Sebenarnya, ia bukan urusanku dan bukan juga urusan rata-rata rakyat Malaysia. Ia urusan PMX. Dia mahu lantik siapa mengganggotai kabinetnya, itu adalah pilihannya. Pilihannya tidak menuntut kerelaan petani, nelayan, guru maupun para Ahli Parlimen baik pembangkang maupun dalam kerajaan.
Ia ibarat seorang Guru Besar sekolah, nak lantik siapa pegang jawatan Ketua Panitia Matapelajaran atauapa jawatan yang terlantik menerusi pilihan guru besar. Guru-guru lain tidak boleh membantah, apa lagi murid-murid sekolah. Jauh sekali ibu bapa walaupun ia adalah Pengerusi PIBG.
Seorang guru, katakanlkah, dia buat pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM200 ribu untuk bina rumah di tanah kampungnya. Dia minat rumah kayu. Lalu dicarinya mana-mana rumah kayu yang nak dijual,maka dibelinya dan dibuatnyala rumah kayu atas tanahnya dengan duit pinjamannya itu. Tiba-tiba ada ornag krtikiknya dan katakan kepadanya bahawa tindakannya itu adalah satu kebodohan. Maca-macam orang kata. rumah kayu tak tahan. Nanti dimakan anai-anai atau kumbang. Baik buat rumah batu. Agaknya apa reaksi sang cikgu? Dia akan kata: Apa urusan kalian? Duit saya, tanah saya, rumah saya, ikut sayalah!
Begitulah keadaannya ....setiap orang ada hak prerogatifnya.
Mungkin ada orang akan berhujjah...tapi yang PM lakukan akan menjejaskan rakyat. Kes PM lantik Menteri Kabinet yang salah akan memberi tempias kepada rakyat! Sebab itu rakyat kena campurtangan. Kena kritik.
Dalam hidup kita, apa tindakan kita buat semuanya menempiaskan kesan kepada ornag lain. Guru Besar lantik Ketua Panitia tertentu, tempiasnya kena kepada guru-guru lain di bawah Ketua panitia itu. Kena juga kepada murid-murid. Lalu, bila murid-murid terkesan, tentulah ibu bapa juga terkesan.
Samalah, guru yang buat pinjaman bank untuk bina rumah kayu itu. Apakah orang lain tak terkesan? Pasti ada kesan. Mungkin ia menyebabkan peluang pesaing peminat rumah kayu hilang kerana dipintas. Atau mungkin rumahnya memberikan efek kepada perseiktaran. Apa-apa ajala. pokoknya, bercakap pasal kesan kepada orang lain, tidak ada yang terlepas.
Hujah memberi kesan kepada rakyat tidak boleh jadi alasan mewajarkan hak prerogatif seseorang direntasi.
Nak Lantik siapa jadi Menteri Luar atau nak tambah kementerian, itu adalah terpulang kepada kebijaksanaan seorang Perdana Menteri.
Impilkasi dari tindakannya, dia akan tanggung. Selepas 5 tahun, rakyat akan maing menyokong atau menolak, ia ditentukan oleh tindakan-tindakannya semasa berkuasa.
Namun, mengapa ada cekcok di bawah? Itu bukan urusan orang bawahan. Urusan orang bawahan adalah memilih dan berhempas pulas menaikkan pilihannya melalui pilihanraya. Sesuah terpilih, maka urusan berikutnya adalah urusan peringkat-peringkat yang diberikan wewenang. Urusan Agong mengesahkan lantikan seorang Perdana Menteri. Itu sudah dibuat dan Agong telah membuat pilihannya.
Pergelutan politik dalam hal siapa patut jadi Perdana menteri sepatutnya sudah berhenti..
Anggaplah juga, selaku orang beriman dengan qodha dan qadar, Allah telah menentukan takdir siapa PM Malaysia. Usaha-usaha mengubah sebelum tempohnya hanya akan mencabur sifat redha dalam diri dan menjatuhkan akhlak dan peribadi sebagai muslim yang beriman dengan takdir. Ia akan memperlihat sifat resah gelisah dan mazmumah ananiyyah.
Hidup dalam dunia bukan lama. Usah dibazirkan dengan perangai gelisah dan dimarakkan dengan bara ketidakpuasan hati.
Rakyat biasa tidak perlu mempertikaikan lantikan menteri kabinet yang dibuat oleh PMX. Ia bukan urusannya. Tiada kaitan dengannya. Yang ada kaitan dengan rakyat biasa ialah siapa yang nak ditonjolkan sebagai ahli parlimen yang kelak akan menetukan siapa menjadi PM. Al-hasil, sesudah dibuat undian dalam PRU, yang naik PM yang bukan pilihan kita, kita terima sahaja. PM yang naik nak lantik siapa jadi anggota kabinetnya, itu bukan urusan para pengundi.
Kalau benar amalkan sunnah nabi dalam hidup, ingatlah pesan nabi SAW:
" Dari keelokkan Islam seseorang itu adalajh sikapnya meninggalkan apa yang tiada kaitan dengannya".
No comments:
Post a Comment