CARI BAHAN

Thursday, December 14, 2023

PM bukan Melayu?

 Lontaran Tan Sri Lim Kit Siang dalam tulisannya dalam blognya mengenai bolehnya PM dari bangsa bukan Melayu di bumi Malaysia ini menimbulkan sekelumit kegelisahan di kalangan sesetengah pihak. Kegelisahan tersebut adalah berpunca daripada "siapa" yang menulisnya. Jika yang menulisnya adalah Lim Goh Pek, seornag pemilik bot nelayan di PUlau Ketam, ia tentunya tidak memberi apa-apa kesan dan tidak akan menajadi isu. Terlebih lagi Lim Kit Siang itu adalah tokoh besar dalam Parti DAP. Sebuah Parti yang menjadi hantu kubur yang berkeliaran dan menakutkan kanak-kanak yang pergi dan pulang mengaji di rumah Tok Ayah di malam hari.

Seharusnya, orang Melayu berfiiran tenang dan waras. Ujarlah apa pun yang kalian nak utarakan, itu hanya pendapat. Pendapat itu berawal dari dalam fikiran dan fikiran tiada siapa pun boleh halang. Jika buah fikiran dilontarkan, selagi tidak mengandungi ancaman nyata kepada orang lain, apa hendak diherankan?

Apakah ada ancaman nyata pada idea PM bukan Melatyu itu?

Perlu kita lihat pada lapisan yang lebih teras dalam tahap pengangkatan seornag PM. Ia bukan semata-mata memang jawatan sebagai ahli parlimen dan disokong oleh ramai ahli parlimen. Bukankah selagi YDPA berbangsa Melayu, maka PM akan berbangsa Melayu. Itulah secara logiknya. 

Sepatutnya, yang perlu Melayu risaukan adalah Sultan dan Raja-r, jika sudah tidak lagi Melayu. Itu benar-benar ancaman Kalau soal PM, bukan ancaman....

Ala kulli hal, mari kita lihat sikap bangsa Barat. Di United State, para Mart Saleh sudah boleh menerima PM dari bangsa kulit hitam. Lihat bagaimana mereka bersetuju melantik Barrack Obama sebagai Presiden US satu masa dulu. Di Britain, Perdana Menterinya kini adalah seornagyang bernama Rishi Sunak yang berketurunan India. Sikap orang Barat sudah terbuka mengenai bangsa. Mereka telah dapat memecahkan paradigma asobiah yang membaluti majoriti manusia di dunia ini. Kita bangsa Melayu masih begelut dalam lingkaran asobiah ini.

Kita mencari-cari alasan untuk mengislamkan semangat asobiah kita. Kita pacakkan dalil-dalil bahawa asobiah kita adalah adalah asobiah yang didokong oleh agama Islam.

Bagaimana pula dengan negara India yang dikuasai oleh penganut Hindu boleh memilih Presiden beragama Islam iaitu A.P.J Abdul Kalam. Lebih dekat lagi, kita juga pernah denga seornag wanita muslimah naik jadi Presiden Singapura antara Sept 2017 hingga Sept 2023. Mungkin kita akan berhujah bahawa jawatan presiden yang diberikan itu tidak ada kuasa. Sola kuasa, dalam sistem pemerintahan berpelembagaan zaman moden ini, mana ada kuasa yang penuh. Ada sekatan dan kekurangannya. Sultan dan Agong di Malaysia juga bukan ada kuasa penuh. Demikian Yang Dipertua negeri-negeri todak bersultan di Malaysia, apa kuasa yang mereka ada? Namun, ornag Melayu di Malaysia tidak akan bersedia membiarkan jawatan yang tiada kuasa sekalipun dipegang oleh bukan Melayu. Yang Dipertua Pulau Pinang dan Melaka, belum pernah digapai oleh bukan Melayu.

Kita , kalau negara Barat sudi lantik bangsa Melayu jadi presiden, berbakul pujian dan Thumb Up yang kita berikan kepada negera tersebut. Kita puji mereka. Kita kata negara Barat bagus. Mereka tiada perkauman. Tapi, kalau kena atas batang hidung sendiri, kita akan melatah. Kita akan mendengkam enggan. 

Mana boleh bukan Melayu jadi perdana Menteri!

Kita marah. Padahal belum ada cubaan pun. Hanya pendapat. Pendapat pun kita sudah marah. Entahlah apa akan jadi kalau ada cubaan dan tindakan.

Kalau kita tak suka berlaku atas kita, maka jangan suka hal yang sama terjadi di negara orang. England itu negara orang putih. Biar orang putih sahaja jadi presiden. Kita hantar surat ke PBB minta usul agar England tukar Perdana Menterinya kepada ornag putih. Bukan ornag Asia. Bukan keturunan India seperti sekarang. Agaknya, kalau Datok Bandar London sekarang naik jadi Perdana Menteri Britainm seronak tak kita orang Melayu di Malaysia? Datok Bandar Kota Landon sekarang ialah Sadiq Khan. Juga keturunan India. Tapi yang ini agamanya Islam. Orang Islam sudah pun boleh jadi Datok Bandar di Bitain. Kalau di Malaysia, macam Menteri Besarlah. Di sana tak timbul sdoal kaum. Orang tak serang peribadinya dalam bentuk kaum. Mungkin dalam soal tatakelola diserang.

Namun, di Malaysia, ada Ketua Menteri di sebuah negeri bernama Pulau Pinang, bangsanya Cina. Orang Melayu , ramai yang sudah anggap Pulau Pinang sudah jadi hak Cina. Jadi orang Cina.

Beza sekali antara tamadun dan jalan fikir bangsa maju seperti Eropah dengan bangsa membangun seperti orang Melayu di Malaysia.

Orang perempuan yang kuat agama pun kalau cakap pasal poligami, dia memperlihat kefahaman sempurnanya dalam soal sunnahnya poligami. Dia suruh para wanita yang dengar celotehnya agar benarkan suami-suami berpoligami untuk menyelamatkan nasib para andartu dan janda-janda.Tapi, lihatlah bila suaminya sendiri dikatakan telah berpoligami, dia pingsan dna terkejut. Ada yang histeria, mengamuk dan lempar pinggan mangkuk di rumah kepada suami. Hatta minta cerai. Mulut cakap lain, tapi tindakan tidak serupa.

Demikian kelakuan kebanyakan bangsa wanita.

Apalah beza dengan kelakuan bangsa kita Melayu bila cakap soal perlunya keterbukaan, keadilan dan peluang sama rata untuk bangsa-bangsa di negara orang.  Tapi, kalau atas kepala sendiri, kita berat mengaplikasinya. 

Ini adalah perbandingan kesamaan perangai...


Haza huwal l qaul!

No comments: