati". Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negerin yang diperintahnya membawa tema "Sebangsa,Senegara, Sejiwa.".

Bercakap soal silent majority, lalu, kepada siapa sebenarnya silent majority.  Rakyat tidak menyahut kempen memasang bendera di premis dan kereta masing-masing merupakan isyarat tersirat bahawa rakyat tidak mendokong kerajaan yang memerintah!

Soal dolak dalik Dr. Mahathir mengenai isu hudud. Katanya dia bukan menentang hudud Islam, tetapi yang ditentangnya adalah hudud PAS. Dalam kerentaan tuanya, dia mengungkapkan pula kata-kata yang menjadi pukulan balas buatnya dan juga UMNO. Katanya, " lebih baik mempercayai syaitan yang anda kenali dan malaikat yang tidak anda kenali". Semacam dia kata UMNO itu syaitan yang sudah pun dikenali, sedangkan PR itu adalah malaikat yang dimajhuli.

Hujan turun renyai-renyai. Jalan ke Kota Kinabalu tentu basah. Namun, agenda percutian dan ekspresi hijau perlu diteruskan jua.

Monday, August 27, 2012

Hal-hal lain

Majlis Syura Ulama Pas akan menyentuh isu Ust. Nasharuddin Mat Isa  dalam segmen hal-hal lain bila bermesyuarat. Demikiannya yang dikatakan oleh setiausahanya, Ust Nik Zawawi Salleh.  Isu Ustaz Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas itu akhir-akhir ini bertiup kencang berikutan cadangannya supaya Pas mengkaji kedudukan dalam Pakatan Rakyat dan beberapa isu lain berkaitannya. Banyak pihak dalam Pas melihat Nasharuddin Mat Isa itu bakal mengikuti langkah Datuk Hasan Ali yang sebelum ini telah membuat kenyataan-kenyataan terbuka merosakan keputusan muktamar Pas.

Membincangkan isu berkaitan Ustaz Nasha itu dalam hal-hal lain memberi gambaran bahawa isu ustaz Nasha tersebut adalah hal sampingan yang tidak penting. Itu hal sepele yang dibincangkan sepintas lalu dan tidak perlu diberi penekanan. Ia sekaligus memberi gambaran bahawa individu bernama Nasharuddin Mat Isa tersebut bukan lagi orang kibar dalam Pas yang perlu dibahaskan gedebang gedebung sebagaimana diharapkan oleh musuh-musuh terutama dalam parti lawan, UMNO.

Kalau seorang bekas pemimpin pun, jika sudah memperlihatkan watak khianat kepada semangat setiakawan yang diputuskan secara jama'i, maka jadilah dia seperti melukut tepian gantang. Memang tidak pernah untung orang yang muzabzab dengan perjuangan. Keegoan diri tidak akan bawa ke mana. Miski sebelumnya pernah jadi orang besar dan disandarkan harapan ahli.

Lihat sahaja apa yang Hasan Ali buat sekarang dalam mengisi masa terluangnya!

Sunday, August 26, 2012

Berubah atau tidak berubah?

Dilema antara berada dalam keadaan sedia ada sekarang atau menapak kepada satu perubahan menyebabkan perlaku persaingan hangat dalam politik Malaysia masa kini. Pihak kerajaan sedia ada menakut-nakutkan rakyat tentang idea perubahan yang dikumandangkan oleh Pakatan Rakyat. Kerana mahu menakutkan rakyat bahaya sebuah perubahan, maka Dr. Mahathir Muhammad menfatwakan satu falsafah politik yang berbunyi lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang tidak anda kenali.

Perubahan adalah hijrah. Air kalau tidak mengalir, rosaklah ia. Matahari kalau tidak bergerak, orang akan jemu kepadanya. Anak panah kalau tidak tinggalkan busur, manakan mengenai mangsanya. Demikianlah bunyi antara rangkap syair Imam Syafie R.A yang menggesa supaya perubahan menjadi agenda kehidupan setiap orang Islam.

Pemimpin UMNO-BN sangat takutkan kepada laungan perubahan. Menehan ombak reformasi, kerajaan ciptakan istilah Transformasi. Lenggang lenggok bahasa seumpama itu hanya ingin mengkhayalkan rakyat agar agenda perubahan tidak mempengaruhi rakyat. Rakyat juga diancam bahawa perubahan yang dikumandangkan Pakatan Rakyat itu adalah perubahan ke arah yang lebih buruk. 

Siapa tahu perubahan itu ke arah yang lebih buruk? Mungkin perubahan itu sangat diperlukan. Mahu tahu buruk atau tidak, ayuhlah kita buat perubahan. Setelah merasai perubahan, akan datanglah penyesalan. Penyesalan tersebut mungkin kerana perubahan menambahkan sengsara. Mungkin juga menyesal kerana lambat buat perubahan yang mana mula dirasai nikmatnya. Maka timbullah penyesalan, alangkah baik kalau perubahan itu sejak dulu lagi.

Lagi pun, apakah keadaan sekarang cukup baik untuk dipertahankan?

Saturday, August 25, 2012

Walimah yang menyusahkan warga

Sebuah majlis walimah telah diadakan di satu lorong di Taman Fajar. Buat walimah sempena kenduri kawin ini memang jadi sunnah. Perbahasan fekah yang terrbit daripada hadis-hadis yang menggesa agar mendatangi jemputan walimah menghukumkan sebagai haram jika tidak hadir menunaikan jemputan walimah. Namun, dinyatakan bahawa jika dalam majlis walimah itu unsur yang haram, maka tidak menjadi dosa jika tidak menghadirinya.

Berhubung dengan majlis walimah tersebut, sayang sekali ia banyak menimbulkan gangguan kepada warga. Tanpa persetujuan daripada penduduk yang terlibat dengan penggunaan jalan di depan rumah tuan kenduri, khemah didirikan sehingga menutup seluruh jalan. Laluan penghuni yang lain terhalang. Dalam fekah pun ada dibincangkan hak syuf'ah. Hak tersebut wajib diberikan. Maka, jika ia dirampas, terlebihlah haramnya. Lebih-lebih lagi laluan yang dirampas itu bukan hak perampas.

Berapa ramai orang yang melaknat si pelaku kerana gara-gara kesukaran yang ditimbulkan? Bagaimalah kenduri itu mahu mendapat keberkatan bersama dengan celaan dan laknat orang? 

Haihata lima tu'adun?

Analitikal Kelingkin Berkait

Pensyarah UUM itu, Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani menyifatkan janji-janji PR untuk memberikan pendidikan percuma, turunkan harga kereta, turunkan harga minyak dan gaji minima merupakan janji-janji populis untuk memikat golongan muda untuk memilih mereka. Ia sukar dilaksanakan dan PR tidak ada fomula dan pendekatan untuk melaksanakannya. Negara boleh jadi bankrup jika ia dilaksanakan.

Sebenarnya, aku sudah bosan dengan pandangan yang nampak macam analitikal tetapi tidak lain hanya untuk menakutkan rakyat untuk melakukan perubahan. Angka-angka dana yang terpaksa dibelanjakan kerajaan nanti dan kehilangan sumber pendapatan itu kelihatan begitu merungsingkan mereka. Namun, mereka tidak pula melahirkan kerungsingan yang sama terhadap ketirisan wang negara jutaan ringgit yang terjadi di bawah kerajaan BN. Perbuatan songlap wang kerajaan untuk kepentingan peribadi tidak pula dibimbangi sebagai jalan ke arah kebankrupan. Apabila bercakap soal membantu rakyat, negara ditakuti bankrup. Bila wang negara dialirkan melimpah ruah kepada kroni, soa bankrup tak timbul.

Harga kereta kalau turun, kata pensyarah itu, kerajaan kehilangan pendapat cukai kenderaan sebanyak 4.6 bilion setahun. Kerajaan mungkin dapat 4.6 bilion setahun hasil bayaran cukai syarikat AP tersebut. Namun, apa yang dihisap dan disedut oleh syarikat AP daripada rakyat adalah lebih banyak daripada itu. Sebuah kereta menjadi berharga lebih sekaliganda daripada harga gara-gara cukai AP ini apa maknanya? Biar syarikat AP lingkup daripada rakyat menderita!

Kerajaan diwujudkan bukan membela pemilik syarikat dan golongan bangsawan serta elit negara untuk menjadi makin kaya. Kerajaan diwujudkan untuk membela rakyat terbanyak. Kalau sudah tak mampu menjajikan kebajikan untuk rakyat terbanyak, kerajaan seperti itu baik bungkus sahaja dan ganti kerajaan lain.

Kita tidak hairan kerajaan mana pun memerintah asalkan adil, telus dan tidak memperdaya rakyat!.

Wednesday, August 22, 2012

Demi perubahan...

"Lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal...", demikianlah Dr. Mahathir menulis dalam blognya mengingatkan rakyat agar terus menyokong BN daripada terpengaruh dengan janji PR yang belum pasti tertunai.

Kalau tidak kenal malaikat dan lebih kenal syaitan, apa maknanya itu?

Kalau sudah kenal syaitan, tetapi tetap menyokong syaitan kerana tidak kenal malaikat, maka salah siapa? Mengapa tidak mahu mengenali malaikat dan kenapa syaitan juga yang mahu berkenal-kenalan?

Falsafah hidup Dr. Mahathir itu bunyi sedap tetapi sangat tempang.

UMNO-BN itu umpama syaitan yang memang sudah dikenali budi dan jasanya. Tapi, PR itu umpama malaikat yang belum pernah dikenali kerana hanya janjinya sahaja yang muluk. Mana satu mahu dipilih?

Kalau mahu perubahan, tinggalkanlah syaitan. Biarlah malaikat belum pernah lakukan apapun, ia adalah satu keberanian untuk perubahan. Sampai bila kita mahu berada dalam kongkongan syaitan?

Mengenali Pak Nurdin

Berkenalan dengan seorang lelaki dari Sulawesi, dia memperkenalkan dirinya sebagai Nurdin. Katanya dia berasal dari daerah Sulawesi Selatan.  Beberapa siri perbualan seusai solat di luar pagar masjid, aku baru tahu beberapa perkara baru mengenai latar belakangnya. Dia merupakan seorang guru kerarajaan di sekolah mengajar matapelajaran moral. Dia datang ke Sabah kerana membawa bapanya melawat anak kakaknya yang akan mengadakan majlis perkahwinan.

Sebulan Ramadhan dia bercuti.Memang begitulah masa cuti bagi sekolah di daerahnya. Katanya cuti sekolah sebelum naik tahun persekolahan adalah pada bulan Ramadhan. Itu adalah bagi daerahnya dan beberapa daerah yang otonomi diberikan kepadanya dan penduduknya ramai Islam pula.

Monday, August 20, 2012

Isu politik

Dalam menyambut Aidil Fitri, soal-soal politik terus marak. Beberapa hari lepas MCA istihar secara terang-terangan penentangan mereka terhadap istilah negara Islam. Siapa yang gunakan istilah negara Islam pula? Setahu aku PAS sudah guna nama Negara Berkebajikan yang diputuskan dalam Muktamtar Sanawi yang lalu. Mungkin ledakan suara MCA itu berikutan kenyataan-kenyataan provokasi Ust Nasharuddin Mat Isa setelah pulang dari Makkah yang mana dia dilihat bersama DS Najib Abd Razak. 

Dalam pada itu, kelu pula lidah Abdullah Samah maupun kelompok Ulama Muda Umno ituk melebelkan apakah jenisnya kafir bagi Cina MCA itu. Itu biasalah, kalau sudah buta sebelah mata, hukuman yang dibuat pun  akan berpilih-pilih.

Ada pula cadangan dari Dr. Mahathir  supaya PAS sertai UMNO supaya hudud boleh dilaksanakan. Cadangan tersebut memang nyanyok gila habis. Kalau UMNO nak laksanakan hudud, tidak perlu tunggu PAS masuk UMNO. UMNO sendiri boleh buat. Tapi, kenyataannya, UMNO selama ini memang tidak pernah berminat terhadap hudud. Hanya kerana nyawa sudah semput setengah mati, barulah harapkan PAS sertai UMNO. Bukan nak buat hudud, tetapi sebagai tali hayat. Politik yang semacam ini memang rendah dan "low class". Budak sekolah tadika pun boleh baca.

Nasharuddin dan Karpal Singh berdebat dan mahu saling menyaman dan lawan di mahkamah. Dua manusia ini pun sama-sama tolol dalam politik. Tiada siapa yang untung dengan memukul genderang perang guna tong deram buruk yang rabik itu. Mereka berdua itu hanya jadi sorakan UMNO-BN yang memang suka Pakatan rakyat berbalah sesama sendiri. Entah ke mana sudah hilangnya pengalaman dan kebijakan politik Ust Nasharuddin.  Karpal Singh yang sudah lumpuh berkerusi roda sahaja itu pun sudah ingat-ingat lupa,

Isu-isu politik terus dan akan terus hangat selagi pilihanraya tidak dilangsungkan. Sesudah pilihanraya pun, isu politik akan terus bersiponggang kerana politik itu sebenanya kehidupan.

Friday, August 17, 2012

Tak faham aulawiyyat

Balik dari Makkah, Ust Nasha dihujani persoalan. Lantas, dia menafikan desas desus bahawa dia akan masuk UMNO. Itu boleh diterima. Di pihak orang PAS yang cepat sangat melemparkan prasangka, juga tidak baik. Kalau boleh, kita mahu orang kekal dalam PAS, bukan menghalaunya keluar. Dalam politik tidak boleh ada kesombongan. Setiap keberadaan anggotanya memberi kekuatan kepada parti. Kekuatan PAS bukan berpusat kepada seorang. Bukan, sekalipun pada TG Nik Abdul Aziz.

Namun, sikap Ust Nasha juga tidak baik. Kenapa pula dia pergi serang Karpal Singh dan kata dia itu bukan sahaja menentang hudud, tetapi anti Islam juga. Bahasa yang digunakannya itu adalah terjemahan kepada bahasa politik UMNO. Ia tidak perlu digembar gemburkan. Karpal Singh itu memang bukan Islam, maka tidak hairanlah kalau dia tidak menerima hudud. Mengapa masalah orang UMNO yang tolak hudud tidak ditimbulkan?

Telunjuk lurus kelingkin berkait. Menyerang Karpal Singh untuk satu isu yang telah lewat adalah cubaan mengungkit buat menggoyahkan perpaduan Pakatan Rakyat. Kebersamaan dalam Pakatan Rakyat telah diputuskan dalam Syura. Mengapa USt Nasha tidak bantah dalam Majlis Syura yang dia sendiri salah seorang ahlinya? 

Perbuatannya itu tidak sukar diterjemahkan. Ia adalah cubaan memberi nafas baru buat UMNO yang sednag nazak. Sepatutnya, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang mandi biar basah. Biarkan UMNO-BN tumbang dahulu, barulah dibahaskan mengenai sikap pemimpin DAP itu.

Kata mempengerusikan Majlis Fiqh Kontemporeri. Takkan tak faham aulawiyyat. Fiqh Aulawiyyat itu tidak ada ke dalam Fiqh Kontemporeri yang Ust. Nasha jadi pengerusi?

Ish...buang msa sahaja tubuh badan sedemikian kalau begitu!

Wednesday, August 15, 2012

Tentang dan Tolak

DAP menentang hudud. Tetapi UMNO tolak hudud.

Antara tentang dan tolak, mana lebih teruk? Tak apa kalau yang tentang dan tolak itu bukan Islam. Apa maknanya tolak hudud kalau ia dari yang mengaku Islam?

Setahu aku, orang menentang masih terbuka kepada perbincangan. Dia menentang mungkin kerana tidak faham. Penetangan itu bersebab. Tetapi, yang tolak itu kenapa?

Jangan rasa 'Ujub!

Bila kita buat sesuatu kebaikan, jangan puji diri. Kalau puji diri, itu 'ujub namanya. Kata Hasan Ali, pendedahan yang dibuatnya telah menatijahkan kesan yang baik iaitu gerakan para mubaligh Kristian terhenti. Kita pun tidak tahu sejauh mana berhentinya gerakan para mubaligh Kristian. Tiada kajian khusus yang dibuat mengenainya. Sekadar dakwaan, sesiapa pun boleh mendakwa.

Kekadang, apa yang kita buat itu tidak memberi kesan apapun, Hanya diri yang perasaan lebih. Mubaligh kristian memang kerjanya menyebarkan kristian. Jangan marahkan mereka kerana sebar kristian. Marahlah diri sendiri kerana alpa menyebar Islam. Masa punya kuasa, apa gunanya kuasa itu. Kuasa bukan untuk menyalahkan orang. Kuasa adalah untuk buat kerja dan tindakan. Buat kerja pula hendaklah bijak. Jangan pakai otak sendiri. Hidup bermasyarakat, apatah lagi berjemaah, hendaklah mengikut peraturan bermasyarakat dan berjemaah.

Dalam banyak hal, aku merasa simpati dengan keghairahan Hasan Ali mengatur perjuangan yang hilang punca di hujung usia. Perjuangan dakwah Islam masa kini sedang menempa rentak baru, namun dia masih berbangga dengan rentak lama yang hilang "ummmph"nya.

Tuesday, August 14, 2012

Dosa dan jenayah

Khabarnya, Hasan Ali tidak dapat memastikan perbezaan antara dosa dan jenayah.  Nampak sangat tipisnya ilmu syariah Hasan Ali. Itupun dengan berani dia cuba mencabar kredebiliti para ulama dalam PAS yang lulus dalam pengajian ISlam dengan baik sedangkan dia hanya mencapai tingkat yang membanggakan dalam pendidikan sekularnya. Hanya kerana dicelupkan dalam PAS untuk satu tempoh masa, belumlah cukup untuknya dilihat sebagai berkelayakan berhujah mengenai isu-isu agama.

Sepatutnya perbezaan antara dosa dan jenayah sudah jelas baginya. Bagi pelajar agama peringkat SPM pun mungkin boleh membezakannya. Padahal, Hasan Ali yang khabarnya ada PHD, pun tidak tahu membezakannya.

Sesuatu kesalahan agama yang bersifat peribadi, ia bukan jenayah. Masturbasi dan onani bukan jenayah tetapi satu dosa. Makan babi dalam rumah sendiri bukan jenayah tetapi dosa. Seorang yang berzina kalau tidak ditangkap, ia tidak disifatkan jenayah. Malah, semua kesalahan hudud yang pelakunya dapat sembunyikan, ia tidak dipanggil sebagai jenayah.  Jenayah itu ialah apabila ia telah sampai kepada hakim (mahkamah).

Nabin SAW suruh kita elakkan hudud sedaya mungkin. Maknanya, kalau ada jalan untuk sesuatu dosa itu tidak dijenayahkan, buatlah. Biarpun ketika sudah sampai ke pengadilan. Inikan pula jika dosa itu tidak terdedah.

Kalau tidak mengaji syariah memang payah Hasan Ali nak faham. Dia sudah tua dan keras hati pula. Merasakan diri serba tahu sesuai dengan tingkat pendidikannya, membuatkannya dia merasa tidak perlu mendalami ilmu daripada para ulama lagi. Maka, bagaimana dia nak faham semua itu.

Itulah makanya, ketika ditanya peguam Latifah Koya mengenai perbezaan antara dosa dan jenayah dia jawab...

"Tidak pasti!".

Peh...patutkah?

Monday, August 13, 2012

Pendeta yang lupa.

Bercakap kayak pendeta
Umat Islam jangan bersengketa
Katanya negara makmur bersyukurlah kita
Tiada perang dan juga gempa

Zaman penjajahan sudah berlalu
Tiada sebab kekuatan diadu
hanya merebut kuasa sesudu
Hiduplah aman syukur selalu.

Dialah juga dulunya berkuasa
Lalu mencipta pecah sengketa
musuh politik dihumban ke ISA
Kini tua renta tanpa kuasa.

Kita tidak pernah lupa.

Saturday, August 11, 2012

Terkuras upaya

Ada seorang tokoh kecil UMNO di sini yang ghairah menebarkan apa yang ditelannya dari racun politik yang diperolehi daripada seorang murtad politik asal di Semenanjung. Kononnya, DAP adalah ancaman kepada Perlembagaan Malaysia, Bangsa Melayu, Islam dan raja-raja.  Jika PR dapat memerintah Malaysia, agenda DAP akan ditegakkan di Malaysia. Dengan semberono, diugut bahawa azan di masjid tidak lagi dapat dilaungkan, sistem raja berpelembagaan akan dimansuhkan, Kristian akan menjadi agama rasmi dan pelbagai lagi. Apa yang diungkapkan oleh tokoh kecil politik tersebut adalah lambang hirup jilat najis politik tanpa mahu menggunakan akal waras.

Cerita-cerita fitnah yang entah dipetik dari mana disebarkan dengan mengatakan TG. Nik Aziz, Mohd Sabu dan pimpinan PAS yang lain mengiakan apa sahaja DAP katakan. Tuduhnya, sewaktu pilihanraya kecil Sarawak, Mat Sabu berkata dia lebih rela makan babi bersama DAP berbanding makan ayam bersama UMNO. Para pengikut PAS bertakbir mengiakan kalam Mohd Sabu.

Barangkali, tokoh kecil UMNO yang terpinggir itu merasakan agama Islam panutannya lebih baik daripada pemimpin PAS. Dia yang belum tentu fasih baca Quran, dan kalaupun fasih, tak faham pebenda yang dibacanya, mahu merasakan agama ISlam TG Nik Aziz ditahap sehina itu. Apalah nak jadi dengan UMNO. Benar-benar desperado.

Saat kalau sudah terhempas kuras, aku mahu lihat bagaimana pula butir bicara kalian!

Wednesday, August 08, 2012

Gula-gula pilihanraya.

Semakin hampir pilihanraya, orang kata makin banyak gula-gula akan ditaburkan kepada rakyat. Kalau sudah namanya gula-gula, maka sudah tentu ianya merosakkan gigi jika dimakan selalu. Anakku sekarang ini sudah benci gula-gula. Bila gula-gula disuguhkan kepadanya, dia sudah menolak. Rosak gigi katanya. Sudah tahu dia bahaya dari gula-gula.

Tetapi, banyak orang masih mengharapkan gula-gula daripada kerajaan. Gula-gula itu barang murah. Kalau bijak, mintalah barang mahal. Barulah boleh tahu keikhlasan sebenar kerajaan membela rakyat. Rakyat didahulukan sebagaimana yang dikumandangkan selalu.

Tuesday, August 07, 2012

Tema Hari Merdeka: Biar jelas.

Bab negeri Kedah mengemukakan tema " 55 Tahun Merdeka Terus Berbakti" itu, aku agak pesimis. Kenapa 55 tahun? Kalau dah 55 tahun terus berbakti, tidakkah itu bunyinya lebih kurang sama sahaja dengan tema kerajaan BN yang berbunyi "Janji Ditepati". Kekadang kerajaan Pas di Kedah ini nampaknya macam tidak betul. Aku tidak tahulah siapa yang buat tidak betul ini. Adakah ada tangan-tangan ghaib yang sengaja ingin memburukkan kerajaan PR di Kedah?

Seharusnya, tema sambutan Hari Kemerdekaan yang diputuskan oleh PR iaitu Sebangsa, Sejiwa, Senegara digunapakai oleh semua negeri PR. Tidak ada maknanya asyik melaungkan retorik sendiri. Rakyat tidak bangga pun dengan tema-tema sendiri itu. 

Ayuh, rakyat minda baru, jangan sibuk melaungkan tema-tema yang diputuskan oleh negeri. Kita sedang berfikir nasional, bukan dalam ruang negeri yang sempit!

Thursday, August 02, 2012

Harapan baru untuk PR

Banyak sekali tawaran menarik yang dikemukakan oleh PR. Sementara, BN pula masih dengan tektik lama dengan mengancam rakyat. Rakyat  pada hari ini telah banyak berubah. Pengetahuan pun sudah jauh bertambah. Harapan yang diberikan oleh PR itu tentunya membuatkan sebahagian rakyat mula berkira-kira dalam membuat berubahan besar dalam PRU yang bakan mendatang. Keadaan di pihak BN pula kian tidka menentu. Selain haprak idea untuk memikat rakyat, banyak pula pemimpinnya yang meninggalkannya. Sabah yang menjadi negeri harapan BN nampaknya sudah begitu goyah. Tokoh-tokoh besar BN, sudah mula menyatakan sokongan kepada PR.

Apa sudah jadi? Dapatkah anda bayangkan apa negara ini di bawah pemerintahan PR kelak. Aku pasti tahun-tahun awal pemerintahannya adalah tahun yang sangat berbahagia buat rakyat. Namun, setelah tahun-tahun yang lama, rakyat haruslah sentiasa waspada dan peka. 

Pengajaran pemimpin baik serata dunia, menyatakan kepada kita bahawa kebaikan tidka semuanya kekal lama.

Seorang lelaki Gambia, Mohd Amin.

Dia seorang lelaki Gambia. Namanya Mohd Amin. Kehadirannya ke Masjid Al-Fajr adalah kerana keluar ke jalan Allah bersama jemaah Tabligh. Bersama-sama dengannya adalah kalangan pensyarah pelbagai bidang dari UPM dan UM. Mohd Amin itu sediri merupakan seorang pelajar jurusan kejuruteraan di UPM.Umurnya adalah 28 tahun dan sudah berkahwin dengan seorang wanita Gambia juga yang kini ditinggalkannya di Kuala Lumpur.



Pada mulanya tidak tergambar dalam fikiranku di mana letaknya Gambia itu. Hanya aku tahu ia adalah sebuah negara di Afrika dan rakyatnya berkulit hitam. Setelah berbual dengan Mohd Amin selepas tadarus 2 malam lepas, baru aku balik rumah dan buat bacaan tentang negara Gambia. Rupanya ia sebuah negara kecil yang menganjur sepanjang tebing sungai Gambia yang berada di tengah Senegal. Penduduknya sekitar 1.5 juta orang dan lebih 90 peratus adalah beragama Islam. Manhaj sufism merupakan panutan kebanyakan rakyat muslim Gambia.  Gambia adalah sebuah negara Republik yang diketuai oleh presiden bernama Yahya Jammeh.

Mohd Amin itu rupanya seorang yang telah banyak berjalan di negara orang menyebarkan dakwahnya. Bercerita dengannya malam kelmarin, seusai solat Taraweh, dia menceritakan pengalamannya pergi berdakwah ke negara Venezuela. Di sana, katanya ramai pedagang Arab mulslim dan mereka menguasai perniagaan di sebuah bandar di sana. Di bandar tersebut ada lima orang alim dan ada sekolah tahfizyang ditubuhkan. Presiden Venuzuela , Chavez, merupakan seorang pemimpin yang sangat baik dan banyak mendengar rintihan rakyat. Hanya, dia belum diberikan hidayah memeluk Islam.

Sesungguhnya da;ei perlu banyak mengembara di bumi Tuhan!
 

Tuesday, July 31, 2012

Fenomena Ramadhan

Kenapa di masa bulan Ramadhan ini orang boleh berduyun-duyun ke masjid? Hanya buat menunaikan solat taraweh berjemaah, masjid menjadi penuh dengan manusia muslim. Sedangkan, solat fardhu berjemaah pula berat dilakukan.  Ini adalah satu hal yang ironikal. Ia tidak sepatutnya. Ibadah sunat tidak lebih utama berbanding ibadah fardhu.

Namun, ia bukanlah yang menghairankan. Ramai sekali orang menjadi baik pada bulan Ramadhan, tetapi kemudian menjadi jahat semula di bulan yang lain. Ini fenomena saban tahun yang perlu lagi diulas berulang kali.

Monday, July 30, 2012

Tazkirah taraweh biar jadi wahana yang disayangi

Tazkirah antara solat taraweh hendaklah dilakukan dengan sederhana. Ia tidak seharusnya menggugat sensitiviti politik sesiapa. Ia bukan bermakna dakwah politik bukan tidak boleh dilakukan, tetapi tazkirah antara taraweh bukanlah medan yang baik untuk itu. Lebih-lebih lagi jika tazkirah yang menyentuh isu panas itu melanjut lama menjadi seperti kuliah.

Selain ingin menyampaikan mesej tarbiah dari pelbagai dimensinya, kita juga bertanggungjawab untuk menjadikan konsep tazkirah semasa taraweh itu sebagai bahan yang disayangi oleh ahli jamaah solat taraweh. Tidak ada gunanya jika tazkirah diberikan sedangkan mereka tidak suka mendengarnya. Oleh itu, biarlah pendek dan padat. Berhenti ketika makmum mahu lagi.Buka diteruskan sewaktu makmun sudah merasa cuak.

Ustaz yang alim, bijak dan rabbani adalah laksana seorang yang menuang air dari jag yang penuh berisi air dalam cawan. Jika air melimpah, kita kata si penuang air itu sebagai tidak berpengalaman, tidak cermat dan membazir pula.  Apa yang kita miliki dari ilmu pengetahuan tidak dapat dilampiaskan sehabis-habis sehingga ia menjadi sia-sia.

Namun, jika pun mahu bercakap tentang isu yang menyentuh sensitiviti orang tertentu sama ada dari segi agama, politik, amalan adat dan sebagainya, maka hendaklah dipastikan jangan berlanjutan tempoh yang lama. Berhenti secara mendadak adalah lebih melegakan bagi hati yang menggelegak!

Thursday, July 19, 2012

Puasa pelik

Menyambut puasa di Indonesia, dihiasi dengan kepelbagaian. Tidak mengapa kalau kepelbagaian itu bukan soal menokok tambah dalam agama. Ia mungkin canti dan murni jika ia menjadi hiasan dalam persoalan-persoalan dunia. namun, melaksanakan ibadah puasa dengan lenggok yang kononnya menambahkan kesempurnaan, padahal ia tidak datang daripada pengajaran agama, menjerumuskan amalan itu dalam bid'ah.

Tariqat Naqshabandiah Khalidiah dari Sumatera Barat dilaporkan berpuasa tidak sama dengan apa yang diumumikan oleh kerajaan Indonesia. Mereka sudah mula berpuasa pada hari Khamis, 18 Julai. sementara itu, sekutu mereka di Jawa daripada tariqat Naqshabandiah Qadiriah mengamalkan Suluk pada sepuluh hari pertama berpuasa dengan makan ala-vegetarian semasa bersahur dan berbuka.

Agama Islam tidak pernah mensyariatkan amalan vegetarian. ia pastinya ciplakan daripada amalan pendeta Budha yang sama sekali bukan amalan Islam!

Puasa yang pelik.

Wednesday, July 18, 2012

Dakwah para rasul di ibu kota

Allah SWT menhantar para Rasul untuk berdakwah di ibu kota. Penghantara Rasul ke ibu kota untuk berdakwah adalah manifestasi bahawa dakwah mensasarkan golongan penguasa kerana dengan mendakwahi penguasa, perubahan dalam masyarakat dapat dilaksanakan. Ini menjadi iktibar buat mereka yang membela para penguasa hatta mengharamkan rakyat bangkit menentang mereka.

Sepatutnya pola dakwah para Rasul itu menjadi iktibar yang boleh dipelajari. Para penguasa tidak harus dibuarkan duduk selesa dengan kekuasaannya tanpa menegakkan kebenaran dalam pemerintahan.

Monday, July 16, 2012

Tidak berbangsa

Jika hendak mengenal orang berbangsa
Lihat kepada budi dan bahasa

"Petikan Gurindam 12, Oleh: Raja Ali Haji".

Sekalipun seseorang itu anak bangsawan, putera raja atau anak ulama terkemuka, jika tiada budi bahasa, maka dia dinamakan tidak berbangsa. Orang berbangsa adalah orang yang yang tahu budi dan sopan santun bahasa. Sekalipun seseorang itu anak haram tidak punya bapa yang jelas, jika budi dan bahasanya elok, maka kita katakan dia berbangsa.

Sebab itu bangsa seseorang bukan pada darahnya. Bangsa seseorang adalah pada budi dan bahasanya. Adalah panggilan yang salah untuk mengatakan golongan diraja itu bangsawan jika mereka jenis yang tidak berbudi bahasa. Sebab, seorang bangsawan itu bukan dilihat pada darahnya.

Maka, tidaklah dinamakan bangsa Melayu jika hilang budi bahasa melayunya.

 

Andaikata politik Malaysia tanpa media baru...

Sykurlah Allah takdirkan sekarang ini zaman IT. Maklumat ada dihujung jari. Pecapaian teknologi internet sangat menakjubkan. Aku masih ingat, masa aku sekolah dulu, sangat susah untuk dapat maklumat. Apa hendak dikira tentang maklumat maya seperti hari ini, hendak baca surat khabar pun susah. Terpaksa pergi ke pekan dan selalu menumpang baca di kedai kampung.

Kehadiran Facebook dalam arena dunia maya masakini sangat menakjubkan. Facebook menjadi kegeliaan ramai dewasa ini kerana ia jalan paling pantas menyebar maklumat. Orang kata tumbangnya kerajaan Hosni Mubarak di Mesir kerana gara-gara facebook. Boleh jadi ada benarnya. Sesuatu kebangkitan, di zaman manapun bergantung kepada maklumat. Kita membaca sejarah bagaimana susahnya para pejuang kebebasan di negeri kita pada masa dahulu menyedarkan rakyat dengan maklumat yang disebarkan melalui risalah dan akhbar. Tidak semua yang dapat memperolehi maklumat itu. 

Kini, maklumat sangat pantas. Sudahlah melalui facebook. Ada pula medium lain yang sama canggih. Kalau hendak dengar ceramah tak perlu lagi pergi cari tapak ceramah. Boleh buka youtube dan disana ceramah boleh didengari sambil santai atas katil.

Kerajaan memang sudah kandas dalam memaksakan maklumat ke dalam otak rakyat. Tidak sepertin dahulu lagi., rakyat hanya boleh disumbatkan dengan berita TV. Kini, TV bukan lagi pilihan. Malah, maklumat dari TV dilihat dengan penuh prasangka oleh kebanyakan rakyat, terutama generasi muda.

Ma'assalamah ayyatuhal hukumah Azzolimah!

Sunday, July 15, 2012

Minda Jalan Pintas Melayu

Dalam ceramah semalam, kepada adik-adik pelajar yang menyertai program KRIS (Kem Remaja Islam Sandakan), aku mengingatkan agar jangan mengambil minda jalan pintas yang ada dalam diri kebanyakan orang melayu dulu sebagai amalan.Di  antara minda jalan pintas orang Melayu ialah:

a) Untuk pandaikan anak dalam pelajaran, pergi minta air penawar kepada Tok Guru. Malah ada yang sampai minta dijampikan pada pen dan pensil yang mahu digunakan menjawab soalan peperiksaan. Orang Melayu suka sangat beli buah kismis dan pelbagai produk minda yang dikatakan boleh melahirkan anak pelajar yang bijak. Ini adalah minda jalan pintas Melayu. Kalau hendak pandai, kenapa tak ambil jalan panjang yang menjadi tradisi pasti orang-orang yang telah berjaya, iaitu belajar dengan bersungguh-sungguh.

b)Minda jalan pintas ini mempengaruhi hatta dalam soal amalan agama. Sebab itu ada Melayu yang suka ambil jalan bersuluk untuk sampai kepada Allah SWT. Padahal amalan seperti itu bukan jalan yang nabi tunjukkan. Akhirnya kepada Allah tidak sampai, tetapi sampai kepada kekeliruan syaitan.

c)  Hendak jadi wali Allah pun ada jalan pintas. Kisah bagaimana Sunan Kalijaga menjadi wali jadi  dambaan orang Melayu. Sunan kalijaga bertapa di tepi sungai selama bertahun sebelum diangkat jadi wali oleh gurunya. Inilah minda Melayu silam.

Aku menggesa murid agar meninggal minda santai begini. Generasi baru tidak perlu meneruskan ketempangan itu.

KERANGKA SEKULAR

Dasar sekular adalah memisahkan urusan dunia dari agama. Ia menjadi ideologi yang tumbuh di dunia Barat hasil daripada pencerobohan golongan agama di gereja yang mengganngu urusan pemerintahan dan juga penindasan terhadap kebangkitan golongan cendikiawan. Dalam keadaan dunia Barat yang ditindas oleh gereja atas nama agama, ideologi ini menjadi jalan penyelesaian buat mereka. Agama adalah urusan gereja dan soal pemerintahan dan dunia tidak ada kaitan dengan agama. Hasil daripada pemisahan ini, negara-negara Barat telah berjaya bangkit dan mencapai kemajuan sepertimana yang terlihat hari ini.

Di dunia Barat, pemisahan ini memang membawa implikasi yang baik. Demikian itu kerana sifat agama kristian yang tidak boleh menerima perubahan dan tidak melayani tajdid dalam pemikiran. Agama kristian tidak melunaskan tuntutan dunia yang sentiasa berubah. Maka, memang selayaknya ia disingkirkan oleh ummat Barat sendiri dari kehidupan duniawi mereka.

Namun, agama Islam bukan seperti agama Kristian. Islam tidak bertentangan dengan pemerintahan. Ia juga tidak bertentangan dengan sains. Sebab itu, Islam dan dunia bergerak seiring. Sekular tidak dikenali dalam dunia Islam.

Walau bagaimanapun, watak sekular itu telah dimasukkan ke dalam dunia Islam dan tidak diamalkan seutuhnya sebagaimana tempat ia dilahirkan. Di negara Islam yang mengamalkan sistem sekular, agama dihalang daripada dipraktiskan. Islam tidak dapat dilaksanakan secara bebas.  Untuk membina masjid dalam sebuah negara Islam sekular lebih sukar daripada membina masjid dalam sebuah negara sekular Barat!

Sebab itu, apabila parti berhaluan Islam pimpinan Edorgan di Turki dapat mengambil alih sokongan rakyat, sekular di Turki tidak digugat. Sekular yang diamalkan secara ideal dalam negara yang pesimis kepada Islam seperti Turki sebenarnya mengntungkan Islam. Islam dapat dikembangkan dan kefahaman mengenai Islam yang sempurna dapat diterapka dalam masyarakat.

Biarkan kerangka sekular itu melingkar. Apa yang perlu kita buat ialah menyemai Islam dalam kerangka itu sehingga kelak kerangka itu dengan sendirinya akan patah berantakan.

Saturday, July 14, 2012

Ustaz yang sepatutnya didramakan

Drama Tahajjud Cinta yang dilakunkan oleh Eman Manan sebagai Ust Syauki merepuakan satu drama yang tidak memberi faedah kepada agama. Malah, ia membuatkan orang semakin benci kepada agama. Golongan agama dilihat dengan pandangan kebencian kerana ust Syauki digambarkan sebagai ust yang telunjuk lurus kelingkin berkait. Tidak bolehkah dibuat filem yang menampilkan watak ust yang dikagumi. Kita tidak mahu ust didatangkan dalam drama hanya sebagai tukang baca ruqyah menghalau hantu atau ust warak yang menjalani kehidupan peribadi yang soleh.

Cuma buat drama yang menggambarkan kehebatan seorang ustaz. Ustaz yang belajar agama sejak kecil, kemudian melanjutkan pelajaran hingga ke luar negara, pulang membawa agenda perubahan, berdakwah, terjun dalam perjuangan menyelamatkan masyarakat dan negara, kalau perlu yang masuk politik macam TG Nik Aziz. Paling istimewa kalau ustaz itu akhirnya menjadi perdana menteri yang dapat memimpin negara dengan jaya dan cemerlang.

kalau itu yang dapat dihasilkan, ramai orang akan cintakan para ulama. Seterunya mendekatkan mereka kepada Islam.

Lihat bagaimana filem Sang Pencerah yang dihasilkan di Indonesia.

Access kepada Allah

Ibarat 'handphone' apalah gunanya kalau mahal pun tapi tak ada 'line'. Demikianlah kita manusia ini, apa guna kalau handsome pun tapi tak ada hubungan dengan Allah SWT? Kalau ilmu banyak pun tak ada hubungan dengan Allah, tidak ada guna juga. Alangkah baik kalau 'handphone' mahal ada pula 'line'. Bukan sahaja 'line' untuk buat panggilan, tapi ada pula 'access' internet. Itulah 'handphone' yang sangat sempurna. Lebih sempuna kalau ia menjadi telifon pintar yang boleh buat macam-macam. Boleh ambil gambar. Boleh buat 'video call'. Boleh 'update' blog atau facebook. Sangat hebat 'handphone' yang sedemikian.

Begitulah orang. Kalau ada 'line' dan ada 'access' kepada Allah SWT, itulah sangat hebat.

Friday, July 13, 2012

Goncang minda singkir feudalisme

Hari ini, aku bertanya kepada murid-muridku. 

"Siapa sokong Hang Tuah?", 

Ada empat orang murid angkat tangan dari lebih 30 orang murid. 

" Siapa pula sokong hang Jebat?" lanjutku kepada pertanyaan seterusnya.

Ramai yang angkat tangan. Aku kira baki daripada yang angkat tangan menyokong Hang Tuah tadi.

"Siapa yang sokong Hang Tuah itu, dia berjiwa hamba. Siapa yang sokong Hang Jebat pula, dia berjiwa merdeka", aku memberi komentar.

Murid-murid yang mengangkat tangan menyokong tangan hang Jebat menjerit 'horey' kebanggaan.

"Hang Tuah tidak bermoral. Dia menculik Tun Teja, Tunang Megat Panji Alam untuk diserahkan kepada Sultan Melaka yang bernafsu buas. Bila Sultan Melaka nak tahu hal ehwal kubur, Hang Tuahlah yang sanggup dikuburkan untuk mengalami situasi alam kubur buat diceritakan kepada Sultan yang bodoh! Ketaatan Hang Tuah sungguh menghinakan!", aku menerangkan.

Kita adalah generasi baru yang merdeka. Kita tidak lagi berdendang lagu feudal mamai "Pantang Melayu Derhaka", "Daulat Tuanku", "Duli Tuanku", "Batu Jemala" dan berbagai lagi istilah feudalisma yang menindas kemuliaan manusiawi rakyat.

" Mujur kamu hidup zaman sekarang, kalau kamu hidup zaman dulu, kamu akan ditangkap raja dan bangsawan buat dijadikan gundik...zaman wanita jadi gundik sudah berlalu", aku melanjutkan.

" Tapi zaman sekarang ada pula bahaya baru ustaz", seorang murid menyampuk.

"Pemerdagangan manusia!", balasnya selamba.

Bijak. Aku membisikkan untuk diri sendiri sambil melirik murid yang mengucapkannya. Inilah generasi masa depan bangsaku. Aku tersenyum.

Menggabungkan dua zaman.

Perkahwinan dengan isteri yang muda lebih daripada 20 tahun tidak baik. Demikianlah apa yang dilontarkan sebagai pandangan daripada seorang tokoh pendidikan Islam terkenal bernama Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya "tarbiyyatul aulad". Seorang sahabat yang berkawin baru setelah bercerai dengan isterinya yang pertama dan isteri barunya berusia 20 tahun lebih muda daripadanya menyebutkan kelebihan berkahwin dengan wanita yang jauh lebih muda. Ada rasa yang tidak dapat dinyatakan secara tuntas. Hanya mereka yang mempraktiskan sahaja boleh merasainya.

Pada mulanya aku menegakkan apa yang dinyatakan oleh Abdullah Nasih Ulwan tersebut dengan mengatakan bahawa isteri yang terlalu muda lebih daripada 20 tahun akan menyebabkan sifat seks songsang akan menyubur dalam diri sang suami. Seorang lelaki yang berumur 60 tahun berkahwin dengan gadis berusia 18 tahun akan menyuburkan sifat seks songsang dalam diri suami. Demikian aku mengandaikan menurut otak fikirku bagi mempertahankan teori Abdullah Nasih Ulwan. Ada datuk yang sanggup merogol cucu berusia 5 tahun. Demikian itu kerana ada kesongsangan seks dalam diri datuk itu. Islam tidak mahu kesongsangan seks sedemikian wujud dan disuburkan. Sebab itu dibataskan umur isteri hanya 20 tahun lebih muda.

Sebenaranya aku tidak pasti apakah dalil yang digunakan oleh Abdullah nasih Ulwan tersebut. Sudah lama aku baca bukunya itu dan aku sudah terlupa fakta sebabnya.

Apabila sahabatku itu mempertikaikan dengan mengatakan nabi SAW berkahwin dengan Aishah R.A ketika usianya sekitar 9 tahun, dan itu ada hikmah untuk kita, aku rasa ada benarnya.

Akhirnya aku mendapat satu ilham untuk merumuskan. Bagi seorang pendakwah yang perlu mendekatkan diri dengan mad'u pelbagai lapisan usia, sudah tentu perlu memanfaatkan perkahwinan sebagai mekanismanya. Seorang pendakwah pada usia 50 tahun, akan lebih menjiwai generasi muda berusia 20-an jika isterinya sendiri berada pada usia itu. Suami yang berkahwin dengan seorang yang muda di usia awal 20-an sebenarnya telah menggabungkan dua zaman. Apabila dua zaman dapat digabungkan, sudah tentu ia membawa impak besar berupa ledakan perubahan untuk kehidupan yang dimanipulasikan!.

Thursday, July 12, 2012

Minda Melayu Baru

Zaman itu akan datang. Zaman itu, anak Melayu tidak lagi takut kepada rajanya. Anak Melayu akan menyanjung Hang Jebat dan mencemuh raja Melaka. Malah, akan datang zaman di mana anak Melayu melihat raja menjadi beban buat mereka. 

