CARI BAHAN

Tuesday, February 28, 2012

REKOD AKHLAK

Dr. Hasan Ali tidak habis-habis menekankan bahawa Awar Ibrahim itu mempunyai rekod akhlak yang buruk. Atas sebab itu, dia menyeru Pas agar jangan bersekongkol dengannya. Katanya, kerana itu juga dia disingkirkan daripada Pas. Lantas, dia mengeluarkan ramalan tok nujum pak belalangnya yang mengandaikan Pas akan kalah teruk dalam PRU akan datang.

Rekod akhlak yang buruk sebagaimana Dr. Hasan Ali sifatkan ke tas Anwar Ibrahim itu bukanlah terdapat alam buku sejarah yang sarat engan fakta. Rekod buruk yang dikatakannya itu hanya berdasarkan buku  sampah yang berbaur seribu macam fitnah ditulis oleh penulis murahan. 

Rekod buruk itu juga berdasarkan pemberitaan media massa yang sememangnya tidak pernah diyakini kebenarannya.

Maka atas dasar apa untuk mengatakannya sebagai rekod?

Langgar anjing Sibugal Besar.

Kelmarin, sewaktu aku sudah hampir ke sekolah Sibugal Besar, aku bertabrak dengan seekor anjing. Anjing tersebut yang buat hal. Ia berada di tepi jalan waktu aku sampai ke lokasi kejadian. Namun, sewaktu keretaku melaluinya, tiba-tiba di melompat dan berlanggar dengan bumper keretaku.Akibatnya, anjing tersebut menemui maut di tempat kejadian. Aku terkesima dan berhenti sekejab sambil keluar kereta. Aku menoleh melihat anjing tersebut telah mati. Lalu aku masuk kembali ke dalam kereta. Jarak ke sekolah hanya beberapa depa sahaja lagi. Aku sudah kelewatan daripada masa garis merah.

Setelah selesai menadantangani buku kehadiran, aku bergegas kembali ke kereta. Keretaku mengalami serpihan kecil di bumper depan. Emak pesan, kalau langgar anjing kena cepat-cepat basuh.  Aku melakukannya. Kuambi sebaldi air dan dicurahkan ke hadapan bumper keretaku. 

Setelah itu, aku kembali ke tempat kejadian. Seorang wanita setengah baya berada di tepi jalan.

" Kalau boleh ustaz suruh murid-murid tarik bangkai anjing tu jauh-jauh. Buang ke sungai pun tak pa, nanti busuk...", wanita tersebut menyatakan kerisauannya.

"Okey, tak apa...nanti saya uruskan", balasku.

Waktu aku berpatah balik aku ditegur pula seorang lelaki. Dia tidak berbaju dan berperut buncit.

" Saya uruskan pun tak apa cikgu, kasi upah sama saya aja...", dia dimenawarkan khidmat berbayar.

Aku pun mengeluarkan duit RM10.00 dan menghulurkan kepadanya. Lelaki itu kata dia akan uruskannya. Selesai masalahku. 

Ketika waktu pulang, aku lihat bangkai anjing tersebut telah tiada di tempat kejadian. 

Monday, February 27, 2012

Kesurupan jin harimau jadian


"Ustaz, saya ada hal mahu bincangkan dengan ustaz....", seorang remaja hampir kepadaku ketika iqamat untuk solat insya telah dilafazkan oleh sang muazzin.

"Selepas insya nantilah", aku menyatakan persetujuan untuk mendengar masalahnya.

Aku mengimamkan solat insya. Selesai solat insya dan disempurnakan dengan solat ba'diah, remaja tersebut mampir bersila di sebelahku.

"Apa masalahmu?",aku lantas bertanya.

"Ada gangguan mengacau saya ustaz? ",ujarnya.

"Gangguan yang bagaimana?", aku mencungkil.

"Siang tadi saya ke rumah makcik di Batu 11/2, masa dalam rumah ada seekor belalang dalam rumah, saya tangkap, lepas itu seekor kumbang warna hitam hinggap atas saya, saya jadi sejuk. Lepas tu saya mula rasa ada sesuatu dalam badan...",remaja itu menceritakan.

Aku memegang jari kakinya. Aku sebenarnya tiada ilmu mengenai mahkluk haluis yang meresapi tubuh badan manusia. Sekadar membacakan beberapa potong ayat Quran, aku mampulah. Sambil memegang jari kakinya, aku bacakan ayatul kursi. Tiba-tiba, dia mula mengerang dan kai tangannya jadi kejang. Di mengerang dan mengeraskan jemari tangannya lagak harimau. 
 
Aku teruskan bacaan ayat-ayat lain yang terkandung dalam rangkaian ayat syifa. Dia makin bingas dan mula mencakar permaidani masjid. Aku menampar pahanya sambil bertakbir.

"Keluar!", jerkahku.

"Tidak mahu!", balasnya. 

"Siapa namamu?, aku berlembut. 

"Harimau jadian",jawabnya menderam.

"Bohong!", aku mendustakannya.

Lantas aku laungkan azan ke telinganya. Sejurus kemudian dia terlentang. Aku meletakkan tanganku di dahinya. Nampaknya makhluk dalam badannya tidak mahu keluar juga. Kebetulan ketika itu seorang sahabat masjid Al-Fajr, ust Rahim yang kelewatan insya baru selesai solatnya. Dialah yang mengerjakan kerasukan itu sehingga makhluk dalam badan remaja itu keluar habis. 

Sehingga, bila remaja itu sudah sedar dari kesurupannya, ditanya namanya, baru mampu dia menjawab.

"Anwar...", dia menyatakan namanya.

Ust. Rahim memberikannya minum air, menyuruhnya mengulangkan bacaan Qulhuwallah 11 kali dan  membaca  mu'awwizatain.



Sunday, February 26, 2012

Ulama Amilin

Ulama yang tidak terlibat dalam politik bukanlah ulama yang amilin. Ulama yang terlibat dalam politik pula tetapi memilih untuk mendokong para tughat juga bukan ulama yang amilin. Ulama itu wajib mempunyai kepedulian yang tinggi dalam politik. Kepedulian itu janganlah untuk mempertahankan soldadu kebatilan tetapi hendaklah menyokong para rijal Allah.

Di Malaysia, ada suara-suara dangkal pemimpin-pemimpin berotak kemetot bahawa ulama yang terlibat politik bukanlah ulama. Mereka mengistilahkannya sebagai ulama politik. Barangkali menurut taakulan otak kemetot mereka, ulama itu adalah insan yang zuhud di mahallanya dan karam dalam perdebatan ilmiah dan yang mempunyai aura dalam memimpin tazkiah rohani.

Baru-baru ini, Syeikh Kalid yang merupakan wakil Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dari Ikatan Ulama Antarabangsa datang ke Malaysia dan menyampaikan ucapan mengenai perkembangan di Syria. Beliau menyebutkan mengenai sokongan yang diberikan oleh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti ke atas Bashar Al-Asad dan menolak perjuangan revolusi rakyat Syria. Katanya, sungguhpun Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti itu seorang yang tinggi ilmunya, dia bukanlah ulama amilin. Anak-anak muda Revolusi membakar bukunya di Syria kerana marahkan sokongan yang didokongkannya kepada regim zalim Assad.

Semua itu bukan menghairankan. Bukankah dalam Al-Quran Allah telah menitipkan kisah Ba;'am bin Ba'ura. Semoga Allah memberi hidayah kepada para ulama kita untuk memasakkan ilmu mereka di bumi perjuangan yang betul.

Friday, February 24, 2012

Mufti akar kayu.

Bagiku, Tuan Mufti negeri Perak itu menjadi mufti pada zaman orang Melayu belum ramai cerdik pandai agama. Bak kata pepatah Melayu, Tiada Rotan, Akar Pun Berguna. Kerana sudah menjadi satu keperluan setiap negeri perlu ada mufti, maka Sultan negeri Perak waktu itu pilihlah Harussani sebagai mufti. Dia menjadi mufti bukan bermakna dialah yang paling alim di antara semua rakyat jajahan negeri Perak. Hanya kerana Sultan berkenan dengannya.

Sebab itu, mufti Harussani pada hari ini merupakan mufti yang menjadi pembela tangguh kepada sultan. Apabila sang penderhaka jema'ah, Hasan Ali mengungkapkan mimpi senjanya mengenai tiga jalur perjuangan, Islam, Melayu dan Raja, mufti itu merasakan perjuangan itu sangat cocok sekali dengannya. Ketika berucap merasmikan pelancaran firqah Hasan Ali itu, mufti Harussani mengatakan bahawa perjuangan Melayu dan Raja adalah perjuangan nabi Muhammad SAW. 

Ungkapan mufti Harussani itu jika diungkap 30 tahun yang lalu, mungkin ramai yang menggangguk-angguk kepala setuju macam poka. Tapi, pada masa ini sudah ramai orang yang lebih cerdik daripadanya. Dalam agama juga sudah ramai yang lebih faqih daripadanya. Kelebihannya hanya sebab dia mufti paling lama berkhidmat. Dia mungkin mahir selok belok peraturan dunia mufti, tetapi selok belok ilmu Islam, dia bukan ke mana. 

Secara peribadi, aku melihat ilmunya lebih rendah berbanding bekas mufti Perlis yang jauh lebih muda daripadanya. Mufti-mufti lain aku tidak pasti kerana mereka lebih suka mengambil jalan tidak bertentangan pandangan dengan mufti Harussani.

Terbaru, sekali lagi mufti Harussani mempamerkan kejahilannya mengenai konsep bai'ah yang diamalkan dalam Pas. Dia menyifatkan bai'ah  dalam Pas lebih kepada ugutan kepada pengikut agar ta'asub kepada pemimpin. Datuk Nik Aziz telah pun jawab telahan cetek mufti Harussani itu dengan mengatakan bai'ah dalam Pas adalah bai'ah kepada Allah dan RasulNYa. Ia punya latar belakang sejarah Islam dan kehidupan berjema'ah.

Rasanya, mufti Harussani bukanlah orang hidup berjuang dalam jemaah. Sebab itu dia tidak tahu adab berjemaah.

Semoga mufti Harussani tidak khatamkan hidupnya sebagai mufti. Dengan itu dapat digunakan sisa umurnya buat perjuangan Islam dengan penuh keinsafan. 

Saturday, February 18, 2012

JADI PERDANA MENTERI

Anwar Ibrahim dikatakan mahu jadi Perdana Menteri. Antara kata-kata sinis dan cakap-cakap politik, ungkapan Anwar bakal Perdana Menteri punya tafsiran mengikut sikap masing-masing. Hasan Ali melenting marah selepas dipecat daripada Pas. Antara isi ceramah yang pernah diadakannya, dia kata tidak akan membenarkan Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Para pemimpin UMNO sudah lama bertegang urat leher mengatakan Anwar Ibrahim tidak layak jadi Perdana Menteri. Para pemimpin Pakatan Rakyat telah pernah mengeluarkan kenyataan bersama bahawa Anwar Ibrahim adalah bakal Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang. Anwar Ibrahim sendiri pernah membayangkan dulu jika dia dipenjarakan kerana tuduhan liwat, akan ada Perdana Menteri sementara.

Bercakap mengenai Perdana Menteri ini kekadang membingungkan. Menjadi Perdana Menteri bukan matlamat akhir perjuangan Pakatan Rakyat. Apa lagi perjuangan Pas yang sarat dengan fikrah dan citra Islam. Kekadang, rasanya perdebatan mengenai siapa bakal Perdana Menteri berikutnya jika PR menang menjadikan perjuangan kucar kacir. Soal keikhlasan niat janganlah dikatakan lagi.

Bukankah Allah telah tulis di Lauh Mahfuz sejak azali lagi, siapakah Perdana Menteri berikutnya. Jangan mendahului takdir!

Sunday, February 12, 2012

Antibiotik

Antibiotik...

Itulah keperluan penting untuk mengubat sebarang sakit demam. Kalau kita mengunjungi hospital maupun klinik swasta untuk tujuan berubat, selain ubat-ubat yang diberikan untuk sakit yang khusus, doktor akan membekalkan antibiotik. 

Semenjak aku menghidapi sakit bisul yang berpanjangan ini, aku merasakan betapa perlunya aku kepada antibiotik.  Antibiotik menggencatkan perkembangan bisulku, sungguhpun tidak mematikan terus.

Kerumunan Memburu IC

Ketika JPN membuat pendaftaran terbuka kelmarin di kampung Sibugal Besar, sungguh ramai orang mengerumuni majlis tersebut. Kerumunan tersebut lebih ramai daripada kerumunan untuk dapatkan  wang RM500.00 maupun RM100.00 yang pernah diadakan. Kata seorang warga, kerumunan yang ramai itu disebabkan Kad Pengenalan sangat diperlukan oleh mereka yang hadir itu lebih daripada wang sejumlah apapun.

Mereka yang datang itu termasuklah PTI. Wajah-wajah kilasan Philipina dan Indonesia dapat dilihat pada ramai daripada wajah yang hadir itu.

Aku menyimpan sedikit kecurigaan. Kenapa projek pendaftaran terbuka dibuat saat angin panas pilihanraya sedang bertiup ini. Dengan mudah, orang membuat telahan bahawa ini merupakan projek pemberian IC.

Seorang teman mengatakan bahawa tidak mudah untuk yang datang mendapat IC. Mereka yang benar-benar layak sahaja yang akan dipertimbangkan. 

"Kau lihat sahaja pegawai-pegawai yang bertugas, ada Kastam, ada Polis, Itu Timbalan Pengarah JPN Sabah, seorang Sino-Kadazan. Mereka ni bukan mudah untuk berikan kewarganegaraan kepada bangsa lain?", teman itu menunjukkan kepada seorang pegawai muda yang berdiri di tepi kaunter.


Thursday, February 09, 2012

Pas Hanya Sebuah Parti

Hasan Ali ulas mengenai kata-kata orang bodoh bahawa Pas itu agama. Persoalannya, siapakah yang begitu dunggu mengatakan pas itu agama. Kata Hasan Ali, Pas hanyalah satu parti sama seperti parti-parti lain. Rupanya, menurut Hasan Ali, Pas bukan sebuah jemaah. Pas hanya sebuah parti.

Maka, tidak hairan mengapa Hasan Ali tidak tahu menjaga adab berjemaah.






Monday, February 06, 2012

Ulama Gerakan VS Ulama Habaib

Majlis bersama ulama sedang diadakan di beberapa masjid utama di daerah Sandakan. Ulama dari Indonesia bernama Habib Ali Al-Jufri didatangkan sempena sambutan maulidur Rasul.  Khabarnya ramailah yang datang ke majlis-majlis tersebut. Sememangnya demikianlah keadaannya jika ada mana-mana tokoh da'i dari Indonesia yang datang ke Sabah. 

"Bagaimana acaranya?" aku bertanya seornag sahabat yang berkesempatan menghadiri majlis ceramah yang diadakan di Masjid Pangeran Galpan 2 malam terdahulu. 

" Aku tak dapat masuk dekat, ramai orang.  Ada paluan kompang dan gemerincing mengiringi lagu-lagu solawat", balasnya.

"Ada ceramah?", tanyaku.

"Ada, ceramah mengenai kelebihan salawat, cinta rasul dan perkesahan mengenainya", cerita teman 
 itu.

Kelmarin aku pergi ke Kota Kinabalu. Di masjid Bandaraya Teluk Likas aku lihat iklan mengenai kehadiran seorang ulama Indonesia bernama Syeikh Nurudin Al-Banjari terpampang di papan kenyataan masjid. Beberapa minggu lepas, dalam lama facebook teman sosial dari KK aku membaca iklan-iklan mengenai kehadirannya. 

Khabarnya, sambutan hangat sekali.

" Kita memerlukan kehadiran ulama yang menyedarkan rakyat mengenai hak-hak mereka yang tertindas, bukan yang melalaikan mereka dengan majlis berzikir dan tazkiah nafsi. Sungguhpun itu sangat diperlukan, ia bukan keutamaan.", aku melontarkan pandangan itu kepada beberapa rakan perbincangan dalam pertemuan di masjid semalam.

" Ulama-ulama tersebut dapat menyampaikan kuliah di masjid-masjid dengan mudah dan disokong pula oleh pihak penguasa. Kerana apa? Kerana mereka tidak mengganggu penguasa yang zalim", tukasku.

"Ulama-ulama gerakan yang datang menyampaikan fikrah perjuangan kepada rakyat, mereka dihalang dan orang ramai pun takut untuk hadir mendengar",

Sememangnya begitu. Ulama yang datang menyampaikan ceramah dengan lawak jenaka yang menghiburkan, memimpin majlis solawat dan zikir tariqat dan bermentera sempena perayaan hari-hari kebesaran, mendapat liputan hangat.

Padahal, manfaat kepada islah masyarakat, boleh dinilai kecil.

Meniti Su'ul Khatimah.

Siapa yang masuk Pas kerana Hasan Ali, silalah keluar daripada Pas setelah Hasan Ali dipecat daripada Pas. Tetapi, sesiapa yang masuk Pas kerana mahu berjuang Islam, kekallah dan istiqamahlah. Sementara itu, patuhilah keputusan-keputusan jemaah. Kita katakan kepada semua ahli Pas, baik pimpinan tertinggi mahupun kalangan amilin biasa, anda boleh mati tetapi Pas tidak boleh mati. Anda hanya seketul bata binaan Pas. Jika anda dibuang, bata lain boleh diganti. 

Perbuatan Hasan Ali menyerang Pas lewat terakhir ini hendaklah ditafsirkan sebagai pengkhianatan kepada jemaah. Serangan kepada Pas boleh diterima dan munasabah jika dibiat dalam mesyuarat pelbagai peringkat atau dalam muktamar. Namun, serangan dalam media massa, lebih-lebih lagi media musuh adalah satu pengkhianatan. Apatah lagi serangan tersebut ditaja pula oleh musuh Pas iaitu UMNO.

Sayang dan sungguh kasihan, seorang pejuang Islam yang meniti su'ul khatimah!

Ulama dan sekular dalam Pas

Cakap ikut sedap mulut sungguh Hasan Ali. Kata Hasan Ali, 72 peratus kepimpinan Pas kini adalah golongan sekular. 28 peratus lagi ulama tetapi mengikut telunjuk Anwar Ibrahim. Demikian Hasan Ali bermadah dalam ceramah siri Road Shownya di Johor malam tadi.

Kalau demikian congakan Hasan Ali, siapalah ulama dalam Majlis Syura itu. Bukankah mursyidul am dan presiden Pas itu sendiri adalahan kalangan ulama. Banyak pesuruhjaya negeri pula kalangan ulama. Kata Hasan Ali, 72 peratus adalah golongan sekular. Dulu, dia kata dia adalah orang sekular. Dia fikir semua orang sekular macamnya. Barangkali dia tak faham apa itu sekular. Mungkin menurut hematnya yang cetek itu, semua yang tidak belajar aliran agama itu sekularlah. Tidakkah dia sedar bahawa lulusan pengajian bidang bukan agama dalam pas itu lebih Islam daripada lulusan bidang agama dalam UMNO. Kalau hendak sebut pasal sekular, ulama-ulama UMNO itu adalah lebih sekular daripada golongan bukan ulama dalam Pas. Sungguhpun mereka bukan ulama, mereka ada fikrah perjuangan Islam.

Baik sungguh kalau Hasan Ali boleh ambil nasihat Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh agar berfikir sebelum berkata. Sungguhpun Hasan Ali itu bukan ahli Pas lagi, dia tidak perlu habiskan masa menyerang Pas. Srang pas pun tidak ada faedah kerana tidak memberi kesan. Masa terluangnya sepatutnya dipergunakan untuk memperjuangkan akidah Islam yang sering menjadi katakucinya. 

Nampaknya Hasan Ali itu mudah benar melatah. Dia terkeluar dari jemaah yang disanjungnya satu ketik. Kini dia bukan sahaja terkeluar, tetapi terpelanting jauh (Kata Ust Yusuf Embong).


Hasan Ali sangat meluat kepada Anwar Ibrahim. Hasan Ali tuduh ulama dalam Pas semua ikut telunjuk Anwar Ibrahim. Nampak sangat feqah politik Hasan Ali itu tohor. Para pimpinan Pas bukan lembu dunggu tetapi insan-insan politik yang sarat dengan feqah politik. Yakinlah.

KUASA KEEMPAT

Sekarang ini, mereka yang tersungkur daripada politik di pihak kerajaan maupun pembangkang bercakap mengenai kuasa ketiga. Hasan Ali tubuh jati, kononnya mahu jadikan ia kuasa ketiga. Terdahulu, perkasa menguar-warkan dirinya sebagai kuasa ketiga. Dengan perasan, Zulkifli Nordin merasakan dirinya juuga kuasa ketiga. Zaid Ibrahim melalui Kita juga bercita-cita untuk menjadi kuasa ketiga, tetapi dengan sifat mesra Pembangkang.


Orang semua itu hendak buat kuasa ketiga. Tidak adakah orang mahu buat kuasa keempat pula?

Nik Aziz teruslah memerintah hingga ke akhir hayat.

Sungguh tidak sedar diri Si Awang Selamat dari Utusan Malaysia yang menggambarkan TG Nik Aziz sebagai  tamak untuk berkuasa sekalipun sudah 21 tahun menjadi menteri besar. Sebanarnya, orang yang menjadi tuannyalah yang tamak kerana mahu mengambil alih jawatan menteri besar. Mereka yang menggilai jawatan tersebut adalah kerana menjadikannya jambatan buat mencapai habuan duniawi. Kita boleh menerima dakwaan Si Awang Selamat tersebut jika TG Nik Abd Aziz, sepanjang menjadi Menteri Besar mencapai kemewahan seperti Dr. Mahathir.


Dr. Mahathir dikritik dulu kerana lama memerintah bukan kerana masalah tempohnya, tetapi adalah kerana masalah membolot harta kekayaan negara buat diri dan kroni. Maka, pemerintahannyanya perlu ditamatkan untuk menyelamatkan harta negara. Sementara, apa harta negara yang dirosakkan oleh TG Nik Abd Aziz?

Pemimpin yang baik, tidak ada masalah. Seperti kata khalifah Uthman bin Affan, dia tidak sekali-kali akan menanggalkan pakaian yang telah Allah pakaikan untuknya. Nik Aziz perlu memerintah sehingga ke hari dia menghembuskan nafas terakhirnya. Pedulikan mereka yang dalam hatinya bergerutu dan penyakit itu.

Sunday, February 05, 2012

Mencari dahan berpaut

Datang ke Sabah, pendakwah yang pelbagai. Ada yang datang dengan tariqatnya. Sambutannya hangat di beberapa tempat. Ada yang datang dengan lebel keturunan Rasulullah berpangkalkan habib di awal nama. Riuh rendah di masjid-masjid. Ada yang datang sebagai syeikh pengajar merangkap murabbi, warga Sabah berduyun-duyun menerimanya.

Tetapi, ketika ulama-ulama pejuang gerakan Islam datang, kebanyakan warga Sabah ragu-ragu memetik ilmunya. Ternyata, mereka lebih suka tinggal di bawah kezaliman penguasa dan asyik makhsyuk dengan zikir tariqad dan bicara tazkiah diri oleh para masyayikh.

Aku pernah katakan, bahawa di Indonesia sana, buminya berselirat dengan pelbagai kehurafatan yang gagal dijernihkan oleh para da'i yang dilihat hebat berkunjung ke sini. Ulama gerakan di bumi kita lebih berjaya berbanding mereka. Mengapa mencari permainan yang melengahkan dalam agama?

Tuesday, January 31, 2012

Mahasiswa bebal.

Isu penggantungan 5 orang mahasiswa KUIN di bawah AUKU menimbulkan pelbagai reaksi. Ada reaksi melampau dalam mentazkiah perjuangan mahasiswa sehingga mengecam Ust. Azizan selaku MB negeri Kedah secara melampau. Hatta, ada yang mencabar beliau masuk BN. 

Kes tersebut sepatutnya dapat diselesaikan dengan baik jika para mahasiswa tersebut membuat rayuan. Namun, mereka memilih jalan untuk berkonfrontasi terus apabila  membawa kes ke Mahkamah. Kini, tunggu keputusan mahkamah. Demikian balas Ust Azizan.

Mahasiswa bukan budak yang pandai semua. Ada kalangan mahasiswa itu otak udang dan dunggu. Sesetengah pihak sanjung perjuangan mahasiswa habis-habisan. Kekadang, mahasiswa dimalaikatkan. Apapun yang mereka buat, kesalahan tiada di pihak mereka.

Mahasiswa pun kekadang jadi budak nakal. Ada yang lagak gangster.  Mahasiswa begini buat apa disanjung. Tidak guna dibela. Kita menghargai perjuangan mahasiswa untuk membela rakyat. Namun, kita tidak perlu menghabiskan air liur sekalipun untuk bela mahasiswa bebal. 

Dalam Isu KUIN, mahasiswa yang telibat itu bukan cerdik. Malah, mereka sudah jadi tunggangan.

Sunday, January 29, 2012

Media di Malaysia

Momokan bahawa Anwar Ibrahim itu agen Amerika, agen Yahudi, menyokong kedua-duanya, jadi alat kedua-duanya sudah lama bergelewang dalam dunia adu domba politik tanah air. Maka, apabila yang terbaru ini, keluar dalam media perdana di Malaysia bahawa Anwar Ibrahim ketika bercakap kepada Wallstreet Journal mentakan sokongan dan pembelaannya kepada negara Haram Israil bukan satu yang baru. Sementelahan, ulasan media di Malaysia bukanlah boleh dipercayai, maka hanya orang yang bersifat anjing lapar sahaja yang akan menggeruguti berita yang disampaikan oleh TV dan Media di Malaysia.

Semakin dekat pilihanraya ini, kita bakal menyaksikan pelbagai permainan politik yang tidak kita pernah bayangkan. Di sinilah pihak yang bermusuh akan mengoptimumkan propaganda masing-masing. 

Tapi...ingatlah, orang yang punya iman tidak akan terjerumus ke dalam satu lubang lebih dari sekali!

Friday, January 27, 2012

Tokoh Seks Suci Islam

Perkataan Seks itu kotor?  Lalu, kenapa timbul perkataan Seks suci? Bila Kelab Taat Suami berforum dengan mempromosikan Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam, mereka telah diserbu oleh pasukan JAIPk. Mufti Selangor, Mohd Tayes Abdul Wahid mengatakan kempen seumpama itu merendahkan martabat Rasulullah SAW.

Bercakap mengenai seks itu kotor dan hina. Mungkin itulah yang menjadi persepsi ramai orang. Kalau begitu, pendidikan seks di sekolah tidak perlu diadakan.

Wanita-wanita yang taat suami itu bercakap mengenai seks Islam. Biarkanlah. Itu bidang yang mereka minati. Lalu mereka mencari contoh tauladan. Siapa lagi? Rasulullahlah.  Ia hanya sati cabang tauladan Rasulullah.  Apakah itu menghinakan Rasululah?

Sukar difahami jalan fikir sesetengah orang.

Mana kuasa kedua?

Hasan Ali, dalam TV show dua tiga hari lepas berkata dia akan menggerakkan kuasa ke tiga. Kuasa ketiga itu akan memperjuangkan IMR. Katanya rakyat sedang tercari-cari wadah bernaung. Kewujudan parti politik hari ini sudah tidak dapat diharapkan lagi.

Aku tidak berhasrat untuk megulas panjang isu mengenai kuasa ketiga ini. Sebenarnya, sudah ada atau belum kuasa kedua? Kalau sudah ada, baru layak kita cakap pasal kuasa ketiga. Kita baru dapat melihat ada parti lain yang dapat merebut sebahagian kuasa yang selama berdekad diserakahi olehi UMNO-BN. Itupun belum tentu dapat bertahan. Kuasa kedua ini masih belum mantap. Tiba-tiba Hasan Ali sudah bercakap mengenai kuasa ketiga.

Kalau dia bercakap mengenai kuasa ketiga ini masa dalam Pas dulu, ada juga idealisme yang patut dihormati. Tetapi....hanya bercakap setelah dipecat.

Thursday, January 26, 2012

TV Show

Selepas Hasan Ali dipecat hari tu, dia kata akan buat road show seluruh negara. Antara lain, dalam road show tersebut dia akan dedahkan siapakah parasit yang ada dalam Pas. Seminggu selepas kenyataannya nak buat road show tersebut, belum ada apa-apa lagi. Hanya semalam, sekali lagi Hasan Ali keluar dalam TV3. Road Show belum ada, tetapi TV Show sudah ada. Entah berapa banyak TV Show yang akan dia sertai selepas ini, tak tahulah. Dia memang suka masuk TV sejak sebelum dipecat lagi. Glamourlah masuk TV. Katanya, dia masuk Pas ni pun kerana nak audience yang lebih ramai. Terkenang masa dia berforum dan dihadiri ribuan oranng, katanya dengan masuk politik penontonnya lebih ramai. Memahami susun katanyam itu, fahamlah kita bahawa Hasan Ali ini adalah orang yang suka glamour.

Dalam show semalam di TV 3, berkali-kali dia mendakwa ada sokongan massa ke atasnya. Kasihan. Aku rasa nak ketawa. Macam manalah dia mengukur sokongan ramai ke atasnya. Kenapa aku tidak ada perasaan menyokong apa yang diperjuangkannya itu. Satu rangkai perjuangan bikinannya....IMR?


Tuesday, January 24, 2012

BR1M

Bantuan Rakyat 1 Malaysia berjumlah RM 500  yang diberikan kepada semua isi rumah yang berpendapatan di bawah RM3000.00 sedang rancak dilaksanakan. Secara sinis, ia boleh disifatkan sebagai usaha perdana yang kerajaan lakukan untuk merasuah rakyat agar merasa terhutang budi kepada kebaikan kerajaan yang melaksanakannya, lebih-lebih lagi kerana tempoh pilihanraya telah dekat. Kerajaan tentu punya motif kerana apa ia dilaksanakan.

Cuma, setelah mengamati perkembangan yang berlaku, aku merasakan pemberian BR1M tidaklah menguntungkan kerajaan BN. Sekilas pandang, memang ia nampak seperti baik kerana meningkatkan reputasi kerajaan BN sebagai kerajaan yang bersimpati kepada rakyat. Tetapi, memberikan BR1M kepada semua rakyat secara adil dan sama rata adalah sukar.

Kegagalan memenuhi tuntutan keadilan itulah yang akhibatnya memarakkan kemarahan. Kini, sudah kedengaran suara-suara tidak puas hati di kalangan rakyat yang tidak mendapat wang tersebut. 

Kata pepatah, Tanam Padi Tumbuhnya Lalang. Demikianlah pa yang sedang diusahakan oleh kerajaan BN dewasa ini.

Monday, January 23, 2012

Kerana salah tulis

Ada  dua peribahasa Melayu yang dinyatakan sebagai salah sebutan sehingga salah difahami maksudnya. Aku mendapatinya hasil daripada bacaan beberapa blog yang mengulas mengenainya. Dua peribahasa tersebut adalah:

i) Harapkan pagar, pagar makan padi.
ii) Melepaskan batuk ditangga.

Peribahasa pertama itu salah kerana  dua hujjah:

a) Pagar tidak pernah makan padi dan hal itu menjadi pengetahuaan semua manusia yang waras. Masakan orang Melayu di zaman dahulu akan berperibahasa menyebutkan sesuatu yang tidak mungkin berlaku.

b) Orang Melayu zaman dahulu bersawah padi mana ada pagar. Sawah padi mereka adalah kawasan yang terbuka. Maka, bagaimana mungkin diperibahasakan pagar makan padi sedangkan sawah padi tidak berpagar.

Justeru, apa yang sebetulnya adalah"

"Harap pegar, pegar makan padi."

Pegar adalah sejenis burung yang diharapkan dapat makan serangga perosak tanaman padi. Harapan yang disandarkan kepada pegar rupanya tidak menjadi kerana pegar sendiri membahan padi. Kerana itu, lahirlah pepatah Melayu yang berbunyi harapkan pegar, pegar makan padi.

Kenapa jadi pagar dan bukan pagar? Sebenarnya orang Melayu dulu menulis dalam tulisan jawi. Apabila tranformasi tulisan berlaku menjadi rumi berikutan kedatangan penjajah, maka penulis kemudian hari tersalah tulis. Pa Ga Ra dibaca pagar sedangkan ia adalah pegar.

Hal yang sama juga berlaku kepada pepatah yang berbunyi melapaskan batuk di tangga yang diertikan buat kerja tidak sempurna. Tiada perkaitan antara pepatah itu dengan maknanya jika batuk yang dimaksudkan itu adalah suara yang keluar ketika terbatuk. Justeru, batuk tersebut adalah satu perkataan yang membawa makna lain. Ia adalah satu alat atau benda yang menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu di zaman dulu. Dalam tulisan Jawi ia ditulis ba alif ta wau qaf . Tentu bunyinyanya batuk. Tetapi bukan batuk yang dimaksudkan. Ia adalah batok, sejenis alat pencedok air yang dibuat daripada tempurung kelapa buat diletakkan atas tempayan di pangkal tangga rumah. 


Apabila batok diletakkan di tangga, itu kerja tak sempurna. Sepatutnya ia diletakkan semula di atas tempayan air.

Maka, daripada dua kesalahan ini, kita dapat mengerti bahawa terdapat kesalahan menterjemahkan tulisan jawi kepada rumi oleh pakar bahasa Melayu di zaman dulu. Kesalahan itu adalah perkara biasa apabila pakar bahasa Melayu itu tidak benar-benar meladeni latar belakang kehidupan orang Melayu.

Wednesday, January 18, 2012

Igau Hasan Ali

Akhirnya Pas memutuskan untuk mengetengahkan Dr. Ahmad Yunus Hairi sebagai exco agama yang baru menggantikan Hasan Ali yang disingkirkan. Ini memperlihatkan bahawa Pas tidak hairan dengan kehilangan Hasan Ali. Bukan hasan Ali seorang sahaja yang layak. Mencari seorang manusia untuk mengisi jawatan penting bukannya susah. Apa yang susah ialah hati Hasan Ali sahaja.

Khabarnya, Hasan Ali tidak puas hati di atas penggugurannya daripada jawatan Exco. Dia menyifatkan dirinya masih ahli Pas sekalipun pemecatan telah dibuat ke atasnya. Dengan susah payah, dia bergantung dengan tempoh sebulan peluangnya membuat rayuan untuk menjustifikasikan kelayakannya untuk terus berada pada jawatan Exco. Sekali fikir, nampak apa yang Hasan Ali mahu. Dia mahu jawatan Exco tersebut tanpa rasa malu.

Sebenarnya, Hasan Ali sudah expired. Itu yang perlu dia fahami. Telajak perahu mungkin boleh undur. Telajak kata, demikianlah bahananya. Selepas ini, mengingaulah wahai Hasan Ali dalam separa tidurmu bahawa dirimu masih ahli Pas.

Monday, January 16, 2012

Parasit

Macam-macam Hasan Ali ulas tentang Pas. Mula dulu dia kata Pas sudah tidak perjuangkan Negara Islam. Kemudian, dia dakwa Pas jadi tungangan DAP. Kemudian, dia kata pula marah Anwar Ibrahim dan mengaitkan pemecatannya dari Pas disebabkan oleh Anwar. Terakhir sehingga hari ini, dia dakwa pula Pas ada parasit.

Melihat kepada dakwaan-dakwaan yang melompat sana sini dari Hasan Ali ini, kita boleh memahami sejauh mana kestabilan mentalnya. Adalah besar kemungkinan semua dakwaan tersebut adalah sebuah lentingan emosi yang sedang amarah. 

Apa yang menjadi ujub buat Hasan Ali ialah dia merasakan dirinya sahaja dapat membaca riak di bawah permukaan Pas. Orang yang lebih lama dan lebih matang daripadanya seperti TG Haji hadi dan TG Nik Aziz tidak pernah pula mendakwa Pas sedang dikuasai Parasit. Apakah kacamata politik Hasan Ali lebih tajam daripada kacamata TG Presiden dan Mursyidul Am.

Malah, kalau nak banding Hasan Ali dengan Mustafa Ali, Mahfuz dan Mat Sabu, Hasan Ali hanyalah pendatang baru dalam pentas politik Pas. Tiba-tiba Hasan Ali cakap bergendang bahawa dia tahu wujudnya parasit itu.

Andai kata dalam roadshow yang dijanjikannya itu dia dedahkan bahawa parasit itu adalah Mustafa Ali, Mat Sabu dan Mahfuz, nyatalah Hasan Ali sudah hilang kewarasan. Alang-alang nak kata mereka itu parasit, baik lebelkan terus Tg Presiden dan mursyidul am itu sebagai parasit. 

Sebenarnya, siapa parasit??

Sunday, January 15, 2012

Dahan dedalu perlu di cantas

Dulu, masa di bawah, bila dongak ke langit, nampak bulan. Lalu, hati berbisik, alangkah cantiknya bulan.

Dulu, masa baru tumbuh sebagai anak pisang, berdempet dengan pohon pisang induk. Kalau tidak, manakan dapat tumbuh membesar. Bila sudah besar, lupalah sudah jasa pohon induk.

Satu kesilapan juga juga, kalau masuk Jemaah terus jadi pemimpin. 

Masuk Jemaah, alangkah baik kalau mulanya dipimpin. Setelah faham dan beradab, barulah memimpin. Akhibat tidak melalui tahap itu, maka jadilah pemimpin yang tidak beradab.

KACAU DAUN

Dengar khabar mufti Perak, Harussani Zakaria menyatakan kekesalannya atas pemecatan Hasan Ali dari Pas. Menurutnya, orang yang berjuang untuk Islam seperti Hasan Ali perlulah dihargai Pas. Sebaliknya Pas tidak menghargainya.

Kalaulah Hasan Ali itu pejuang Islam, buat apa dia masuk Pas. Dia boleh buat parti sendiri. Kalaulah sang mufti sedar juga bahawa Pas adalah tempat pejuang Islam berjuang, kenapa dia tidak masuk Pas. Kenapa masih berseloka dalam istana? 

Kalau Hasan Ali sudah dipecat, sudahlah. Apa lagi mahu dikesalkan. Soal Pas hanya para pemimpin Pas yang tahu. Mufti bukan pandai politik. Mufti mungkin hanya banyak tahu soal hukum-hakam yang kebanyakannya untuk menompang kekuasaan pemerintah semasa.

Wednesday, January 11, 2012

Perjuangan Peribadi

Perjuangan Dr. Hasan Ali menegakkan Islam, bangsa Melayu dan raja-raja Melayu dikatakan bukan perjuangan peribadi. Ia perjuangan kebanyakan ahli Pas. Demikianlah dakwaan para simpatisan kepada Dr. Hasan Ali berikutan pemecatannya. Nampaknya juga, Dr. Hasan Ali dilihat berada pada landasan yang betul dalam perjuangannya.

Sebagaimana yang telah aku tegaskan sebelum ini, perjuangan sendirian yang menyalahi jemaah adalah salah biarpun betul. Perjuangan jemaah adalah betul walaupun ia salah. Inilah perinsip perjuangan dalam jemaah. Sekelompok orang yang yang berjuang dalam Islam dan menjalankannya secara jemaah adalah betul miski ada individu yang melihatnya salah.

Soal betul dan salah berkait rapat dengan redha Allah. Redha Allah bersama jemaah. Akal nipis manusia sering tersalah dalam membuat penilaian. Siapapun dia, sekalipun bergelar Prof Dr. seperti Hasan Ali, ia bukan jaminan bahawa dia betul. Dia akan betul jika perjuangan bersama jemaah. Jika menyalahi jemaah, dia sentiasa salah!

Maka, tidak harus dikatakan bahawa perjuangannya bukan perjuangan peribadi. Bila dia menyalahi keputusan syura, jadilah ia soal peribadi. 

Hal inilah yang gagal diladeni oleh Dr. Hasan Ali. 

Siapalah Dr. Hasan Ali untuk membersihkan dirinya dari khilaf?  Bal'am bin Ba'ura,  ulama besar Bani Israil yang khilaf dan mati kufur itu lebih hebat bertingkat-tingkat kalau hendak dibandingkan dengan Dr. hasan Ali.  Dia tergelincir kerana memisahkan diri dari jemaah.

Jika Dr. Hasan Ali sayangkan dirinya, letakkan dirinya di belakang ulama yang memimpin jemaah. Bukan bergentayangan di depan mereka. Jangan pula ulama UMNO di depannya kerana yang namanya ulama UMNO itu bukan pemimpin Jemaah. Ulama-ulama tidak berjemaah juga tidak boleh diwalikan dalam perjuangan.


Tuesday, January 10, 2012

Batang buruk akan sirna

Ibrahim Ali ucap tahniah kepada Hasan Ali kerana akhirnya telah dikeluarkan dari neraka. Dia kata parti Pas itu neraka. Setara mana  Ibrahim Ali untuk menilai parti Pas begitu?Dia itu ulama yang ada ilmu makrifatkah? Kasyafkah? Sebut nama Ibraim Ali, ramai orang kenal siapa dia. Penyokongnya cuma insan-insan kecewa dan putus wayar.

Ibrahim Ali antara orang yang datang ke Sidang Media di rumah Hasan Ali setelah pemecatannya. Gembira sangat Ibrahim Ali kalau dapat melihat Pas menanggung musibah. Tetapi, sebenarnya pemecatan Hasan Ali bukan musibah buat Pas. Ibrahim Ali tohor penilaian kalau dia sifatkan ia sebagai musibah. Pas tidak terjejas sedikitpun dengan penyingkiran Hasan Ali. 

Mungkin Hasan Ali pernah jadi nama besar dalam Pas. Tetapi dia juga telah jadi melukut tepian gantang sejak dia menentang arus utama Pas. Sebenarnya Pas lebih kuat tanpa Hasan Ali. Demikian komen prof Aziz Bari dalam mengalukan pemecatan Hasan Ali.

Aku percaya, sedikit sahaja yang melatah bersama Hasan Ali. Hasan Ali tidak ada pengkagum yang sanggup berdemo deminya. Dia akan sirna dalam pusaran arus kerana ia cuma batang buruk kini.

Hasan!

Hasan!
Setelah kamu disingkirkan dari jemaah, aku tiada lagi ismah buatmu. Kalau dulu, aku benci bersangka buruk kepadamu, setelah kamu bukan ahli jemaah, kau tiada lagi pendinding dari prasangka burukku. Yang dipecat dari jemaah lalu menentang jemaah, adalah penderhaka. Penderhaka tidak akan menemui kebahagiaan dalam hidupnya di dunia. Di akhirat, allahu 'alam.

Hasan!

Kalau kau hebat, setelah kamau dipecat, jelajahlah serata negara seperti dibuat Anwar setelah dia dipecat.Bertuahnya kalau ada seratus manusia mengerumunimu kalau kamu singgah di setiap negeri.

Hasan!
Sebenarnya aku masih ingat kenapa kamu masuk Pas dulu. Kamu masuk Pas bukan kerana perjuangan Pas. Kamu masuk Pas kerana terdorong oleh isu Anwar. Kalau kerana perjuangan Islam, tentu kamu dah masuk sebelum tahun 1999. Kamu bukan orang lama dalam Pas. Aku memang tak ingat bila Mat Sabu berkecipung dalam pas sebab bila aku mula mengingati perkara, aku sudah dengar Mat Sabu dan Pas bagai seganding. Tapi, kamu...aku ingat bila kamu masuk Pas. Aku tahu sebab apa kamu masuk Pas.

Hasan!
Katamu kamu orang sekular, perlu bimbingan ulama. Ulama mana? Bila kamu sanggup menentang TG Mursyidul Am dan TG Presiden, ertinya kamu memang bukan pencinta ulama. Kamu hanya pencinta  Melayu walau pun kamu mendakwa memperjuangkan Islam nombor satu. Tiga rangkai perjuanganmu itu pun bid'ah yang sengaja kau ada-adakan.

Takkan ke mana perjuanganmu. Perjuanganmu kerdil sekerdil jiwamu.

Sunday, January 08, 2012

Biarlah Allah tentukan.

Dah lama orang memperkatakan tentang siapa yang akan jadi Perdana Menteri Malaysia jika PR berjaya menawan Putrajaya.  Kenyataan bersama para Pemimpin Pakatan Rakyat memperakukan bahawa calon tunggalnya adalah DS Anwar Ibrahim. Sehingga terakhir ini, apabila DS Anwar Ibraim berdepan dengan kemungkinan dihukum penjara setelah melalui perbicaraan yang bersimpangsiur, orang mempertanyakan tentang siapa yang bakal jadi Perdana Menteri jika PR memenangi pilihanraya. 

DS Anwar kata akan ada Perdana Menteri sementara. Jawapan tersebut adalah untuk meleraikan kemusykilan yang mungkin jika tidak dileraikan, akan membuka ruang kepada musuh PR untuk mencucuk keraguan di hati para pengundi.

Kekadang, terlalu banyak sangat berfikir tentang siapa calon Perdana Menteri menjadikan PR dilihat syok sendiri. Maka, TG Haji Hadi memperingatkan agar tawan dahulu Putra Jaya barulah bincang tentang siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri. Katanya lagi, soal siapa yang akan jadi Perdana Menteri adalah ketentuan Allah.

Sememangnya setiap orang Islam yang berakidah betul wajiblah meyakini bahawa siapa yang akan naik menjadi Perdana Menteri sudah termaktub dalam jadual Allah SWT. Dengan meyakini hal sedemikian. akan menjadikan kita tenang dalam politik. Perjuangan politik tidak akan digabrakan dengan kegagalan mencapai apa yang diinginkan. 

Demikianlah bezanya antara merekan yang berjuang bersendikan agama dengan mereka yang berjuang demi mencapai target kuasa!.

Friday, January 06, 2012

Nyahlah!

Kini baru aku sedar bahawa dia bukan orang pandai. Petah lidah tatkala berbicara bukan satu bukti kecendikiawanan seseorang. Semakin ternyata bahawa dia bukan orang pandai apabila dengan mudahnya pihak musuh mempergunakannya untuk menjadi peluru menembak rakan-rakan seperjuangan sendiri. Kedatangannya bukan perkara besar dan kepergiannya juga tidak memberi impak yang besar.

Kalau sudah bercempera hatinya...aku kira sampailah masanya untuk dia terjun ke luar. Tidak dibuka pintu, tingkap sedia terbuka.

Aku maksudkan orang itu adalah Dr. Hasan Ali yang digeruguti kekecewaan dalam perjuangan tidak berentak jemaah itu.


Satu pertanyaan.

Islam tercemar kerana diperalatkan untuk politik duniawi! Demikian Dr. Mahathir mengeluh dengan kesalnya. Seperti keluhan seorang Darwis Sufi yang memanjat maqam dan menyisih duniawi. Kerana politik itu dunia, maka ia tidak sesuai dengan Islam yang dianuti. Demikianlah wajah Islam yang difahami oleh seorang Dr. Mahathir.

Sebenarnya, apa yang mencemarkan Islam? Politik Islamnya atau Politik Sekular?

Monday, January 02, 2012

Catatan Yala 3

Tahun lalu aku telah pun melepasi sempadan Malaysia-Thailand melalui Durian Burung untuk mengunjungi Yala. Di sebelah Malaysia, pejabat imegresen telah pun beroperasi. Bangunan dan gerbang sempadan nampaknya telah siap. Jalan raya juga sudah siap beraspal. Namun, dari sebelah Thailand masih dalam binaan. Jalannya berlumpur. Urusan imegresen dijalankan dalam ruang-ruang pejabat dalam rumah kontena.  Keadaan pada tahun lalu itu masih juga demikian pada tahun ini. Hanya terdapat sedikit penambahbaikan dari struktur bangunan. Namun belum ada satu pun yang siap.

Apa yang menghairankan aku, pegawai sempadan yang ditugaskan oleh kerajaan Thai tidak pandai berbahasa kecuali bahasa Siam. Aku cuba berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, tetapi terlalu sedikit yang boleh dipercakapkannya.

Sementara aku, tidak tahu berbahasa Siam.

Kerajaan Thai tidak menjadi pengkagum Bahasa Inggeris. Tetapi, kemajuan Thailand dan Malaysia saling berpacu.

Sunday, January 01, 2012

Catatan Yala 2

Hat Yai... Aku menjejaki kaki ke sana buat pertama kali dalam hidupku pada 25 Disember 2011. Waktu itu, suasana Hat Yai sedang di warnai dengan sambutan Krismas. Pada pemerhatianku, Hat Yai memang bandar yang sibuk. Kata Pak Ngah Hussin, Hat Yai bolehlah dikatakan bandar yang terbesar di sebelah Selatan Thailand.

Perjalanan dari Balor di Yala sejauh 168km. Jarak itu  lebih sekali ganda jauh berbading ke pekan Sadou berhampiran Bukit Kayu Hitam yang mana jaraknya hanya sekitar 52km. Namun, kebetulan kami sudah menjejaki Thailand dan bermusafir ke Yala, ada pula saudara mara yang sudi membawa ke Hat Yai, maka lebih eloklah kalau kami sekeluarga pergi Hat Yai dari Yala. Lagipun, di kalangan kami bukan ada yang pandai cakap Siam.

Aku bertanya Pak Ngah Husin mengenai di mana tempat yang dikatakan syurga dunia oleh pengunjung Hat Yai. Ketika menaiki bas yang membawa kami, Pak Ngah Husin menunjukkan lorong yang mana banyak wanita pelacur berkeliaran. Dengan mudah para pelacur yang cantik dan muda boleh dilihat membonceng motosikal para pelanggan mereka. Mereka dapat dikenali dari corak pakaian mereka. Demikian Pak Ngah Husin mencirikan.

Susah kalau datang Hat Yai berkereta. Hendak cari paking di lokasi pusat bandar memang sukar. Aku berkira-kira satu masa nanti akan aku datang mengunjungi Hat Yai dengan motosikal. Bukan mencari syurga dunianya. Nauzubillah. Hanya kerana aku melihat barangan di pusat bandar sangat jenuh tetapi sukar untuk hampir ke sana dengan kereta.


Hal Sepele

Kononnya penghuni Jalan Kebun yang berdemo kerana tidak puas hati atas ketiadaan perkhidmatan bas di tempat mereka. Mereka menjerit dan melolong, buat bising untuk menarik perhatian media. Media TV3 bagai dirancang melaporkan perangai segelintir penduduk itu dan menyifatkannya sebagai isu besar. 

Isu tak ada bas adalah sepele. Berapa banyak tempat di Malaysia bas tak masuk. Penduduk jalan Kebun itu bukan orang miskin. Banyak tempat orang miskin yang tidak ada bas. Mereka tidak pula berdemo untuk hal sepele itu. 

Setahu aku, kepala yang hanya memikirkan hal sepele ini hanyalah kalangan yang kalah. Kita lihat banyak kacau ganggu yang dibuat berkenaan hal sepele di seluruh negara. Pendokong dan penggeraknya sudah termaklum. Siapa lagi kalau bukan algojo UMNO yang gelisah kehilangan sumber kekayaan negeri. Disokong pula oleh melayu yang mudah diperkuda.

Tapi, generasi Melayu baru bukan mudah diperkuda.

Catatan Yala 1

Lawatan keluarga aku ke Yala, Thailand baru-baru ini mempertemukan kembali dengan sandara mara mentuaku. Mereka adalah anak-anak kepada bapa saudara ayah mentuaku yang menurut ceritanya telah berhijrah menuntut ilmu di pondok Selatan Thailand puluhan tahun lalu dan akhirnya bersemenda dengan wanita tempatan. Kini, bapa saudara ayah mentuaku itu telah tiada dan yang ada hanyalah anak-anaknya. 

Kira-kira kepergian kami ke sana adalah untuk mengeratkan silatur rahmi.

Yala adalah bumi Islam yang subur dan indah. Perjalanan ke sana mengambil jarak sekitar 100 km dari pintu sempadan di Durian Burung. Dari Yala, menuju ke pekan Raman adalah adalah kira-kira 30 km. Pekan Raman di kalangan masyarakat tempatan dikenali sebagai Pekan Kabu. Nama pekan Raman hanyalah bikinan pemerintah Siam.
Sungguh satu kebetulan, ketika kami keluar untuk ke Hat Yai dari kampung Balo di Pekan Raman, satu kejadian letupan bom berlaku dan menghalang perjalanan ke Hat yai melalui Kalupang. Lalu, kami mengambil jalan lain melalui daerah Ban Ngoi. Sehinga akhirnya kami sampai di Hat Yai.


Saturday, December 31, 2011

SANTAU

Mula pulang bercuti hari itu,emak beritahuku bahawa Pak Di mee rebus terkena santau. Dia yang selama ini sihat dan berniaga mee rebus di  Pekan Naka, tiba-tiba satu hari rebah muntah darah. Ramai orang mengatakan dia disantau pesaing perniagaan.

 Sempat juga aku bersama ibu melawatnya di Hospital Sultanah Bahyah, Langgar. Waktu itu dia koma. Sungguh kasihan kalau benar dia disantau. Sungguh kejam pula si penyantau itu. Terdetik dalam hatiku, inilah sebabnya kenapa Allah mencipta neraka. Dalam dunia ini, ada manusia yang busuk hati dan kotor jiwa. Kebususkan dan kekotoran itu terjelma pula dalam kelakuan seharian.

Kemudian, tiba-tiba terdengar pula khabar menantu Pak Da disantau. Malam Jumuat minggu lepas, Pak Da jemput orang baca Yasin di rumahnya. Cerita yang kudengar berbagai-bagai. Khabarnya dia mendapat santau itu setelah makan di Pokok Sena. Ibuku keberatan amat ketika dalam satu perjalanan pulang dari Alor Setar, aku berhenti di sebuah restoran di Pokok Sena.
Nampaknya kejadian santau semakin menjadi-jadi di kampung-kampung daerahku.

Musibah apa menimpa iman warganya? Mencari jalan syaitan untuk melerai permusuhan dunia. Bukankah Allah menawarkan ganjaran besar buat mereka yang dapat mengawal kemarahan dan kebencian serta bersabar menghadapi tekanan perasaan?

Thursday, December 22, 2011

Bisul ini

Tak tahulah apakah sebab musababnya maka pada tahun ini baanyak  sekali kejadian bisul di tubuhku. Seingatku,pertama sekali bosul menyerangku adalah selepas hari raya puasa tahum ini. Aku mengaitkannya dengan makan daging rendangyang banyak dihidangkan oleh teman-teman dan kenalan. sememangnya kebanyakan penyakit adalah berpunca dri makanan

Wednesday, December 21, 2011

Dr. Hasan Ali perlu belajar berjemaah.

Hendak dikatakan media sahaja yang gembar gemburkan, memang dapat disaksikan dan didengar dengan mata dan telinga apa yang diungkapkan oleh Dr. Hassan Ali. Memek mukanya juga jelas memperlihatkan maksud sebenarnya. Katanya Pas sudah tergelincir dari landasan kerana tidak lagi memperjuangkan negara Islam. Istilah Negara Berkebajikan mendapat tempelakan banyak pihak di luar Pas sebelum ini termasuk kalangan pemimpin UMNO dan pemimpin lompat. Apabila Dr. Hassan Ali pun bercakap dengan nada yang sama seperti mereka, maka jangan disalahkan para pemimpin Pas yang membuat jolokan kepadanya sebagai terperangkap dengan UMNO.

Kita patut merasa hairan di mana Dr. Hassan Ali semasa muktamar Pas yang lalu. Kalau dia tidak bersetuju dengan konsep Negara Berkebajikan dan mahu istiqamah dengan istilah Negara Islam, dia patut bangkit menentang. Tokoh-tokoh besar dalam Pas dan yang lebih lama berjuang melalui Pas tidak menolak konsep tersebut. Hatta mursyidul am Pas sendiri, TG Nik Abdul Aziz tidak mengkritiknya sebagai salah dan tergelincir dari landasan, maka apakah Dr. Hasan Ali lebih kasyaf dari TG Nik Abdul Aziz dalam gerakan dan politik Islam?

Dr. Hasan Ali memperlihatkan watak panas baran, semberono dan solo ranger dalam perjuangan. Pas bukan sebuah parti individu. Kalau sekadar Dr. Hasan Ali, dia lebih kerdil berbanding Pas itu sendiri. Kehilangannya daripada Pas tidak akan menamatkan riwayat Pas. Pemikirannya juga tidak semestinya betul. Apa yang telah dipersetujui secara syura dalam muktamar seharusnya diikuti, bukan siponggang keraguan diri sendiri,


Friday, December 16, 2011

Kasihan

Rasa kasihan juga mengenangkan nasib yang menimpa Dr.Hasan Ali dan Ust Nasha

Wednesday, December 14, 2011

Beli tablet

Alhamdulillah...dengan izin Allah swt, pada petang kelmarin saya membuat keputusan untuk membeli sebuah tablet jenis Samsung 7.0 plus. Harga permulaannya adalah RM1599, namun dengan penambahan pelbagai, akhirnya harga jadi RM1780.Saya beli pula tambah pula begnya yang berharga RM80.00

Sudah hampir setahun saya memendam keinginan untuk membeli tablet. Biarpun agak mahal, saya pejamkan mata. Demi memenuhi keinginan yang tidaklah tercela itu, saya sanggup korban ribuan ringgit. 

Mudahan diberkati Allah SWT.

Tuesday, December 13, 2011

Perjuangan caca marba.

Datuk Dr. Hasan Ali berkata dia berjuang untuk memartabatkan bangsa Melayu, mengagungkan Islam dan mendaulatkan institusi raja. Untuk itu, dia hanya setia kepada Allah SWT. 

Perjuangan Dr. Hasan Ali ni masih bercirikan kemelayuan. Tentang memartabatkan bangsa Melayu, itu adalah nada selogan orang UMNO. Mengagungkan Islam pun selogan orang UMNO. Mendaulatkan institusi raja pun sama, bahasa orang UMNO. Pejuang Islam dalam PAS berlanai. Namun, bahasa mereka lain.

Orang PAS tidak berbicara pasal nak martabatkan bangsa Melayu. Bangsa Melayu hanya perlu dibela sebagai bangsa pribumi. Memartabatkan bangsa ini maca menjadikan ia tuan atas bangsa lain. Inilah misi UMNO, sungguhpun puluhan tahun memerintah UMNO telah jahanamkan bangsa Melayu. Bahasa tidak semestinya selari dengan tindakan.

Orang PAS cakap membangun bersama Islam. Bukan agungkan Islam. Islam sudah pun agung dan tiodak perlu diagungkan. Orang UMNO yang bongkak itu sahaja yang suka mendabik dada mengatakan mereka mengagungkan Islam padahal kehidupan sehari-hari menghinakan Islam.

Pasal Institusi raja ini, buang masa sahaja golongan bawahan perjuangkan. Itu soal ninggrat. Biarlah puak ninggrat perjuangkan nasib mereka. Untuk apa pejuang Islam hendak mendaulatkan salasilah ninggrat. Cukup dengan perjuangan Islam dan tidak perlu dikelirukan dengan pelbagai perjuangan yang mengelirukan.

Monday, December 12, 2011

Keperihatinan penceramah agama.

Seorang ustaz mengajar seminggu sekali di kampungku. Masa dia mula mengajar dulu, ramai juga yang mendengar kuliahnya. Di antara mereka termasuklah orang-orang muda yang memberi komitmen dalam perjuangan Pas di peringkat cawangan kampung. Atas kesedaran bahawa anak-anak muda tersebut perlu disirami dengan embun tarbiah, maka ustaz tersebut dengan sukarela memperuntukkan masanya sekali seminggu mengajar di surau kampung.

Ibuku salah seorang pendengar yang menyertai pengajian. Katanya, ramai yang sudah mula culas. Kedatangan pun berkurangan banyak. 

Aku menyelidiki puncanya. Ibuku kata sememangnya begitulah kalau bab mengaji agama. Orang rajin pada Mulanya dan akhirnya malas. Mahu cari orang yang rajin dari mula sehingga akhirnya amat susah. Namun, aku cuba berfikiran positif. Kita sering menyalahkan para pendengar. Jarang pula kita pertanyakan apa masalahnya yang berkaitan dengan penceramahnya. 

Adikku menyebutkan bahawa antara punca kenapa suaminya culas dalam menyertai kuliah tersebut adalah lantaran terlalu lama. Kuliah yang diadakan selepas solat maghrib (sekitar jam 7.30 mlm) berlanjutan sehingga kira-kira jam 10.00 malam. Tempoh masa itu berat bagi sebilangan anak muda. Bagi ibuku, dia seronok dengan kepanjangan masa belajar itu, namun tidak bagi anak muda.

Oleh itu seorang penceramah yang baik hendaklah sentiasa mengamati kehendak para pendengar. Bukan hanya kemahuan sendiri untuk menyampaikan ilmu. zaman sudah berubah. Cerita orang-orang tua kita bagaimana mereka tega mendengar ceramah Israk Mikraj sehingga ayam berkokok dini adalah cerita generasi lalu yang tidak lagi sesuai untuk generasi kini yang serba sibuk.


Antara sang mufti dan penceramah bebas.

Dua tiga hari lepas diadakan ceramah sempena ma'al hijrah di dataran Kuala Nerang. Penceramahnya adalah Mufti kerajaan negeri Kedah sendiri iaitu Sabihus Samahah Ust. Badaruddin. Ia adalah anjuran Majlis Daerah Padang Terap. Namun, apa yang boleh aku katakan berkenaan majlis tersebut, ia kurang mendapat sambutan. Orang ramai yang datang mendengar ceramah adalah kurang. Berbanding dengan penceramah-penceramah hebat yang lain kedatangan ke ceramah Datuk Mufti itu amat sedikit. Minggu lepas aku singgah di Kulim dan menziarahi seorang teman. Dia ceritakan padaku bahawa ceramah agama yang disampaikan oleh beberapa tokoh di Kulim mendapat sambutan hebat. Antara penceramah yaqng disebutkannya ialah Ust Azhar Idrus dan Ust Mutalib. Jika hendak dibandingkan dengan ceramah Bob Lukman pun, ceramah Datuk Mufti kalah.

Kenapa begitu? Apakah kurang alim Datuk Mufti berbanding mereka yang tersebut? 

Ada seorang kampungku menyebutkan bahawa ceramah Datuk Mufti hanya berkisar pada topik yang sama. Dengan kata lain, isu basi. Sebab itu ia tidak dapat menarik pendengar.

Aku mengandaikan faktor lain. Seorang pegawai agama kerajaan sememangnya kurang diminati oleh rakyat yang mencari ilmu agama. Ulama yang berada dalam kerajaan dilihat sebagai petugas yang menjalankan tanggungjawab kerja dan bukan amanah dakwah. 


Saturday, December 10, 2011

PEKIDA pasang tanglung tepi jalan.

Seusai solat Subuh pagi ini di masjid kampung Barokhas, seorang ahli jemaah membuat keluhan sepontan dan terbuka...

"Pasang tanglung, ingatkan majusi mana?", 

Aku memahami kata-katanya itu. Malam kelmarin, di sebuah rumah warga kampung Barokhas diadakan mesyuarat ahli PEKIDA.Mesyuarat tersebut diadakan kerana kenduri akan diadakan di rumah warga ini. Sebagai anggota PEKIDA, dia mendapat bantuan dan sokongan dari ahli-ahli PEKIDA yang lain yang berselerak di beberapa kampung.

Ketika aku lalu di sebatang lorong di kampung Barokhas, aku melihat ada sebuah baldi merah digantung di sebatang turus pagar. Dalamnya dinyalakan lilin sementara pada turus itu di lekatkan petunjuk arah yang dibuat daripada daun kelapa. Petunjuk arah daripada daun kelapa tersebut mengarahkan ke rumah anggota PEKIDA yang diadakan mesyuarat di rumahnya.

Kebetulan lorong tersebut juga tidak jauh dari rumah mentuaku. Aku bertanya isteriku yang ketika itu sedang di rumah ibu bapanya tentang maksud timba merah berisi lilin tersebut. 

"Upacara apa yang sedang dibuat di luar sana?", tanyaku kepada isteriku.
"Upacara apa?", isteriku tidak mengerti.
" Semacam upacara menghalau hantu...ada orang nak buat kenduri ke esok?" aku menduga.

Isteriku pun tidak tahu apa maksud upacara itu. Demikian adik-adik iparku. Hanya kemduiannya baru dia memberitahuku bahawa itu adalah cara PEKIDA apabila ada rumah ahlinya akan mengadakan kenduri.Mungkin setelah dia bertanya kepada ibu bapanya. Mereka tentu tahu apa maknanya kerana ayah mentuaku itu orang yang berpengaruh juga di kampung Barokhas.

Semalam, sewaktu pulang dari Alor Setar, aku terpandang isyarat yang sama di simpang empat Pokok Sena. 
Kini fahamlah aku maksud tanglung timba merah tersebut. Ia adalah cara PEKIDA.

Setahu aku, PERKIDA ini kumpulan yang jadi tunggangan UMNO. Ketika PRK Ulu Selangor dulu, keluar kenyataan terbuka pemimpinnya agar pengundi memberikan sokongan kepada calon BN. Kumpulan ini juga dikatakan ala-samseng. Dulu, sebelum aku dengar nama PEKIDA, aku diberitahu wujudnya ahli kumpulan KUIK di kampungku. Khabarnya cara mereka bersalam juga berbeza jika sesama ahlinya. Bila buat kenduri kendara, tak perlu bimbang sebab ahli lain akan membantu.

Kumpulan KUIK itu PEKIDAlah! Demikian pula aku mendengar dari ayah mentuaku.

Hairannya, ramai juga orang PAS terlibat dengan PEKIDA.


Thursday, December 08, 2011

Perkuda dan Perlembu.

UMNO tuduh Pas diperkuda DAP. Kat Hj. Hadi Awang, tidak mengapa diperkuda kerana UMNO sendiri diperlembu. Diperkuda itu bagus sebab kuda tunggangan berjuang. Sedangkan lembu adalah haiwan sembelihan. Maknanya, kalau DAP naik kuda PAS untuk berjuang, itu bukan satu penghinaan. Sebab DAP tak mampu nak berjuang sendiri, ia perlu kenderaan. Kuda PAS perjuangannya.

Malangnya UMNO pula, selama ini diperlembu oleh MCA dan MIC.

Fahaman Wahabi dan Masuk UMNO

Ustaz tua itu berkata bahawa golongan ulama muda UMNO itu tidak lain hanya mahu menyebarkan fahaman wahabi  mereka. Itulah tujuan sebenar mengapa mereka masuk UMNO. Kini ulama muda UMNO tersebut terpaksa bercakap membela UMNO.

Lalu, aku berkata bahawa jika mereka mahu membela Wahabi, mereka boleh sahaja masuk PAS. Dalam Pas sendiri ada pelbagai fahaman yang masuk. Hatta, ada golongan Syiah dalam Pas.

Wednesday, December 07, 2011

Soalan duniawi

Saya tak akan tanya tentang duniamu. Berapa anakmu dan sudah beli rumah atau belum. Kerja apa dan kereta apa dan sebagainya. Itu semua adalah soalan-soalan mengenai dunia yang tidak perlu ditanyakan. 

Malangnya, soalah-soalan yang sering berlegar bila anda balik kampung bertemu saudara mara dan sahabat handai, itulah. Hampir tidak kedengaran  soalan mengenai akhirat. Macamana iman, ibadat dan ilmu. Anak-anak solat ke tidak? Isteri solehah ke tidak. Semua itu tidak ditanyakan.


Tuesday, December 06, 2011

Melancong 1: Kulim-Pulau Pinang

Semalam, aku menyusur menyemberang Jambatan Pulau Pinang. Dari Taman Sejahtera Jaya, Kulim, aku bertolak sekitar jam 5.30 petang. Untuk masuk ke Pulau Pinang, aku membayar tol sebanyak RM12.00 di pelbagai sekatan tol. Kerana salah pilih jalan ke Bayan Lepas, keinginanku untuk pergi ke Batu Feringgi tidak terlaksana. Ketika berpatah balik ke Georgetown, hari menjelang senja. Aku solat maghrib di masjid terapung di kawasan Batu Feringgi.

Tidak tahu mahu ke mana lagi, lepas solat maghrib dijamak dengan insya, kami kembali mencari jambatan Pulau Pinang dan menuju balik semula ke Kulim. Kali ini kena bayar Tol lagi. Rasa macam bayar sekitar RM4.50.

Sampai Taman Sejahtera Jaya, aku mencari rumah Farihan di lorong 1 no. 65. Dia tinggal di situ sejak pulang dari Sabah. Sebuah rumah semi-D

Sunday, December 04, 2011

Tabban lakum!

Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin menyifatkan hudud yang dikodifikasikan oleh kerajaan Pas di Kelantan sebagai bertentangan dengan hukum Allah. Beliau berkata demikian dalam sebuah forum bertajuk Hudud dan Implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia yang diadakan di ibu pejabat MCA Kuala Lumpur. 

Sementara hukum-hukum yang ditaja oleh kerajaan UMNO selama ini tidak pernah diserang dengan tuduhan bertentangan dengan hukum Allah, undnag-undang hudud yang diperkenalkan oleh kerajaan Pas Kelantan pula disifatkan bertentangan dengan hukum Allah Swt. Memang demikianlah bila agamawan UMNO bercakap mengenai agama. Tujuannya hanyalah mudahanah buat kerajaan UMNO.

Kasihan tokoh agama yang berkecimpung dalam UMNO. Ilmu yang dikurniakan Allah buat mereka tidak dapat digunakan sedikitpun buat memartabatkan undang-undang Allah SWT.

Friday, December 02, 2011

Berkat pemerintahan baru.

Banyak jalan raya di negeri Kedah dalam proses pembaikan. Sebahagiannya oenyrapan semula dan sebahagiannya rancak di  tampal di sana sini. Jalan raya pintas dari Pokok Sena ke Alor Setar sudah siap. Kini, seseornag yang mahu ke Alor Setar, tidak perlu lagu masuk ke pekan Langgar yang menyesakkan.

Dengan nada separa bergurau, aku katakan kepada ibuku.

"Lihatlah mak, berkat pemerintahan kerajaan PR di Kedah, jalan raya baru...", 

Ibuku membalas.

"Ini pun BN yang buat", 

"Semasa BN memerintah, mana dibuatnya, ini semua berkat kita mendapat kerajaan baru, kalau sudah PR memerintah Malaysia, tentu kita akan dapat lebih baik dari ini", balasku.

Ibuku terdiam. Ibuku sememangnya penyokong parti Islam, tetapi apa yang disaksikan di kampung, melibatkan para pemimpin UMNO, mengajarnya untuk mendifinisikan pembangunan kepada BN. Sungguhpun dia mengerti bahawa di sana banyak main sulap mata.

Thursday, December 01, 2011

e-Tukar telus

Seorang teman guru yang dulunya masuk menjadi guru melalui SPM dan kini telah menyempurnakan program ijazahnya, menafikan dakwaan yang mengatakan adanya penyelewengan dalam pertukaran para guru. Dia mendakwa dia tahu banyak mengenai proses pertukaran para guru termasuk dari Sabah Sarawak pulang ke Semenanjung. Dengan yakin dia menyatakan bahawa proses adalah telus. Sementara dakwaan sebilangan para guru yang gagal mendapat pertukaran itu adalah tidak berasas. Hanya kerana mereka mengemukakan permohonan sambil lewa dan tidak serius. Seorang yang mahukan dirinya ditukar hendaklah berusaha sehingga ke Putera Jaya.

Soal sogokan mungkin ada tetapi dalam sekala yang kecil. Pada umumnya masih berjalan di atas landasan telus.Dia mendakwa dia mengetahui hakikat semua ini kerana lama berkecimpung dalam kerja-kerja di Pejabat Pendidikan di kawasan Lembah Kelang.

Wallahu a'lam...

Tuesday, November 29, 2011

Lada Pahit Penawar Bisul

Aku mendapat petua daripada beberapa orang, untuk menyembuhkan terus penyakit bisul adalah dengan memakan buah lada pahit. Buah tersebut merupakan sejenis buah hutan yang pokoknya tumbuh tidak ditanam orang. Buah sekecil kepala jarum peniti. Putiknya bewarna hijau dan bila masak ia menjadi hitam. Rasanya pahit.



Makan tujuh biji. Tambahkan keberkatan dengan baca basmalah dan solawat.

Monday, November 28, 2011

Hukum Bangkai Semut

Masa kenduri kawin di sebuah rumah di kampung Bendang Tok The kelmarin, selepas selesai makan, aku duduk di atas kerusi di sisi seorang lelaki berusia tua di bawah pokok mangga. Dia adalah Chu Akob. Di rerumput hampir dengan kami banyak semut kerengga merayap.

Lalu katanya;

"Semut kerengga ini kalau hidup tak mengapa, tetapi kalau sudah mati menjadi bangkai...Tak begitu? ", dia mencetuskan isu hukum dan mengumpan responku.

Aku diam seketika sebelum menjawab.

"Semut binatang yang tidak mengalir darahnya, maka dia mati bukan sebagai bangkai",

"Kitab-kitab menyebut begitulah, arwah lebai Derani dulu pun memberi fatwa semut mati jadi bangkai, kalau sembahyang menanggung semut mati, menanggung najis, kena ulang balik", tegasnya.

Aku tidak berhasrat membahaskan masalah hukum itu kerana aku tahu dia telah berpegang kuat dengan apa yang dia dengar dari pendahulunya.

"Kalau pacat mati di celah sendi  macam mana? Aku pula bertanya.

"Pacat dan belalang dikecualikan...", ujarnya. Aku tersenyum. Aneh.


Selepas itu, perbincangan tentang hukum tidak lagi dilanjutkan. Kesibukan telah datang ke atasnya.

Kawin muda.

Baru aku perasan. Lewat terakhir ini, kenduri kawin di kampung-kampung sering dihiasi dengan penyatuan antara dua teruna dan dara yang masih di awal usia. Berumur sekitar 20-an. Dalam persembanganku dengan teman-teman sekampung di atas pelantar pinggir rumah, aku melontarkan cetusan mengenai trend tersebut. Lalu, aku mengandaikan bahawa yang demikian itu adalah disebabkan harga getah skrap yang mahal.

Seorang teman sekampung yang lain menyanggah. Katanya sebab mengapa anak muda kawin cepat sekarang ini adalah kerana kesedaran akibat ceramah-ceramah yang banyak diadakan. Dalam TV dan luar TV, banyak ceramah menyedarkan penting menjauhi zina dan berhubung dengan cara perkahwinan secara sah.,

Wallahu 'alam!

Friday, November 25, 2011

Ketumbir

Mataku tumbuh ketumbir. Ketumbir  itu adalah singkatan daripada ketumbuhan di bibir (mata). Zaman kanak-kanak dulu, kalau siapa yang ada ketumbir akan diolok-olokan kawan-kawan sebagai pengendap. Tidak kiralah apa yang diendap. Terutamanya mengendap orang berak. Tapi, aku tidak pernah mengendap orang berak. Mengendap sesiapa puntak ada.

Ketumbir ini menggatalkan mata. Ibuku suruh tenyeh bawang putih yang dipotong bahagian punggunnya. Aku tenyeh, tetapi nampaknya tidak mudah untuk terus sembuh. Aku katakan bahawa ini adalah cubaan Allah. Aku pasrah dan bersabar. Semoga dikifarah dan diganjari pahala.

Pulang ke Kedah

Check Out dari hotel, kami terus mengambil sebuah bas Metrobus ke Pudu Raya. Ingatkan sampai terus ke pinggir Pudu Raya, rupanya bukan main jauh bas itu turunkan kami. Lain kali aku tidak ingin lagi naik bas metrobus ini. Lebih baik cari bas Rapid KL.

Jam sudah jam 1 petang sewaktu aku dan keluarga berada di bangunan Pudu Raya. Sekarang bukan namanya Pudu Raya lagi. Tidak silap aku, namanya City Central. Elok-elok bahasa Melayu, ditukar ke Bahasa Inggeris.

Mencari bas ke Utara, aku naik ke tingkat 1. Rupanya kaunter tiket bukan berselerak di tingkat bawah macam zaman aku belajar di UM dulu. Kaunter tiket sudah ada di tempat khusus dalam ruang yang selesa. 

Aku membeli tiket bas Transnasional. Harga untuk penumpang dewasa ke Alor Setar adalah RM40.00 dan kanak-kanak ialah RM30.00. Jam itu, tiada bas terus ke Alor Setar. Kalau nak, jam 5 ada lah. Tetaop, dari hentian Duta ada bas jam 1.30 petang. Aku disuruh naik bas Transnasional Teluk Intan yang akan singgah di Hentian Jalan Duta.  Dari Jalan Duta, aku naik bas lain yang menuju ke Alor Setar.

Jam 1.30 petang bertolak, singgah makan dan solat jamak ta'khir di Perhentian Bukit Gantang, hujang sepanjang perjalanan, akhirnya bas tiba di Shahab Perdana kira-kira jam 7.15 petang. Aku solat maghrib jamak takdim di surau tingkat atas sementara menunggu keluarga datang mengambil.

Tidak lama menunggu, sebab ibuku bersama abang ipar sudah berada di Alor Setar. Mereka sedang berehat di rumah abangku di Mergung. Lantas, pulanglah kami ke kampung Datuk. sampai kira-kira jam 8.40 malam.

Demikianlah perjalanan pulang kampung kali ini, pada tanggal 23 November 2011. Alhamdulillah.


Wednesday, November 23, 2011

Hotel Jalan Masjid India

Dari KLIA, sesampai sahaja dengan penerbangan MAS pada jam 6.00 petang, aku bersama anak dan isteri mengambil Airport Coach menuju KL Sentral. Airport Coach boleh didapati di ground floor KLIA. Tambang ke KL Sentral bagi penumpang dewasa adalah RM10.00 manakala bagi kanak-kanak ialah RM6.00. Perjalanan mengambil masa selama satu jam. Kami mendapatkan perjalanan 6.30 petang dan tiba di KL Sentral kira-kira jam 7.30 petang. Dari KL Sentral kami mendapatkan LRT menuju ke stesen Masjid Jamek. Tambang untuk dewasa ke sana adalah RM1.30.

Turun dari LRT di Stesen Masjid Jamek, kami menyusur Jalan Masjid India. Agak terpinga-pinga aku pada permulaannya kerana banyak perubahan sudah berlaku, Bazar yang dibina sepanjang jalan depan Masjid India membingungkan aku. Namun-tempat lain tidak banyak perubahan.

Kami mencari hotel untuk penginapan. Bertanya beberapa hotel, harga penginapan semalaman berada pada rate RM120 lebih semalam. Aku hanya ingin hotel yang berada pada rate di bawah RM100. Akhirnya sebuah hotel bernama  MACKTZ Confort Inn Sdn. Bhd menjadi pilihan. Harga penginapan semalaman adalah RM80.00.