Kini, suara-suara mengkritik raja kian berkumandang. Ada cubaan menghalang perkembangan ini. Penangkapan uncleseekers adalah salah satu usaha menghalang kebangkitan baru generasi Melayu. Sebenarnya, perasaan merdeka tidak dapat ditahan dan disangkal. Lagi ia ditahan, lagi ia menggelepar.

Terbaru, Dr. Asri pula dalam twitternya mengkritik tindakan yang mencegah rakyat mendedahkan kezaliman raja. Generasi bijak pandai yang tidak lagi berpantang derhaka merupakan ancaman kepada mitos raja berdaulat yang sekian lama menghantui orang Melayu. Sungguhpun kini masih ada orang Melayu yang masih ta'sub dengan rajanya, mereka hanyalah kalangan orang Melayu yang dangkal dan cetek akal. Generasi baru yang telah terbang di atas awan, tidak lagi dihantui mitos khurafat itu.

Selalu juga dilogikkan bahawa kelangsungan sistem beraja di Malaysia sangat perlu untuk menjadi bukti bahawa negeri ini adalah milik orang Melayu. Kini, logik tersebut semakin dipandang sepi. Sekalipun raja berceretek di Malaysia, apakah Melayu mendapat haknya di negara mereka? Hak apa yang ada kalau tidak boleh mengkritik kebobrokan bangsawan?

Saya meramalkan Melayu akan menempa perubahan dan mencapai zaman paling ektrim terhadap kalangan yang dirajakan. Persoalannya, hanya masa.Masanya bila?

Wednesday, July 11, 2012

Politik terbuka

"Enta kena hati-hati dengan dia, kata-katanya mungkin hanya hendak menguji dengan tujuan mengorek sikap kita terhadap perkembangan politik semasa", seorang teman memperingatkan mengenai seorang rakan setugas yang lain.

Aku sebenarnya sudah bosan dengan sikap hazar di zaman kebangkitan rasa bebas rakyat dewasa ini. Zaman menyembunyikan sikap telah berlalu. Kini, kita sedang menempuh zaman yang mana anak-anak muda bebas menyatakn pendirian. Sikap bebas anak muda itulah yang menyaksikan tumbangnya rejim Mubarak di Mesir, Rejim Ben Ali di Tunisia, Regim Ghaddafi di Libya dan yang sednag bergelut kini pula ialah Rejim Assad di Syria.

Maka, dalam zaman anak muda berani di seantero dunia, mengapa lagi kita haris berbalut ketakutan. Pendirian politik bukan satu hal yang perlu disembunyikan. Ia adalah halal dan undang-undang memperakuinya. Politik bukan aktiviti subversif...

Perubahan fikrah perlukan masa

Ada orang bertanya dalam daurah Quran yang kuadakan di masjid soalan-soalan yang mengasak mengenai politik semasa. Apakah hukumnya menyokong pemimpin yang zalim? Apakah makna zalim tu.? Apakah pula patut pemimpin UMNO yang mendakwa memperjuangkan Islam membiarkan Cua Soi Lek menghina Islam ketika debatnya dengan Lim Guang Eng?

Ada juga soalan mengenai hukum bertahlil. Apakah ia merupakan bid'ah?

Aku tidak menjawab secara detail semua soalan yang dilontarkan. Di kalaangan ahli jamaah masjid itu, ada yang masih menebal dengan fikrah UMNOnya. Pada hematku, menukar fikrah manusia tidak patut dipandu kegelojohan. Fikrah bukan satu hal yang boleh dipaksakan ke atas seseorang.  Seseorang hanya akan menukar fikrahnya bila sampai masanya dan dia memahami dengan baik sesuatu isu. Maka, peranan ilmu sangat penting. Untuk mencapai perubahan fikrah, satu tempoh amsa diperlukan. Mungkin kita kena tunggu setahun, dua tahun atau beberapa tahun agar seseorang itu menegakkan fikrah politik Islam dalam dirinya.

Aku mahu menjadi pejuang yang sabar.

Tuesday, July 10, 2012

Bermaruah

Kita tidak perlu takut untuk menjadi merdeka dan bebas. Kemerdekaan dan kebebasan adalah maruah kita sebagai insan. Apa yang kita rasa, apa yang kita fikirkan adalah hak kita. Jika hal itu tidak dapat kita tegakkan, kita bukanlah manusia yang bermaruah. Sebab itu, ocehan itu tidak menghalangku untuk berdiri sebagai warga negara yang merdeka.

Bagiku, kata-kata orang bodoh sahaja yang menyifatkan seorang yang menentang penguasa hari ini sebagai tidak mengenang budi. Apalah ertinya ketaatan jika hak kita dirampas dan maruah kiota sebagai rakyat merdeka di nafikan?

Maka, lebih baik kita berdiri sebagai manusia yang bermaruah!

Thursday, July 05, 2012

Nilai dalam setiap diri

Hargailah setiap orang yang ada di sekeliling anda. Mungkin di mata anda dia hanya seorang manusia selekeh yang tidak punya nilai. Namun, siapa tahu apa yang bergolak dalam hatinya. Setiap manusia, Allah ciptakan dia dengan nilai. Manusialah yang membutakan mata untuk menghargai nilai itu. Hanya Allah SWT yang tahu menilai duduk seseorang hambanya.

" Wah, bersinar-sinar dan berberseri-seri", seorang anak muda menyapaku sewaktu tiba di masjid untuk solat zohor pada satu hari. 

" Apa yang bersinar dan berseri-seri? baju saya?", akumembelek bajuku. Masakan baju hitamku ini berseri-seri.

" Muka tuanlah", beritahunya.

"Subhanallah!", aku membalas. Kata-kata anak muda itu satu pujian yang perlu aku cerap dengan cermat. Aku terus mengambil wuduk.

Aku pulangkan keluhan berbau ketakjuban anak muda itu sebagai nilai mulia dalam dirinya. Rupanya dalam keadaan dirinya yang tidak terurus, berseluar pendek dan tidak menampakkan ciri pemuda yang beriman, apa lagi pemuda perjuangan, dia mempunyai ketajaman pandangan mata untuk mengulas manusia persekitaran.

Aku mengerti bahawa dia sangat mendambakan kebaikan. Sebab itu matanya begitu peka dengan cahaya muka orang yang ditemuinya. Yang istimewanya bukan aku tetapi dia. Dia mempunyai nilai dalam dirinya. Hanya barangkali nilai itu tidak digerakkan oleh orang yang menggerakkan.

Sebab itu, mari kita insafi, bahawa setiap insan punyai nilai istimewa dalam dirinya. Semuanya ciptaan Allah dan sudah tentu Allah maha kaya untuk mencipta sesuatu tanpa nilai.