Dapat merehatkan diri untuk semalam pun jadilah. Terasa sangat penat perjalanan dari Sandakan ke Kuala Lumpur pada hari ini.  Bilik hotel ini selesa juga. Lagipun, ia berada pada kawasan sibuk dan dekat pula dengan masjid India. Aku suka suasana itu.

Pagi, sebelum azan Subuh, aku sudah bangun. Aku mengambil kesempatan untuk pergi solat berjemaah Subuh di masjid India. Solat Subuh berimamkan seorang India Muslim. Aku kira dia bermazhab Hanafi. Tiada basmalah sebelum fatihah dan tiada doa Qunut.  Setahuku, sejak dulu pun begitulah di masjid India ini. Tidak ada masalah. Entah kenapa sesetengah orang sangat ta'sub dengan mazhab dan mendakwa rantau nusantara adalah rantau Syafie.

Selesai solat Subuh, aku ambil sedikit masa duduk melepak di bangku depan galeri bazar di depan masjid India. Aku melihat pergerakan manusia di awal pagi. Keadaan belum cukup sibuk. Ada sebuah kereta pacuan 4 roda bewarna putih sedang diparkir di depan pintuy pagar masjid. Ada 3 lelaki tua berketurunan India muslim dengan pakaian serba putih sedang berdiri di sisinya. Aku melihat beberapa orang berdatangan dan mengambil sesuatu daripadanya. Mereka yang berdatangan itu, aku kira merupakan kalangan pengemis dan geladangan. Aku kehairanan tentang apa yang dibuatnya dan siapa lelaki india itu.

Setelah beberapa lama, mereka masuk ke kereta untuk pergi. Sebelum pergi, lelaki tua dalam kereta itu membuka tingkap kereta dan menggamit seseorang dari arahku. Seorang pemuda turun dan pergi mendapatkanya. Dia pun diberi sesuatu. Kereta itu pun berlalu pergi.

Tidak mahu terus kehairanan, aku pergi mendapatkan pemuda yang duduk di atas tempat di belakangku. 

"Apa yang diberikan lelaki India itu?", tanyaku kepada pemuda itu. Dia bertubuh tegap tetapi wajahnya ala-mak nyah sedjikit.

" Duit...", jawabnya.
"Berapa?"
"Seringgit dua ringgit", 
"Siapa India tu",
"Dia macam pengasas masjid ni lah", 
"dah lama ke dia buat begitu'?
"Lama dah...dekat lima tahun...setiap pagi begitulah...dia bagi duit kepada kami golongan tidak bernasib baik", 

Pemdua itu namanya Khalid. Katanya dia berasal dari Sabah. Dia datang ke KL sejak tahun 1990 lagi. Dengan nada kecewa dia mengatakan bahawa dia mungkin akan terus geladangan di KL sehingga mati. Kaum keluarganya di Sandakan memperdayanya. Aku kurang faham isunya. Dia menyebutkan mengenai penipuan berhubung sarang burung di Gua Gumantong yang mana dia meruapakan seorang yang mempunyai hak ke atasnya. Namun, ada saudaranya yang menipunya. Dia diancam bunuh dan katanya laporan polis tidak berguna kerana dia insan kecil.

Kini, dia bergeladangan di KL. Dia mendapat perlindungan di rumah Komuniti, Jalan Duta. Ia meruapakan sebuah rumah bagi memberi khidmat nasihat dan bantuan buat golongan tidka bernasib baik sepertinya.

Jam 8.00 aku membawa anak dan isteri naik LRT bersiar-siar sehingga ke KLCC. Kemudian pulang semula ke Hotel. Jam 12 tengahari, ingat mahu Check Out dan pergi ke Jalan Duta, ambil Bas Express pulang ke Kedah.


Tuesday, November 22, 2011

Sebelum balik kampung Nov 2011

Pulang dari solat insya di masjid, aku berbaring di depan TV sambil menonton berita jam 8 malam. Aku tidak pasti jam berapa aku tertidur. Seharian ini sungguh memenatkan. Kemas rumah dan buat persiapan untuk pulang ke kampung. Tambahan pula, aku mengalami semula ketidakselesaan mata akibat bengkak kecil di sudut mata.  Ada bisul lada pula di dada. 

Sedar dari lena, jam telah menunjukkan pukul 12.tengah malam. Aku bangun meneruskan agenda mempersiapkan pulang ke kampung. Penerbanganku adalah dengan MAS jam 8.30 pagi esok.  Aku sorong motor scooter passionku ke dalam rumah. Basuh motosikal scooter elegen. Bawa masuk bsikal anakku. Kemudian kemaskan kain baju ke dalam beg kecil yang bakal aku bawa pulang.

Perjalanan pulang kali ini tidak cukup selesa. Selepas sampai di KL, aku dan anak isteri akan melilau di KL. Entah di mana akan kami tinggal. Aku belum tahu.

Monday, November 21, 2011

Dasar maling

Peminat bola sepak Indonesia memendam kebencian kepada Malaysia kerana pemimpin Pakatan Rakyat. Demikian tuduhan Timbalan Menteri Sukan, Datuk Razali Ibrahim. Menurut, kerana para pemimpin Pakatan Rakyat sering memburuk-burukan Malaysia di Indonesia, rakyat Indonesia memendam kebencian kepada Malaysia. Justeru, kebencian itu terpamer dalam perlawanan bola sepak yang disertai oleh pemain Malaysia di mana mereka mendapat layanan yang buruk berbanding pemain dari negara asean yang lain seperti Thailand.

Mereka melebelkan Malaysia sebagai maling.

Siapa sebenarnya yang berperangai pencuri? Apakah pemimpin Pakatan Rakyat yang dituduh pencuri?

Mengimbau segala kelakuan yang pernah dilakukan oleh pemimpin kerajaan sekarang terhadap rakyat Indonesia, memang wajar mereka menyimpan kebencian. 

Apa faedahnya beri RM100

Memberi wang RM100.00 kepada murid-murid sekolah bukan berfaedah sangat. Ia hanyalah seperti seorang ayah yang ada sebidang tanah lalu dibahagi-bahagikan kepada anakanya yang ramai. Jika tanah itu luas mungkin juga ada faedahnya. Tanah itu dapat dibangunkan kemudiannya dengan aktiviti pertanian. Namun, jika tanah itu hanya sekaki, apa faedahnya?

Khabarnya kerajaan memperuntukkan RM500 juta untuk projek memberikan wang persediaan persekolahan kepada murid-murid sekolah. Wang sejumlah itu itu amat besar jika dapat digunakan demi kepentingan ralyat. Tetapi, bila dipecahkan menjadi RM100.00 seorang, besar manalah faedahnya? Lebih-lebih lagi di zaman harga barang sudah meningkat tinggi ini.

Sebab itu, langkah memberikan RM100 kepada murid-murid sekolah bukan bijak. Ia langkah terdesak dan ketandusan idea.

Lidah bercabang

Binatang biawak suka makan cacing. Dengan mulut muncungnya dan lidah bercabangnya, ia menggali lubang dalam tanah untuk cari cacing. Kekadang, binatang biawak ini ceroboh reban ayam cari telur ayam. Dulu binatang ini banyak di kampungku. Namun, pada zaman Siam Loas banyak berkeliaran di kampung-kampung (GPT mengupah mereka kerja di ladang tebu), kehidupan biawak mula tidka aman. Orang Melayu tidak makan biawak, tetapi Siam Loas amat suka biawak. Kalau nampak biawak, pasti dikepung dan dikejar.

Cakap putar belit macam biawak! Lidah biawak bercabang.

Cakap putar alam...memang sukar dipercayai makhluk yang satu ini. Tempelan gaya agamawan tidak cukup untuk menjadikannya tsiqah. Kalau 10 yang keluar daripada lidah bercabangnya, hanya mungkin satu yang betul. Kasihan!. 

Aku tidak kata pada sesiapa. Tafsiran andalah yang akan menelahnya.

Jangan mensucikan diri sendiri!

Mungkin dalam banyak keadaan, kerana selalu melemparkan kesalahan kepada kerajaan UMNO-BN atas segala masalah yang dihadapi, maka sikap tersebut terbawa-bawa dalam perlbagai perkara lain.

Kita meraa hairan, mengapa Exco Agama Negeri Selangor menuduh bible solar sebagai salah satu ancaman kepada akidah umat Islam yang telah sedia terancam kini. Kejadian murtad yang sering dihebohkan dewasa ini dicari sebabnya. Maka timbullah isu bible solar, kaedah teknologi canggih untuk menyebarkan kitab bible kepada umat Islam.

Ada beberapa perkara yang perlu ditimbullkan:-

1) Kalau orang kristian boleh menggunakan alat tersebut untuk menyebarkan bible, apakah pihak berkuasa Islam tidak mampu menggunakan alat yang sama atau alat yang lebih canggih untuk menyebarkan Islam

2) Hebat sangatkah penangan bible itu hingga boleh meruntuh akidah orang Islam yang membacanya. Kita berkeyakinan bahawa hanya Al-Quran sahaja yang mengandungi mukjizat bagi pembacanya. Maka, apakah kita merasakan bible itu seperti kita sihir yang memukau?

2) Mengapa kita asyik menyalahkan orang dalam semua masalah yang kita hadapi?

Allah telah kurniakan kita kuasa, maka gunakan kuasa tersebut untuk memantapkan akidah umat Islam, khususnya di Selangor. Tidak perlu asyik menuding jari kepada egenda kristian atas kemurtadan yang berlaku. 

Apakah wajar kita mahu puak kristian itu lakuna agenda? Naiflah jika kita mahu hanya kita yang bebas beragenda sedangkan mereka tidak boleh beragenda. Ini dunia beb...bukan syurga loka. 

Saturday, November 19, 2011

Janji Bin Ubai

Pihak Kementerian Dalam Negeri mendakwa bahawa 13 orang yang ditahan di bawah ISA di Tawau Sabah adalah berkaitan dengan usaha menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah. Lantas, desakan oleh pelbagai pihak termasuk dari SUHAKAM sendiri dianggap oleh menterinya sebagai tidak bertanggunjawab. Beliau menyatakan bahawa komitmen PM Datuk Sri Najib Tun Abd Razak untuk memansuhkan ISA bukanlah termasuk penggunaannya ke atas gerakan bersifat teroris seperti yang sedang berlaku. Ia adalah untuk menghentikan tahana politik.

Namun, persoalannya, sejauh manakah boleh dipercayai menteri kerjaan ini. Sesiapa sahaja boleh dilebelkan sebagai teroris. Menahan tanpa bicara adalah buruk dari segenap segi. Ia merampas hak orang untuk membela dirinya. 

Bagaimana jika Datuk Hishamuddin Tun Hussin sendiri satu saat ditahan dan dituduh sebagai teroris? Hendak bela diri tidak boleh sebab ditahan dibawah akta yang menafikan pembelaan diri.

Orang lain pun begitulah. Menuduh orang dengan terosris tidak cukup dengan semburan air liur pencacai sahaja. Ia perlu dibuktikan. Kerana perlu pembuktian itulah maka ISA tidak punya kepentingan dalam apa keadaan pun.

Penggunaan ISA dalam kes terbaru ini mengajar kita untuk tidak akan pernah mempercayai kerajaan BN. Telunjuk lurus kelinking berkait. Janji mereka hanya menanam tebu di bibir.